Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 24 Mac 2012

Teluk Rubiah, Vale dan Zambry. - Part 2.

 

Sekarang kita bercakap pasal benda yang dah musnah. Bukan belum musnah atau tunggu masa untuk musnah. Tapi telah dimusnahkan dan masih dalam usaha untuk memusnahkan keindahan alam yang lain di sekitar teluk rubiah dan dijangka akan meluas sehingga ke teluk batik dan teluk senangin. Kawasan yang diperuntukkan untuk VALE sebenarnya tidak mencukupi sebab tue ia akan diperluaskan lagi.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa tanah di teluk rubiah tue asalnya tanah rizab orang melayu. Tanah itu telah digazetkan sebagai tanah rizab khusus untuk orang melayu sehingga tahun2 1970-80an sebelum diwartakan menjadi tanah kerajaan yang dijual kepada orang persendirian. Macam mana dia boleh jadi macam tue? Mungkin duit ada jawapan nya. Tapi yang pasti bn lebih mengetahui fakta kes.

Kita dah tak boleh nak pandang kisah lepas. Apa yang dah lepas ialah dah lepas. Apa yang kita boleh buat sekarang neh ialah bagaimana nak menyelamatkan pulau2 dan keindahan semula jadi yang masih tinggal di sekitar manjung dan lumut. Sekurang2nya yang percuma. Yang semakin terhad dan terkawal. Yang ada pun semakin tercemar. 

Itupun sebelum kehadiran vale. Selepas vale beroperasi kita pasti kesan pencemaran akan lebih meluas. Menurut satu informasi yang aku dapat dari penduduk manjung, penjajahan vale ke atas teluk rubiah sebenarnya semakin berkembang. 

Di sana, terdapat satu kawasan hutan yang digazetkan sebagai hutan simpan atau hutan yang dilindungi kerana hutan tersebut kaya dengan flora fauna, harimau bintang dan beberapa spesis haiwan yang semakin pupus tetapi baru2 ini telah ditutup kepada orang ramai.

Benda neh terbongkar apabila sekumpulan pelajar dan pensyarah yang ingin memasuki hutan tersebut tetapi dilarang masuk. Sebaliknya kelihatan ada lori yang keluar masuk yang mana mereka percaya ia lori2 yang terlibat dalam operasi pembinaan vale.

Kalau ini benar, bukan sekadar pantai aje telah termusnah, hutan2 simpan yang kaya dengan pelbagai khazanah bernilai juga berada di ambang kehancuran. Vale memerlukan satu kawasan yang luas untuk membina jeti dan membolehkan kapal2 dia masuk berlabuh ke malaysia jadi memang tak mustahil kalau terdapat hutan simpan yang termusnah.

Hairan, macam mana kawasan pesisir pantai dan hutan simpan boleh dijual beli dan menjadi hak milik warga asing sehingga membolehkan mereka bina jeti mereka sendiri di malaysia? Bayangkan sahaja pelabuhan klang tue menjadi milik warga asing. Seperti itulah yang akan berlaku di teluk rubiah. 

Padahal kalau kerajaan pandai dorang boleh jek buat jeti dan membina peluang ekonomi disitu. Sekurangnya2 mereka masih boleh mengekalkan keindahan alam semula jadi daripada terlepas kepada warga asing. Yang neh nak menangis air mata darah sekalipun tak guna. Dah menjadi sepenuhnya hak brazil. Tanah itu, hutan itu dan pesisir pantai itu sepenuhnya telah pun menjadi hak milik brazil.

Dalam satu kenyataan di FMT, rujuk sini,  vale memberitahu akan membina tukun tiruan bagi membantu nelayan2 yang telah terjejas. Masalahnya sekarang vale tidak tahu bukan hanya nelayan jek yang terjejas. Dan tukun tiruan juga tidak mampu mengembalikan semula apa yang telah terjejas.

Sepanjang tempoh vale membina jeti dan port untuk operasi mereka di teluk rubiah sehingga siap pada tahun 2014, sepanjang tempoh itulah nelayan terjejas. Apakah jawapan zambry kadir? Dia cakap nelayan dan penduduk tidak akan terjejas. 

Macam mana nelayan tidak terjejas kalau mereka dihalang daripada memasuki kawasan2 tertentu untuk melakukan kerja2 penangkapan ikan? Macam mana penduduk tidak terjejas kalau mata pencarian mereka selama neh tertumpu kepada aspek pelancongan telah termusnah akibat pembinaan jeti oleh vale? 

Ya, akhirnya tukun tiruan menjadi pampasan kepada keadaan tersebut. Bayangkan mereka terjejas dari tahun 2011 sehingga tahun 2014 dan mungkin selama2nya, vale dan zambry hanya beri tukun tiruan kepada nelayan2 yang terjejas tue? Tukun tiruan hanya akan dibuat selepas tahun 2014 iaitu selepas pembinaan jeti vale siap. Jadi sebelum tue nelayan2 neh nak buat apa? Penduduk teluk rubiah nak buat apa? Melangut makan pasir tunggu vale siap? 

Lepas dah siap makan pencemaran alam sekitar pula? Ada sesuatu yang tak kena pasal vale neh. Itu sebab china melarang vale memasuki china. Apa yang dah berlaku di brazil akan berlaku di teluk rubiah. Kita akan kongsikan perkara itu pada artikel yang lain. 

Yang sekarang neh aku nak share korang gambar2 keindahan teluk rubiah sebelum ia dimusnahkan. Kat bawah neh sudah tidak wujud lagi. Ia kini hanya dalam bentuk gambar. Realiti? Sudah musnah. Terima kasih kepada zambry, mb perak yang konon nya disayangi.










Sayonara teluk rubiah. 

Lebih gambar disini.

Ameno : Tak berbaloi untuk dileburkan atas nama pembangunan..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...