Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 30 Oktober 2011

Karpal Singh dan Chua soi lek bidas hudud.






Penat lah. Penat berhujah dengan orang yang tak mahu belajar untuk faham apa itu hudud. Lebih penat bila ada orang islam sendiri tolak hudud. Dan bertambah2 penat bila pemimpin islam yang mempunyai penyokong yang banyak juga tolak hudud.


Agaknya dah takde jalan lain kot. Pintu tertutup, tingkap pun tertutup. Ruang untuk bernafas pun dah takde. Begitulah keadaan umat islam yang benar2 mahukan keadilan [islam] sebenar di malaysia. Ada umat islam yang hidup dengan gembira. Dia gembira dengan apa yang dia ada. Dia tidak peduli tentang orang lain. 


Tetapi bukan semua orang islam mampu untuk berfikir macam tue. Ada sesetengah orang islam di malaysia neh mereka akan saratkan pemikiran mereka tentang cara2 nak menyelamatkan umat islam yang lain. Ini mungkin, kerana apa yang ada dalam islam ialah tentang keadilan. Dia merasa tidak seronok melihat orang lain ditindas. Oleh kerana itu, dia merasa bertanggungjawab untuk mengubah senario neh.


Tapi dia kena tempuhi halangan demi halangan. Walaupun untuk menegakkan kebenaran dan haq. Bukan lah dia mahu berbuat kerosakan. Tetapi hanya untuk mengembalikan keadilan. Itupun laluan dia berliku dan sukar. Apakah di dunia neh lebih banyak orang jahat dari orang baik? Apakah di malaysia neh orang islam tidak berhak untuk menentukan hala tuju dan perundangan sendiri untuk memulihkan kembali moral dan akidah umat islam?


Apakah orang islam di malaysia neh tidak berhak untuk memperbaiki diri sendiri dengan mewujudkan satu sistem perundangan yang telah disediakan oleh Allah swt? Apakah yang menyebabkan suara karpal singh dan chua soi lek lebih besar dari Agong dan Najib razak?


Apakah hanya dengan bergaduh dengan orang bukan islam barulah keadilan dan hak untuk orang islam akan tertegak di malaysia neh? Sampai bila orang bukan islam macam chua soi lek dan karpal singh mahu menindas, memberikan persepsi dan hujah yang salah, tidak betul dan tidak tepat tentang hudud?


Dan sampai bila pas dan umno mahu berdiri dan bersalaman dengan pihak yang memperlekehkan islam ? Apakah di malaysia neh kita perlu tunduk kepada golongan tertentu sehingga tidak boleh melaksanakan keadilan dan haq untuk diri kita? Hudud itu hak kita. Kita bukan rampas hak sapa2. Kita bukan pula paksa orang bukan islam untuk menurut perundangan kita. 


Tetapi kenapa orang bukan islam merampas hak itu dari kita? Kenapa mereka mengadili kita tanpa beri kita peluang untuk mencuba? Kenapa mereka bercakap pasal hudud sedangkan mereka tiada ilmu tentang nya? Kenapa mereka halang kita dari melaksanakan hudud? 


Jangan salah faham. Bagi aku sesiapa pun boleh bercakap pasal hudud asalkan ada ilmu tentang nya. Jika tiada ilmu, diam lebih baik. Kalau nak bercakap juga pun boleh. Tapi cari ilmu terlebih dahulu. Dan janganlah pandai2 mengadili umat islam tanpa beri peluang kepada kami untuk mencuba. Atau, adakah anda takut bila kami mempunyai moral dan akhlak yang baik? Adakah anda takut iman kami bertambah kuat? Adakah anda takut kami kembali mengenal islam dan Allah swt? 


Ameno : Apa kata karpal singh dan chua soi lek hapuskan masjid, azan dan halang umat islam dari berpuasa dan paksa kami makan babi. Mungkin kami akan pertimbangkan untuk cabut keluar dari negara neh dan anda boleh buat apa sahaja yang anda suka selepas itu. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...