Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Ini senarai lokasi penuh AES di 14 negeri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ini senarai lokasi penuh AES di 14 negeri. Papar semua catatan

Jumaat, 19 Oktober 2012

Lagi bukti AES menganiaya rakyat..

Kerajaan dan menteri berkaitan tidak mahu berkompromi. Mereka tetap mahu teruskan dengan AES. Pemikiran dorang  ;

Bantah AES = Pembangkang.

Pembangkang = PR

PR bantah AES = sebab nak rampas kuasa BN.

Fahami isu.

AES tak ditolak kerana tujuannya.

AES ditolak kerana cara ia dilaksanakan tidak mengambarkan tujuannya. Maksudnya gini. Dorang cakap AES untuk mengurangkan kadar kemalangan maut. Untuk mendidik pengguna jalanraya. Jika ini tujuan nya kita sokong.

Tapi nampaknya bukan. Mereka ada sasaran bulanan dan tahunan. Maksudnya AES dah menjadikan saman satu bentuk perniagaan. Siap ada target pula.

Lepas tue dipasang di lokasi2 yang sama sekali tidak mengambarkan tujuan sebenarnya. Lihat bawah neh ;



2 AES di jalanraya yang sama. Benda neh memang kelakar. Dah complain baru diturunkan. Cuba fikir logik akal. Logik kah pasang 2 AES di kedudukan yang rapat antara satu sama lain? Takan tak nampak or tak perasan masa pasang tue? Ini mao double kena saman. Cakap bodoh kang marah.

 Tengok bawah neh lagi ;



Sumber gambar : sini

 AES kat hospital. Lagi bangang. Buatnya dorang seme memandu laju2 sebab nak selamatkan nyawa macam mana? Jenuh la AMBULANCE asyik kena saman jek macam neh bhai. Lagi sekali. Cakap bodoh kang marah. Tapi tengoklah bagaimana mereka melaksanakan AES di Malaysia neh? Tak mencerminkan langsung tujuan asal nya.

Tujuan asal AES adalah untuk mendidik. Lepas tue sepatutnya dipasang di lokasi2 yang seringkali berlaku kemalangan maut dan mereka2 yang suka langgar lampu isyarat. Kalau boleh kat depan sekolah seme pasang AES. 

Boleh menghalang kenderaan pandu laju2 depan sekolah, satu lokasi yang sepatutnya dipastikan selamat untuk budak2 bersekolah lalu lalang. Tetapi bukan di depan hospital. Tak cerminkan langsung apa benda yang depa janjikan sebelum neh.

Sebab tue orang complaint. Bukan orang suka2 nak tolak AES. Jauh sekali mereka2 yang tolak neh adalah kaki2 suka langgar peraturan. Tapi sistem dan cara ia dilaksanakan tue bermasalah. Kena ubah. Kita minta tambahbaik. Bukan kita tolak terus. 

Tapi hukuman pun kita minta tukar juga. Oleh kerana yang pegang AES = BN = kaki songlap. Maka segala apa hukuman takley babitkan wang. Buatlah apa sahaja hukuman asalkan bukan wang. Di mana ada wang disitu ada songlap. Silap. Di mana ada wang disitu ada bien. Faham kan?

kah kah kah

Khamis, 11 Oktober 2012

Bila MP BN sendiri tolak AES sebab terkena..

Nampak?

Jika ia dilaksanakan ikut apa yang dirancangkan betul2 atas paperwork aku tak nampak kenapa sistem neh bermasalah. Tapi biasalah. Segala plan, perancangan atas kertas memang cantik. Tulisan tersusun. Graf bergambar yang menarik. Carta warna warni yang comel. Tapi bila ia dilaksanakan oleh sekumpulan manusia, apa yang cantik atas keras sudah tidak nampak cantik lagi atas dunia realiti.

Sistem cantik = pelaksana tidak cantik = tetap la tidak cantik.

Baru2 neh MP BN merunggut mengenai sistem AES. Rujuk keratan akhbar kat bawah neh ;

 
Sumber : sini

Akhirnya dorang dah nampak apa yang kita nampak. Lambat sangat nak hadam der. Ada juga runggutan yang aku baca di facebook untuk jalan yang boleh bawa 100kms tiba2 letak AES dan hanya boleh bawa 70kms. 

Agak2 la weh.

Macam mana roadsign boleh bercanggahan dengan AES pula? Takan masa set sistem tak check dulu owhh jalan neh boleh bawa berapa2 sekian2 kms ? ROADSIGN tulis lain tapi pengimbas AES letak lain? Macam neh ramai la yang terkena BODOH!

Walaupun ikut peraturan tetap la terkena. Ini bukan tak ikut peraturan jek terkena. Bahkan yang ikut peraturan pun terkena.

Contohnya gini. Ko sedang sedap2 memandu dalam 70kms atas jalan biasa. Dan ko tahu kat jalan tue hadlaju yang dibenarkan pun memang 70kms. Dah biasa ma. Sebab hari2 guna jalan tue. Then tiba2 dorang letak AES. Roadsign lama pasal hadlaju dikekalkan. Notis pasal AES dinaikkan.

Dorang set AES dengan hadlaju berbeza dari roadsign. Yakni apa yang ada dalam sistem berbeza dengan roadsign. Jika ko lalu kat jalan yang ada AES tue ko hanya boleh bawa 60kms jek sebab sistem dah set macam tue. Bayangkan berapa ramai yang terkena kalau yang tak perasan notis? Itu kalau ada notis le.

Kalau yang suka langgar peraturan tue maybe steady kot. Alah gua nak pecut 100kms apa ade hal. 70kms ka 60kms ka gua apa ade hal. Gua standard 100kms beb. Maybe dorang tak sakit ahti la sebab disaman akibat melanggar peraturan. 

Tapi bagi mereka yang disaman sebab ikut peraturan jalanraya macam biasa tetapi terlanggar peraturan AES yang dikuatkuasakan secara tiba2 macam mana pula? 

Dah tahu nak setkan had laju baru, buang dulu roadsign lama. 

Jangan kelirukan orang.

Dah cakap nak pasang notis, pastikanlah seme jalan yang ada AES dilengkapi notis.

Dah tahu notis tak dipasang di seme tempat, buat la penerangan / iklan menerusi media.

Sistem neh boleh dimanipulasikan. Ia bagus. Tapi ia boleh dimanipulasikan. Setelah berfikir secara mendalam, sistem neh agak bahaya jika dilaksanakan. Walaupun ia ada tujuan yang baik tetapi kerana ia boleh dimanipulasikan maka aku rasa jangan pasang lagi bagus. Sekurang2nya jangan pasang sehingga bn terkubur.

Jumaat, 5 Oktober 2012

Ini senarai lokasi penuh AES di 14 negeri. [Versi Updated]

Geng.

Ini senarai lokasi aka jalan2 yang dipasang dengan sistem AES. Benda neh mudah jek beb. Ko dah tahu benda neh dipasang kat jalan mana sekian2 so bila lalu je jalan tue pepandai la slowkan kenderaan ko meskipun papan peringatan takde.

Aku tatau korang tahu ke tidak tetapi kan ;


Sebanyak 63,558 imej kesalahan lalu lintas dirakam di seluruh negara melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sejak sistem itu beroperasi 23 September lepas.

Ini bukan jawapan cikai2. Ini jawapan dari timbalan menteri. Dan ;

“Memandangkan saman belum dikeluarkan di bawah pelaksanaan AES, maka tiada sebarang hasil yang dikutip setakat ini,”

Katanya saman AES belum dikeluarkan. Tapi jangan nak senyum2 sangatlah. Surat saman akan sampai kat rumah korang sebab dalam masa kurang sebulan je 63++ kesalahan dirakamkan. Nampak sangat ramai yang suka langgar peraturan jalanraya.

Satu benda yang korang kena hafal. Kalau takde papan peringatan pun takde hal. Lokasi dalam otak lue ma. Kalau lue tak reti hafal pun takde hal. Lue buka je blog gua ma. Gua tatau la lue cerdik ke tidak. Kalau lue sungguh cerdik mesti kat tempat2 yang ada AES lue akan buat2 ikut peraturan sebab nak selamatkan duit lue dari dimakan oleh bien. 

Tapi kalau lue tak cerdik memang la lue membiarkan duit lue melayang2. Hint yang lue orang mesti fahamkan ;

Papan tanda bagi lokasi kamera AES yang mengesan had laju dapat dilihat antara jarak dua hingga tiga kilometer sebelum lokasi kamera manakala lokasi kamera yang mengesan pesalah trafik lampu isyarat, diletakkan antara 50 hingga 500 meter daripada persimpangan lampu isyarat berkenaan.

Sebelum masuk ke jalan tu, dalam 1km, lue slowkan kenderaan lue. Lepas dah melepasi jalan tue dalam 1km, lue pecut la macam biasa. Nasihat neh gua bawakan untuk orang yang suka langgar peraturan. Gua tak langgar peraturan. Ada AES atau takde gua tetap aman dari saman. Tapi tue la gua tolong lue orang bukan pasal gua sokong lue orang langgar peraturan tapi gua sokong lue orang tak bagi duit kat bien jek beb.
 
Sumber berita : sini

kah kah kah

Hafal lokasi kat bawah neh oke.

Selangor.


Putrajaya.




Perlis.



Kedah.



Perak.



Pulau Pinang.





Terengganu.



Kelantan.







Pahang.




Kuala lumpur.




Negeri Sembilan.






Melaka.






Johor.




Sarawak.




Sabah.






Wilayah persekutuan Labuan.



Sumber gambar : sini.

Klik gambar untuk besarkan oke. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...