Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 20 Disember 2012

Keputusan Majlis Fatwa mengenai Amanat Haji Hadi.

Ini hah amanat Haji Hadi yang sedang kontroversi sekarang neh. Buka buku lama. Korang perhatikan jap amanat kat bawah neh oke.



Dan ini pula keputusan Majlis Fatwa kebangsaan mengenai amanat di atas oke ;



Cakap bodoh kang marah tapi memang bodoh pun.

Keputusan ini telah diputuskan secara rasmi oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 2002. Itu kisah 10 tahun yang lepas. Namun pada tahun 1984 ketika ia sedang kontroversi, majlis fatwa awal2 telah memutuskan bahawa amanat itu tidak boleh disebarkan dan pada tahun 2001, perjumpaan telah diadakan dengan tuan guru berhubung perkara tersebut apabila didapati amanat tersebut masih terus disebarkan dan diamalkan di kalangan penganut pas tegar. Sejurus pertemuan tersebut, maka majlis fatwa membuat keputusan di atas.

Pada tahun 1985, setahun selepas amanat itu diputuskan menyalahi ajaran islam, peristiwa memali telah berlaku. Antara yang ditemui di lokasi kejadian ialah amanat tuan guru hadi awang. Dan pihak2 yang menjalankan siasatan mengaitkan amanat tersebut dengan kejadian tersebut. Which is ia satu hujah longgar pada aku.

Sehebat mana pun amanat hadi awang itu kalau lue tak turun rumah orang bawa pistol apa jadah lue ingat memali boleh berlaku?

Paling2 koman pun dorang solat asing2, kafir mengkafir dan taknak kahwin anak dengan mereka2 yang berbeza parti je. Belum sampai nak cabut nyawa orang pun. So untuk memali, salahkan diri lue sebelum salahkan orang lain. Mereka tak pergi putrajaya [kiasan] untuk menyerang or berjihad. Dalam kes ini mereka yang diserang sehingga terjihad. Kan ada beza tue beb?

Dan selepas ia diputuskan bercanggah dengan ajaran islam, apa respon TGHH?

Don't know.

Tetapi yang pasti sekarang tuan guru haji hadi tak respon apa2 melainkan orang sekeliling je ber-respon mengalahkan tuan punya badan. Tapi selepas neh aku tak jamin le pula. Mungkin tuan guru akan komen lambat sedikit kot. Hehe.

Dan, oleh itu tiada lagi sebab untuk UFB dan Zulkifli Nordin menyebut2 perkara yang dah diputuskan oleh Majlis fatwa kebangsaan.  Baca betul2 apa yang dinyatakan di atas. Tv3 bangang p heboh2kan dan sebar2kan sesuatu yang majlis fatwa kebangsaan dah larang. Kenapa majlis fatwa kebangsaan tak sound tv3 tue?

Sound la dia. Sound dia betul2. Cam celake je ungkit2 benda yang dah diputuskan. Kalau benda tue takde keputusan boleh la lue nak buat drama apa bagai neh benda dah ada kesimpulan, titik noktah dan penyelesaian so buat apa lue nak kontroversi lagi? BANGANG!

Apa pun amanat di atas memang kena tolak kalau lue orang tanya pendapat aku. Ada beberapa benda aku fikir tak relevant dengan situasi sekarang. Bercakap pasal perlembagaan lord reid. Belum lagi terdengar bahawa pas akan mengubal terus perlembagaan lord reid selepas memerintah malaysia. Kang tak pasal2 kita kena menentang diri kita, apa jadahnya tue?

Peraturan dan perlembagaan yang dinyatakan oleh haji hadi ketika itu ialah perlembagaan sama yang kita sedang amalkan sekarang bahkan akan mengekalkan ia samada pr memerintah mahupun tidak.

No, pas akan ubah.

Owh oke. So dap dan pkr akan ikut rentak lue? Sehingga nak tunggu pkr dan dap ikut rentak lue maka kita seme kena menentang diri kita seme ke apa neh?

Kedua bab politik suku agama suku. Kita tak perlu masuk yahudi, kristian dan blablabal tue untuk menjadi kafir. Cukup cakap politik suku agama suku kafir. Benda neh kiasan. Aku faham neh. Tapi secara tak langsung kita telah melabelkan penganut agama lain sebagai kafir.

Kalau ada penganut agama lain yang tak seronok dikafirkan mungkin mereka takmo undi pas lagi. Matlamat kita ialah PAS ialah parti relevant untuk seme bangsa tanpa kira agama seperti mana relevantnya pas untuk seme agama tanpa kira bangsa. So amanat di atas tak relevant untuk dipertahankan dah. Minta penyokong2 pas, sokong je la keputusan majlis fatwa kebangsaan tue. Ada benarnya disitu. Oke bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...