Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 21 Mac 2012

Siapakah Pandikar Amin Mulia yang menghalang siasatan PAC ke atas NFC?


Speaker jek pun.

Tapi kenapa sibuk campur tangan? Sudahlah takley dibahas dalam parlimen atas alasan tah hapa2. Korang bayangkan ek, kalau benda neh takley dibahaskan di parlimen so macam mana kita nak tahu beberapa fakta yang penting berhubung kes neh?

Contoh kes sekarang neh kita dah bangkitkan beberapa bukti yang mengaitkan dana nfc digunakan oleh family shahrizat untuk bina kekayaan di singapore. So pr nak bentang bukti2 neh dalam parlimen. 

Bila pr bentang bukti2 neh dalam parlimen kita boleh lah nak fahamkan orang lain bahawa isu nfc neh memang ada bukti kukuh. Ini yang kita nak tekankan sangat. Dorang mungkin boleh sorok rekod mahkamah tapi rekod parlimen ramai orang boleh akses. So ini antara sesuatu yang kita boleh tayang dan tayang selagi isu nfc tidak diadili.

Tapi sekarang neh speaker tak bagi pr bahas isu nfc dalam parlimen. Bila kita takley bahas dalam parlimen maka penyokong2 umno akan sentiasa bercakap bahawa isu nfc ialah satu propaganda pembangkang walaupun terbukti kita cakap berdasarkan bukti yang lengkap.

Bila dah bahas dalam parlimen, masa tue boleh tengok macam mana pemimpin2 kita akan menjawab isu neh. Kita nak harapkan mahkamah? Berapa ramai sangat yang boleh ikuti prosiding mahkamah? Itupun dengan peraturan2 yang melecehkan disamping penggunaan ayat2 yang jelas aku takan faham sebab bukan belajar undang2 beb.

Kalau dibahaskan dalam parlimen masa tue memang direct arh boleh tengok air muka menteri2 bien nak menjawab dalam isu neh. Menghalang ia daripada dibahaskan dalam parlimen adalah perkara yang memalukan. Jelas bien melindungi shahrizat sampai ke saat2 akhir. Kalau tidak buat apa siasatan nfc dipulangkan semula dua kali kepada polis diraja malaysia sebelum di heret ke mahkamah? 

Nak jadikan ia macam kes khir toyo? Ada sesiapa tepuk tangan masa khir toyo didenda setahun? Takde kan? Kena booo lagi ada. Sebab apa? Sebab orang takan terbeli dengan wayang bien lagi. Sedar lah weh. Kes nfc neh membuktikan yang bien bukan sahaja dilihat sebagai menyokong pengsonglap malahan terbukti juga sebagai pengsonglap. Neh bukan tuduh2 der. Bukan. Aku dah lakukan pemerhatian terperinci. Siyes neh. Aku keji gile larh dengan kerajaan macam neh.

Dan berbalik kepada isu pasal speaker yang menghalang siasatan pac ke atas nfc, aku baca dari tmi. Baca bawah neh ;

Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah mengarahkan Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) untuk menghentikan inkuiri terhadap penyalahgunaan RM250 juta dana awam oleh Pusat Fidlot Corporation (NFCorp).

The Malaysian Insider difahamkan panel sedang mengadakan mesyuarat tergempar untuk menolak arahan Speaker Dewan Rakyat sehari selepas keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, pemilik syarikat tersebut, enggan berhadapan dengan jawatankuasa berkenaan.

“Speaker mengarahkan untuk ‘menghentikan’ inkuiri terhadap NFC dan keputusan itu adalah sub judis,” menurut sumber melalui pesanan ringkas. -TMI-
Ini apa? Ini bukti campurtangan. Speaker, ko dah jadi pembela shahrizat pula ke? Sapa arahkan speaker berbuat demikian? Dan jawapan pac selepas habis bermesyuarat ada kat bawah neh ;

Jawatankuasa Kira-Kira Awam menegaskan akan meneruskan siasatan terhadap inkuiri pertuduhan penyalahgunaan dana awam RM250 juta oleh Pusat Fidlot Corporation (NFCorp). 

Bagaimanapun, Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid berkata kepada pemberita mereka akan mematuhi arahan Speaker Dewan Rakyat yang perkara menjurus kepada dakwaan jenayah dihadapi Pengarah NFCorp Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail adalah subjudis.

“Tan Sri Pandikar Amin Mulia menasihatkan kami menuruti Dewan,” kata Ahli Parlimen Padang Besar itu (gambar). “Tapi saya dimaklumkan perkara berkenaan Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang tidak berkaitan perkara mahkamah boleh dibincangkan.

“Apa yang akan kami sentuh adalah bagaimana dana awam digunakan, diluluskan, kajian bagaimana akan dibuat dan masalah bagaimana akan timbul. Perjanjian persetujuan tidak akan berubah sekiranya mereka dibawa berjumpa PAC. Tiada subjudis di sini.”-TMI-

Siasatan akan diteruskan walaupun wakil nfc tidak terlibat. Peh. Siapa shahrizat neh yang dorang begitu beria2 melindungi dia hah? Tak puas ahti betul aku. Begini ke layanan nya bila orang2 besar, vvip, kenamaan buat salah? Rakyat yang sokong bien. memang sedang dipersampahkan. Dan korang memang bebal. 

Gua takmo dipersampahkan oleh pemimpin2 bien. Siyes. Tolak bien. Satu undi kepada bien bererti kita mengkulibatakkan diri kita demi kerakusan pemimpin2 bien merembat dana awam untuk membina kekayaan peribadi. Siyes gua bukan kulibatak. Siyes, gua juga bukan sampah. Sapa terasa padan muka.

Green Car? Apa tue? 

Ameno : Keji siot.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...