Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 20 Disember 2012

10 kenyataan kontroversi dari tokoh terkenal - 2012 !

2012 tamat. 2013 hadir. 2013 ialah tahun mencabar bagi semua pihak yang terlibat dalam politik di malaysia. Baik wakil rakyat mahupun aktivis politik, tahun 2013 ialah tahun yang akan membuktikan kerja keras kita selama 5 tahun ini berhasil ataupun sia2. 

Samada dari pihak bn, pr mahupun non partisan, jika kita tidak mendapat sokongan dalam bentuk kertas undi memang kita gagal. GAGAL.

Tapi takpe, kali neh kita bukan nak berdrama bagai pasal tue. Itu citer tahun depan so kita akan citer pada tahun depan. 


kah kah kah 

Kali neh kita nak imbas kembali 10 kenyataan kelakar plus lucu dan tah hapa2 dari tokoh2 terkenal di malaysia khususnya yang terlibat dalam politik. Jom.

10. Video keganasan penyokong bersih 3 akan keluar pada hari rabu. 

Rabu, rabu, rabu. Rabu dah banyak kali berlepas. Hishammuddin Hussien sampai ke hari neh tak tunjuk lagi bukti video keganasan bersih 3 kepada masyarakat umum. Apakah maksud Hishamuddin Hussien bila dia sebut rabu sebenarnya? Adakah rabu bagi Hishamuddin Hussien mempunyai maksud yang berbeza dari rabu yang kita faham?

kah kah kah

9. Jika DAP menang di bentong, potong telinga saya dan saya terjun sungai pahang.

Adnan yaakob. Menteri besar pahang. Kiasan english katanya. Pftt. Mulanya yakin gila tapi selepas masyarakat amek berat cabaran dia last2 dia cakap kiasan. Kalau diperhatikan cara dia mengeluarkan statement pun nampak macam dia sedang melontarkan cabaran. Tah mana tah kiasan-nya aku pun tatau. Buat2 percaya je sudah la.


kah kah kah 


8. Nizar Jamaluddin, jaga adab.

Tengku Mahkota Johor. Kelakar la you neh TMJ. Kelakar. Siapakah yang sebenarnya kena jaga adab neh hah?

kah kah kah

7. Debat bukan budaya kita, debat budaya barat.

Ahmad Maslan punya kepala hotak. Tak sesuai, masyarakat malaysia sensitif, kita berbilang kaum, dsai ada masalah peribadi nanti dikaitkan dalam debat, jadi jangan buat debat. Ini budaya barat, malaysia tak boleh terima lagi.

Yang diajak Najib, yang menolak Ahmad Maslan. Adakah menjawab sendiri tawaran debat juga merupakan budaya barat ? Apa kaitan peribadi dsai dengan masyarakat yang berbilang bangsa dengan debat NAJIB dan DSAI kat sini?

kah kah kah

6. No plat WWW adalah percuma.

Itu kenderaan rasmi.. untuk kegunaan rasmi. Ini jawapan Liow Tiong Lai bila didapati dia membida no plat WWW dan berjaya dalam bidaan tersebut. Rasmi maksudnya merujuk kepada jawatan dia dalam kerajaan. Jawatan dia dalam kerajaan merujuk kepada wang pembayar cukai.

Untuk no plat yang dia boleh dapatkan secara percuma, dia suruh pembantu dia pergi bida? Percuma tetapi pergi bida? Percuma tetapi lepaskan selepas kontroversi? 
 
kah kah kah  

5. Polis, Tentera berhenti kalau sokong Pakatan Rakyat.

Menteri Besar Terengganu. Ahmad Said namanya. Di malaysia sesiapa boleh menyatakan sokongan kepada sesiapa walaupun bagi penjawat awam kerana institusi kerajaan dan parti ialah dua entiti berbeza. Tiada sesiapa hatta Agung sekalipun berhak menentukan siapa yang kita patut undi dan sokong ini kan pula Ahmad Said jer?

Di negeri2 yang ditadbir PR juga ada polis dan tentera. Adakah mereka perlu berhenti jika sokong BN? Bangang.

kah kah kah    

4. Salahguna wang zakat tak wujud, ia adalah jihad fisabillah.

Mufti, blogger umno bahkan Jamil Khir sendiri membacakan satu kertas yang diolah cantik untuk menjelaskan skandal penyalahgunaan wang zakat yang dilakukan oleh Jamil Khir dalam melawan saman yang difailkan oleh dsai terhadapnya.

Bear in your mind, awalnya Jamil Khir nafi. Dokumen terdedah, dia mengaku. Kenyataan dikeluarkan bahawa itu tertakluk sebagai jihad fisabillah. Jihad apa jadah kalau lue lawan qazaf? Saman dsai ke atas Jamil Khir ialah isu qazaf. Dsai mempertahankan qazaf ke atasnya dan Jamil Khir menolak. Maka saman itu berlaku.

Tang mana satu jihad fisabillah itu terpakai bila lue lawan qazaf? 
Jika lue cakap ia jihad fisabillah kenapa lue ganti balik duit tersebut?

Kenyataan lue tak selari dengan perbuatan lue maka lue tercatat pada tahun 2012 antara pemimpin yang mengeluarkan kenyataan bangang. Ingat tue. BANGANG.     

kah kah kah

3. Beli la proton untuk amal jariah.


Mahathir. Tipu. Tipu kepala nenek kaw. Memang mahathir yang keluarkan kenyataan bangang di atas. Jadi seberapa lama sudah Mahathir beli proton mahal kualiti cikai untuk amal jariah? 

Sudah berapa lama pemimpin2 bn menggunakan proton cikai harga mahal nak mampos untuk pasaran tempatan sebagai kenderaan peribadi? Dah banyak menderma kat proton low class dengan harga mahal gile ka atau hanya rakyat marhaen je diseru menderma? Patriotik tak neh?

kah kah kah 

2. UMNO parti paling berjaya di dunia.

Najib Razak. Perdana menteri malaysia. Tak sah kalau dia takde dalam list.  
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, ahli UMNO perlu bersyukur kerana perjuangan parti itu selama ini diberkati Allah dalam memimpin perjuangan membela bangsa, agama dan negara.

Najib, yang juga Presiden UMNO berkata, sejak penubuhannya 66 tahun lepas, Umno terus mendapat restu Ilahi untuk memperjuangkan kemakmuran negara selama 55 tahun pemerintahan di negara ini. <-- Allah swt bagi restu


"Kitalah parti paling berjaya di dunia, tidak ada parti berdiri tegak berbanding parti UMNO.  <-- UMNO parti paling berjaya di  dunia. 
Kelakar la you neh Najib. Terbahak2 aku gelak taw.

kah kah kah

1. Saya melayu, saya pun tahu islam juga.

Sultan Pahang. Balas kepada isu Nurul Izzah yang dikatakan sokong murtad dan kebebasan beragama. Sebenarnya lain yang Nurul Izzah cakap tetapi lain yang disebarkan oleh media arus perdana.  Bahkan, lain yang Sultan sebut, lain juga yang terpapar dalam bentuk perbuatan. Itu yang kita ada #1881 tue.

kah kah kah 



Apa pun kita berharap pada tahun 2013, lebih banyak statement2 lucu dan bangang terbit dari tokoh2 terkenal kita. Kita bukan apa, sekali sekala nak berhibur dengan kenyataan2 bangang korang apa salahnya kan.

kah kah kah  

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...