Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 15 Oktober 2012

Syarikat berkaitan kerajaan rugi RM1billion - Laporan audit.

Rugi dan terus rugi. 

Bukti ketidakcekapan pemimpin kerajaan dalam memantau perjalanan satu2 syarikat berkaitan kerajaan = GLC. Jika mereka cekap masakan mungkin syarikat2 tersebut rugi sebanyk 3 tahun berturut2? Bukan setahun tapi 3 tahun dan selepas 3 tahun pun masih gagal memantau kenapa mereka rugi dengan banyaknya?

Dua syarikat kerajaan Rangkaian Pengangkutan Deras Sdn Bhd (RapidKL) dan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) mengalami kerugian lebih RM1 bilion sehingga akhir 2010, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011. 

Maksudnya gabungan dua syarikat mencatatkan kerugiaan melebihi rm1b. Banyak tue.

Menurut laporan itu, IWK terus mengalami kerugian sehingga mencatatkan angka RM888.81 juta sehingga akhir 2010, manakala RapidKL pula mengalami kerugian terkumpul RM293.82 juta antara 2008 hingga 2010.

Indah water rugi 888.81juta manakala rapidkl 293.82juta. 


Laporan yang dibentangkan di Parlimen hari ini antaranya menunjukkan IWK menanggung kerugian akibat terlalu bergantung kepada subsidi kerajaan untuk menampung perbelanjaan operasi yang semakin meningkat.

Dah dapat subsidi pun rugi lagi. Ingatkan operate sendiri. 


RapidKL pula dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini hanya mencacatkan keuntungan pada tahun 2009 selepas mendapat peruntukan kerajaan berjumlah RM112.23 juta bawah pakej rangsangan ekonomi.

Ini pun sama. Dah dapat pembiayaian langsung dari kerajaan pun boleh rugi lagi. 


Audit juga mendapati terdapat kelemahan pengurusan dokumen kewangan serta kawalan dalaman sistem kutipannya.

Maklum balas RapidKL dalam laporan tersebut menyebut, kerugian yang dialami itu berpunca daripada kos pekerja dan kos penyelenggaraan yang sentiasa meningkat.

Cuba bentang kertas kerja bagaimana kos penyelengaraan tue meningkat. Nak juga tengok carta.. kenapa dan apakah yang menyebabkan kos penyelengaraan meningkat.. setakat cakap meningkat itu neh tanpa bukti aku pun boleh.


IWK pula dalam maklum balasnya kepada Jabatan Audit menyebut, prestasi kewangannya kurang memuaskan sejak tiga tahun lalu kerana kadar tarif pembetungan yang rendah sedangkan kos operasinya meningkat saban tahun.

Alasan yang sama macam rapidkl. Kedua2 syarikat tersebut memberikan alasan tersebut kepada jabatan audit negara berhubung kerugian yang dialami oleh mereka. 

Aku tatau la samada audit ada terima report bertulis semata2 or berserta bukti2 serta keterangan kukuh yang menyokong laporan bertulis mereka mengapa mereka rugi tetapi jika setakat report bertulis semata2 aku cadangkan audit kena desak dorang tunjukkan bukti bahawa sememangnya kos operasi telah meningkat mendorong kepada kerugian mereka dari tahun ke tahun.

Aku bukan apa. Aku rasa dah makan zaman dah alasan kos operasi meningkat dijadikan alasan utama kenapa GLC2 mengalami kerugian di malaysia. Aku tak tolak andaian itu ada asasnya tapi sampai bila? Takan la dorang tak boleh nak predict bahawa kos operasi akan meningkat jika melaksanakan polisi2 tertentu?

Bukan kah kos operasi neh berkaitan rapat juga dengan polisi2 kerajaan di malaysia?

Bukan kah sepatutnya GLC ada rizab tetap ketika membuat keuntungan?

Bukan kah sepatutnya GLC ada pelan pembangunan dan perancangan sebelum melaksanakan satu2 perkhidmatan?

Takde unjuran ka?  

Kos operasi tue pasal gaji2 chairman ka? Kena amek tahu gak tue kenapa der..

Lagi satu tak payah nak padan muka sangat la kat bien. Setiap GLC yang rugi bukan bien jek padan muka sebab tak reti mentadbir tetapi ko dan aku, kita seme padan muka 1malaysia. Setiap kali rugi akan gunakan wang rakyat untuk bailout.

Kalau dah tiap2 tahun asyik nak peruntukkan itu neh untuk menampung kos operasi GLC apa lagi yang tinggal untuk rakyat marhaen? Kita kena la bergelut dengan kos sara hidup yang tinggi dan kemudahan infrastuktur yang tidak lengkap.

Sebab apa?

Dah kerajaan gunakan banyak wang untuk bailout syarikat2 yang rugi neh. Sebab tue aku heran bila nampak orang yang padan muka kan bien. Bodoh gile. Tak nampak ke benda tue ada kaitan dengan kita seme? 

Setiap satu sen yang rugi, yang bien menyebabkan ia rugi, bukan bien jek padan muka der, dengan kita seme sekali padan muka, itu duit2 pembayar cukai yang rugi seme tue. Makan kepsi jek sekalipun ko tetap bayar cukai. So takpayah nak padan muka apa bagai la weh.. sebaliknya padan muka la kita seme.. 

kah kah kah

Rujukan ;

http://www.malaysiakini.com/news/211743 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...