Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 7 Ogos 2012

Saman jika tidak kibarkan Jalur Gemilang.

“Lihat sahaja di negara yang bergolak di luar sana, rakyatnya masih lagi bersemangat mengibarkan bendera negara mereka semata-mata untuk menuntut keamanan.

"Tetapi di negara kita, kemerdekaan sudah dikecap lebih 50 tahun dan kini masanya untuk kita terus mengekalkan kemerdekaan ini,” 

KIWAK.

Bab neh ko banding dengan negara lain.

Bab kereta, bab rumah, bab pendidikan, bab gaji, bab internet, bab pengangkutan, bab tol dan pelbagai bab2 lain ko taknak pula banding dengan negara lain?




Pihak berkuasa tempatan (PBT) disaran supaya mengambil tindakan tegas, termasuk menyaman peniaga yang tidak mengibarkan Jalur Gemilang.

Ahli Parlimen  Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail berkata, setiap premis perlu diwajibkan mengibarkan Jalur Gemilang kerana dengan kemerdekaan negara selama ini, mereka boleh mencari rezeki.


Menurutnya, sudah tiba masanya rakyat negara ini mengukuhkan semangat patriotik mereka setelah mengecap keamanan dan keharmonian sejak lima dekad lalu.

“Keuntungan yang mereka (peniaga) dapat selama ini disebabkan oleh keamanan negara kita. Bayangkan kehidupan peniaga sebelum merdeka, mereka hidup dengan penuh kesusahan, begitu juga dengan penduduk pada waktu itu.

“Sukar untuk mengembangkan perniagaan tak kala negara sedang dijajah, Namun selepas negara merdeka, peniaga ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Banyak rezeki yang mereka peroleh hingga ke hari ini,” katanya. -UTUSAN-

Hotak hang.

Orang nak pasang jalur gemilang atau taknak itu orang punya pasal. Orang punya premis, orang punya hak dan orang punya suka. Lue sapa nak tentukan dan tetapkan itu seme? Orang nak merasa berbangga dan taknak pun itu orang punya pasal dan orang punya. Lue sapa nak tetapkan dan tentukan perasaan dan emosi orang lain?

Sebagai MP lue buat jek kerja2 lue. Kerja2 yang menjaga kepentingan rakyat. Bukan kerja2 mengarut macam neh. Ini bukan zaman yang lue boleh suka2 paksa orang buat itu neh kalau orang dah taknak. Sambutan kemerdekaan bukan sekadar formaliti pasang bendera jek bhai. 

Lue ingat ;

Kibarkan bendera = patriotik = sanggup berjuang untuk tanahair andai kita berperang?

kah kah kah

Silap2 orang yang pasang bendera neh larh orang yang cabut dulu bila negara di landa masalah. Silap2 orang macam neh larh yang takut mampos untuk mempertahankan kedaulatan negara. Sebenarnya hak masing2 nak pasang atau taknak.

Tak payah suruh, pujuk apatah lagi paksa. Kalau rakyat merasa aman, selesa dan mesra, tak perlu ko suruh pun depa akan pasang sendiri. Tak perlu bazir duit bagi jalur gemilang percuma pun dorang akan mencari. Tapi apasal dorang taknak buat? Apasal peniaga malas melayan?

Dorang tak bersyukur?

Mana ko tahu? Ko boleh rasa, nampak dan seluk perasaan orang ka?

Yang dorang menyampah tue bukan pada hari kemerdekaan. Tapi pada bn. 

Oleh kerana ;

BN = KERAJAAN = MERAIKAN HARI MERDEKA SEPERTI HARI POLITIK = ORANG JADI MENYAMPAH.

BN = KERAJAAN = MERAIKAN HARI MERDEKA DENGAN CITER2 SEJARAH YANG TIPU = ORANG JADI MENYAMPAH.

BN = KERAJAAN = MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN DENGAN MEMUJA TOKOH2 SEBELAH PIHAK = ORANG JADI MENYAMPAH.

BN = KERAJAAN = MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN DENGAN MENGANGKAT KARYA SEJARAH YANG BERAT SEBELAH = ORANG JADI MENYAMPAH.

FAHAM?

Bukan hari merdeka kami benci. Bukan jalur gemilang kami anti. Tapi ko tue yang kami  GELI!

FAHAM?

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...