Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 14 Ogos 2011

Helmet 1malaysia dan mana duit rm50 aku?

kah kah kah

Sakit perut aku. Gelak banyak sangat. Bukan gelak pasal lawak. Gelak pasal sedih. Korang tengok gambar kat bawah neh dulu ;


Ada orang email aku pasal helmet neh. Dia cakap najib edarkan helmet neh di terengganu baru2 neh. Di berikan kepada geng2 belia muda yang minat dalam sukan permotoran. Selain dari helmet, jaket 1malaysia turut diberikan secara percuma kepada mereka. Di samping itu juga ada agihan baucar. Baucar apa aku taktahu. Maybe sapa2 yang attent event neh leh share kat kita apa yang dia dapat. [if dia dapat lah kan]

Sekarang neh dalam kepala hotak aku ada beberapa persoalan ;

1. Duit. Ya persoalan pasal duit paling penting sekali. Najib buat helmet 1malaysia + jaket 1malaysia guna duit sapa? Berapa kos nya? Kroni mana yang dapat? Berapa pelaburan yang kerajaan keluar? Apa pula pulangan balik? Kebaikan pada kerajaan? Kesan jangka panjang? Semua neh terbit dalam kepala hotak aku. 

Macam mana najib pimpin negara neh? Rasionalnya helmet1malaysia neh sampai sekarang aku tak nampak. Nak tawan anak2 muda? Dorang yang aktif bermotor neh ada helmet lagi canggih dari neh lah beb. Lagi mahal, lagi tahan, lagi berkualiti dan etc. Instead of helmet 1malaysia, ko bagi lah gelangang utk bersukan secara percuma. Main futsal ka, bermotor ka dan etc. Ia percuma. Kalau nak kena bayar wang keahlian dan wang pengurusan dalam kadar yang berpatutan pun takpa.

Sebab gelanggang macam neh memang perlukan penjagaan dari orang2 tertentu. Atleast ada tempat anak2 muda neh nak melepak. Jangan lupa sediakan mini surau dan seling kan dengan aktiviti tarbiah. Sambil bersukan sambil mentarbiah minda anak2 muda neh agar kembali ke jiwa islam.

Nampaknya otak rakyat biasa macam aku lagi bijak dari ko. Tatau ko dapat jawatan pm tue atas kapasiti apa. Pokoknya ko hanya pandai buang duit dan reka imej 1malaysia yang suwei. 

2. Berkualiti kah helmet neh? Ada cop sirim ka? Ini satu lagi persoalan yang aku terfikir. Sudah kah ia melalui pengesahan sirim sebelum ia di edarkan kepada khalayak? 

Jangan ingat disebabkan ia diedarkan oleh pm maka ia bebas daripada apa2 prosuder yang wajib dipatuhi. Bukan nak tuduh2 takde cop sirim. Jangan salah faham. Sebaliknya aku tanya ada ataupun tiada. Itu aje. Alangkah bagusnya kalau dapat pemimpin yang mendengar keluhan rakyat marhaen.

Ini tidak. Dapat menteri pun yang macam rais yatim. Ada ka patut dia cakap aku dibayar rm50 untuk pergi ke perhimpunan bersih? Ya ka? Aku sendiri pun taktahu. Tapi kalau sungguh rais yatim cakap ada, aku no hal. Cuma nak tuntut hak aku je. Mana rm50 aku rais? Jap aku ulang balik.

Woit rais yatim, mana rm50 aku?

Aku pergi himpunan bersih tapi usah kata 50ringgit, 5kupang pun aku tak dapat. Aku tatau sapa yang dapat. Tapi kalau geng perkasa yang ibrahim ali hantar tue aku percaya dia mungkin dapat. Dapat upah dari pihak ibrahim ali untuk pantau pergerakkan peserta bersih pada hari tersebut. Takan free2 pergi pantau untuk buang masa kot? Dan ibrahim ali mengaku sendiri beb. Dia mengaku memang hantar orang baju kuning ari tue. Lihat sini.

Bab pemberian makan tue memang betul. Tapi bukan ambiga ka ataupun bersih yang bagi aku makan. Sebaliknya bapak member facebook aku yang belanja aku makan pada hari tersebut. So what? Takan itu pun salah gak? 

Agak2lah rais. Ko neh memalukan betul lah. Jawatan ko bagi aku. Hari neh aku pegang jawatan, esoknya semua orang islam yang muncul dalam tv berlakon ka apa ka wajib tutup aurat. Habislah. 




Ameno : Sadis betul menteri dua orang neh..

Share this

0 Comment to " Helmet 1malaysia dan mana duit rm50 aku? "

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...