Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 19 Disember 2012

Putrajaya Tarik Sekatan Ke Atas Penganut Agama Kristian Ke Israel.

Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menamatkan kuota, had umur dan lain-lain larangan ke atas penganut Kristian di Malaysia yang mahu menziarahi Jerusalem, kata pemimpin gereja dan agensi pelancongan. 
Langkah Barisan Nasional (BN) sebelum sambutan Krismas dan pilihan raya umum dilihat bertujuan memenangi hati kumpulan minoriti tersebut yang meliputi 10 peratus daripada 28 juta rakyat Malaysia, akan tetapi dianggap penting sebagai undi penentu terutamanya dikawasan bandar dan penting dalam perebutan mendapatkan sokongan pengundi pertengahan.

“Ya! Kebenaran diberikan kepada kami seperti yang dituntut,” kata Rev Hermen Shashtri kepada The Malaysian Insider dalam satu teks pesanan ringkas semalam.
Menurut wakil CFM yang enggan dinamakan, ini adalah kali pertama kerajaan memberikan garis panduan perjalanan kepada jemaah Krstian di Malaysia, ia turut disokong oleh ejen pelancongan tempatan yang menguruskan perjalanan ke Jerusalem untuk gereja sejak 15 tahun lalu.

“Sebelum ini, hitam putih yang hanya kami terima adalah apabila mereka menolak permohonan kami,” kata Inbam Solomon daripada World Discovery Travel.

Beliau memberitahu The Malaysian Insider sebelum 2010, masyarakat Kristian di negara ini yang majoritinya penduduknya Islam bebas menziarahi bandar suci itu walaupun Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

Kemudian pada Januari 2010, kerajaan mengharamkan lawatan ke rantau tersebut atas alasan risiko keselamatan ekoran konflik Palestin-Israel yang berpanjangan.

Apabila Putrajaya menamatkan larangan pada April 2011, kerajaan mengetatkan syarat perjalanan ke atas jemaah Kristian di Malaysia, tambah Solomon.

Agensi beliau sebelum sekatan mengatur lawatan hampir 2,000 jemaah Kristian di Malaysia sebelum pengharaman 2010, tetapi akibat sekatan jumlah tersebut berkurangan hampir 90 peratus.

Pihak gereja juga dikehendaki berurusan terus dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk pelepasan ke Jerusalem, peranan yang sebelum ini dijalankan oleh agensi pelancongan, kata beliau.

Penganut Kristian juga tertakluk kepada syarat tambahan daripada KDN, termasuk polis dan dikehendaki untuk mengemukakan sijil pembaptisan mereka atau surat pengesahan dari gereja masing-masing untuk membuktikan mereka adalah pengikut tulen, jelas Solomon lagi.

Berita garis panduan baru oleh kerajaan sudah tersebar dikalangan penganut Kristian, yang memberitahuThe Malaysian Insider mereka terharu dengan keputusan tersebut.

“Kami bersyukur kerana dapat sekali lagi pergi beribadat di Tanah Suci,” kata paderi Katolik, Father Lawrence Andrew ketika dihubungi.

Andrew yang juga pengarang akhbar Katolik ulung negara, menulis satu laporan berita ringkas mengenai garis panduan baru tersebut dalam edisi Herald Ahad lalu. -MD-

Oke, aku puji tindakan Najib kali neh. Dalam banyak2 benda tak betul dia buat, kali neh dia buat benda betul dan tepat. Oleh kerana penganut kristian menganggap bahawa israel ialah tempat suci mereka maka tak aneh la kenapa adanya penganut kristian di malaysia agak marah dan melenting setiap kali kita dok balon kekejaman israel.

Bagi mereka kutuk kekejaman orang israel boleh tetapi jangan kutuk israel itu sendiri.

Tetapi ada juga penganut kristian yang ektremis. Dia kutuk2 muslim boleh tetapi kalau citer pasal israel melenting bagai. Aku jumpa kat wall IDF hari tue. Tak guna punya individu. Orang citer pasal penyelewengan maklumat, pemanipulasian fakta, dia dok bekap2 si israel yang penipu tue.

Yang peliknya budak tue sokong bersih tapi bangang. Sepertimana bn telah plant virus2 penyebar propaganda di media massa seperti itulah virus2 propaganda israel di tanam terhadap media massa. Hatta dorang reka2 bukti sekalipun untuk memaparkan dorang di pihak benar. Jadi la manusia bijak dengan tidak terperangkap dengan permainan manipulasi media massa. Jangan tatau, perisikan israel antara yang terbaik di dunia.

So fikir-fikirkan. Bai. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...