Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 19 Oktober 2012

Lagi bukti AES menganiaya rakyat..

Kerajaan dan menteri berkaitan tidak mahu berkompromi. Mereka tetap mahu teruskan dengan AES. Pemikiran dorang  ;

Bantah AES = Pembangkang.

Pembangkang = PR

PR bantah AES = sebab nak rampas kuasa BN.

Fahami isu.

AES tak ditolak kerana tujuannya.

AES ditolak kerana cara ia dilaksanakan tidak mengambarkan tujuannya. Maksudnya gini. Dorang cakap AES untuk mengurangkan kadar kemalangan maut. Untuk mendidik pengguna jalanraya. Jika ini tujuan nya kita sokong.

Tapi nampaknya bukan. Mereka ada sasaran bulanan dan tahunan. Maksudnya AES dah menjadikan saman satu bentuk perniagaan. Siap ada target pula.

Lepas tue dipasang di lokasi2 yang sama sekali tidak mengambarkan tujuan sebenarnya. Lihat bawah neh ;



2 AES di jalanraya yang sama. Benda neh memang kelakar. Dah complain baru diturunkan. Cuba fikir logik akal. Logik kah pasang 2 AES di kedudukan yang rapat antara satu sama lain? Takan tak nampak or tak perasan masa pasang tue? Ini mao double kena saman. Cakap bodoh kang marah.

 Tengok bawah neh lagi ;



Sumber gambar : sini

 AES kat hospital. Lagi bangang. Buatnya dorang seme memandu laju2 sebab nak selamatkan nyawa macam mana? Jenuh la AMBULANCE asyik kena saman jek macam neh bhai. Lagi sekali. Cakap bodoh kang marah. Tapi tengoklah bagaimana mereka melaksanakan AES di Malaysia neh? Tak mencerminkan langsung tujuan asal nya.

Tujuan asal AES adalah untuk mendidik. Lepas tue sepatutnya dipasang di lokasi2 yang seringkali berlaku kemalangan maut dan mereka2 yang suka langgar lampu isyarat. Kalau boleh kat depan sekolah seme pasang AES. 

Boleh menghalang kenderaan pandu laju2 depan sekolah, satu lokasi yang sepatutnya dipastikan selamat untuk budak2 bersekolah lalu lalang. Tetapi bukan di depan hospital. Tak cerminkan langsung apa benda yang depa janjikan sebelum neh.

Sebab tue orang complaint. Bukan orang suka2 nak tolak AES. Jauh sekali mereka2 yang tolak neh adalah kaki2 suka langgar peraturan. Tapi sistem dan cara ia dilaksanakan tue bermasalah. Kena ubah. Kita minta tambahbaik. Bukan kita tolak terus. 

Tapi hukuman pun kita minta tukar juga. Oleh kerana yang pegang AES = BN = kaki songlap. Maka segala apa hukuman takley babitkan wang. Buatlah apa sahaja hukuman asalkan bukan wang. Di mana ada wang disitu ada songlap. Silap. Di mana ada wang disitu ada bien. Faham kan?

kah kah kah

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...