Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 9 Mei 2014

Ahli PAS Bertanding Di Bukit Gelugor Pula Dah..

Sudah tentu ini bukan kerja dari PAS. Aku kurang percaya bahawa PAS akan bertindak seperti ini. Ini mesti kerja saf2 yang rasa perlunya memecahkan jalinan kerjasama antara PAS dengan DAP. Maka puak2 ini sengaja mesabotaj PAS dan DAP berterusan demi mencapai sesuatu hasrat. Macam.. menyatukan PAS dengan UMNO ke..

KAH KAH KAH

Lihatla ;


Nak bertanding pun lantak ko la pakcik oi.

Cuma ada baiknya jangan jaja nama PAS ke sana ke mari dalam kempen2 ko. Dan lagi satu nak bertanding atas tiket parti kena ada watikah perlantikan. Takde watikah perlantikkan maka bukan la bertanding atas nama parti. So dah tak bertanding atas nama parti maka jangan la heret nama parti. Tak perlu nak jaja satu kampung ko ahli PAS. 

Relax sudah.

Tapi kan. Kita cakap pasal Penang kot. Kubu kuat DAP.

Letak la apa2 calon sekalipun, mana2 calon yang mewakili DAP pasti sukar nak menang. Maka aku percaya, tindakan calon bebas yang masuk bertanding neh adalah sebenarnya strategi BN untuk mengurangkan undi majoriti dan memecahbelahkan undian.

Contohnya. PCM masuk bertanding. Akan mengacau persepsi dan pemikiran orang cina.

Si Mohammad Nabi neh masuk bertanding. Kacau pula pemikiran melayu dan orang Islam.

So dari sini la BN akan mengambil kesempatan memainkan elemen2 racist ataupun sentimen agama. Yang aku tahu, kalau majoriti penduduk di Bukit Gelugur ialah orang2 islam, maka isu2 berkaitan bangsa akan jadi main topic time kempen.

Kalau la penduduk2 di Bukit Gelugur majoritinya orang2 cina maka isu hudud akan ambil peranan. Mereka akan gunakan sentimen tolak hudud. Mereka juga akan menggunakan sentimen yang DAP tidak cukup keras untuk tolak hudud.

Padahal DAP pun sama juga macam PAS. Hudud tue millage politik aje. Time nak dapatkan sokongan dari orang melayu, DAP pun lembut gigi dari lidah buat2 sokong hudud. Time nak dapatkan sokongan dari cina, DAP pun lembut tulang dari kulit buat2 tak sokong hudud. Padahal dari segi sistem dan pelaksanaan, dorang tahu sangat apa yang perlu dilalui oleh PAS. Ia bukannya semudah ABC. 

Kesian undang2 Islam.

Sana sini jadi millage politik aje.

Haish.. orang islam dan orang2 bukan islam. Bergaduh la korang sampai kiamat angkara orang2 politik neh okay.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...