Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 3 Mei 2011

Indeks kebebasan media : Malaysia share kedudukan dengan madagascar!

Hehehe.. apa? 143 dari 196? Apa media malaysia bebas? Hehehe.. kesian. Kita share kedudukan dengan madasgascar rupanya. Negara madasgascar neh haram aku tak kenal. Aku kenal lepas ada muncul kartun madasgascar the movie tue. Then ada kartun peguins2 kat astro tue yang kebetulan memang aku selalu layan kartun tue. Kah Kah Kah..

Baca bawah ;

Malaysia menduduki tangga 143 daripda 196 negara yang disenaraikan sebagai negara yang mempunyai media masa yang bebas.

Kajian yang dibuat oleh Freedom House yang berpangkalan di Amerika Syarikat menujukkan akhbar di Malaysia masih tidak bebas.

freedom house 2011 global press freedom mapMalaysia yang mendapat hanya 64 mata berkongsi kedudukan dengan Madagascar dan Angola di benua Afrika.

Kajian Kebebasan Akhbar 2011 ini dibuat sempena Hari Kebebasan Akhbar Dunia yang disambut hari ini.

Freedom House, yang terletak di Washington DC, mendapati kebebasan media di seluruh dunia semakin merosot dengan hanya seorang daripada enam orang yang menghuni di negara yang mempunyai kebebasan akhbar.

“Pada 2010, khususnya terdapat kebimbangan di Asia Barat dan Amerika Selatan, manakala peningkatan dicatatakan di kawasan sub-Sahara Afrika,” kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan.

azlanSekitar Asia Tenggara, Filipina, Indonesia, Thailand dan Kemboja menduduki tangga yang lebih tinggi daripada Malaysia.

Filipina terletak di tangga 93 dengan 46 mata dan Indonesia, di tangga 108 dengan 53 mata. Akhbar di kedua-dua negara dikategorikan sebagai 'separa bebas'. Akhbar di Thailand pula (tangga 138) dan Kemboja (141) adalah 'tidak bebas'.

'Berita baik' bagi Malaysia adalah ia disenaraikan di atas Singapura (150), Brunei (163), Vietnam (177), Laos (184) dan Myanmar (191).

Pada 2009, Malaysia berada di tangga 143, tetapi menunjukkan sedikit pencapaian pada tahun lalu dengan menduduki tangga 141.

Menurut kajian itu, 10 negara teratas adalah Finland, Norway, Sweden, Belgium, Iceland, Luxembourg, Andorra, Denmark, Switzerland, Liechtenstein, Belanda dan Palau.

azlanManakala 10 negara yang paling buruk pula adalah Burma, Cuba,Guinea, Eritrea, Iran, Libya, Korea Utara, Turkmenistan dan Uzbekistan.

Antara 53 negara Komanwel, mereka yang di bawah kedudukan Malaysia termasuk Cameroon, Sri Lanka, Gambia dan Swaziland.

Laporan itu meletakkan setiap negara kepada tiga kategori - bebas, separa bebas dan tidak bebas.

 Point penting ;

1. Mata malaysia ialah 64

2. Kedudukan malaysia merosot pada tahun ini selepas meningkat naik pada tahun lalu.

3. Jika dibandingkan dengan indonesia, thailand, kemboja dan filiphina, malaysia memang kalah.

4. Tapi jangan bimbang pemimpin malaysia pasti akan bandingkan media kita dengan singapore. Hehehe.. Sebab singapore berada di tangga ke 150. Kurang 7 tangga dari malaysia.

5. Kebebasan media merosot di semua negara pada tahun ini. Atas sebab beberapa perkara. Mungkin pergolakkan di asia barat mempengaruhi perkara tersebut.

6. Kedudukan malaysia di anak tangga ke 143 membuktikan media di malaysia masih berada dalam lingkungan TIDAK BEBAS.

Ameno : Umno makin cuak..
Join contest dulu.. layan samsung galaxy free tab untuk 3 terawal

Share this

4 Responses to " Indeks kebebasan media : Malaysia share kedudukan dengan madagascar! "

  1. Bebas ke media melaporkan kebenaran? Kalau bebas menayangkan hiburan melalaikan rasanya media malaysia ranking ke berapa ye.

    Cara Buka Banyak YM dan Banyak ID pada 1 Masa


    Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita


    Smartphone : Risiko "privasi" pengguna terdedah.

    .

    BalasPadam
  2. macam mana nak bebas kalau akhbar duk back up kerajaan je..

    BalasPadam
  3. ye bang, Madagascar yang cite kartun ada singa tu. Kita yang takde cite kartun tajuk Malaysia pun leh duduk sama rendah dengan Madagascar, tak bangga ke? Aku bangga betul dengan kedudukan Malaysia sekarang. Siries ni bangga! (dalam hati bagai nak muntah)

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...