Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 5 November 2011

Marina Mahathir Rasmikan Program Seksualiti Merdeka

Heh.

Apa beza anak bekas perdana menteri dengan Ambiga yang rasmikan program Seksualiti Merdeka ?

Adakah Marina Mahathir juga akan digelar dajal? Boleh faham Ambiga yang bukan islam rasmikan program neh tapi susah nak cuba faham kenapa orang islam macam marina mahathir boleh involved dalam program2 sebegini.

Kalau nak cakap program neh adalah untuk memberikan peluang kepada golongan LGBT agar mereka rasa tidak terpinggir ataupun nak bentuk kesedaran untuk mereka berubah okey. Tapi masalahnya matlamat program neh adalah untuk memberikan mereka harapan palsu. 

Harapan bahawa mereka neh normal. Harapan bahawa mereka adalah di pihak yang teraniaya. Harapan bahawa mereka kena yakin dan percaya bahawa kecenderungan nafsu mereka adalah sesungguhnya bukan perkara yanng pelik. Ia ibarat membentuk kekuatan. Bukan nak bagi tambah betulkan depa tapi bagi tambah songsang. So aim program neh dah salah. 

Kalau nak pimpin depa kembali kepada fitrah takpe. Aku pun tak pernah pinggir golongan macam neh. Bagi aku meminggirkan depa, mengutuk depa ataupun mendikriminasikan depa bukanlah perbuatan yang baik walaupun masyarakat malaysia akan melihat kita neh freak bila berjalan dengan golongan macam neh di public.

Bagi aku kejahatan dan perbuatan yang salah bukan untuk dilihat dan dikutuk. Ia adalah untuk di ubah dan di repair. Sebab tue aku tak pernah nak pinggirkan depa. Kalau ada di antara korang yang mendkriminasikan golongan macam neh sememangnya korang bermasalah. Menerima dan membantu mereka berubah bukan bererti kita menerima perbuatan mereka. Kita bantu mereka untuk keluar dari perasan khayalan. Takpelah andai ini aim program seksualiti merdeka. Tapi masalahnya bukan.

bukan

bukan

bukan

Matlamat program neh adalah untuk membantu golongan LGBT memahami dan menerima diri mereka sepenuhnya dan berasa yakin dengan apa jua benda yang mereka buat. Dah salah sebab ia mendorong. Mendorong bererti ko merosakkan dia lagi. 

Contohnya seorang maknyah yang rasa tertekan di tempat kerja sebab tidak boleh berpakaian macam wanita. Matlamat seksualiti merdeka adalah memperjuangkan hak2 maknyah agar mereka boleh berpakaian seperti wanita dan masyarakat awam perlu menghormati hak maknyah. Ini penyelesaian yang songsang lagi menyongsangkan.

Sedangkan penyelesaian yang betul ialah kita akan support maknyah neh untuk berubah. Kita akan bawa dia bersukan. Kita akan bawa dia pergi medical checkup. Kita akan kenalpasti masalah dan kenapa dia berkecenderungan begitu. Kita akan pimpin tangan dia sehingga dia benar2 pulih dan bersedia melepaskan tangan kita agar dia boleh berjalan sendiri.

Sebab tue program neh salah. Salah sebab mereka akan menyesatkan rakan2 kita yang tertekan dan tidak tahu apa2. Salah sebab dia memberikan persepsi salah kepada golongan2 LGBT konon nya masyarakat awam pinggirkan mereka dan dikriminasikan hak2 mereka. 

Sebenarnya masyarakat malaysia tidak pernah bersikap demikian. Apa yang kita marahkan ialah membawa gejala negatif dan memaksa kita untuk menerima bahawa ia adalah perkara normal. Sepatutnya seseorang yang membawa gejala negatif harus sedia untuk dibantu bila kita datang membantu. Bukan nya memberontak dan menyalahkan masyarakat secara melulu.

Bukan jua mencari sokongan untuk menzahirkan apa yang dia rasa. Lihat bawah neh ;


Lihat anak panah yang aku tunjukkan. Lelaki tersebut ialah pang yang membuat statement di bawah neh ;


Lihatlah kenyataan2 dia. Kenyataan2 dia adalah berupa hasutan dan memberikan persepsi yang salah tentang kita yang sedang membantu golongan2 sebegini untuk berubah. Aku pernah pergi di wall fb dia. Dia delete dan halang aku dari beri komen. Aku tak pernah guna kekasaran bila berbahas. Tapi dia takut. Dia takut kelembutan aku akan menyedarkan ramai golongan2 LGBT bahawa mereka sememangnya disayangi masyarakat. 

Bukti masyarakat menyayangi mereka adalah dengan cara membantu mereka untuk berubah dan kembali kepada fitrah. Bukan nya macam pang. Dia tak sayang depa. Dia nak heret golongan2 LGBT menjadi mangsa2 kecaman dan kutukan masyarakat dengan menyongsangkan lagi pemikiran2 depa. Haizh. Nampaknya pang yang berniat jahat itu lebih dipercayai daripada kita masyarakat yang berniat baik untuk memulihkan depa. Herm.

Dan untuk mereka2 yang marahkan ambiga, aku faham perasan korang. Tetapi hidup jangan pernah bias. Kalau ambiga dikecam dan dimarah kerana merasmikan program neh, perkara yang sama juga harus dirasai oleh marina mahathir sebab dia ialah orang islam which is lebih teruk. 

Kalau ambiga dikecam bertubi2, maka adalah amat adil jika kita mengecam marina bertubi2 juga. Kedua2 mereka sama walaupun berbeza agama dan bangsa. Sama2 membantu memberikan persepsi salah kepada golongan2 LGBT bahawa mereka adalah normal dan perlu diberikan hak2 yang sebenarnya bukan hak pun. 

Nota : Gambar2 marina mahathir rasmikan seksualiti merdeka 2009 dan pencetus idea 2010 disini.

Ameno : Pang, sejarah sebenarnya tidak pernah menyebelahi anda. Malahan kehidupan hari neh dan akan datang juga tidak akan pernah menyebelahi anda.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...