Jumaat, 15 Julai 2011

Fakta BERSIH yang anda mesti tahu !

Masih terdapat ramai orang yang tidak faham bersih itu apa tetapi masih komen seperti tahu apa itu bersih. Membaca komen di ruangan blog blogger2day membuatkan aku terfikir bahawa perlu nya entry neh ditulis agar mereka yang tidak faham bersih akan berlapang dada menerima dan memahami apa itu bersih sebelum membuat keputusan yang bias.

Apa itu bersih?

bersih ialah satu kempen. Ia bukan parti politik. Oleh itu ia tidak memerlukan ROS dan apa2 pendaftaran sekalipun. Anggap sahaja kempen 1malaysia sebagai contoh. Sepertimana najib kempenkan 1malaysia untuk menyatupadukan rakyat [itu alasan najib, tetapi bukan itu yang akal aku tafsir] malaysia pelbagai kaum.

Apa kempen bersih?

Kempen bersih ialah membantu menambahbaikpulihkan sistem SPR. 8 perkara bawah neh di tuntut ;

1. BERSIHKAN  SENARAI UNDI <-- Terdapat kecelaruan maklumat dalam sistem spr sendiri. Ini ialah salah satu contoh. Jadi kita minta SPR bersihkan senarai undi mereka. Kita tidak tuduh SPR kotor. Contoh ;

Bersih : Saya nampak ada kotoran di belakang baju awak lah!
SPR : Yeke? Mana2, saya tak perasan pun.
Bersih : Ada di belakang awak, mari saya tolong bersihkan.
SPR : Terima kasih ya. Lain kali saya akan lihat sendiri di cermin supaya masalah yang sama tidak berulang lagi.
Kita nampak ada kecelaruan maklumat, kita bagitau SPR supaya dia betulkan. Simple. Kita bukan marah + tuduh + fitnah + atau nak perang.

2.
MENREFORMASI UNDI POS <-- Sistem undi pos yang ada ini tidak relevan. Aku ada saudara yang bekerja sebagai askar. Dia tidak pernah mengundi. Dia masih seorang askar sehingga ke hari neh. Dan dia tahu bahawa undi dia adalah reserved untuk BN. Bukan kah ini negara demokrasi? Jangan gunakan undi pos untuk hal sendiri. Bagi peluang kepada mereka untuk memilih dan memangkah apa yang mereka sukai.

Jangan jumpa / meeting dengan mereka sehari sebelum dan selepas undi pos. Kenapa perlu "nasihat" supaya mereka sedar bahawa mereka bekerja dengan siapa, makan duit siapa, kena kenang budi dan sebagainya. Jangan. Bagi mereka pilih apa yang mereka mahu. Jangan ugut dan jangan paksa.  Sebab itu sistem undi pos seharusnya dihapuskan. Biarlah mereka mengundi sesiapa yang mereka suka dan perkara itu haruslah dirahsia bagi menjaga privacy masing2.

3. GUNA DAKWAT KEKAL <-- Kita mahukan penggunaan dakwat kekal. Perlu supaya tidak berlaku pemanipulasi. Kita tidak mahu satu individu boleh mengundi di seratus tempat yang sama. Selepas dia mengundi, kita cop dia. Biar kita tahu bahawa dia telah mengundi di satu2 kawasan dan tidak boleh mengundi lagi di mana2 kawasan yang lain.

4. MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI <-- kita mohon masa kempen yang panjang supaya kita boleh bersedia untuk berkempen. Itu sahaja.

5.  AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL <-- Kita mahukan media yang bebas dan telus. Kita bukan mahu media yang bodek satu2 parti. Kita tak perlukan media pro pembangkang dan sebagainya. kita cuma mahukan media adil yang melaporkan kes berdasarkan fakta. Itu sahaja. kita tak minta media menipu dan menfitnah mana2 individu demi kita tetapi kita cuma minta media bersikap telus dan adil. Adakah permintaan ini berat dan sukar bagi SPR? 

Peranan media sangat penting untuk menyampaikan maklumat direct kepada rakyat. Apatah lagi media arus perdana dipelopori oleh pro kerajaan atas pelbagai sekatan dan tekanan polisi kerajaan terhadap mereka. Ibarat sistem AUKU. Kita mahukan sekatan neh di hapuskan. Laporkan yang jujur dan benar sahaja. Susah sangat ke?

6. KUKUHKAN INSTITUSI AWAM <-- Institusi awam harus dibebaskan daripada kekangan dan peraturan yang tidak munasabah. Dalam erti kata lain, tangan ghaib tidak patut timbul dan masuk campur dalam apa2 hal yang melibatkan kepentingan rakyat dan dasar negara untuk mempengaruhi keputusan dan tindakan agar merasionalkan tindakan yang salah.

7.
HENTIKAN RASUAH <-- Seringkali berlaku rasuah dan penyelewengan dalam kempen pilihanraya. Benda itu sangat terang dan terbukti banyak kali. Oleh itu kita minta SPR alert dan faham bahawa rasuah ini sangat bahaya. Ianya ialah penyakit. Rasuah boleh merosakkan dan membinasakan negara. 

Sepertimana yang kita alami sekarang, kesan akubat rasuah. Disebabkan rasuah lah kita lihat pelbagai projek mega terabai, bangunan runtuh, projek yang tak lulus qc tapi di approved dan macam2 lagi. Terlalu banyak. Andai wakil rakyat menang dengan cara rasuah sudah tentulah dia akan gunakan cara yang sama untuk kekalkan kuasa dan ketika berkuasa, sudah tentu dia akan merasuah dan memberi  rasuah. Akhirnya yang menjadi mangsa ialah rakyat jelata.

8. HENTIKAN POLITIK KOTOR <-- Inilah amalan yang kita mahu SPR faham. Amalan neh tidak bersih dan tidak boleh diamalkan. Politik kotor dengan menyerang peribadi, menfitnah, mengaibkan, mencabut banner, melarang pembangkang berceramah dan berkempen politik, menutup kawasan ceramah, menggunakan polis untuk menghentikan ceramah, sengaja tak beri permit ceramah, sempadankan semula kawasan,  dan macam2 lagi lah benda yang tidak sepatut timbul.

Di negara yang demokrasi neh kita minta agar spr izinkan kita bertanding secara adil dengan pihak yang lagi satu. Apa salahnya bertanding secara adil dan saksama? Bukanlah kita meminta perkara yang bukan2. Kita cuma minta jauhi amalan politik kotor dan kita bertanding secara adil.

Sekarang sudah faham? Baiklah apakah anda boleh bersama bersih ataupun tidak?

Bersih diketuai oleh AMBIGA. Ambiga ialah orang kafir. Ambiga menyokong murtad lina joy.

Ya. Pengerusi bersih ialah ambiga. Ambiga ialah orang bukan islam. Ambiga menyokong lina joy selepas dia murtad selama 8 tahun. Maksudnya disini ialah ;

lina joy murtad selepas 8 tahun baru jumpa ambiga. Dan ambiga tiada kena mengena dengan lina joy sehinggalah berlangsungnya satu forum memeluk islam. Ini bermaksud selepas lina joy murtad lapan tahun dia jumpa ambiga. Jadi selama lapan tahun neh siapa yang murtadkan lina joy? Lina joy sendiri. Dia sendiri yang murtadkan diri dia dulu, kini dan mungkin akan datang.

Ambiga bukan orang islam. Tak aneh apabila dia jumpa orang murtad dan dia menyokong mereka. Sama seperti kita. Apabila kita jumpa mereka yang memeluk islam sudah tentulah kita sokong mereka. Contoh situasi ;

1. Orang islam = murtad masuk kristian = jumpa geng kristian = geng2 kristian defend dia

2. Orang kristian = masuk islam = jumpa geng islam = geng2 islam bela dia

Ini situasi yang normal. Belajar menerima kenormalan neh. Yang tak normal apabila ada orang islam sendiri yang sokong murtadnya lina joy. Siapa mereka itu? Mereka itu individu yang membiarkan lina joy murtad selama 8 tahun tanpa apa2 pemantauan dan pertolongan. Siapa mereka? Ahli keluarga lina joy ada jawapan nya. Tak boleh salahkan kerajaan [umno] dan perlembagaan semata2. Iman itu terletak atas diri sendiri. Kalau kita nampak ahli keluarga yang murtad, kita kena bantu. Cari jalan untuk selamatkan mereka, bukan biarkan mereka bertahun2 sehingga mereka jauh tersesat ke dalam.

Sampai kita nak selamatkan lagi pun dah tak boleh. Benda neh bila sampai ke pengetahuan masyarakat pada tahun 2007 [tak silap] dah tak boleh ubah apa2 sebab lina joy dah murtad selama 8 tahun tanpa pengawasan dan berhasil tukar ic daripada nama azalina kepada nama orang kristian.

Apa yang kerajaan boleh buat pada ketika itu ialah dakwahkan lina joy tetapi tiada peruntukan undang2 seperti itu. Bila kerajaan sendiri tiada ubat untuk mengubati maka disini lah kerajaan dikecam. Kita tidak kecam kerajaan kerana lina joy murtad. Tetapi kerajaan dikecam kerana tidak mampu mengubati kemurtadan lina joy. Ada beza disitu.

Ambiga ada kaitan dengan IFC. Ini bahaya.

Aku tidak tahu hal ini secara jelas. Yang aku tahu ambiga dan paklah masing2 menerima memo. Itu sahaja. Belum lagi nampak apa2 perkara yang boleh mengaitkan ambiga secara langsung dengan IFC sehingga kini. Akan datang aku tidak tahu. Apa pun IFC memang wajar ditentang oleh orang islam. Perjuangan bersih dan IFC ialah dua perjuangan yang berbeza. 

Jangan bawa sentimen keagamaan dalam perjuangan bersih kerana bersih memperjuangkan pilihanraya yang bebas dan adil. Bukan muslim yang boleh keluar masuk islam sesuka ahti. Tiada dalam mana2 8 kempen bersih menyatakan apa2 perjuangan IFC. Dan SIS = salah seorang penyokong bersih dan IFC = marina mahathir = anak mahathir = ada kaitan dengan kerajaan. Sila lihat isu neh dengan lebih meluas dan adil. 

Jadi, boleh sokong bersih sekarang?

Bersih ada kaitan dengan komunis!

Arh sudah. Tadi murtad + lina joy + ifc. Kini alasan baru pula. Bersih tiada kaitan dengan komunis. Boleh menolak bersih. Tidak salah.Tetapi harus menolak atas sebab yang benar dan bukan sebab rekaan. Mengaitkan bersih dengan komunis <-- ini mitos. Fakta nya ialah bersih tiada kaitan dengan komunis.

Bersih ialah pertubuhan haram!

Bersih bukan pertubuhan ataupun parti politik. Bersih ialah kempen sama seperti kempen 1malaysia. Oleh itu tiada pendaftaran diperlukan.

Bersih agenda yahudi !

Arhh lagiii.. sampai bila nak habis? Bersih tiada kaitan dengan yahudi. Sama seperti isu komunis yang mana kerajaan tiada bukti bahawa bersih = komunis, maka seperti itu jugalah isu bersih = yahudi, tiada bukti pun! Hanya cakap2 nak menakutkan dan menghilangkan sokongan sahaja.

Bersih terima dana asing!

Bersih terima dana tetapi bukan dari pihak luar sebaliknya dari rakyat malaysia yang mana dana itu digunakan untuk melancarkan gerak kerja dan kempen2 bersih.

Bersih diperalatkan oleh ambiga untuk berkuasa dan merampas kuasa orang melayu!

Selepas berlalunya bersih 2.0, najib dan barisan pimpinan bercakap bahawa anwar memperalatkan bersih untuk berkuasa. Jadi dimanakah tuduhan yang betul sebenarnya? Bagi satu tuduhan yang betul maka barulah aku boleh menjawab. Agak pening nak menjawab isu neh sebab, kejap2 ambiga peralatkan pas, kejap2 anwar peralatkan bersih, kejap2 pembangkang peralatkan bersih. 

Jadi yang mana satu betul? Ke, kesemua tuduhan di atas? Jika ya, maka jawapan nya adalah sama untuk kesemua soklan dan tuduhan iaitu

TIDAK!

Sebaliknya rakyat memperalatkan bersih kerana kita nak kan bersuara untuk ketidakadilan disini. Kita marah barang naik. Kita marah gaji kecik. Kita marah ekonomi teruk. Kita marah kerajaan rasuah. Kita marah itu ini, berbekalkan sentimen itu lah kita memilih untuk bersama bersih disamping kita juga suka dan setuju dengan tuntutan 8 perkara dalam bersih. 

Ini kerana kita percaya bahawa antara punca2 kesusahan kita pada hari neh ialah disebabkan berlakunya penindasan dan ketidakadilan dalam sistem pilihanraya yang memungkinkan memenangkan wakil rakyat jahat sekaligus menindas warga marhaen.

Isu mengangu-gugat kuasa orang melayu tidak patut timbul kerana perlembagaan sudah menjanjikan hanya orang islam boleh menjadi perdana menteri. Maka usah khuatir. Bukan kah anda yang bilang melayu = islam kan? Heh.

Sebelum bersih, berlaku pelbagai tuduhan bahawa bersih ada kaitan dengan keganasan, motolov cocktail dan sebagainya. 

Jadi? Adakah polis menemui apa2 bukti selepas bersih berlalu? Tidak bukan. Jadilah orang yang berani. Berani buat kajian sendiri. Apa salahnya memahami susur galur bersih. Jangan jadi orang yang suka menolak. Belum apa2 dah haram. Itu dap. Itu pas. Itu sesat. Itu komunis. Itu liwat dan sebagainya. Jangan. Masing2 ada akal. 

Gunakan ia untuk menilai. Tanya kawan2 yang pergi demo bersih. Apakah mereka murtad dan menerima wang yahudi selepas demo? Apakah ada polis yang kena bom? Apakah ada mana2 kedai dipecahkan? Jalanraya sesak dan ditutup oleh pihak polis di atas kefobiaan mereka yang melampau. Walaupun sudah berulangkali kita menegaskan bahawa pihak polis boleh tentukan mana2 jalan yang kita patut guna untuk menuju ke stadium tetapi akhirnya hak kita dinafikan. Segala apa masalah yang dihadapi oleh rakyat malaysia pada hari itu, sama sekali bukan datang dari pendemo bersih. 

Perjuangan pendemo bersih ialah untuk anda dan masa depan anda semua. Bukan semua berani turun demo dan bukan semua mampu pergi berdemo. Apa salahnya anda menghargai orang yang telah berdemo untuk masa depan anda yang lebih baik? Apa salahnya untuk anda menerima dan memahami kenapa mereka berdemo? Perjuangan bersih ialah untuk kepentingan kita semua. Ya, untuk kepentingan rakyat malaysia. 

Oleh itu daripada kita bertelagah untuk hal yang tak perlu, tidak pasti dan fitnah, Marilah kita rakyat bersatu untuk bersihkan negara neh dari segala korupsi dan helah manusia2 yang rakus.  Tak salah dan tiada sesiapa pun rugi jika kita sama2 bergabung untuk bersih. Bukan kah "bersih" itu dituntut dalam islam?

Ameno : Mana 200 aku neh? Dah lama tunggu ambiga bank in.. kata azeez geng umno pendemo bersih dapat rm200... so mana aku punya bahagian ka aku patut tuntut dari umno je? Muahahaha..

[ADS] Yahoo... menang kerusi flight percuma ke jakarta.. nak ke? Klik sini

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...