Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 22 Mac 2012

Najib, tolong pertimbangkan idea saya sempena followers anda yang semakin ramai.

Aku rasa ramai orang dah tahu kot najib nya followers kat twitter dan facebook dah mencecah ratusan ribu dan jutaan orang. Macam mana taktahu kalau dah tv dan paper dok promote benda tue kan? Takpelah dia kan piem. Kalau aku piem maybe lebih dari itupun aku buat untuk promote diri aku. Bila lagi nak merasa glamer dan masuk berita hari2 kan? Sementara ada nilai berita apa salahnya.

kah kah kah

Di twitter ari tue najib bagitau dia ada cadangan sempena peningkatan followers dia. Dan ketika itu ramai lah balas macam2. Of course lah lebih banyak yang mengkritik daripada memuji. Sebab tue aku pelik sikit bila baca blog dia, yang hanya menghadirkan pujian semata2. Siyes. Baca sini sendiri. 

Aku suspect yang komen2 dalam tue dah kena filter. Alamak najib.. kalau komen kena fitler baik tak payah ada blog. Cuba arh berani sikit berhadapan dengan kritikan. Setelah membaca cadangan najib kat bawah neh ;


Saya tertarik melihat peningkatan bilangan rakyat Malaysia yang mengikuti saya di Twitter dan Facebook setiap hari. Tidak lama lagi bilangan ini akan mencapai 500,000 di Twitter dan satu juta di Facebook!
Sokongan anda yang begitu menggalakkan ini amat saya hargai dan alangkah baiknya kalau saya dapat berjumpa dengan setiap seorang daripada anda untuk mengucapkan terima kasih saya.
Sepanjang tiga tahun saya berkhidmat untuk anda sebagai Perdana Menteri, media sosial online telah berkembang menjadi satu landasan yang penting bagi saya untuk berhubung dengan anda. Sebelum ini saya tidak berupaya untuk berkomunikasi secara langsung dengan sebegitu ramai orang, dan saya gembira kerana kini saya dapat menggunakan teknologi media sosial untuk tujuan itu. Saya akui, memang tidak mudah untuk berhubung dengan semua orang lebih-lebih lagi kerana ramai yang mengharapkan balasan mesej daripada saya, tetapi saya faham perasaan anda.
Selepas saya membuat tweet malam tadi, saya telah berfikir seketika. Dan ini adalah cadangan saya: saya ingin bertemu dengan pengikut Twitter saya yang ke-500 ribu dan pengikut Facebook saya yang ke-1 juta. Saya ingin luangkan masa bersama-sama mereka berbual sambil minum petang. Maklumat lanjut mengenai pertemuan ini akan saya umumkan kemudian.-najib-

Aku dapati ianya tak best. Dulu pun pernah gak minum2 petang dan etc2. Sesi bodek membodek, bergambar dan etc2. Bosan. Siyes bosan. Aku nak cadangkan najib agar tarik balik cadangan tersebut dan gantikan ia kepada sesi mendengar suara rakyat. Siyes neh. Aku betul2 maksudkan apa yang aku ideakan neh.

Kalau diperhatikan sekarang neh najib terlalu banyak bercakap sampai takmo dengar suara orang lain. Orang lain pun ada suara gak. Macam aku. Dah bosan melalut dalam blog. Aku harap diberikan kesempatan untuk bertemu najib dan menyuarakan macam2 perkara yang membabitkan masalah rakyat. Salah ke? Tak salah kan. 

Kalau najib takmo jumpa pun takpe, buat lah sesi chatting online. Biarkan kami menyoal anda macam2 dan jangan sesekali filter soalan kami. Dah lah admin najib di facebook suka ban orang yang komen pedas, keras dan berfakta. Takut ka? Baru jadi admin page piem dah berlagak tak tentu arah. Kecoh!

So mohon lah najib tukar lah cadangan dia tue. Kalau nak minum2 teh juga ajak aku. Insya-Allah aku akan bawa berkotak2 soalan untuk dikemukakan kepada najib. Inilah masanya untuk aku memerhatikan iq pemimpin aku. Almaklumlah.. dia kan standard piem..mestilah iq tinggi kan?

kah kah kah

Ameno : Berdebat dengan rakyat pun oke kalau takmo debat dengan dsai.. ada berani kah?

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...