Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 12 Mac 2011

Lagi berita tsunami di jepun!



1.Berlaku gempa bumi yang kuat berukuran 8.9 skala richter semalam [11 march 2011] jam 2.46 tengahari [1.46 pm waktu tempatan] di jepun [pantai honshu] yang memusnahkan kebanyakkan kawasan di pantai timur laut, jepun. Antara kawasan yang paling teruk terjejas ialah miyagi [kawasan yang paling hampir dengan tsunami], iwate, aomori, chiba, dan tokyo.

2. Gempa bumi tersebut turut mengakibatkan tsunami setinggi 10 meter.

3.Mangsa [samada maut, hilang, tertimbus] gempa bumi + tsunami di jepun kini mencatat angka lebih 1,000 ++ dan di gambarkan akan terus meningkat.

4. Pakar seismologi amerika syarikat dan jepun berkata, gempa bumi semalam [11 march 2011] adalah yang kelima paling dashyat di seluruh dunia sejak tahun 1900 dan terburuk di jepun setakat ini.

5. Ombak besar [tsunami] tercipta di lautan pasifik sejurus berlaku gempa bumi dan telah menghanyutkan sebuah kapal jepun yang membawa 100 orang. Kesemua mereka belum dapat dikesan/dihubungi. Tsunami semalam juga telah menghancurkan semua yang berada di laluannya termasuklah kapal, bot, lori, kontena, kenderaan awam, rumah, bangunan, kedai dan jalanraya.

6. Gempa bumi [gegaran] di jepun semalam [11 march 2011] turut dirasai sehingga ke beijing.

7. 14 kebakaran dilaporkan berlaku di tokyo, jepun kesan dari gempa bumi. Di beberapa kawasan seperti miyagi dan fukushima juga terdapat laporan kebakaran. Loji nuklear yang terletak di onagawa turut berlaku kebakaran tetapi berjaya dipadamkan. Tiada kebocoran radiasi menurut laporan berita di negara tersebut.

8. Gempa bumi yang pertama di jepun semalam berlangsung lebih kurang 2 minit dan kemudiannya disusuli sebanyak 40 gegaran selepas itu. Yang mana ada di antara gegaran tersebut mencecah sehingga 7.1 magnitud.

9. Di sendai [salah satu daerah di miyagi], terdapat sebuah bangunan hotel runtuh dan dipercayai ada mangsa yang terperangkap dalam runtuhan hotel terbabit.

10. Sistem pengangkutan awam jepun di kawasan yang terjejas teruk lumpuh. Lebih 4juta kediaman penduduk di tokyo turut terputus bekalan elektrik.

11. Banyak kenderaan penduduk jepun di kawasan yang terjejas teruk musnah dan mengalami kerosakkan.

12. Terdapat jalanraya di jepun yang retak dan terbelah.

13. Sehingga jam satu tengahhari tadi, rakyat malaysia di jepun di laporkan semua berada dalam keadaan yang selamat kecuali pelajar malaysia yang berada di sendai [kawasan gempa bumi yang terjejas teruk]. Mengikut laporan berita, pihak kedutaan hanya mengesahkan 13  dari 23 pelajar malaysia yang selamat. Pelajar malaysia yang lain gagal dihubungi berikutan talian sesak. Buat masa sekarang mereka cuma dapat dihubungi melalui internet.

14. Pejabat kedutaan malaysia di jepun mengalami sedikit kerosakan yang mana panel siling aliminium jatuh dari pintu gerbang semasa berlaku gempa bumi.

15. Bagi orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat mengenai ahli keluarga mereka di jepun boleh menghubungi kedutaan malaysia di jepun ;

- +818035067636
- +819099753122

16. Tsunami memberikan impak yang besar kepada ekonomi di jepun dan di jangka akan mengambil masa untuk kembali stabil apatah lagi mereka rugi berbillion-billion ringgit kesan kerosakkan angkara gempa bumi + tsunami dan kejatuhan pasaran saham di jepun.

17. Kilang besi terbesar di jepun turut terbakar dalam kejadian gempa bumi + tsunami semalam.

Berikut di bawah ialah tujuh gempa bumi terburuk yang dicatatkan oleh pusat kajian geologikal amerika syarikat mengikut magnitud [USGS] ;
1. 9.5 magnitud - chile - mei 1960 - 1,600 maut dan 2juta hilang tempat tinggal.

2. 9.2 magnitud - Alaska, as  - 29 mac 1967 - gempa bumi + tsunami - 128 maut - memusnahkan seluruh bandar terbesar di alaska iaitu anchorage.

3. 9.1 magnitud - indonesia - 26 disember 2004 - gempa dalam laut mengakibatkan tsunami di sekitar lautan hindi - 220,000 maut dan beribu hilang tempat tinggal.

4. 9.0 magnitud - russia - 4 november 1952 - gempa bumi di luar pantai semenanjung kamchatka mengakibatkan tsunami di lautan pasifik - tiada catitan mengenai kematian.
 
5. 9.0 magnitud - peru - 13 ogos 1868 - pelabuhan arica [kini sebahagian dari chile] di landa gempa yang boleh dirasai sehingga 1,400 km dari situ - tiada catitan mengenai kematian.

6. 9.0 magnitud - amerika utara - 26 jan 1700 - gegaran memberikan kesan sehingga 1000km kawasan pantai dan mencetuskan tsunami di lautan pasifik sehingga memusnahkan perkampungan pinggir laut di jepun.

7. 8.9 magnitud - jepun - 11 mac 2011 - gempa bumi di dasar laut menyebabkan tsunami setinggi 1o meter - angka korban belum tercatit secara rasmi.

Kalau mengikut jumlah kerosakkan, kematian dan bilangan mangsa, gempa bumi di jepun berada di kedudukan no 5 dari 7 gempa bumi terburuk sepanjang 300 tahun ini.

Sumber berita : Daripada pelbagai laporan berita online.

Ameno : Bala mengundang padah.. tetapi siapa yang mengundang bala? Manusia juga..

Share this

11 Responses to " Lagi berita tsunami di jepun! "

  1. takut.sedih.simpati.insaf...
    boleh share x?
    (minta izin takut hang risau 'hotlink' plak)

    BalasPadam
  2. Mic KO leh share apa2 yg ada kat belog sepot aku neh beb.. yang kat wordpress pun takpa.. dipersilakanlah.. cuma gambar je aku suggest copy save .. okeyh

    BalasPadam
  3. Gambar2 dalam neh ko leh amek tanpa save sbb google unlimited lhar bandwith dia bro.

    BalasPadam
  4. alhamdulillah..stakat nie dpt update terbaru..bf sayer study sane..area die sendai skang takde letrix ghan line talipon..tp sume selamat stakat nie..
    diorg skang stay kt refuge arae kt sane lextrix and air ade cume dekat rumah diorg je takde agi..
    so mlm nie diorg kene tido kt refuge tu lagi..

    insyallah klu sayer ade update.. i'kk inform u..

    BalasPadam
  5. Assalam Tuan. Mohon Linkkan Blog Panglima7 di dalam blog Tuan. Semoga Allah membalas kebaikan tuan. aaminn.

    BalasPadam
  6. DOA PECAH PEROT N.AJIS BERTUKAR JADI pecah perot BUMI dijepon lak memae CELAKO CELAKO CELAKO..memae meyedihkan dan tsunami POLITIK KEKALAHAN demi kekalahan MELANDA PAS SAMPAILAH DI PRU13 KELAK sampai tinggal hamPAS SAJA INSYALLAH!

    BalasPadam
  7. apa benda la yg leekonyou ni komen, pening aku membacanya....

    BalasPadam
  8. http://www.facebook.com/photo.php?fbid=117571864986310&set=o.239584456914&pid=136994&id=100002004908376

    BalasPadam
  9. alhamdulillah..stakat nie dpt update terbaru..bf sayer study sane..area die sendai skang takde letrix ghan line talipon..tp sume selamat stakat nie..
    diorg skang stay kt refuge arae kt sane lextrix and air ade cume dekat rumah diorg je takde agi..
    so mlm nie diorg kene tido kt refuge tu lagi..

    insyallah klu sayer ade update.. i'kk inform u..

    BalasPadam
  10. takut.sedih.simpati.insaf...
    boleh share x?
    (minta izin takut hang risau 'hotlink' plak)

    BalasPadam
  11. Assalam Tuan. Mohon Linkkan Blog Panglima7 di dalam blog Tuan. Semoga Allah membalas kebaikan tuan. aaminn.

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...