So, Muhyiddin Yasin telah memangsakan pelajar2, ibu bapa, guru2, sekolah2 dan kakitangan kementerian dengan membuat satu keputusan yang membuta tuli rupanya.
Kata prof Agus di laman facebooknya ;
PERLUKAH PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) DIKEKALKAN?
Jam 9 pagi, saya keluar pejabat unrtuk ke SMK Jalan 4, Bandar Baru Bangi melihat reaksi anak murid dan ibu bapa menerima keputusan peperiksaan PT3. Saya ke sekolah ini kerana inilah sekolah terbaik di daerah ini yang setiap tahun ratusan pelajarnya mendapat 8A ke atas.
Namun, tahun ini hanya 8 orang pelajar sahaja dari sekolah ini yang mendapat semua A. Pencapaian sekolah ini adalah lebih kurang sama sahaja dengan pencapaian dari sekolah berasrama penuh yang lain. Maklumat awal yang saya perolehi menunjukkan hanya 11 orang dari Tunku Kursiah yang mendapat semua A, 10 dari Faris Petra, seorang dari SDAR, seorang dari Sakti, 21 orang dari Mozac dan 26 orang dari Tun Fatimah.
Saya bertanyakan ibu bapa dan para guru tentang tentang pelaksanaan PT3. Satu persamaan pandangan mereka ialah PT3 adalah peperiksaan yang paling bercelaru, kelam kabut dan kucar kacir.
Kata mereka, inilah peperiksaan yang format peperiksaannya bersifat ad hoc, diumumkan lewat, anak-anak dijadikan bahan uji kaji, calon-calon dan para guru tidak diberitahu langsung tentang peperiksaan ini pada peringkat awalnya dan banyak lagi.
Ibu bapa tidak berpuas hati dengan pentaksiran mengikut sekolah ini kerana kertas jawapan diperiksa oleh guru yang sama mengajar di sekolah, tidak oleh guru dari sekolah atau negeri lain. Mereka mempersoalkan tentang keadilan untuk memohon masuk ke sekolah berasrama penuh dan lainnya.
Betul, soalan PT3 adalah berbentuk subjektif yang memerlukan pelajar berfikir. Betul, soalan PT3 adalah bersifat Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Tetapi pertanyaannya, apakah dengan KBAT ini, ia dapat membantu kita dalam menaikkan taraf pendidikan negara?
Melihat kepada kecelaruannya, saya tidak fikir ia dapat membantu meningkatkan sistem pendidikan negara kita. Jadi, apa tindakan seterusnya? Buatlah survei secara jujur dari kalangan guru dan ibu bapa, dan ambillah cadangan dan pandangan mereka. Itulah yang terbaiknya
Point penting ;
1. Bukan format peperiksaan yang dipersoalkan.
2. Bukan pembaharuan atau penambahbaikan sistem pendidikan yang dipersoalkan.
3. Tetapi cara ia dilaksanakan yang menjadi pertikaikan.
4. Diperkenalkan dan dilaksanakan secara tergesa2 tanpa penglibatan dan pengetahuan mendalam oleh guru2, ibu bapa dan pelajar2 yang sebenarnya terkesan dengan kaedah peperiksaan yang baru ini.
5. Kementerian sepatutnya mengambil pendekatan yang lebih tersusun ketika mahu melaksanakan PT3.
6. Hasilnya, keputusan PT3 di beberapa buah sekolah bukan sahaja merosot termasukla melibatkan sekolah2 yang sering menghasilkan pelajar2 cemerlang, bahkan ia turut menyebabkan ibu bapa dan guru2 yang terlibat rasa marah dan geram.
7. Sistem pengiraan markah juga menjadi persoalan apabila kertas peperiksaan diperiksa oleh guru2 di sekolah tersebut berbanding menghantarnya kepada guru2 dari sekolah lain untuk disemak dan dinilai agar tidak berlaku memeriksa berdasarkan sentimen emosi dan favortism.
Anak2 dijadikan bahan ujikaji sewenang2nya oleh kementerian pendidikan Malaysia. Melihat kepada hasil keputusan yang sangat teruk dan merosot untuk tahun neh, adakah Muhyiddin Yassin akan tampil untuk bertanggungjawab?
Baca ulasan ini pula ;
Bagi Fatimah Jais (gambar kecil), dasar kerajaan dalam membuat keputusan menukar PMR kepada PT3 sepatutnya dikaji dan dibuat secara berperingkat.
“Ibu bapa seperti diperbodohkan. Ikut sahaja apa kata menteri yang membuat dasar sedangkan dari awal lagi saya dah nampak apa yang cuba dipraktikkan melalui PTG ini akan gagal.
“Buktinya jelas, tak ada seorang pelajar pun yang dapat semua A dalam PT3 di sekolah anak saya di Hulu Langat dan lebih teruk lagi, hampir semua pelajar gagal dalam matapelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.
“Sudahlah gagal, layak pula masuk ke kelas aliran sains. Cuba bayangkan bagaimana mereka nak hadapi mata pelajaran di aliran sains yang lebih mencabar nanti,” ujarnya.
Seorang lagi yang ditemui, Hairi Kamaluddin berkata, gred F yang tercatat dalam sijil anak ditaksirkan sebagai Tidak Mencapai Tahap Minimum tidak ubah seperti membodohkan ibu bapa dan pelajar.
“Sudah tentu gred F itu gagal. Sebut sahaja gagal dan tak payahlah nak berlapik-lapik. Alasan tidak mahu menyebut ada pelajar yang gagal adalah sesuatu yang langsung tidak masuk akal.
“Harus diingat bahawa kegagalan anak-anak untuk mendapatkan keputusan cemerang dalam PT3 ini adalah tanggungjawab Menteri terbabit yang tidak mengkaji apa implikasinya membuat perubahan peperiksaan daripada PMR,” tegasnya dalam nada kecewa.
Apa yang dibimbangkan Hairi, pelajar-pelajar ini akan lahir sebagai pelajar tidak berkualiti untuk masa akan datang.
Sumber : Malaysia Gazette.
Sekarang kita tunggu apa respon menteri pendidikan negara. Sibuk rangka strategi perlawanan nak bunuh karier politik Najib ke apa. Woi gila. Selamatkan karier politik kau sama. Haprak je dedua2 aku tengok.
Bai.