Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 28 Februari 2011

Rosmah mengakui dia isteri soleh!

Rosmah cakap dia soleh. Heh. Aku fikir solehah. Tapi rupanya dia soleh. Heh.  Lawak siot! Bacalah petikan lawak rosmah kat bawah neh.. ;


Akhirnya terungkai sudah misteri di dalam kepala hotak kita. 

Kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah

Datang naik helipkopter tue wa cakap lue..
guna duit sapa tah..

kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah

yang bertanding orang len
yang turun berkempen orang len
poster pun gambar orang len..
apa kes neh?

kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah

sian rosmah kita sampai berpeluh-peluh
dibuat dek najib..
isteri soleh lah katakan..

kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah

Wawasan giler najib dan rosmah berkempen kat kerdau.. 

Family reunion bersama iklan petronas 

Ameno : Rosmah, taknak masuk raja lawak ke?

Nik Aziz berkata Rasullulah Penganas?



Berikut kat bawah inilah petikan respon balas Tuan Guru Nik Aziz terhadap tuduhan Najib kepada Ikhwan Muslimin dan Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi baru-baru ini menerusi media antarabangsa yang kemudian nya najib menyalahkan laporan media tersebut. Ingat media tue macam buletin utama kot nak twist cerita sana sini. Mereka ada garis panduan dan kena jaga jenama product [paper] tersebut.

Kalau betul media tue twist citer, soh je media tersebut minta maaf secara terbuka .. amacam ada bran? Heh. Korang perhatikan perkataan yang aku dah boldkan kat bawah neh. Kita tengok samada media bn akan twistkan atau tidak kenyataan nik aziz neh kat media milik mereka. Sama-sama kita nanti. 


Mursyidul am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam blognya, melahirkan rasa terkejutnya apabila membaca kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang membuat tuduhan liar ke atas gerakan Ikhwan Muslimin dan ulama terkenal dunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi.

Sambil menyifatkan kenyataan perdana menteri itu sebagai “sangat tidak manis”, beliau menasihatkan Najib supaya beristighfar banyak-banyak.


“Saya kira Perdana Menteri Malaysia sudah lupa langit tinggi rendah sewaktu mengeluarkan kenyataan tersebut. Saya khuatir, pemergian ke Turki hanya untuk berguru dengan tokoh sekular Turki yang jasadnya berkubur di situ.

“Sudahlah beberapa minggu lepas, salah seorang bekas perdana menteri Malaysia menulis menyerang saya dengan melabelkan Kamal Attarturk sebagai tokoh yang banyak berjasa kepada Islam, hari ini perdana menteri pula menziarahi pusara Kamal Attarturk dan meletakkan kalungan bunga di situ, satu amalan yang telah difatwakan haram di Malaysia.

“Barangkali itulah Islam sederhana, ajaran baru Umno,” tulis Nik Aziz.



Beliau mengulas laporan berita dalam laman web National Review Online di mana Najib dilaporkan mengeluarkan kenyataan bernada kesal dengan keterlibatan Ikhwanul Muslimin dengan protes mendesak pengunduran Hosni Mubarak di Mesir yang berunsur keganasan dan melampau (violence and extremism).
Bukan Islam

Selain itu, pada ucapannya di Istanbul baru-baru, Najib juga dilaporkan menggambarkan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi selaku seorang yang menyokong keganasan.
Sehubungan itu,Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan mengingatkan bahawa “tiada Islam sederhana, Islam melampau atau Islam kedai kopi. Semuanya Islam yang datang dari Rasulullah SAW. Setiap yang berbeza, itu bukannya Islam.”

Secara panjang lebar, Nik Aziz kemudiannya menyoal neraca mana nama ganas itu mahu ditampal dan mempersoalkan sama ada setiap perbuatan menuntut hak setelah dinafikan itu didakwa sebagai ganas.

“Dalam Islam, neraca yang paling tepat ialah sunnah Rasulullah SAW dan bukan neraca Hillary Clinton. Baginda dan para sahabat telah berada di bumi tempat tumpah darah: Makkah al-Mukarramah selama 13 tahun, selama tempoh itulah umat Islam di Madinah dizalimi, dinafikan hak mereka bahkan pernah dipulau selama tiga tahun di Syi'ib Ali.
Bersedia jadi pengganas!

“Mereka tidak dibenarkan berjual beli dengan sesiapa, salam mereka tidak berjawab, sapa mereka tidak berbalas. Mereka ditekan dengan pelbagai tekanan namun tidak sekalipun mereka melawan kerana belum menadapat keizinan daripada Allah SWT.

“Hanya di Madinah, barulah Allah SWT memerintahkan agar umat Islam berperang membela diri dan menjaga maruah.

Jelas Nik Aziz lagi, di Madinah, umat Islam akhirnya dibenarkan melawan dan mengangkat pedang memerangi kezaliman ke atas mereka. 

“Tiga belas tahun mereka bersabar di Mekah, namun kesabaran manusia ada hadnya. Jika binatang sekecil kucing pun boleh melawan jika ditindas, apatah lagi makhluk yang berakal seperti manusia?“Adakah Rasulullah SAW dan para sahabat itu ganas? Suka saya nyatakan, jika Rasulullah SAW itu disifatkan ganas, maka semua muslim seharusnya bersedia untuk menjadi pengganas!”
Menurut Nik Aziz, Hosni Mubarak telah menzalimi rakyat Mesir selama 30 tahun dan bila pilihan raya diadakan pula, diktator itu akan mendapat kemenangan hampir 99.99 peratus.

“Adakah menjatuhkan pemimpin seperti ini dianggap sebagai ganas? Janganlah pula membuat tuduhan bahawa Ikhawanul Muslimin yang terlibat sedangkan apa yang jelas berlaku di Mesir ialah kebangkitan rakyat.

Palitkan getah kepada Ikhwan

“Tidakkah Perdana Menteri Malaysia mengetahui bahawa mereka yang terlibat dengan protes ini terdiri daripada segenap lapisan rakyat Mesir. Muslim, Kristian, kelas bawahan, menengah bahkan atasan sekalipun berdiri satu barisan menuntut pengunduran Mubarak. Isunya ialah penyelewengan, penindasan dan kezaliman rejim Hosni Mubarak, jangan pula getahnya dipalitkan kepada Ikhwan!”

Menurut Nik Aziz, Islam tidak mengajar umatnya untuk melakukan keganasan, tetapi Islam tidak pula membenarkan umatnya menghina diri dan merelakan perlakuan zalim ke atas diri mereka. 

“Peliknya, ketika Hosni Mubarak menzalimi rakyatnya sendiri, mulut-mulut ini diam seribu bahasa, apabila rakyat Mesir bertindak menuntut hak, mereka pula dilabelkan sebagai ganas.

“Demikianlah juga ketika Iraq dan Afghanistan dihancurkan oleh Amerika Syarikat, mana perginya perkataan ganas itu? Begitu juga dengan tindakan PBB membelah bahagikan bumi Palestin demi kepentingan Israel, PBB dan Israel tidak dilabelkan ganas.

Neraca senget

“Apabila rakyat Palestin bertindak walaupun hanya dengan melontar batu, mereka sudah dianggap ganas! Alangkah sengetnya neraca yang mereka gunakan,” kata Nik Aziz.

Menurut Nik Aziz, Al-Qaradawi adalah ulama berjasa yang pernah dipenjarakan ketika perdana menteri Malaysia hari ini belum lagi lahir ke dunia.

Katanya, beliau telah mengarang puluhan kitab dalam pelbagai disiplin ilmu dan pemikirannya dijadikan kajian oleh ratusan sarjana di seluruh dunia bahkan kerajaan Malaysia sendiri menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah kepada beliau.



“Istighfarlah banyak-banyak. Ingatlah kepada Allah SWT sebelum melabelkan ulama yang mulia dengan tuduhan seperti itu. 

“Harapan saya Perdana Menteri sekarang tidak berguru dengan salah seorang bekas perdana menteri yang semakin mengarut kenyataannya. Saya simpati dengan bekas perdana menteri itu,” akhiri tulisan Nik Aziz itu.

“Tiga belas tahun mereka bersabar di Mekah, namun kesabaran manusia ada hadnya. Jika binatang sekecil kucing pun boleh melawan jika ditindas, apatah lagi makhluk yang berakal seperti manusia?“Adakah Rasulullah SAW dan para sahabat itu ganas? Suka saya nyatakan, jika Rasulullah SAW itu disifatkan ganas, maka semua muslim seharusnya bersedia untuk menjadi pengganas!”

Aku petik sekali lagi perkataan kat atas neh. Aku nak tengok samada media bn akan TWIST atau tidak perkataan neh. Kalau mereka TWIST statement neh sure dia akan jadi lebih kurang begini 

"Nik Aziz kata Rasullulah SAW pengganas"

Lebih kurang begitulah.. Heh Dah banyak statement nik aziz diputarbelitkan sampai kita dah boleh detect apakah langkah mereka seterusnya.. ha ha ha


Ameno : Tak sabar menanti.. ataupun mereka dah termalu untuk twist sebab asyik kantoi jer? Ha Ha Ha

Breaking News : Keluarga Gaddafi dah cabut keluar dari libya!

Berita terbaru dari libya. Baca kat bawah neh. Sedikit petikan yang aku amek ;

Beberapa point penting ;

1. Isteri gaddafi, anak perempuan nya dan menantu nya telah keluar dari libya 
menuju ke vieena melalui jalan udara [penerbangan]

2. Mereka ke sana pada hari sabtu [hari neh sabtu bagi mereka, ahad bagi kita] 
sebelum terlambat untuk berbuat demikian pada masa akan datang.

3. Di anggarkan lebih kurang 14 ahli keluarga gaddafi menyertai rombongan 
melarikan diri tersebut.

4. Protes di libya telah merebak sehingga ke pusat bandar di tripoli yang juga kubu 
kuat gaddafi.

5. Empat anak gaddafi iaitu Saif al-Islam, Al-Saadi, al-Mutassim dan Khamis 
menyertai pasukan keselamatan di barat tripoli untuk memerangi kemaraan 
pejuang revolusi anak muda.

6. Anak kelima gaddafi iaitu saif-al-arab pula berpaling tadah daripada bapanya 
dengan menyertai revolusi anak muda di gaddafi. Dalam erti kata lain, anak dia 
berada di posisi rakyat. 

7. Di anggarkan sudah 2,000 rakyat libya terkorban dalam perjalanan untuk 
menuntut sebuah keadilan.

8. Gaddafi juga telah mengupah 500 ratus ribu tentera upahan untuk memerangi 
revolusi di libya. 

9. Penganalisis politik mengatakan tidak mudah untuk mendesak gaddafi 
berundur dari libya. Gaddafi sanggup menggunakan kekerasan dan membunuh 
rakyat sendiri demi kuasa. Revolusi di libya akan melalui jalan yang getir. Apatah 
lagi rakyat libya dibunuh dengan sesuka ahti oleh tentera upahan di libya.

10. Penganalisis politik juga mengatakan bahawa gaddafi mungkin akan turun taktha pemerintahan setelah dibunuh oleh individu yang terdekat dengannya.

Untuk baca lanjut mengenai petikan printscreen di atas, sila klik sini.


Ameno : Pemimpin apa sampai bunuh rakyat sendiri demi kuasa?

Rosmah tanya : Adakah muka saya muka penipu? Takde kan?




Baca petikan printscreen atas neh. Kalau nak lebih selesa klik sini. Kat bawah neh aku copy paste statement lawak dari mem kita sapa lagi kalau bukan datin seri rosmah mansur.. heh

1 . "Jangan dengar dakyah pembangkang. Pembangkang ini cuma sedap mengata saja. Alhamdulillah. "Saya tak mahu lawan. Saya serah pada Allah sahaja,"
Ameno : Time perkara len serah kat sapa pulak? Heh


2. "Tengok muka saya puas-puas. Ada ke muka penipu? Tak ada kan?" soalnya.

Ameno : Erkk saya nak jawab .. memang ada muka penipu pun..

3. "Bila masa saya cakap (pada Najib) buat macam itu, buat macam ini. Mahu Datuk Najib nak ikut cakap saya. Saya ini, (contohnya) kalau dia kata duduk, saya duduklah," katanya yang kerap berseloroh dalam ucapannya.

Ameno : Worr.. jawatan f.l.o.m tue najib gamaknya yang bagi siap ada website ye sebelum dihilangkan secara tiba2.. ha ha ha

4. "Saya bukan hendak membesarkan diri, tetapi saya hendak tunjukkan, saya pergi saya bukan untuk seronok-senorok, bukan hendak 'happy happy' (bergembira)," katanya lagi.

Ameno :Naik kapalterbang peribadi.. duduk hotel mewah.. siap bershopping.. takdelah hepi mana pun buat mem kita neh.. ha ha ha

5. Saya minta 30 minit saja (mengundi Syed Ibrahim). Esok kalau dia menang, ada masalah apa pergilah ketuk pintu rumah dia. "Kalau dia tidak buat apa beritahu saya," katanya berseloroh.

Ameno : Kerdau je ke? YB BN tempat len cam ane? Ha Ha Ha..

Siyes lawak gile mem kita neh.. takmo masuk raja lawak ke?

Updated pada 1 mac 2011;


Berserta video.. mengenai perkara di atas.








Tawaran menarik menanti anda 
Ada apa dengan conneto? 

Ameno : Mem.. muka mem nampak cam pakai sesuatu je..

Ahad, 27 Februari 2011

Tutorial cara pasang iklan churp-churp dalam belog.

Menjawab seorang pertanyaan kawan [pembaca seme adalah kekawan bagi saya] dalam belog ini. Korang nak pasang iklan churp-churp neh [akan datang diringkas menjadi cc] ada macam-macam cara. Kat sini aku bagi tipsi untuk korang pasang iklan cc dalam belog memasing.

1. Kalau korang dah ada column untuk iklan kecik-kecik cam belog aku neh [tengok side bar kiri] apa yang korang perlu buat ialah edit je ruangan link dan gambar dalam tue. Bukan seme orang tahu cara dia especially yang baru belajar berblog. Aku dulu pecah 1,000 laptop nak belajar benda alah neh. Tue pun jenis berlagak men pandai-pandai sendiri je. Heh. Tapi korang yang newbie takyah wisau. Aku leh ajar. Caranya dia pun senang. Mula-mula pergi

design - edit html - expand widget - tekan control + f [utk memudahkan pencarian] - masukkan keyword ads - cari lah sampai korang jumpa dia tulis macam neh ;

banner code 1 [selalunya gini ataupun lebih kurang lah ] tengok contoh bawah ;


so just tukar [ganti] link dalam tue. Link gambar banner tue senang je nak dapat. Tengok contoh kat bawah neh ;



Lepas tue masukkan link promotion korang. Jangan lupa masukkan dua link. Satu link gambar dan satu link promotion korang. Kalau tak nanti lepas klik gambar, pergi ke arah lain pula jadinya.

Okey itu bagi yang dah ada tempat masukkan iklan. Bagaimana pula yang takde? Camne nak buat?? Hah yang neh ada macam-macam stail aku tengok. 

1. Cara paling mudah buat link. Korang letak link tersebut kat atas ataupun bawah post. Kalau sesiapa berminat dengan product tersebut, dorang akan klik. 

2. Cara kedua ialah letak link + banner [gambar] dalam entry korang. Cara neh aku dapat kat sini. Memang mudah [ayat berlagak] dan aku pun akan buat nanti.

3. Selain dari cara di atas, ada cara lain lagi nak letak iklan cc kat belog. Cara neh pun dia adaptasikan dari cara di atas. Cuma ada teknik yang berbeza sket. Saja aku share sini supaya pembaca ada banyak pilihan.

4. Cara ke4 ialah create banner sendiri. Gunakan aje gambar dalam kempen dashboard cc tadi. Lepas tue masukkan beberapa perkataan blink-blink supaya orang tertarik nak click. Buat banner guna photoscape. Cara dia teratur dan simple [mudah belajar tak rumit]. Lepas siap banner tue bolehlah korang letak iklan tue kat memana gunakan platform add a gadget. Tapi aku tak master lagi upload banner kat website. Banner aku dah buat dua tiga kali tapi nak upload kat internet aku fail! Dia keluar gambar tapi tak blink-blink cam website lain buat.. apsal? Entah.. kalau korang pandai, share sini.

Sebetulnya ada macam2 cara lagi. Bagi mereka yang pandai men code2 neh mmg leh wat cam2 cara utk tampal iklan cc kat dalam belog.. ada satu belog tue aku tengok iklan cc mengikut belog.. kalau kita scroll bawah.. dia follow.. kalau kita scroll atas pun dia follow.. tapi tue lah belog tersebut tak ajar plak cara2 nak wat.. huhu

Neway semoga enjoylah menjana pendapatan melalui cc dalam belog korang.


Ameno : CC bukan cybercafe weh.. Heh

Advertlets bayar atau tidak?



Aku rasa ramai kot yang tahu advertlets tue apa. Advertlets neh macam innity dengan nuffang gak. Pengiklan yang menyediakan iklan di belog-belog. Tapi dari segi perkhidmatan customer service advertlets agak keterbelakang berbanding innity dan nuffang. Bukan setapak kebelakang tetapi bertapak-tapak dan aku memang sangat heran.

Kalau korang search keyword "payment advertlets" ataupun "advertlets tidak bayar" korang akan perhatikan banyak belog mengeluh atas insiden tersebut. Apa yang menariknya insiden itu bukan insiden lama.Ada yang masih baru dan aku memang sangat heran.

Namun insiden baru itu cepat-cepat diubati oleh advertlets dengan membayar earning blogger's tersebut. Dibayar selepas blogger's tersebut mengumpat adverlets di belog. Itupun blogger's tersebut sempat menasihatkan sila mengata advertlets dengan penuh sopan.

Isu dia macam neh. 2 bulan lebih lepas aku cash out advertlets. Aku cash 4 empat kali. Ada jarak hari antara 3,4 hari untuk setiap cashout. Saja aku cashout sedikit - sedikit supaya duit tue aku leh fikir-fikir nak buat apa sebelum aku jahanamkan kesemuanya ke atas jalan yang sia-sia.

2 bulan dah berlalu. Aku pun tak check-check apa yang berlaku. Lupa pun ada juga. Then 2 minggu lepas adalah aku terbaca kat satu belog pasal pendapatan advertlets dia. Dia citer lah yang advertlets tak bayar dia then dah bayar dia lepas dia siarkan aduan tersebut menerusi belog dia.

Aku pula mempunyai sifat ingin tahu. So aku dig lah info pasal neh. Sekali berlambak-lambak rupanya kes advertlets tak bayar bloggers. Cis. Memang kebanyakkan kes tersebut kes lama tapi banyak yang dah settled [dah dibayar lah] tetapi ada juga yang aku baca advertlets tak bayar-bayar mereka sampai sekarang. Lebih kurang ada 3 bloggers macam tue. Kenapa? Mana aku tahu. Agaknya dorang tipu kot. 

So kat situ aku dah curious. Better aku check advertlets aku. Ceh. Rupanya aku nya pun dia tak proses lagi. Aku pun pergi lah email dia. Tak balas. Dah tunggu 3 hari tak balas. Aku call. Dia jawab. Bagi email. So aku email butiran. Aku dah tapi email tersebut salah. Samada aku salah dengar atau dia salah bagi. Aku malas nak call aku search email lain. Dapat, aku sent email lagi. Balas. Lambat. Takpe. Pada aku lebih baik balas daripada diam-diam je. At least ada respon. Tapi dia tak menjawab pertanyaan aku. Lain aku tanya lain dia jawab. 

2-3 aku dok ulang tanya. Then dia tak jawab. Sekarang diam je. Apa citer? Mana aku tahu. Dalam pada aku tengah tunggu respon dari advertlets, tiba-tiba aku dapat mesej yang income innity aku dah masuk. Haizh apa citer neh? Yang aku tunggu tak masuk, yang aku tak tunggu dah masuk pula. So macam mana advertlets nak bayar ke tidak? Kalau taknak aku nak remove seme iklan kat belog aku. 

Jangan salah faham aku bukan nak desak. Aku cuma nak kan kepastian. Apatah lagi aku tak suka dibuat macam peminta sedekah. Dan sebelum tulis neh pun aku siap mesej advertlets lagi. Bukan tak diberitahu. Dah diberitahu. Lainlah kalau aku buat keputusan ikut suka hotak aku, bolehlah nak marah aku.

Namun aku ada beberapa persoalan sebenarnya. Iaitu ;

1. Adakah team advertlets sengaja menunggu sehingga blogger menulis di dalam belog mereka mengenai bayaran advertlets?

2. Lepas tue nanti team advertlets akan muncul kemudian bayar blogger tersebut?

3. Lepas tue blogger tersebut akan buat artikel pasal advertlets bayar mereka dan dah terbuktilah advertlets memang bayar?

4. Untuk membina semula imej yang dah tercalar?

5. Ataupun memang advertlets nak tunggu blogger komplain baru dia nak bayar?

Aku tak peduli lah apa sebabnya pun. Tapi kalau inilah protokolnya aku memang tak larat nak layan. Bayangkan kalau untuk satu earning satu artikel. Lepas tue artikel balas ble advertlets dah bayar. Then kalau 10 earning? 10 artikel minta tuntutan agar dibayar? Gila weh..

Kerja sia-sia macam neh aku kena tinggal. Aku tak kesah kalau dibayar lambat. Tidak aku peduli pun kalau lepas 3 bulan baru advetlets bayar. Yelah mungkin pihak pengiklan bayar lambat kat advertlets so advertlets pun bayar lambat kat aku. Takpe. Aku leh sabar dan terima. Yang aku tak leh terima ble takde respon. Aku mesti marah. Kata putus mesti ada. Apatah lagi aku bukan men tipu klik-klik iklan sendiri.

So, dengan ini aku meminta team advertlets masuk sini untuk menjawab. Aku bukan minta apa. Aku cuma nak team advertlets menjawab semua pertanyaan di atas. Kalau boleh advertlets kena buat beberapa garis panduan. Neh nak mengelakkan advertlets daripada mendapat imej buruk. Ini cadangan aku ;

1. Hadkan bloggers yang boleh berdaftar dengan advertlets.

2. Hadkan impression dan visitor yang boleh berdaftar dengan advertlets.

3. Tentukan kriteria tertentu agar belog tertentu je leh letak iklan advertlets.

Kenapa advertlets kena wat cam tue? Sebab advertlets ada masalah duit. Advertlets takley bayar blogger on time. So, hadkan jumlah belog supaya masalah yang berbangkit boleh dikurangkan.

Jangan lupa tingkatkan mutu customer service anda. Punyalah teruk. Aku nak tulis cara baik macam mana kalau perkhidmatan tue teruk? Bukan satu, dua atau tiga individu yang menasihatkan advertlets di atas kecikaian mutu perkhidmatan pelanggan mereka tetapi nampaknya advertlets tak amek iktibar. Kenapa?

So advertlets fikirlah. Kalau takley cover benda neh usahlah jadi pihak pengendali iklan. Syarikat yang nak beriklan dengan advertlets pun akan rasa was-was. Yelah macam mana tak was-was, kalau dah ramai belog tak dibayar sudah tentulah ramai blogger akan angkat keluar iklan mereka dari advertlets kan? Lepas tue sudah tentulah iklan yang disiarkan oleh advertlets tak menyeluruh macam pihak pengendali iklan yang lain kan? So akhir sekali yang rugi sapa? Yang dapat imej buruk sapa? 

Masalah kami para blogger akan selesai juga. Kalau tak dapat income dengan advertlets kami ada income dengan nuffang, innity dan terbaru churp-churp. Namun tak dapat dinafikan memang akan wujud ketidakpuasan ahti disebabkan penipuan advertlets. Atau lebih tepat kecuaian.

Tiada kata seindah bahasa. Bahasa aku tidak mendapat bayaran sudah aku habiskan. Bahasa advertlets nak menjawab aku tunggu.



Ameno : rasa cam org bodoh.

Sabtu, 26 Februari 2011

Insurans naik hadiah satu malaysia..

Hah mampos ko. Dengan aku sekali sama-sama mampos. Kerajaan kata mereka akan fikirkan kepentingan rakyat sebelum buat apa-apa keputusan. Sebab tue kerajaan sanggup TIDAK naikkan ron 95 buat masa sekarang. Heh. 

Tak percaya? Baca neh beb ;



Disebabkan itulah kerajaan buat keputusan macam neh pula. Baca bawah ;


Inilah yang dimaksudkan oleh kerajaan bilamana mereka cakap

"1malaysia rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan"

Ha Ha Ha


Ameno : Syarikat insurans rugi ke? Ataupun keuntungan susut sedikit..? sikit je kot.. silap-silap 5% pun tak sampai kan..?

Gaddafi bom masjid


Dasat tul gaddafi neh kan? Dalam tv ari tue beria-ria kata sanggup mati syahid.
Mati syahid apa nya sampai masjid pun dia kasi letup. Poyo jer.

Info terkini dari libya untuk protes hari kesebelas ;

1. Gaddafi bagi amaran akan berlaku serangan besar-besaran kalau
penunjuk perasan enggan berundur.

2. Gaddafi turut mengecam akan sabotaj pengeluaran minyak di libya.

3. Gaddafi berikrar akan terus mempertahankan libya dari serangan penunjuk
perasaan yang kini semakin mara dengan kubu kuat gaddafi di tripoli.
[tak silap aku, baca sekali imbas je tadi]

4. Kesemua syarikat pengeluar minyak terpaksa tutup berikutan
bimbang dengan keselamatan dan kecaman dari gaddafi.

5. Beberapa negara masih dalam usaha mengeluarkan rakyat mereka dari libya
berikutan krisis di libya semakin teruk dan berlarutan.

6. Tengok bawah neh ;






Pejabat kedutaan new delhi hantar salinan neh kat aljazeera by fax. Semua para
diplomat kat libya menyatakan sokongan kepada rakyat libya dan membantah
kekerasan digunakan untuk meredakan keadaan di libya.

7. Tengok gambar menarik kat bawah neh ;






8. Pengguna twitter di tripoli melaporkan menerusi update twitter ada kejadian
tembak menembak di luar kawasan perumahannya.
Dia berlari pulang selepas menyaksikan seseorang yang
terbunuh akibat di tembak di kepala. Lihat gambar di bawah ini.
Gambar rumah yang terkena serpihan peluru.




9. Berikut ialah kata-kata si gaddafi nyanyuk ;

We can defeat any aggression if necessary and arm the people ... prepare to
defend Libya. Prepare to defend petrol, prepare to defend dignity."

mana tak nampak bangang. Bukan ke dia yang ugut nak mensabotaj petrol
kat negara sendiri. Ceh.

10. Menteri libya yang letak jawatan 3 hari lepas, Mustafa adel galil memberitahu
bahawa gaddafi ada senjata biologi dan kimia.. dan tidak akan teragak2
untukmenggunakan senjata tersebut. Mustafa juga menyeru agar sesuatu
dilakukan utk menghalang gaddafi daripada menggunakan senjata tersebut
ke atas rakyat.

11. Aljazeera turut melaporkan bahawa Ahmed gadhaf al-dam, salah seorang
pegawai tertinggi gaddafi yang juga sepupunya telah keluar meninggalkan libya
melalui syriadan kemudianya menuju ke cairo menggunakan jet peribadi,
sebagai langkah protesdan tidak bersetuju dengan kekejaman gaddafi terhadap
rakyat libya.

12. Menurut newspaper UK "The telegraf" gaddafi ada aset yang berbillion2 di britian.
Aset tersebut akan disita. Gaddafi juga dianggarkan memiliki harta hampir £20bn
[termasuk aset mudah cair seperti wang] yang kebanyakkan di london.

13. Rakyat libyan mengatakan bahawa mereka memperjudikan nasib dan
nyawa mereka apabila bercakap dengan wartawan asing mengenai
kekejaman rejim ke atas mereka.

14. Pada hari ini sahaja 5 pejuang kebebasan libya telah terkorban angkara
pegawai keselamatan pro-gaddafi.  Dan dianggarkan lebih dari seribu orang
telah terkorban sejak tercetusnya protes di libya.

15. Terdapat juga beberapa laporan mengenai penggunaan senjata berat di
beberapadaerah tripoli iaitu Fashloum, Ashour, Jumhouria, Souq Al Jouma.

16. Imam masjid di libya memberikan ucapan khutbah jumaat begini ;

"Those who call for chaos will not be forgiven on the Day of Judgment. Stay away from internal fighting. We have to stay away from any evil and wrong doing. Whoever

disobeys the ruler is disobeying God. We have to stay away from incitement work for unity."

Imam neh buta ahti ke apa? Ruler disobey Allah swt masuk syurga plak ke?
Ruler dok bunuh2 rakyat takpe ke? Bodoh punya imam. Disiarkan melalui tv
secara langsungplak tue.

Dah tue lepas je imam dok berkhutbah [bacaan teks disediakan terlebih dahulu
cam kat malaysia neh hah] macam tue.. ramai lak jemaah masjid keluar terus
tinggalkan masjid..solat tempat len lagi best.

17. Penguatkuasa keselamatan kat libya menakut2kan rakyat libya ketika mereka
nak bersolat jumaat.. [penguatkuasa keselamatan neh tak solat kepe?]

18. Ada beberapa percubaan dari pegawai keselamatan pro gaddafi untuk merampas
semula beberapa wilayah yang ditawan oleh penunjuk perasaan tetapi gagal
kerana penunjuk perasan melawan semula.

19. Tengok video bawah neh, ucapan gaddafi. Aku tak dapat tengok berikutan
line broadband lemau ;




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...