Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 9 Ogos 2012

Haram Undi DAP Bukan Cakap Politik Tapi Dalil Al-Quran.

Kenyataan bahawa haram dan berdosa kepada umat Islam menyokong DAP bukanlah suatu kenyataan politik kerana apa yang dinyatakan itu berlandaskan kepada dalil yang dalam al-Quran.
Pegawai Khas Agama Menteri Besar Terengganu, Ustaz Kamal Saidin menyatakan demikian bagi menyokong kenyataan pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa’amah bahawa umat Islam tidak boleh menyokong mereka yang bekerjasama dengan mana-mana pihak yang menentang Islam secara terang-terangan.
“Sudah jelas apa yang dinyatakan oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh bahawa partinya menentang cadangan Pas untuk menubuhkan negara Islam di negara ini dan meminta Pas mengugurkan hasrat itu jika mereka ingin terus bekerjasama dalam pembangkang.
“Apa yang dinyatakan oleh Tok Guru Abdullah adalah berasaskan kepada ayat al-Quran dari surah al-Muntahanah ayat 9 :
 إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَى إِخْرَاجِكُمْ أَن تَوَلَّوْهُمْ وَمَن يَتَوَلَّهُمْ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
`Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.’
 Berdasarkan kepada ayat al-Quran itu jelaslan bahawa umat Islam tidak dibenarkan menyokong mereka yang menentang Islam,” katanya kepada UMNO-online.
 Menurutnya, pemimpin Pas perlu sedar dengan apa yang dilakukan sekarang, jangan disebabkan terlalu taksub kepada politik sehingga mereka sanggup menafikan apa yang dinyatakan di dalam al-Quran. 

Petikan umno-online.

Terima kasih di atas penjelasan tersebut tuan yang arif agama. Disini aku nak tanya pula apa hukum dia jika umat islam mengundi mca pula? Rujuk bawah neh oke ;

 
Jika umat islam haram undi dap sebab karpal singh tolak hudud, maka adakah umat islam juga haram undi bn sebab mca tolak hudud dan menentang penubuhan negara islam? MCA dah banyak kali suarakan isu hudud dan negara islam.

MCA = DAP = orang bukan islam = menolak hudud = haram undi dan sokong. Betul?

Dan aku juga nak tanya apa hukum dia jika umat islam menentang / menolak hukum hudud itu sendiri? Adakah umat islam yang lain juga haram mengundi dan menyokong dia? 

Rujuk kat bawah neh ;

 
Guna dalil Alquran kan? So terpakai larh kan untuk kes di atas?

MCA tolak hudud = umno teman rapat mca dan selalu jek bersetongkol buat kerja2 haram di malaysia neh = haram undi bn. Betul?

DAp tolak hudud = pas teman tak berapa rapat dap sebab selalu bergaduh = haram undi dap tapi belum tentu haram undi pas.  Betul? 

Mohon penjelasan dari orang yang arif agama. Alquran dan Allah swt tidak bias. Harap2 orang yang arif agama pun tidak bias politik ek.

Tenkiu.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...