Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 19 Disember 2011

Bank Dunia dan IMF ialah dua perkara yang berbeza.

Ini ialah artikel pencerahan daripada artikel sebelum nya disini ==> Adakah Mahathir meminjam dari IMF.

Aku diberitahu oleh beberapa orang sahabat bahawa bank dunia dan IMF ialah dua perkara yang berbeza. Dua2nya ialah tempat yang boleh kita pinjam wang tetapi kedua2nya mempunyai matlamat, sasaran dan mengenakan faedah yang berbeza. IMF neh fungsi dia macam lintah darat. Dia boleh bagi pinjam tapi dia kena faedah yang sangat tinggi pada negara yang sangat2 terdesak dan memerlukan pinjaman. Lebih kurang macam ambil kesempatan. Adakala nya dia baik dengan negara2 tertentu atas sebab2 tertentu. Dan dia memang sahabat baik kepada US. Mereka ada plan dan strategi tertentu sejajar dengan apa yang telah mereka matlamatkan menerusi target IMF.

Manakala bank dunia pula mempunyai peranan menyalurkan pinjaman kepada negara2 yang memerlukan pinjaman tetapi dengan syarat boleh bayar. Ada juga pinjaman yang ditawarkan berupa ihsan semata2 dengan kelonggaran dari segi faedah [atau tanpa faedah] untuk membantu negara2 miskin dan negara2 yang dilanda krisis. Sebab itu mereka boleh siarkan nama peminjam dan penerima dana secara terbuka. Dalam erti kata lain peranan bank dunia dan IMF ialah sangat berbeza. 

Jadi bagaimana dan kenapa kekeliruan seperti neh timbul? Mudah. 

Lihat sahaja di bawah neh ;


Berdasarkan artikel neh dan berita yang keluar di tv3. Mereka [pembaca berita / wartawan] menulis tentang bank dunia walhal Mahathir menjawab pasal IMF. Orang lain aku tidak tahu, tetapi aku sendiri sangka benda neh ialah perkara yang sama lalu aku terkeliru. Samada ia pernah disebut oleh Mahathir sehingga wartawan turut keliru ataupun wartawan sama macam aku yang keliru [akibat pembacaan berita] dan anggap bahawa bank dunia = IMF. 

Walau apa pun ia, fakta yang ada hanya menunjukkan bahawa mahathir meminjam dari bank dunia dan bukan nya dari IMF. Minta maaf kepada semua di atas kekeliruan neh. Pendirian aku adalah seperti sebelum nya [artikel lepas] meminjam dari bank dunia ataupun IMF tidak menjadi kita jahat, yahudi, kafir, kristian ataupun agent kepada mana2 pihak. Andai ia benar2 boleh membantu negara, maka keputusan pemimpin pada ketika itu baik DSAI mahupun Mahathir kita akan respect.


Ameno : Pinjam tetap pinjam, cuma pinjam dari orang lain..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...