Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 18 Disember 2012

Hasan Ali, hentikan repekan mu itu sekarang.

Aku susah nak sangka baik pada seseorang yang jelas merapu dan tak tentu hala balonan nya kepada PAS. Contohnya ada seorang penagih dadah yang merompak mak kandungnya untuk membeli dadah. Logiknya aku mesti mencerca dan mempunyai andaian buruk terhadap penagih dadah tersebut.


Ko kena sangka baik kat aku der.


Tapi kenapa? Ko rompak mak kao..

Tapi kena sangka baik dulu der..

Tapi ko merompak untuk dadah..

So macam tue la perasan aku kepada Hasan Ali. Masa untuk sangka baik sebenarnya dah habis. Dah tamat. Sama seperti masa untuk sangka baik kepada Nasaruddin Mat Isa.

Baru2 ini aku terbaca mengenai Hasan Ali. Rujuk sini.

Dia bidas pas. 

Katanya ;

1. PAS gagal mempertahankan prinsip islamik yang diperjuangkan oleh parti itu.

2. Perjuangan PAS tengelam sebab gagal mempertahankan undang2 kecil yang mengariskan bukan muslim hanya boleh potong rambut sesama jantina samada muslim mahupun bukan muslim.

3. Undang2 itu kata Hasan Ali selaras dengan roh perundangan islam namun pas tunduk ke atas tekanan DAP disebabkan kuasa.

4. Menurut Hasan Ali, PAS sepatutnya menggunakan undang2 itu untuk memperkenalkan keindahan islam kepada non muslim berdasarkan rasional dan nas yang terkandung di dalam perundangan tersebut jika ia dilaksanakan kekal.

5. Disebabkan undang2 ini boleh menghalang laluan PAS ke putrajaya maka PAS tangguhkan undang2 ini. 

Lebih kurang begitulah serba ringkas apa yang dimaksudkan oleh Hasan Ali. 

Sekarang aku nak nyatakan pendapat aku. Pendapat aku tak mewakili sesiapa pun cuma mewakili diri aku je. Hasan ali kata undang2 itu membawa roh perundangan islam. Oke aku setuju. Tetapi jika ia dilaksanakan ke atas muslim semata2 itu betul.

Tetapi jika dipaksa ke atas no muslim ia sebenarnya tak betul. Melainkan jika salon itu sendiri mewujudkan peraturan seperti itu lain la citernya kan. 

Tindakan pas menangguhkan undang2 itu selepas mendengar pendapat semua pihak baik muslim dan non muslim ialah tindakan yang betul. Ini membuktikan pas sedia mendengar pendapat dari semua pihak tanpa mengira kaum dan bangsa sebelum merealisasikan satu2 polisi.

Jika pas melakukan hal tersebut kerana mahu memudahkan laluan ia ke putrajaya sekalipun ia masih lagi tindakan yang betul. Kenapa? Kerana pas harus diperlihatkan sebagai sebuah parti yang terbuka menerima pendapat semua pihak tak kira majoriti mahupun minoriti, tak kira muslim mahupun bukan muslim.

Ini membantu pas diperlihatkan flexible kerana sanggup mendengar luahan dan protes dari pengusaha salon tersebut, so apa masalahnya?

Adakah ini di anggap memburukkan imej islam ? Adakah perbuatan seperti ini diperlihatkan sebagai membelakangkan perjuangan islam? Adakah perjuangan islam itu maksudnya impose sesuatu ke atas non muslim atas perkara2 yang dia tidak tertakluk?

Ini serupa seperti kita melaksanakan undang2 bahawa semua rakyat di negara malaysia harus bersolat 5 waktu sehari tanpa kira agama sebabnya malaysia ini ialah negara islam. Jadi jika ko tak setuju sila keluar dari bumi malaysia sebab bumi ini Allah swt yang punya. Macam tue ke?

Jika muslim tak setuju untuk bersolat oke itu pelik.

Jika non muslim bersetuju untuk bersolat disebabkan undang2 yang suruh, oke itu pun pelik.

Tetapi jika non muslim membantah kerana dia cakap dia bukan seorang penganut muslim maka apa rasionalnya? Itu pelik ka?

Tak pelik la. Sepertimana tak peliknya pas menangguhkan polisi tersebut. Aku cadangkan pas mahsuhkan je terus. Tindakah pas tangguhkan undang2 itu betul sebab undang2 itu memang tak betul.

Bahkan jika pas meneruskan undang2 seperti itu ia mungkin akan mewujudkan persepsi bahawa pas ialah parti yang ektremis. PAS mungkin akan kehilangan keyakinan dari pegundi bukan muslim. Mereka mungkin akan memilih untuk undi sesiapa asal bukan pas.

Perjuangan asal pas tidak tenggelam bahkan lebih tertegak selepas pas memuktamadkan mahu menangguhkan undang2 tersebut. Lagipun samada pas tangguh mahupun tidak tangguh sama je puak2 korang akan balon pas. Aku dah masak dah dengan permainan korang weh.

Adakah menghalang non muslim dari memotong rambut non muslim yang berbeza jantina itu patut? Itu juga la hujah2 yang puak2 korang akan guna kalau pas setuju laksanakan ia. Kalau pas batal lain pula hujah korang. Pokoknya tangguh or laksana bukan isu. Korang memang akan balon pas tak kira apa juga pendirian yang pas amek.

Bezanya cuma disini pas dilihat lebih terbuka dengan menerima pendapat semua pihak baik muslim dan non muslim sebelum melaksanakan sesuatu undang2 bagi menjaga kepentingan rakyatnya. Ini juga menyebabkan imej pas tertanggal dari imej ektremis. Siapa paling takut jika pas tertanggal dari imej ektremis? Siapa paling risau jika pas diterima oleh non muslim?

UMNO dan BN la.

Dah takde modal nak takut2kan non muslim dengan pas. Bila dah takde modal mula la suruh askar2 merepek bagi pihaknya. Logik ka hasan ali melalut dalam isu neh? 

Katakanlah ko ialah hasan ali. Jangan risau. Ko ialah hasan ali versi cerdik dan pintar. Sekarang sebelum balon pas ko mesti akan berfikir beberapa perkara dulu.. antaranya ialah..

PAS setuju tangguhkan peraturan bahawa non muslim hanya boleh potong rambut non muslim yang sama jantina..

UMNO pula buka hub hiburan malam, kasino, judi, pub, hiburan melampau dan sebagainya..

PAS, jika ia mahsuhkan undang2 itu nampaknya takde apa2 pun. Sebab hanya terpakai untuk non muslim je. Bukan pas kata ia melibatkan penganut muslim. Lagipun potong rambut..takde masalah la sesama non muslim nak potong rambut berbeza jantina.. asalkan mereka benar2 melakukan perniagaan potong rambut.. kalau benda lain tue memang tak patut..

UMNO.. di pahang ada kasino. Di sarawak batal sebab bantahan penduduk.. di selangor pun ada kilang arak tetapi yang tue kesalahan diletakkan ke atas pas tak pasal2.. di penang pun ada tetapi salahkan je dap walaupun bn yang luluskan.. ada hub hiburan malam idea najib lagi.. tolak campur tolak campur nampaknya kesalahan UMNO lebih BANYAK dan BESAR untuk ditegur dan diberikan perhatikan berbanding keputusan PAS.

Tetapi apa yang Hasan Ali buat? Eh.... 

Logik tak Hasan Ali? Logik ka? Dah buat medical checkup? Berapa kosnya? Kalau below rm100 aku nak collect derma untuk bayarkan untuk ko. Kalau sudi le.

kah kah kah 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...