Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 21 Disember 2011

PANAS !!! Fungsi dakwat kekal sudah bertukar? Ini ialah percubaan main tipu.

Bahaya beb. Bahaya. Siyes punya bahaya. Lihat bawah neh ;


Apa masalahnya dengan berita di atas? Memang tak berapa nak ada masalah andai tidak diperhatikan betul2. Lihat bawah neh betul2 ;


Faham tak apa yang dinyatakan di atas neh? Korang kena faham untuk membayangkan penipuan yang boleh dilakukan jika dakwat kekal digunakan dengan cara begini. Mari aku explain. Sekarang neh berapa ramai di antara kita yang faham kenapa BERSIH sarankan penggunaan dakwat kekal? Ia disarankan oleh BERSIH sebab ia boleh menghapuskan pengundi2 yang bermain tipu. Caranya ialah apabila ko dicalitkan dengan dakwat kekal maka ko tidak boleh mengundi lagi. Inilah dia motif utama nya. Faham?

Okey.. jadi adakah SPR gunakan dakwat kekal atas tujuan yang telah difikirkan oleh bersih? Tidak. Korang boleh baca sendiri di atas. Samada pengarah SPR yang cakap begini pada pemberita ataupun utusan yang salah lapor aku tatau. Sekarang neh mereka gunakan dakwat kekal neh untuk membolehkan seseorang mengundi. Maksudnya dah calit dakwat kekal, baru ko boleh mengundi. Faham tak?

Apa beza dakwat kekal digunakan untuk menentukan seseorang boleh mengundi dengan seseorang hilang kelayakkan untuk mengundi? Wohoiii. Banyak beza beb. Ini bukan beza cikai2. Ini beza yang sangat bahaya. Apabila ada dakwat kekal di jari / kuku ko, ko dah boleh mengundi ma. Siapa heran kalau ko mengundi 10 kali? Sapa nak heran? Ko dah ada calit dakwat kekal ma. Ko dah boleh mengundi di mana2. Ini fungsi dakwat kekal bagi spr. Calit dulu, undi kemudian.

Contoh kes ;

Azhar pergi mengundi. Pegawai calitkan dakwat kekal ke jari azhar sebagai syarat dia boleh mengundi di kawasan tersebut. Selepas mengundi, azhar keluar, pergi tukar baju, ubah muka sikit, then datang balik dengan jari yang telah dicalit. Dia tunjukkan kesan jari yang telah dicalit. Dia masih boleh mengundi kerana dakwat kekal digunakan untuk membolehkan seseorang mengundi, bukan untuk membatalkan kelayakkan seseorang mengundi berganda2.

Nah. Ini bahaya beb. Bahaya.

Berapa ramai orang2 yang dicop dengan dakwat kekal sebelum 2,3 hari pengundian menyeluruh? Mereka boleh menipu dengan hanya menunjukkan jari bahawa telah dicalit, so ada hak untuk masuk mengundi di mana2 pula. Penggunaan dakwat kekal seperti neh salah. Sepatutnya begini ;

Contoh kes ;

Azhar pergi mengundi. Selepas mengundi calon pilihan azhar, azhar dicalitkan dengan dakwat hitam sebagai tanda dia telah mengundi. Selepas itu azhar pulang ke rumah, salin baju, ubah muka sedikit dan datang semula ke kawasan mengundi. Dia beratur. Dia mengundi sekali lagi. Dan pegawai calitkan dakwat kekal aiikkkkk.. apahal kat jari lue dah ada calit hitam neh weh? Lue main tipu ka? Keluarkan.. keluarkan nama, ic, ko dah tanda no siri dalam buku kan? Okey.. pengundian oleh azhar neh batal sebab main tipu. Tak guna punya azhar.

Nah.. ini baru betul.

Dakwat kekal bukan sahaja perlu dibeli untuk PRU-13 malahan ia juga perlu digunakan dengan fungsi betul. Bayangkan sahaja dakwat kekal habis? Macam mana dengan mereka yang belum mengundi? Bayangkan sahaja ada pegawai yang enggan calitkan dakwat kekal kepada pengundi tertentu? Neh pun bahaya beb. Takde dakwat kekal di jari ialah bermaksud tiada hak untuk mengundi. Inilah yang SPR buat dengan dakwat kekal yang mereka bakal beli.

Bagaimana pula dengan seseorang yang boleh mengundi dua kali di kawasan dun dan kawasan parlimen pada hari pengundian? Itu memang boleh berlaku. Ada sesetengah orang dia boleh undi dua tempat. Satu kawasan parlimen, satu kawasan dun. Mereka bukan menipu cuma mereka memang ada nama di dua tempat.

Jadi elok sangat spr buat kad / mark hanya sesetengah orang memang ada kelayakkan mengundi dua kali. Nyatakan nama kawasan mengundi di dalam kad supaya ia tidak boleh dimanipulasi. Dan bila ditunjukkan kad neh kepada pegawai, maka mereka akan faham. 

Mark untuk dun dan parlimen juga mesti dibezakan. Contohnya seseorang yang boleh mengundi dua kali mesti di mark dua kali. Katakanlah mengundi di dun akan dicalit dengan kaler merah dan mengundi di kawasan parlimen dengan warna hitam. Ini boleh mengesan penipuan. Mencegah akan hadir sendiri apabila peratusan mengesan penipuan adalah tinggi sehingga orang jadi takut menipu.

Tapi masalahnya sekarang, kita tak berapa risau sangat dengan orang yang menipu sebab kita lebih risaukan dengan spr yang akan menipu bagi mempertahankan bn dan umno. Ini lebih parah. Jika spr berterusan mempertahankan bien, selama2nya ko dan aku hanya berangan untuk tukar kerajaan, mungkin berangan sampai ke mampos.

Ameno : SPR , saya memerhatikan anda dengan rapat lagi teliti.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...