Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 19 Disember 2012

Najib dan promosi melampau.

Yang neh aku tak puji ko le Najib. Over sangat. Nak promosikan diri pun tak payah la buat benda2 jadah merepek. Kan hari2 dah masuk tv apa seme. Tak cukup coverage lagi? Ko dah seberapa banyak? Nak sampai tidur najib mimpi najib makan najib minum najib dan segala2nya najib?

Takde selera weh.

kah kah kah

Baru2 neh ada member facebook kongsikan beberapa benda yang aku rasa memang tindakan lawak dari bien. Yang pertama nya gambar kat bawah neh ;


Arhh sudah.

Bagi kad la pula. Dengar gambar yang tak boleh blah. Woitt agak2la weh team nadi rakyat. Kot ye pun nak up kan sangat si najib tue tak payah la letak gambar macam tue. Korang tidak membantu menaikkan rating najib di mata malaysian oke. Bahkan membantu menjunamkan lagi.

Sudah la bekerja di bayar gaji untuk up isu2 bn. Tapi buat kerja langsung tak betul. Even aku bukan pro bn pun boleh tahu edaran gambar di atas hanya memburukkan reputasi pm. Apa jadahnya?


Ingat orang nak kisah ke kalau najib lap tapak kaki orang biasa sekalipun? Tak heran der. Contohnya ko lap tapak kaki seseorang, so? Apa effectnya pada aku? Adakah najib akan lap tapak kaki aku pula? Nampaknya tidak.

Jadi lebih baik la kalau najib tumpu nak selesaikan masalah terbanyak rakyat malaysia 
iaitu ;

1. Kos sara hidup

2. Beban kenaikan barang

3. Gaji tak setimpal dengan perbelanjaan yang terpaksa di kurangkan

4. Perubatan yang mahal

5. Ibu bapa terpaksa berbelanja lebih untuk mendapatkan pendidikan terutamanya bab agama yang mengheret kepada satu lagi masalah yang perlu difikirkan selain dari masalah sosial dan hiburan melampau.

6. Keselamatan di malaysia

7. Rumah yang semakin mahal

8. Jalanraya yang teruk, tol plus pengangkutan awam yang tidak effisen.

9. Cukai kereta yang membebankan .. Kita simpati melihat kereta kancil berhimpit2 ataupun keluarga yang terpaksa naik motor dengan anak kecil.. kalau la kerajaan boleh kurangkan cukai kenderaan.. kadang2 mereka nak juga berjalan dengan kenderaan yang lebih selesa. At least dapat turunkan cukai kenderaan nasional pun cukup la wehhh.. permintaan rakyat malaysia bukan la sesuatu yang tak rasional untuk dilaksanakan pun..

Dan macam2 lagi masalah berkaitan.

Sepatutnya itu focus Najib. Tetapi ini tidak, sibuk dok market diri sana sini sebagai pm prihatin la wasatiyah la apa la.. dia nak masuk ke dalam minda rakyat seperti satu program. Aku cakap aku wasatiyah so aku wasatiyah la.

Itu cara yang salah najib, salah.

Cara yang betul ialah ko buat kerja ko. Dan biar ko masuk ke dalam jiwa aku sebagai satu ikon. Rupanya ini la si mamat najib boleh buat. Dia boleh rendahkan cukai kereta. Gud2. Wow.. dia boleh basmi kemiskinan tegar. Gud2. Woww dia memartabatkan muslim di malaysia.. kini kita dah boleh ada lot2 kedai di shopping2 complex seperti di klcc.. bagus2.

Dengan cara ini la baru ko boleh mendapatkan undi. Apa yang menghalang ko daripada melaksanakan perkara2 tersebut? Tak faham aku. Oleh kerana ko tak boleh buat maka berambos la. Ini sampai ke kedai buku pun kena edarkan buku ko. Gila betul.

kah kah kah



Baru2 neh ada member facebook pergi beli buku kat MPH. Sekali MPH bagi buku neh pula padahal dia tak beli pun. Gila weh. Sampai tahap tue marketkan diri. Heran aku. Btw, buat buku neh gunakan duit sapa? Ada tak duit rakyat terlibat disini? Daripada cetak buku yang tah hapa2 neh baikla ko gunakan duit tue untuk membantu rakyat marhaen lagi la bagus. Suka sangat buat kerja bukan2. Apa pun tak boleh dorang neh. Demmm

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...