Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 11 Januari 2014

Gambar2 10 NGO Perak Berdemo Sokong Kenyataan 'Darah Pendemo Halal' Mufti Harussani.

Ko tak rasa ke macam bodoh aje tindakan2 10 NGO terbabit? Mula2 dorang kata dorang sokong kenyataan Harussani. Darah peserta2 perhimpunan adalah halal. Dan dorang berpakat la sama2 buat demo. Aku demo. Ko pun demo. Darah aku halal sebab aku berdemo. Jadi darah ko bagaimana? Halal ke haram? Ko pun berdemo juga kan?

KAH KAH KAH

Tak faham aku. Aku tak faham langsung dengan tingkah laku dorang. Semalam, selepas bersolat jumaat, 10 NGO tersebut buat demo aman. Untuk menzahirkan sokongan terbuka terhadap Mufti Perak, Harussani.

Lihat berita terbitan UMNO ONLINE.


Almaklumla sekarang neh NGO tumbuh merata selepas musim pilihanraya. NGO mee segera. Sana sini semua masing2 pakat buat NGO itu la, NGO ini la. Sampai aku pun dah naik pening. Bilangan ahli NGO tak la ramai mana pun. Tujuan dan matlamat penubuhan pun tak jelas. Nampak wujud time nak lakukan serangan bermotifkan politik aje pun. NGO la sangat.

KAH KAH KAH

Lihat gambar2 demo semalam ;











Dan dalam banyak2 gambar tue. Yang paling terbaek sekali ialah gambar kat bawah 
neh hah ;



Kah kah kah


kah kah kah kah

kah kah kah kah kah

KELAKAR NAK MAMPOS. Aku sokong Chor Sniper punya ayat. Ini bukan bughah. Tapi baghal. Semua gambar2 neh diperolehi dari rakan blogger di sini. Kredit to Chor.

BTW, teruskan buat lawak2 bangang lagi. Aku suka gelak beb. BEST SANGAT.

KAH KAH KAH

Jumaat, 10 Januari 2014

Hasan Malek Nafi Letak Jawatan.

Sebelum itu.

Satu spekulasi tersebar meluas di laman2 sosial ketika ini. Ia bukan disebarkan oleh orang2 Pakatan Rakyat oke. Sebaliknya ia disebarkan oleh orang2 UMNO sendiri. Antara wall yang menyebarkan perkara tersebut.

Rujuk ;




Bila baca 3 perenggan pertama dari karangan pendek di atas aku bertepuk2 tangan. Sambil melompat2. Lepas tue terbang2 di awangan. Buat muka senyum. Lepas tue meowwww... meowww.. meowwwwwwww sesangat..


Alangkah indahnya dunia ini jika dia benar2 mahu meletak jawatan. Bahkan lebih indah lagi jika BN secara bermaruah berundur dari kepimpinan negara..

Akan tetapi mulut aku terherot2 bila baca..

Mungkin akan digantikan dengan Noh Omar..

No no no..

Hasan Malek letak jawatan = is GOOD!

Noh Omar ganti Hasan Malek = is not GOOD!

Biar aje la Hasan Malek kekal kalau pengganti nya adalah yang lebih teruk dari diri dia.

KAH KAH KAH

Akan tetapi, penafian baru saja dikeluarkan oleh Hasan Malek sebentar tadi.

Rujuk ;


Fitnah rupanya.

Baru nak buat parti tadi.

KAH KAH KAH

Negeri Sembilan Mungkin Cuti Hari Jumaat Dan Sabtu?

Cadangan ke arah itu sedang diusahakan. Beberapa perkara seperti desakan sedang berjalan ketika ini. Yang terkini pihak PAS sendiri akan mengerakkan usaha bagi mengumpul 10 ribu tandatangan untuk dihantar kepada kerajaan negeri supaya mempertimbangkan cadangan tersebut.

Jika cadangan ini dilaksanakan oleh Negeri Sembilan ini bermaksud ;

Kelantan
Kedah
Johor
Negeri Sembilan

Ialah 4 negeri yang akan bercuti pada jumaat dan sabtu. Elok juga jika kita usulkan agar satu Malaysia bercuti pada hari jumaat dan sabtu. Jangan salah faham. Ini bukan cadangan yang didorong akibat sentimen agama. Kot2 non muslim ingat cuti hari jumaat neh semata2 bersandarkan kepada hujah2 keagamaan semata2. Pada aku la kan. Sebaliknya ia lebih kepada effectiveness. 

Kenapa?

Jika ko pergi mana2 pejabat kerajaan pada hari jumaat, walaupun buka, tapi macam tak buka. Sebab apa? Yang keluar pergi solat jumaat tak balik2. Atau balik lambat. Masa kerja sedikit. Tapi dibayar gaji macam hari2 lain. So ini semua membuang masa dan tidak effective langsung. Orang kata pembaziran wang kerana kerajaan terpaksa membayar tenaga kerja yang tidak digunakan dengan sepenuhnya. Walaupun hari jumaat hari bekerja, tetapi nampak macam hari cuti. 

Bayangkan. Bukan kah lebih baik diberikan cuti saja? Walaupun tak dinafikan bukan semua kakitangan kerajaan yang muslim bersolat jumaat. Tetapi majoritinya pergi menunaikan solat. Makan masa pergi balik. Rehat lagi. Kan lebih senang kalau mereka bercuti aje terus. Memudahkan mereka.

Aku cadangkan kita cuti saja pada hari jumaat. Untuk sektor kerajaan sahaja la.

Yang swasta tue lantak p la. Bagus juga kalau sektor kerajaan kerja hari Ahad. Kurang2 sektor swasta yang tak dapat cuti hari biasa boleh la naik ke agensi2 kerajaan pada hari ahad.

Harap2 ada mana2 wakil rakyat dari BN ka PR ka bawa usul agar kita tukar cuti kepada jumaat dan sabtu. No more cuti sabtu dan ahad. Takan kot bagi cadangan cuti hari jumaat pun kena halau dok luar negara ataupun dituduh pengkhianat, ye tak?

KAH KAH KAH

 
Rujukan : http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/pas-minta-tukar-cuti-hujung-minggu-1.239150

Carlsberg Logo Halal - JAKIM Nafi, Buat Laporan Polis.

Susulan penyebaran satu gambar yang tersebar di wassap sejak 2 hari lepas. Gambar tersebut juga mula tersebar secara berleluasa di laman2 sosial bermula semalam.

Rujuk ;


Oleh kerana JAKIM dipersalahkan atas perkara tersebut maka JAKIM tampil membuat penafian dan juga akan mengambil tindakan tegas terhadap mana2 pihak yang menyalahgunakan logo halal.

Baca ;
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan memberi perakuan dan sijil logo halal kepada produk atau syarikat yang mengeluarkan minuman keras.
    
Pengarah Hab Halal jabatan itu, Hakimah Mohd Yusoff berkata, Jakim telah membuat laporan polis di Balai Polis Putrajaya semalam berhubung perkara itu dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat.
    
Beliau berkata demikian dalam kenyataan bagi mengulas maklumat dan aduan yang diterima daripada orang ramai berkaitan gambar tin minuman bir berjenama 'Carlsberg' tertera logo halal yang disebar melalui media sosial Facebook dan aplikasi Whatsapp.
    
"Jakim dengan ini menegaskan bahawa jabatan ini tidak pernah memberi dan mengeluarkan perakuan serta sijil atau logo halal kepada produk atau syarikat itu. Bahkan produk lain yang turut dikilangkan di kilang yang sama turut tidak diberikan sijil halal walaupun ia bukan minuman keras," katanya.

Rujukan : http://beta.malaysiakini.com/news/251401

Maksudnya itu gambar super impose la ek?

Makanya POLIS akan mula mencari siapa kah individu yang cuba menfitnah JAKIM.

Bagi aku JAKIM memang ada banyak isu2 yang kita boleh serang. Tanpa guna isu2 fitnah pun. Sebab JAKIM memang mengada2. Banyak isu yang aku menyampah dengan JAKIM. Tapi.. nak fitnah JAKIM atas benda yang dia tak buat.. tak patutlah kan kan.

HAHAHAHA..

Apa2 pun bagi sesiapa yang mempercayai itu adalah gambar sebenar maka sila la jangan mempercayainya lagi. Memang sekali pandang macam gambar betul. Aku tengok gambar tue semalam. Via handphone. Sebijik macam gambar betul. Kat laptop pun sama. Cerdik ah sapa2 yang super impose tue. Terer wa cakap lue.. tapi sayangnya. Fitnah tetap fitnah. Apa la yang kita boleh buat. Perbetulkan keadaan aje la jawabnya.

KAH KAH KAH

Video Dedah Pengakuan Sultan Johor Ditampar Tersebar !!!

Pendedahan.

Ia mengenai satu video yang mendedahkan satu insiden yang menceritakan bahawa Sultan Johor telah ditampar oleh seseorang.

WOWWWW..

Benarkah perkara itu? Kalau ada rakaman dia menampar pun bagus juga. Boleh la aku tengok berkali2. Terutamanya bab kena lempang tue. Aku akan ulang dan ulang dan ulang dan ulang.. dan membayangkan jika2 yang tampar itu adalah..

KAH KAH KAH 

Video tersebut di upload pada 17 Dec 2013. Yang upload tue Ali KlicPro. Guna nama samaran pula tue. Tetapi tak ramai yang view video tersebut. Mungkin ramai yang tak sedar akan kewujudan video tersebut.

Antara ayat2 yang mengemparkan dalam paparan video tersebut ;





Ish..


Ishh ish ish.....

Kenapa tampar sekali aje?

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Video yang dimaksudkan ;

 

Apa pun kita mahu juga mendengar respon dari peguam Kamal. Benarkah insiden ini berlaku? Elok juga dengar penjelasan dari tuan punya badan sebelum berprasangka melulu.. Tapi, jika tak benar aku mungkin rasa sedikit kecewa la serba sedikit.. Baru nak puji Kamal memang POWER. 

HAHAHA..

Khamis, 9 Januari 2014

Jamil Khir Minta Hormati Sultan Selangor.

Baikla menteri agama. Aku akan hormati keputusan Sultan Selangor. Seperti yang di minta oleh menteri agama Jamil Khir.

Rujuk ;


Isu berkenaan kalimah Allah dalam bible. Sultan Selangor berkuasa untuk mempertahankan kalimah Allah kerana berperanan sebagai ketua agama Islam.

Daulat tuanku.

Tapi sejak akhir2 selalu nampak rakan2 di laman sosial sebarkan gambar seseorang yang seiras tuanku dan anak tuanku. Apa citer tue tuanku?



 
Ampun tuanku.

Patik takutkan Allah lebih banyak dari tuanku. Ampun ya tuanku.

Daulatt tuanku..

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Putrajaya Memang Ada Arak Walaupun Tanpa HRC.

Begitu la kandungan inbox yang aku terima sebentar tadi.

Rujuk gambar ;



Berserta keterangan ;

Salam admin.sey ado info sikit untuk admin buat pendedahan berkenaan HRC putrajaya. Nak maklumkan. Tak payahkan HRC. Putrajaya Seafood pon ade air kencing setan. Dah berzaman... Nak tambah sikit laie, Putrajaya Seafood tu ialah premis perniagaan Perbadanan Putrajaya (PPJ). Torang² ado arak. Inikan plak HRC...

Hish hish hish..

Begitula kandungan inbox yang aku dapat tadi. Rupa2nya ada orang nak bagitau.. betapa hipokritnya lahai perangai sesetengah orang..

Errr betul ka resit invois kat atas neh? Kalau tak betul maka abaikanla artikel neh. Pun boleh respon untuk penafian. Aku akan betulkan apa2 yang salah nanti. Tapi, kalau betul maka apa yang berlakon huhu haha pasal takmo la ada arak kat Putrajaya dalam beberapa hari neh? Ke macam mana tue? 

Aku terai la google2 gak tadi. Kot2 banyak restoran Seafood kat Putrajaya tadi tue. Tengok URL perghh. GOV lagi tue beb. Hasil google plak macam kat bawah neh. Klik image untuk paparan yang lebih jelas oke.


Syukur Alhamdullilah aku belajar sedar diri selama neh. Nasib baik la aku tak suka berlakon2 jadi baik. Biarlah orang cop aku kurang ajar ke jahat ke mengarut ke liberal ke feemason ke apa ke. Takpela. Dari berlakon baik depan2 tapi belakang2 hanya Allah je yang tahu.

Syukur..

KAH KAH KAH

Tindakan Ektremis - Letak Gambar Pemimpin Dalam Kelas La Pula !!!!

Tadi ektremis agama. 

Yang neh pula ektremis politik. 

Makhluk2 ektremis neh memang ada masalah jiwa gamaknya. Secara keterlaluan memaksa dan mendesak agar rakyat hanya berpihak kepada mereka. Ini semua kegilaan yang dibuat oleh mahkluk2 ektremis. Kewujudan mereka akan menyebabkan dunia berantakkan. Sebab makhluk2 ektremis takan berhenti dari melakukan tindakan2 bodoh yang mana tindakan2 tersebut akan menyusahkan rakyat jelata pada akhirnya.

Baca ;

Putrajaya secara senyap memaklumkan kepada semua sekolah supaya meletakkan potret pemimpin persekutuan dan negeri di dalam kelas untuk menyemai semangat patriotisme, tetapi di negeri Pakatan Rakyat (PR) hanya gambar sultan atau gabenor negeri diletakkan tanpa menteri besar atau ketua menteri.
The Malaysian Insider difahamkan satu pekeliling daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dihantar melalui sistem aplikasi mesej WhatsApp atau menerusi lawatan pegawai pendidikan daerah yang menyatakan sekolah "digalakkan" untuk meletakkan gambar Yang di-Pertuan Agong, permaisuri, perdana menteri, menteri pelajaran dan ketua menteri atau menteri besar.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Timbalan Perdana Menteri, adalah daripada kerajaan BN manakala musuh mereka PR memerintah di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor. -TMI

Cuba bayangkan.

Ini gambar pemimpin negara. Najib Razak la senang citer. Kat dinding kelas kau. Lepas tue ko masuk dalam kelas tue. Dengan kerusi terbarai. Meja berkopak. Pintu senget. Dinding berlubang. Tak rasa malu ke dok terpampang muka pemimpin2 dalam kelas?

Lagipun.

Budak2 neh nak belajar kot. Apsal nak letak muka pemimpin2 neh dalam kelas? Kalau letak dalam pejabat guru takpe la. Ada maafnya lagi. 

Ini letak dalam KELAS?

Akai ada ka?

Waras ka?

Boleh membantu dari segi apa? Tengok muka NAJIB DAN MUHYIDDIN YASIN DALAM TV DAN PAPER HARI2 MASIH TAK MENCUKUPI lagi ke?

Sampai perlu letak dalam kelas lagi?

Arahan mengarut. Mohon semua sekolah bersatu ahti. Oleh kerana ia bukan paksaan, maka jangan la dituruti arahan mereka. Jaga la maruah sekolah korang masing2. Sekolah tempat belajar. Sekurang2nya dalam kelas. Jangan babitkan emosi murid2 neh. Mereka juga berhak belajar dengan tenang. Tolong la..

Lagipun. Aku tak percaya langsung Agung dan Permaisuri favor kepada cadangan neh. Dorang pun relax aje. Gambar dalam bilik guru aje sudah memandai. Yang lebih2 neh selalu orang2 politik je. 

Tak boleh blah cadangan bodoh macam neh benar2 berlaku di negara neh. Tinggal di kalangan yang ektremis. Memang menakutkan..

Perbualan Bukan Mukhrim Di Laman Sosial Perlu Diharamkan - Mufti Malaysia.

Nanti dulu.

Aku minta jangan buat kenyataan yang mengelirukan. Aku tujukan khas kepada dua orang mufti yang bagi cadangan ke apa ke berkenaan hal tersebut.

Cadangan ini susulan dari tindakan mufti di Iran yang mengharamkan sembang di laman sosial baru2 neh.

Rujuk ;


Aku faham. Maksiat itu haram. Tak kira la ko buat secara berdua ke, berempat ke, secara bertentangan ke, secara facebook ke, secara chat ke,  secara perbualan telefon ke, secara percakapan ke apa ke. Mana2 perkara yang menyebabkan ko membuat maksiat ia adalah haram. Tersorok ataupun secara terbuka. 

Tetapi kan.. 

Yang neh aku susah sikit nak faham tahu.

Baca dulu kenapa aku rasa ia agak mengelirukan  ;

Dua orang mufti Malaysia menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa untuk mengharamkan perbualan orang bukan muhrim menerusi laman sosial yang didakwa mendorong kepada perlakuan maksiat.

Menurut laporan Berita Harian, Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman dan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad, itu menuntut Majlis Fatwa mengambil tindakan berkenaan, selari dengan fatwa dikeluarkan pemimpin Iran Ayatollah Ali Khomeini.

Menurut Abdul Rahman, pergaulan yang menjurus kepada maksiat atau bertentangan Islam dilarang dalam Islam, walaupun di media sosial.

“Contoh mudah adalah memberi salam. Jika tidak ada tujuan dan disalah guna untuk permulaan perbualan kurang berfaedah, ia tidak wajib dijawab.

Melihat pasangan yang bukan muhrim tanpa ikatan sah di media sosial juga tidak dibenarkan.

Perbuatan ini dilarang dalam Islam kerana boleh mengundang nafsu,” kata Abdul Rahman seperti dipetik dalam laporan itu.

Rujukan :  http://beta.malaysiakini.com/news/251329

Pertama. Bila aku baca keterangan macam neh. Aku rasa takut. Apa yang aku nampak sebagai seorang penganut islam? AKu rasa mereka mula melakukan tindakan2 ektremis. Mereka mula menjadikan agama islam sebagai agama yang sangat2 ektremis. Aku takut.

Macam mana kita boleh tahu seseorang yang bagi salam kat dia sedang berniat mahu melakukan perbualan2 yang mendorong kepada perkara maksiat?

Dan kalau perbuatan termelihat gambar wanita2 atau lelaki2 yang bukan mukhrim pun dah jadi haram, bagaimana pula dengan TV? Bagaimana pula dengan ROSMAH MANSUR DAN NAJIB? Bagaimana pula dengan gambar2 pemimpin? Gambar2 penyanyi? Kat tv, buku, majalah, paper bersepah kot gambar2 mereka yang bukan mukhrim dengan aku. So ia HARAM juga ke apa?

Bagi aku, kalau benda tue dah terbukti maksiat. Maka lain la citer nya. Ini belum terbukti maksiat. Macam kelakar aje ko nak melarang perbualan sesama rakyat Malaysia yang bukan mukhrim di laman sosial. Tak rasa ia keterlaluan ke? Terus terang cakap neh. Kalau nak mengektremiskan bumi Malaysia dengan fatwa2 macam neh aku nak berambos. Aku nak hidup kat negara kafir laknat. Cakap la apa2 pun. Yang penting aku takmo hidup kat negara Islam yang EKTREMIS. Sikit2 haram. Sikit2 haram. Sampai satu tahap aku rasa kehidupan aku, kewujudan aku sendiri boleh jadi haram kalau ikut cadangan2 dan fatwa2 yang dorang nak buat neh.

Yang aku pelik bin ajaib.

Yang buat fatwa di atas neh ialah IRAN. Dan mufti Malaysia cadangkan agar kita ikut cadangan tersebut. Saranan disalurkan kepada majlis fatwa kebangsaan untuk dijadikan fatwa. Iran tue bukan kah SYIAH? Punya la anti syiah kaw2. Last2 fatwa syiah juga yang nak digunakan.

Apa benda la luee orang neh.

Tah hapa2..

Songlap Bantuan Banjir - Ahmad Said Nafi Dan Mungkin Ambil Tindakan Susulan.

Pakatan Rakyat Election News.

Aku tak sure dia update apa sampai Ahmad Said rasa tersinggung bagai. Tapi isunya aku tahu. Sebab aku ada kongsikan di page aku dengan tujuan mahu mendapatkan penjelasan lanjut dari Ahmad Said.

Rujuk ;


Perkara di atas tersebar meluas di internet. Tak sure page mana yang dapat inbox di atas. Tapi memang ia tersebar meluas la di laman2 sosial sejak beberapa hari yang lepas. Ia berkenaan bantuan banjir yang disonglapkan oleh Ahmad Said katanya.

Jawapan dari Ahmad Said ;
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said kecewa apabila terus difitnah dan dituduh dengan tuduhan tidak berasas oleh pihak tertentu yang dilihat mahu menjatuhkan reputasinya.

Yang terbaharu, beliau didakwa telah menyeleweng bantuan pihak istana untuk mangsa banjir di Kemaman.

Sebuah laman sosial 'Pakatan Rakyat Election News’ mengeluarkan kenyataan menerusi Facebook pada Isnin lalu dengan mendakwa bantuan tersebut tidak diagih sebaliknya disonglap oleh menteri besar sehingga menimbulkan kemurkaan pihak istana.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Ahmad menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak munasabah.

"Saya tidak tahu apa motif mereka. Sedangkan ketika itu saya ada bersama Tuanku semasa majlis bantuan penyampaian barangan di Sekolah Menengah Kebangsaan Cukai dan Sekolah Kebangsaan Seri Iman di Kemaman," katanya.

Beliau berkata beliau kesal kerana susulan kenyataan tidak berasas itu, ramai pengguna Facebook memberi komen negatif dan melemparkan pelbagai tuduhan tidak wajar kepada beliau.

Ahmad berkata beliau akan menilai dan mengkaji perkara itu sebelum membuat laporan polis untuk tindakan seterusnya. - Bernama

Pandangan aku. 

Kalau rasa yang menuduh itu ada bukti konkrit. Hadap kan bukti tersebut ke depan. Meh la kita sama2 bongkar. Nak lagi nampak berkredibel. Lebih baik report kepada agensi2 tersebut seperti polis dan sebagainya. Zaman sekarang kalau setakat guna modal air liur memang payah. Aku kena ko pun kena nanti kesudahan der.. dah la kita neh orang kecik2 aje. Kena pijak sekali memang mampos la punya. Dah nasib orang takde pangkat. Nak buat macam mana..

Lue fikirla nanti ek. 

Pelajar Sekolah Protes Kenaikan Tambang Bas Sekolah.

2 hari sebelum neh gambar pelajar sekolah pegang kad manila yang tertulis sesuatu hangat disebarkan di laman2 sosial. Konon nya kerana berdemo isu kenaikan tambang bas. Nampaknya ia bukan sekadar spekulasi liar. Kejadian tersebut memang berlaku pun. Area Bagan Dato. Perak.

Punca mereka berdemo adalah disebabkan kenaikan tambang bas sekolah.

Rujuk ;


Kurang2 kena ada RM60 sebulan untuk cover tambang perjalanan pergi balik seorang anak. Kalau dua? Tiga? Empat? 

Mampos nak membayarnya weh.

MAHAL!

Dek kerana tak berpuas ahti dengan kenaikan tambang tersebut maka pelajar2 tersebut pun melakukan protes kepada pengusaha bas tersebut.

Lihat gambar ;


Pelajar2 semolah melakukan protes. Berdiri sambil pegang kad manila yang tertulis mengenai kenaikan tambang bas sekolah. Pelajar2 neh mungkin tatau kot. Punca utama kepada semua kejadian kenaikan demi kenaikan ini sebenarnya datangnya dari keputusan2 yang dibuat oleh pentadbiran negara di bawah kepimpinan Najib Razak. Dan sepatutnya mak bapak budak2 neh kena la explain kat anak masing2. Ini semua salah BN. Apa yang susah sangat.

HAHAHA..

Baca ;
Terdahulu, sekumpulan pelajar dan ibu bapa mengadakan perhimpunan aman di Pekan Sungai Dulang, di sini sebagai simbolik protes berhubung keputusan Persatuan Perusahaan Bas Sekolah Hilir Perak menaikkan kadar tambang bas.

Sundrawali berkata, mereka faham kenaikan harga tambang disebabkan dengan kadar kenaikan harga minyak 20 sen bagi satu liter tetapi caj baharu  yang dikenakan ke atas setiap pelajar agak membebankan mereka yang berpendapatan kecil.

Bagi seorang ibu kepada tujuh anak, Sulasiah Moktar, 42, dari Taman Perumahan Awam berkata, kadar tambang bas sekolah baharu dibuat pengusaha itu, jelas menyusahkan ibu bapa berpendapatan rendah.

Katanya, dia yang tidak bekerja dan bergantung sepenuhnya dengan pendapatan suami  menganggap kenaikan tambang bas sekolah memberi kesan kerana  kenaikan sebanyak RM16.89 berbanding RM32 sebelum ini.

“Apa yang merunsingkan kami, dua anak kami bersekolah yang menggunakan khidmat bas sekolah tersebut dan terpaksa membelanjakan RM97.78  setiap bulan dan ianya memberi kesan terhadap perbelanjaan hari kami.

“Jika pengusaha mahu menaikkan kadar tambang bas, biarlah berpatutan kerana kami di sini hanya berpendapatan kecil, apatah lagi keluarga saya mempunyai ramai anak-anak  yang perlu bersekolah,” katanya,

Rujukan : http://www.sinarharian.com.my/nasional/tambang-bas-naik-budak-sekolah-demo-1.238615

Bahkan SPAD juga berkemungkinan besar meluluskan kenaikan tambang2 bas sekolah tersebut. Kalau mereka tak luluskan, maka dah lama dah jadi kes. Mestilah SPAD akan tarik balik lesen dan sebagainya dah undang2 di bawah bidang kuasa SPAD.

Cuma mereka taknak sebut secara terang-terangan aje.

Apa pun sia2 aje la korang berdemo marahkan ikan kecil. Kenaikan tambang bas akan tetap berlaku. Korang semua takan boleh berbuat apa2. Pengusaha bas sekolah pun terjejas juga. Mereka terjejas disebabkan kenaikan minyak dan sebagainya. Korang terjejas disebabkan kenaikan tambang dan sebagainya. Pendek kata semua terjejas. So buat apa buat demo protes sesama sendiri? Buat demo lawan mereka2 yang menyebabkan kita semua terjejas, itu baru la betul.

Apa? 

Nak kena puji ke sebab korang berdemo lawan pengusaha bas?

Sorry. Boring nak buat benda tue.

KAH KAH KAH

Rabu, 8 Januari 2014

Menteri Sibuk Nak Islamikkan Hard Rock Cafe Tapi Taknak Pula Sibuk Islamikkan Harga Rumah..

Apa nak jadi dengan negara kita neh beb? Cuba korang tengok focus menteri2 kita macam mana. Isu HRC [HARD ROCK CAFE] kemain lagi mendapat ulasan dan penyelesaian yang membangun la konon2nya dari menteri wilayah kita, Tengku Adnan.

Rujuk ;


Episode pertama kat sini ;

http://sozcyili.blogspot.com/2014/01/cadangan-buka-hard-rock-cafe-di.html

Selepas cadangan asal dibatalkan tetiba Ku Nan menyampuk dengan bagi idea ;

1. Kita boleh islamikkan HRC.

2. Jangan jual arak.

3. Nasyid pun boleh.

4. Persembahan yang tidak melampaui batas.

Sesuai dengan imej Putrajaya, pusat pentadbiran negara.

Then Mahathir pun mengulas sama.

1. Kita boleh ada hiburan nyanyi2.. menari2 masa sambutan ambang tahun baru takan la hiburan yang seumpamanya kita nak halang di Putrajaya..?

2. Hiburan dibolehkan di Putrajaya.. janji jangan lucah sudah la.

3. Saya tak setuju ada kedai arak dan tarian bogel di Putrajaya.. tetapi hiburan yang serdahana dibolehkan..

Andaikata HRC disesuaikan (dengan tiadakan arak dan muzik yang tidak keterlaluan) apa salahnya jika ia dibuka di Putrajaya.

Dekat sini kita nampak apa? Kita nampak kemain lagi menteri kita, tokoh2 terkenal dalam negara ini bagi sepenuh idea untuk memanfaatkan idea buka HRC di Putrajaya. Yelah, hiburan la katakan kan. Jangan jual arak la. Hiburan nasyid la. Ko ingat minah2 purdah, laki2 bersongkok bagai akan masuk cafe 3,4 pagi lepak2 sambil dengar lagu nasyid ka?

Yang aku pelik tue. Atas nama hiburan sanggup kerah idea bagai. Islamik la. Boleh ubah ikut kesesuaian la. Tapi bagaimana pula dengan isu harga rumah? Kenapa tak fikirkan method yang sesuai untuk selesaikan harga rumah yang semakin mahal? Nak kata takde idea bersepah dah idea aku campak kat blog neh. Percuma aje. Takde pula aku minta upah perunding bagai macam Najib Razak bayar firma2 perunding mahal2 tue. FREE OF CHARGE aje.

Ada pernah fikir pasal jual rumah ikut prinsip Islam?

Ada pernah fikir macam mana nak selesaikan masalah rakyat ikut acuan Islam?

Ada pernah fikir macam mana nak atasi kenaikan kos sara hidup ikut cara Islam?

Ada pernah fikir jual kereta kat rakyat ikut kaedah Islam?

Ada pernah fikir macam mana nak mengislamkan negara neh ikut acuan sebenar Islam?

Islamik konon. My foot la.

Islam korang neh macam baju. Kejap aku Islam. Chakkkk. Kejap aku lupa kat mana aku campak Islam aku tadi tue.. Islam ikut mood. Islam ikut topic. Islam ikut isu2 tertentu. Agak2 isu tue babitkan geng2 sendiri, rakan2 sendiri, rakan2 seperniagaan sendiri, dapat keuntungan serba sedikit time tue mula la gunakan Islam untuk halalkan idea, cadangan dan sebagainya. 

Tapi bila disuruh amalkan betul2 apa yang Allah sebut jelas2 dalam Alquran, ikut acuan yang benar lagi terbukti sahih, masa tue aku ke mana islam ke mana.

Dari awal lagi aku tak kesah pun HRC nak ade ke takde ke apa ke kat Putrajaya tue. Aku peduli apa ada jual arak ke ada hiburan bogel ke apa ke. Tempat2 macam tue aku tak masuk dan jejak. So aku memang ignorant. Haram aku nak heran. Apatah lagi kilang arak ada di sana. Kasino ada di situ. Pusat judi ada di mana2. Jadi korang rasa aku heran ke dengan bertambah lagi satu benda2 mengarut macam neh? Memang aku tak heran pun. There is no hope la kerajaan Islam tajaan BARISAN NASIONAL tue.

Tapi aku lebih heran bila agaknya menteri2 kita akan mula gunakan otak2 dorang bagi menyelesaikan masalah2 rakyat yang semakin menimbun neh.

Bila?

Bila?

Bila?

Gamaknya sampai aku mampos pun dorang takan guna otak dorang..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...