Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 22 Mac 2012

DAP juga luluskan kilang yang mencemarkan alam sekitar di penang ka?

Ini bukan tuduhan tidak berasas ke atas kerajaan negeri pulau pinang. Ini ialah satu persoalan yang kerajaan negeri kena jawab dan fahamkan masyarakat apakah benar pembinaan kilang panel solar itu tidak menyusahkan dan membahayakan penduduk di sekitar batu kawan?

Sekarang kita kena fahamkan terlebih dahulu point yang penting dalam isu neh ;

1. Bosch solar energy ialah syarikat yang bertanggungjawab atas pembinaan kilang panel solar di malaysia.

2. Pada tahun lepas, bosch telah membeli sejumlah tanah iaitu 32.3 hektar di penang dalam proses mewujudkan kilang pembinaan paler solar di malaysia. Kilang tersebut akan beroperasi di batu kawan. 

3. Setakat neh jumlah bayaran yang telah diterima kerajaan negeri penang ialah rm11.6juta iaitu 20% daripada bayaran asal. Rujuk sini.

4. Kilang tersebut sedang dalam proses pembinaan. Boleh rujuk sini.

5. Isunya bukan pasal bayaran atau harga tanah tetapi kita persoalkan kesan nya kepada alam sekitar dan masyarakat setempat. 

6. Pada tahun lepas, satu demo besar-besaran telah berlaku di china yang membabitkan kilang panel solar. Demo itu akhirnya mengakibatkan kilang tersebut terpaksa ditutup samada kekal atau sementara aku tak pasti. Sekarang neh tak pasti samada kilang tersebut telah beroperasi semula ataupun dipindahkan ke lokasi baru. Ini bukan tuduhan semata-mata. Ia telah terbukti. Boleh rujuk sini dan sini.


Antara gambar protes yang diperolehi. Dan berita kat bawah dipetik dari new york times ;


Sumber rujukan sini.

Sekarang mari kita fahamkan kenapa protes tersebut berlaku.

- Protes tersebut dikatakan melibatkan seramai 500 orang tetapi aku lihat ia lebih daripada jumlah tersebut.

- Protes berlangsung selama 4 hari dan akhirnya kilang terpaksa ditutup. [tak pasti kekal or sementara].

- Jika 500 orang boleh tumbangkan kilang berbillion2 memang lah satu kebanggaan.

- Di china, protes mengenai alam sekitar adalah perkara yang sangat biasa. Kat sana terdapat banyak kilang2 yang boleh merosakkan alam sekitar dan masyarakat sana sudah mula sedar bahaya dan impak operasi2 kilang tersebut ke atas kesihatan masing2.

- Dalam kes kilang panel solar di china, punca demostran memprotes adalah disebabkan kilang tersebut gagal menguruskan sisa buangan yang mengandungi kimia dan toksik dengan betul.

- Kegagalan itu menyebabkan sisa buangan tersebut tersalur ke dalam sungai yang berdekatan sehingga membunuh ribuan ikan dan merosakkan alam sekitar. Kesan nya terhadap kesihatan manusia tidak disebutkan pula.

Tidak dapat dinafikan, pembinaan kilang panel solar di malaysia akan menguntungkan negara ini. Selain dapat menguasai pasaran asia sebanyak 30% dan akan berkembang dari masa ke semasa, peluang pekerjaan [hopefully bukan pakai pekerja import] dan cukai, rakyat juga dapat faedah sampingan bila ekonomi setempat berkembang. Dalam erti kata lain, pembinaan kilang ini bagus, penghasilan panel solar juga bagus.

Dan sekali lagi, sama seperti LYNAS yang menjadi pokok pertikaian ialah pengurusan SISA BUANGAN yang bertoksik. Bagaimanakah ia akan diuruskan? Itu yang menjadi kerunsingan.
Apakah kerajaan negeri ;

1. Telah melakukan kajian dan kesan pembinaan kilang neh terhadap alam sekitar?

2. Jika ya, apakah kajian tersebut telah didedahkan kepada masyarakat setempat?

3. Apakah masyarakat setempat telah diberikan penerangan mengenai operasi kilang sebelum kelulusan diberikan terhadap syarikat bosch solar energy?

4. Jika ya, adakah penerangan mengenai sisa buangan turut dimasukkan sekali?

5. Bagaimanakah sisa buangan akan di uruskan?

6. Apakah bahan kimia yang akan terhasil semasa dan selepas operasi panel solar dilakukan?

7. Sejauh mana bahan kimia tersebut akan memudaratkan manusia dan alam sekitar jika terlepas keluar?

8. Sebanyak mana bahan kimia tersebut akan terhasil sepanjang masa kilang ini beroperasi?

9. Apakah sisa buangan tersebut boleh dikitar semula ataupun ia akan menimbun semakin lama semakin banyak?

10. Apakah ada kawasan tertentu diperuntukkan untuk menguruskan sisa buangan?

11. Berapa banyak jumlah cukai, keuntungan yang kerajaan negeri raih hasil perjanjian dan kerjasama dengan bosch energy solar?

12. Adakah warga tempatan dijaminkan peluang pekerjaan?

13. Apakah jaminan keselamatan yang telah ditawarkan? 

Ini kerajaan negeri kena jawab. Melalui pembacaan aku disini, aku dapati kilang neh memang memudaratkan alam sekitar jika gagal menguruskan pembuangan sisa dengan cekap. Jadi, secekap mana kah kerajaan negeri memastikan batu kawan selamat? Itu yang menjadi persoalan sekarang.


Ameno : Kita tak boleh tolak teknologi.. tetapi kita kena pastikan teknologi seiring dengan keperluan kesihatan kita..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...