Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 23 Mac 2012

Anak Nazri Aziz terlibat dalam pergaduhan.


Mak ai. Tengoklah gaya dia beb. Taiko besar neh. Tak boleh blah betul dengan curut besar tue.

kah kah kah

Anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz didakwa menyerang seorang penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di Mount Kiara pada malam Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Polis Brickfields, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi hari ini mengesahkan bahawa dua laporan polis berkaitan dengan kejadian itu telah dibuat.

"Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana terbabit dengan pergaduhan," katanya, yang keberatan memberikan butiran lanjut kes itu.
Seorang jurucakap pengurusan kondominium itu mengesahkan bahawa terdapat perbalahan kecil antara anggota keselamatan dan tetamu bangunan itu. Beliau enggan mengulas lanjut dan berkata butiran kejadian perlu dirujuk kepada polis.

Menurut sumber, kejadian berkenaan sempat dirakamkan melalui kamera CCTV.

Pengurusan kondominium itu juga dikatakan sedang menghadapi tekanan supaya ‘menutup’ kejadian itu kerana firma-firma keselamatan bergantung kepada kelulusan kerajaan persekutuan untuk memperbaharui lesen operasi mereka.
Pada kejadian itu, anak menteri berkenaan Mohamad Nedim Mohd Nazri Aziz, yang memandu kereta sport Porsche ke kondominium tersebut. Beliau diikuti oleh pengawal keselamatannya yang memandu sebuah MPV mewah.

Pengawal peribadi itu dilaporkan turun dari kenderaannya untuk mendaftar butir-butir peribadi bagi tetamu yang melawat bangunan itu tetapi pengawal kondominium berkeras bahawa kedua-dua pemandu mesti berbuat demikian secara berasingan.

Ini menyebabkan pertengkaran hangat dan penyelia keselamatan dipanggil bagi menyelesaikan masalah itu tetapi perkara sebaliknya berlaku. -MKINI-

Mewah gile.

1. Anak nazri bawa porche.

2. Bodyguard bawa mpv mewah.

Patutlah nazri aziz enggan isytihar harta dia. Apa lah agaknya kerja anak dia kan? Yang tue malas nak ulas sebab taktau fakta tapi bab sikap anak dia yang besar kepala dan ego tak bertempat neh boleh lah di ulas. Dia ingat dia anak menteri dia boleh belasah orang sebarangan ka?

Tak kira lah ko anak sapa pun tapi undang2 tetap undang2. Kalau dah termaktub ko kena register sebelum memasuki kondo ko kena lah ikut peraturan tersebut. Yang takmo register sangat tue kenapa? Ko taknak orang tahu ko pernah ke kondo tue ka? Kenapa nak berahsia sangat? Dah tue napa bantai pengawal keselamatan tersebut? Dia jalankan tugas dia jek. 

Yang tak boleh blah tue majikan pengawal keselamatan bukan nak bekap kakitangan mereka, tapi mereka bekap anak menteri tue pula. Alamak aii..beginilah nasib orang2 macam kita. Di sepak2 macam bola. Macam takde maruah dan harga diri. Macam lah keselamatan dan kesihatan kita tak penting. Hanya orang2 kaya jek penting. 

Sapa lah yang mencipta suasana kehidupan macam neh ek? Aku suka sangat kalau bien dijatuhkan pada pru-13. Aku nak tengok apa kerja anak nazri neh dan aku nak tengok macam mana nasib majikan yang membela orang kaya sehingga mengabaikan keselamatan anak buah sendiri. Totally unfair siot.

Ameno : Anak menteri undang2 kalau buat salah kebal undang2 ka?

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...