Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 3 Mei 2011

Fakta LYNAS yang anda mesti tahu part II


Nampaknya najib, adnan yaakob dan kerajaan negeri pahang masih tidak berganjak daripada keputusan dorang berhubung isu lynas. Takpe. Mari kita lihat dua dokumen kat atas neh sama2 dan huraikan beberapa fakta lynas yang diselewengkan oleh pihak2 yang berkepentingan dalam project neh.

1. Carta 1 ialah carta bagaimana industri rare earth [tanah jarang] akan beroperasi di malaysia kelak.

2. Carta 1 juga menunjukkan bahan yang bakal terhasil dan sisa yang bakal terbuang akibat daripada pemprosesan rare earth di pahang kelak.

3. Dalam carta 1 melalui nota kaki ada dijelaskan bahawa pihak lynas tidak mempunyai pelan terperinci bagi menjelaskan kemana kah hala tuju sisa buangan tosic ini akan pergi. Adakah sisa ini akan melepak di pahang selama-lamanya atau apa? Tahu kah anda penyakit yang dihadapi oleh masyarakat china akibat sisa  toxic bahan seperti ini? Baca sini. Sudah tentu media arus perdana tidak akan mendedahkan kepada rakyat malaysia.

Sekarang kita lihat carta dua pula. 

4. Banyak peluang pekerjaan akan terhasil daripada perindustrian lynas ini.

tidak. Sebaliknya ia adalah kilang yang menggunakan teknologi moden dan hanya memerlukan lebih kurang 450 individu yang mengendalikan / mengawasi mesin2 dalam kilang ini.

5. Rakyat malaysia berpeluang mempelajari teknologi untuk memproses nadir bumi dan ini boleh membantu negara kelak.

Malaysia bukanlah tempat yang mempunyai nadir bumi yang banyak. Teknologi dan pengetahuan ini tidak memanfaatkan rakyat malaysia sepenuhnya.

6. Malaysia akan memperolehi keuntungan rm1.7billion setahun hasil dari operasi kilang lynas.

Kilang lynas dikecualikan cukai selama 12 tahun di malaysia.

7. Tahap bacaan radiasi di kuantan berada pada paras rendah.

Ya. Sebab operasi kilang lynas belum bermula.

8. Tahap radiasi yang bakal dihasilkan oleh lynas adalah berbeza dengan jepun. Selepas terdedah selama 70 jam apa yang anda rasakan ialah seperti di x-ray sahaja.

Betul. Tapi pendedahan yang berterusan yakni setiap hari di setiap jam akan menghasilkan penyakit.

9. Penghantaran bahan lombongan dari australia ke malaysia tidak boleh dikira sebagai radioaktif.

Bahan lombongan [mentah] yang dihantar masih belum diproses, ttp setelah diproses akan menghasilkan radioaktif. Sisa nya pula dibuang di malaysia untuk selama-lamanya.

10. Bukanlah lynas tiada penyelesaian bagaimanakah mahu menguruskan sisa buangan radioaktif di malaysia. Cuma mereka melebihi jumlah yang ditetapkan. 

Lynas pernah mengakui bahawa mereka berhak untuk menyimpan sisa buangan radioaktif di malaysia selama-lamanya kerana itu antara perkara yang dijanjikan oleh kerajaan. Lynas juga tidak menunjukkan kertas cadangan bagaimanakah mereka mahu memansuhkan sisa radioaktif yang terhasil akibat pemprosesan tanah jarang.

Ini antara yang aku petik dari carta di atas. Tulis ringkas2 je. Korang kena baca dan fahamkan sendiri apa sebenarnya yang berbahaya pada penduduk pahang. Lynas dan lembaga atom pandai bermain kata2. Orang cakap sisa.. dorang refer thorium yang belum diproses. Orang cakap perkara yang bakal berlaku dorang pula asyik deny cakap perkara ini [thorium] masih terkawal. Thorium yang belum terhasil memang lah normal dan wujud di alam semulajadi. Apa yang menjadi bahaya ialah thorium ini diproses. Sepanjang masa ia diproses [diekstrak] dan menghasilkan sisa buangan segala-galanya jadi bahaya kepada penduduk. Sebelum ia [thorium] diproses memang lah everything is normal and under control. Tapi after? Inilah perkara yang orang pahang tengah fightkan.

Andai kata perkara ini benar-benar selamat, sudah tentu perak tidak akan batalkan MoU dengan syarikat China atas perkara yang sama, bukan?

Untuk melihat dua carta ini dengan lebih jelas sila klik sini.

Ameno : Sebelum dan selepas berbeza.

Share this

4 Responses to " Fakta LYNAS yang anda mesti tahu part II "

  1. Kenapa baru sekarang ia dibantah? setelah lynas hampir siap dan hampir beroperasi? kenapa tidak dari awal dulu?

    BalasPadam
  2. Projek LYNAS ni baru diketahui umum.

    Jika tengok prosesnya nampak tiada ketelusan , LYNAS tidak membentangkan cara penyimpanan sisa buangan jika mahu simpan sisa radioaktif di malaysia.

    Smartphone : Risiko "privasi" pengguna terdedah.


    Kenapa perempuan suka tayang body pada lelaki


    Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita

    .

    BalasPadam
  3. tak setuju dengan penulis..

    BalasPadam
  4. shame on u malaysia.... orang luar mempergunakan ko... this big company sure have a very good lawyer!! if malaysia one day bru sedar baru rasa kesan lynas nie.. then bru kalut nk saman sana sini... it is too late already!!!!!

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...