Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 6 Ogos 2012

Jamil Khir suruh hormat dia sebagai orang tua kalau taknak hormat sebagai menteri.

Oke.


Takdak hal jamil khir. Takdak hal langsung. Tak kira ko menteri ke bukan menteri ke hormat tetap mao ada. Tapi dalam pada hormat menghormati tue ko kena juga berlapang dada menerima kritikan sebah ko tue kan menteri. Dah memang tanggungjawab ko untuk mendengar masalah rakyat. Takan dah lupa dengan slogan kat bawah neh?

Kami mendengar masalah anda tentang kos sara hidup.

Kami prihatin

Seme tue slogan najib tue. Ko bawah najib automatik kalau najib mendengar ko pun kena mendengar juga larh kan? Betullllll? Betulllll larh tue..

Baca bawah neh beb ;

Beliau juga menasihati agar para siswa Malaysia supaya tidak terlibat dengan gerakan "baju kuning" seperti yang disaksikan di negara itu dalam kunjungannya sebelum ini.

“Nanti jangan pula ada yang memakai baju kuning... saya bukan apa... kebetulan mereka memakai baju itu dan ada suatu ketika semasa saya ke sana, kereta saya dikelilingi kira-kira 200 pelajar. 

“Walaupun mereka tidak mahu hormat saya sebagai menteri, tetapi hormatlah saya sebagai orang yang lebih tua daripada mereka," kata Jamil yang tidak menyatakan tarikh insiden itu berlaku.
Kenyataannya itu dipercayai berhubung kegiatan penyokong BERSIH di luar negara, termasuk di Mesir, yang berlangsung serentak dengan perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil di Kuala Lumpur. -MKINI-


Larrr.. kalau suruh orang hormat sendiri juga kena belajar untuk hormati pilihan orang lain der. Lue tak patut tentukan dan tetapkan samada pelajar tue nak sokong BERSIH ataupun KOTOR [MERAH] der.. cara lue sendiri dah membuktikan yang lue tak reti nak hormat orang camne arh orang nak hormat lue der.

Bercakap pasal demo. Takan keliling kereta di anggap sebagai perbuatan tidak menghormati pula? Bila time nak bercakap dan serah memo ke menteri? Menteri2 macam lue terlalu berlagak. Protokol je memanjang. Asal cakap lantang denda. Asal cakap benar, masuk penjara. Asal dedah surat, kena saman. Apa pun tak boleh korang seme neh. Apa pun tak boleh. 

Padahal korang seme tue pemimpin. Tapi taknak mendengar komplen. Nak dengar yang baik2. Yang puji2. Kalau dah bagus sangat negara neh baik toksah ada menteri. Dah seme benda bagus. Pasal tak bagus lah kita lantik lue orang jadi menteri. Suruh lue buat kerja. Tapi neh nak komen sket, mengadu sket, mula larh dituduh tak reti hormat orang.

Tah hapa-hapa.

Macam neh lah pemikiran menteri di malaysia. Kita lantik depa untuk buat kerja. Tapi bila kita komplen cara mereka buat kerja sebab tak betul, kita pula yang kena balik. Sengal.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...