Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label hudud. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hudud. Papar semua catatan

Ahad, 30 Oktober 2016

Akhirnya Menteri Kata Mungkin Tak Cukup Masa Nak Bahas Usul Hadi, Apa Kata Penyokong PAS?

Malaysiakini melaporkan ; 

Dewan Rakyat mungkin tiada masa menangani Rang Undang-Undang (RUU) persendirian yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata menteri hal ehwal Parlimen, Datuk seri Azalina Othman Said. 

Azalina berkata Dewan hanya mempunyai baki 2 hari lagi selepas perbahasan Bajet 2017 selesai, tetapi urusan kerajaan perlu didahulukan. “Mengikut kalendar, ada 2-3 usul menanti untuk diluluskan selepas perbahasan Bajet selesai,” katanya lapor Sin Chew Daily. Turut berada dalam agenda adalah usul menggantung Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng selama 6 bulan.



“Kami hanya ada dua hari untuk selesaikan semua urusan, saya tak tahu sama ada kita ada masa kecuali kita semua bermalam di Parlimen,” katanya yang turut dipetik portal Free Malaysia Today. Sidang Dewan Rakyat dijadualkan berlangsung sehingga 24 November. Sebanyak 6 hari diperuntukkan untuk rang undang-undang dan urusan kerajaan, manakala 23 November hingga 24 November diperuntukkan untuk urusan lain. 

Hadi mengemukakan usul mendapatkan persetujuan ahli Dewan untuk membentangkan rang undang-undang memperluaskan bidang kuasa jenayah mahkamah syariah. Sekiranya usul diluluskan, RUU dianggap sudah dibentangkan tetapi ia perlu dikemukakan menteri berkaitan untuk dibahaskan. 

RUU itu bertujuan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 bagi membolehkan mahkamah syariah negeri melaksanakan sebarang hukuman yang diperuntukkan di bawah undang-undang Islam kecuali hukuman mati. 

----------------------- 

Nampak tak permainan UMNO kat situ? Tak nampak-nampak juga tatau la nak cakap apa dah dengan korang neh.

Rabu, 24 Oktober 2012

Video mesti tonton dari ILMU.

BAGUS.

Ada point yang mantap. Aku suka huraian dan isi cerita yang dikupas oleh UFB. Namun aku cadangkan jangan setakat di youtube jek. Buat forum terbuka. Discuss. Bincang2. Dan dakwah. Umat islam bersatu untuk terangkan apa itu hudud kepada non muslim takdak hal.

Syabas la UFB. Lebih mantap dari DPPP.

Erkk..

kah kah kah

Jangan marah oke.. 


Khamis, 3 November 2011

Pas tak boleh ganggu keharmonian dengan hudud - MIC


Orang gila dah menyalak. Keharmonian masyarakat takde kena mengena hudud larh mangkok. Ko sibuk apa kami nak potong tangan kami? Semak je larh dorang neh. Aku dari dulu lagi tak faham apa yang orang bukan islam sibuk sangat pasal hudud? Benda neh mudah je. Macam pakai tudung. Macam solat. 

Ada orang islam di malaysia soh korang semua pakai tudung? Bersolat? Takde kan. So lantak p larh dengan hudud. Ada kami soh korang amalkan hudud di malaysia? Takde. Kami nak practise undang2 apa pun hak kami. Ini ialah hak asasi kami sebab kami tidak menyentuh hak asasi anda. Bukan macam budaya gay dan blablablab. Yang jelas menyentuh hak asasi orang lain. 

Neh pasal undang2. Kami sendiri buat law dan kami sendiri tetapkan law untuk umat kami. So ko sebagai bukan islam tak payah sibuk sangat tentang benda yang takde kaitan dengan ko. Bukanlah kami nak pergi potong tangan korang ataupun paksa korang mengikuti dan mengamalkan undang2 hudud. 

Bagi pandangan aku hanya satu je sebab kenapa orang bukan islam menyemak dalam urusan hudud neh. Dorang taknak orang islam bertambah baik dan bertambah faham dan bertambah dekat dengan islam dan Allah swt. Dorang juga mungkin dengki dan takut sebab hudud pasti berjaya menjaga dan membentuk moral dan akhlak kita dengan tertib maka kita akan menjadi lebih kuat dan teguh. Tapi aku heran. Kalau orang bukan islam tolak hudud atas sebab tersebut maka orang islam tolak hudud sebab apa pula? Takan atas sebab yang sama juga? Owhh.. takut juga rupanya.


Ameno : Takde sapa cakap ko bisu kalau ko diam.

Jumaat, 28 Oktober 2011

Hudud : Pas akan potong kepala anda - Mahathir.


kah keh koh kih kuh 

Gelak + perli + batuk + tersedak + heran

Pas nak potong kepala sapa? Mahathir cakap pas nak potong kepala anda. Tak percaya? Meh baca bawah neh ;



KUALA LUMPUR, 27 Okt — Tun Dr Mahathir Mohamad terus menyerang hasrat PAS memperkenalkan hukum hudud dengan hari ini menegaskan, perundangan Islam itu akan membawa kepada sistem keadilan yang berat sebelah kepada masyarakat Muslim dan bukan Muslim.
   
“Mereka mengatakan bahawa hudud hanya bagi Muslim. Jadi, jika ada kecurian melibatkan seorang rakan Cina, mereka akan memotong tangan tetapi rakan Cina atau rakan India, mereka (hanya) akan dapat hukuman penjara dua bulan.

Jadi, bagi PAS itu keadilan. Sudah pasti, jika anda melakukan (kesalahan) lain, mereka akan memotong kepala anda,” kata beliau (gambar) kepada pemberita selepas menghadiri majlis jamuan teh anjuran Perodua di sini hari ini. 
Laporan media semalam menyebut kerajaan Kelantan terus meletakkan harapan mahu mencapai hasrat dua dekad melaksanakan hukum hudud mahu bertemu dengan Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan perkara tersebut sebaik sahaja segala pendekatan berkaitan selesai diadakan. - TMI.

1. Gelak.

Sebab mahathir buat lawak. Dia cakap pas nak potong kepala. Apa dia ingat hukum hudud neh pasal potong kepala ka? 

2. Perli.

Mahathir cakap kalau dalam sekumpulan pencuri yang berlainan agama mencuri dan didapati bersalah, hukuman berbeza akan dikenakan kepada mereka. Cina dapat penjara 2 bulan, yang muslim kena potong tangan. Maksudnya disini dia pun sedar hukuman penjara dua bulan itu memang ringan. Tapi dia tak pernah fikir pasal neh time dia jadi PM dulu. 

Dah tue apsal tak tetapkan hukuman yang lebih munasabah lagi? Penjara 20 tahun ka. Memandangkan undang2 yang sedia ada sangat teruk + longgar maka wajarlah hudud diperkenalkan bagi meningkatkan kualiti moral umat islam.  Yang dia dengki sangat apsal? Dan tak semudah abc larh nak potong tangan orang. Apa dia ingat hudud neh kerja dia mencacatkan tangan orang islam ka? 

3. Batok

Mahathir neh orang islam ka bukan? Kalau orang islam buat cara orang islam. Jangan nak perlekehkan hudud. Jangan bagi persepsi songsang sampai orang takut pada hudud. Belum pape dah cakap pasal potong kepala. Cakap nyanyok kang marah.
 

4. Tersedak

Dia cakap sistem perundangan [hudud] berat sebelah kepada orang islam dan bukan islam. Dah tue syariah tue apa? Sivil tue apa? Dah lama dah masyarakat muslim dan bukan muslim menerima perbezaan neh. Takde masalah pun. Pasal pa mahathir nak buat masalah pula?

Kalau rasa tak setimpal sebab jenayah hudud neh tegas hukuman nya, pinda hukuman2 yang ditetapkan dalam sivil agar seiring tegas dengan hudud. Benda kecik je. Bukan isu sangat pun. Bukan tak boleh ubah.
  
5. Heran

Mahathir cakap pas nak laksanakan hudud untuk orang islam je. So, tak boleh ka? Yang dia beria2 bantah hudud neh pasai pa?


Ameno : Hukuman potong kepala tue atas kesalahan apa?
Heh.

Khamis, 29 September 2011

Hudud : Dap tolak, Pas pertahan, PKR terima.

Semalam pimpinan tertinggi PR telah bermesyuarat dan hasilnya ialah ;

1. PAS akan tetap mempertahankan pendirian mereka untuk melaksanakan hudud di dalam negara neh.

2. DAP menolak hudud sebagai agenda PR dalam buku jingga. 

3. PKR menerima perbezaan pendapat antara PAS dan DAP namun dalam masa yang sama PKR akan cuba cari jalan bagi menyelesaikan perbezaan antara PAS dan DAP.

Namun selain dari itu ;

1. DAP walaupun menolak hudud sebagai sebahagian dari agenda PR dalam buku jingga mereka tidak akan menghalang pelaksanaan hudud di kelantan dan terengganu. Kerana benda tue dah lama diperjuangkan oleh PAS sebelum PR terbentuk.

2. Ini bermakna laluan untuk hudud hanya selesa di kelantan dan terengganu tanpa campur tangan DAP. Selain dari dua negeri itu, hudud tidak akan terlaksana di dalam mana2 negeri tanpa bantahan DAP dan Kerajaan pusat.

3. Dalam isu hudud, pendirian PKR ialah menghormati permintaan DAP dan PAS. 

4. DAP juga menolak untuk memberikan jawapan adakah hudud akan dilaksanakan andai PR berjaya mengambilalih putrajaya.

Bagi aku penolakkan DAP ke atas hudud memang mempunyai asas. Jika undang2 jenayah islam digunapakai, umat islam akan selangkah ke hadapan untuk berubah dan memajukan diri. Ini sesuatu yang orang2 dalam DAP mungkin gusar walaupun jaminan telah diberikan oleh nik aziz bahawa hudud tidak akan digunapakai untuk orang2 bukan islam. 

Jadi DAP tiada point untuk takut. Melainkan dorang melihat kebaikan hudud neh untuk orang islam. Sesuatu yang baik untuk orang islam sepatutnya ia baik juga untuk orang bukan islam. Tetapi ada sesetengah orang islam dan orang bukan islam memilih untuk saling bermusuh. Mungkin ini jalan yang beberapa ahli pimpinan tertinggi dalam dap, pilih. 

Sebab itu, dap harus dibersihkan dari orang2 macam neh. Hanya orang2 macam lim guan eng je wajar duduk dalam dap. Sebab orang2 yang berfikiran macam lim guan eng boleh menyatukan perbezaan umat islam dengan umat bukan islam. Kalau orang2 macam karpal singh ataupun ngar kor meng.. erhmm tak payah mimpi larh der. Dorang tak boleh pakai.

Dalam hal neh PKR parti yang konon nya liberal telah memilih untuk menghormati pendirian pas dalam soal hudud. Sesuatu yang aku mesti puji. Sebab dalam PKR bukan hanya ada muslim. Bukan muslim pun ada dalam PKR juga. Peranan PKR untuk mendamaikan PAS dan DAP mungkin memakan masa dan inilah yang umno marah dari dulu sampai sekarang dengan PKR. 

Bagi mereka untuk menghancurkan PR dengan melaga2kan dap dan pas adalah kerja mudah. Tetapi ia jadi tak mudah setelah kewujudan PKR. PKR tahu cari jalan nak membuatkan PAS dan DAP bermuafakat. Sebab tue kadangkala aku rasa korang2 yang benci PKR dalam PR, kena tengok peranan PKR dalam isu neh. Ada beberapa benda dalam PKR yang aku rasa kita semua benci tetapi ada juga benda2 baik dalam PKR yang kita kena pandang juga. Hopefully suatu masa kelak, PR akan bersefahaman dalam isu hudud.

Tapi jangan terlepas pandang bahawa DAP tidak menolak pelaksaaan hudud di kelantan. Ini bererti hudud di kelantan sudah ada green light dari pimpinan tertinggi PR. Yang sekarang kita tunggu green light dari umno. Jika dap yang begitu menolak hudud pun boleh terima hudud di kelantan, bagaimana pula dengan umno yang konon nya seorang muslim yang menerima hudud sebahagian dalam islam?

Ameno : Tolak tak bererti musuh

Rabu, 28 September 2011

Hudud dalam bible dan kuota bumiputera yang jahat.



Ada orang bagi link blog umno kat aku. Blogger itu dulu pernah menjadi rujukan kepada chua soi lek untuk menolak negara islam atas alasan negara islam penuh dengan korupsi dan penyelewengan. Kata2 CSL tidak salah. 

Negara yang dia sangka islam itu memang penuh dengan tipu daya. Tetapi itu bukan negara islam. Itu negara yang diperzahirkan kepada dunia bahawa ia negara islam tetapi mereka2 itu bukan negara islam, sama seperti malaysia. 

Dari apa yang aku faham menerusi artikel dia ialah dia sedang menanam persepsi bahawa ;

1.Pas sedang menggunakan hudud untuk meraih simpati orang islam.

2. Hukuman hudud tertentu tidak terdapat di dalam Alquran.

3. Ada beberapa ciri2 hukuman yang kononnya hudud terkandung dalam bible dan bukan nya Alquran.

4. Murtad hukum dia mati bagi penganut kristian sebagaimana yang terkandung dalam bible dan bukan-nya Alquran.

5. Penzina direjam sampai mati juga tercatat dalam bible dan bukan nya Alquran.

6. Dia kemudian memberitahu bahawa hudud terkandung dalam bible dan bukan nya Alquran. Dan orang islam sudah confuse.

Sebenarnya aku nak bagitau dekat dia bahawa dia yang dah confuse. Dia ialah salah seorang orang islam yang dah confuse cuma dia tak sedar bahawa dia dah confuse sampai dia fikir bahawa orang islam lain yangconfuse. Damm. This's so confusing dude.

Awak mengaji bila?

Dari kecik.

Sekolah agama?

takde.

Bacaan Alfatihah awak ada kesalahan. 

Tahu tapi selalu practise.

Buat hari2. Sambil solat sambil melatih.

Insya-Allah. 

Awak faham apa yang awak baca?

Hah? Alfatihah? Faham tapi takde ingat betul2 dengan makna dia sekali.

Pernah buat?

Hah?

Pernah awak buat untuk faham dan hafal makna Alfatihah?

Err.. tak pernah.

Kenapa?

Err..tah.

Takde yang suruh?

Err.. 

Awak faham arab? Alquran.

Tak. 

Ada pernah cari?

Saya ada tafsir Alquran kat rumah.

Di rumah je?

Hah?

Berapa kali?

Apa dia?

Baca tafsir?

Ermm.. tak kira. Tapi takde lah hari2.

Kenapa? 24jam tak cukup?

Haha.. taklah.. cuma.

Sibuk?

Hahaha.. 

Apa yang awak baca awak kena usaha untuk faham. Jangan jadikan alasan awak tak pergi sekolah agama sebab tue awak tatau bahasa arab. Macam sekarang awak usaha nak mengaji dengan betul. Siapa yang suruh? 

Err.. saya sendiri. Teringin sangat nak mengaji dengan bacaan yang betul dan lancar.

Kalau mengaji tanpa kefahaman ibarat awak hidup tanpa tujuan. Berat tu.

Peh. 

Antara perbualan bila aku nak cari tempat2 yang boleh mengajar aku mengaji dengan betul. Tak sedar bahawa ada benda simple yang diabaikan oleh aku. Sikap ini juga diwarisi oleh blogger umno di atas. Kadangkala kita abaikan benda remeh sebab kita tak nampak. Bukan pasal kita tinggalkan ia tapi pasal kita tak nampak. 

Apabila kita rasa kita dah boleh mengaji kita akan tinggalkan ia sebab kita dah boleh mengaji. So apa point kita nak belajar mengaji lagi? Janji kita dah pandai mengaji. Apabila kita dah pandai bersolat maka kita tinggal ia sebab kita tahu kita dah pandai bersolat so apa point kita nak belajar solat lagi? Janji kita solat setiap hari. 

Sedangkan dalam pendidikan bila kita ada sijil kita lanjut ke matrikulasi lanjut ke ijazah dan lanjut ke master sampai nak mencari phd. Sanggup. Sanggup demi ilmu. Tapi islam bukan ilmu ke? Islam = ilmu juga. Bila kita dah pandai mengaji napa taknak usaha faham maksud? 

Napa tak usaha agar boleh mengaji dengan lancar serta bacaan yang tertib? Sebab kita tak pernah pandang atau anggap islam ialah ilmu. Adakah kita lupa bahawa islam itu sendiri ialah satu bentuk ilmu?

Islam = satu cara hidup. Dalam islam itu sendiri ada ilmu, ada adab, ada kehidupan, ada hiburan, ada undang2, ada keadilan, ada kegembiraan, ada macam2. Astro pun kalah.

Sama macam blogger umno di atas. Dia tidak mahu cari tahu apa itu hudud. Siap letakkan dalil bible lagi dalam isu hukuman hudud. Mari aku jelaskan sikit kepada ko yang malas nak cari ilmu. 

Ada banyak kuliah agama. Kalau malas pergi buka lah, astro aosis ataupun tv alhijrah. Kalau malas tunggu cari lah vcd kuliah. Sambil ko bawa kereta sambil ko dengar.  Aku ada motor je. Kehidupan ko lebih baik dari aku. Allah swt yang bagi tue.  T

Tapi dalam soal mencari ilmu islam nampaknya aku lebih berdedikasi daripada ko. Heh. Takan seorang lelaki tulen macam ko jarang masuk masjid untuk solat berjemaah sambil dengar kuliah? Takan tak pernah sekalipun dengar dan baca apa itu hudud? Takan main tulis tanpa ilmu? 

Hudud = undang2 islam. Hudud neh macam solat. Allah swt bagi firman tentang solat. Nabi saw pula bagi panduan. Tiada firman Allah swt secara jelas memperincikan mengenai waktu solat dan rakaat2 dalam solat fardhu. Dan ulama pula mengkaji panduan dari Allah swt [Alquran] dan Nabi saw [Sunnah + Hadith]. Dari situ baru kita faham apa itu solat, niat, rukun, rakaat, kewajipan dan hukum. 

Kita boleh mengumpamakan ia seperti garis panduan. Setakat mana yang kita boleh pergi dan buat. Tiada firman yang terus dalam Alquran tetapi dalil, hadis, sunnah dan ijtihad para ulama boleh mengungkapkan beberapa persoalan dan permasalahan yang kita tidak faham.

Sama macam hudud. Hukum islam itu wajib bagi menyempurnakan pentadbiran islam yang menyeluruh. Tetapi cara mana kita nak laksanakan ia tidak terkandung dalam Alquran. Yang ada sekarang ialah sunnah dan hadis Nabi saw. Di samping pandangan para2 ulama. Kata2 mereka ialah contoh dan garis panduan. Lebih kurang macam rujukan. Apa yang kita patut faham dan patut buat.

Panduan dan cara melaksanakan hukuman itu belum lagi ditetapkan oleh pas kelantan. Oleh itu jangan lah membuta tuli menyamakan jenis2 hukuman hudud = ajaran bible. Hudud neh boleh berpecah2 dan berbeza2 cara pelaksanaan hukuman nya. Kenapa mesti wajib fikir bahawa mati, rejam dan etc ialah sebahagian dari hudud dan ia mesti dilaksanakan by hook or by crook?

Kenapa mesti tarik keluar isi bible bagi menunjukkan hudud ialah amalan orang kristian? Itu korang kena tanya blogger umno itu sendiri. Dia tak faham apa itu hudud. Jauh sekali dia boleh faham apa itu ciri2 dan jenis2 hukuman dalam hudud. Dan dia juga mungkin tak faham bahawa mahzab ada empat dan cara pelaksanaan hukuman hudud ini berbeza ikut negara atas pemikiran pemerintah negara itu sendiri. 

Jangan takutkan orang lain dan diri sendiri bila tak faham apa itu hudud. Biarkan sahaja pas kelantan buat draf hudud dan laksanakan ia di kelantan. Situasi di kelantan tak sama macam di negeri2 lain. Di kelantan islam sudah diperkenalkan sebagai agama kasih sayang. Di kelantan masyarakat bukan islam merasa enak bergaul dengan orang islam. Di kelantan, keindahan islam itu sentiasa berterusan dengan cara hidup orang islam di sana.

Pas di kelantan sudah melalui empat elemen penting dalam islam. Mereka sudah terima, faham, amal dan kini proses pelaksanaan. Jangan jadikan kehidupan dan pengalaman kita di negeri lain sebagai asas untuk kita tolak hudud di kelantan. Kelantan nak buat, biar dia buat. Kerajaan pusat kalau taknak dengar pas mainkan lagu hudud maka gubal sahaja undang2 yang membolehkan pas melaksanakan hudud di kelantan. Apa mereka susah?

Samada dap dan pkr nak bergaduh dengan pas kelantan pun, biar je lah. Apa mereka susah? Mereka tak susah apa pun. So lantak kan kelantan dengan hukum hudud dorang. Jangan ikut campur atas urusan yang bukan urusan kita. 

Korang ingat pas suka2 akan potong tangan orang di kelantan? Kelakar. Ia mungkin mengambil 5 - 10 kali proses ulang tangkap. Maksudnya jenayah yang berulangan. Ikut sebab dan kuantiti yang dia curi. Macam pencuri yang mencuri rm1,000. Korang fikir pas akan cacatkan tangan penjenayah semata2 wang rm1,000? Sudah tentu hukuman potong tangan neh ialah untuk kecurian yang besar dan maha dasat. Macam mahathir. Yang mencuri berbillion2 ringgit. So yang tue kalau potong tangan memang wajar. 

Jadi, janganlah bagi persepsi yang serong pasal hudud. Faham dan tengok dulu draf yang akan dilaksanakan oleh pas kelantan. Aku pun suka nak faham. Kalau tak betul, suruh pas betulkan ia sampai ia benar2 boleh dilaksanakan di kelantan. Tak usah tolak menolak lagi. Selagi umno menolak selagi itulah pas boleh jadikan ia modal pilihanraya. Sama macam isu kuota bumiputera. 

Satu benda yang aku pelik ialah pakatan rakyat pongpang2 pasal najib bakal hapuskan kuota bumi. Bukan kah itu impian pakatan rakyat? Apa pasal dorang pongpang2 dan provoke najib dalam isu neh pula? Hapuskan sahaja kuota neh. Kuota neh hanya bersikap wayang. Ia nampak macam ada tetapi ia sebenarnya tiada. 

Ia ada untuk orang kaya2. Ia sebenarnya tiada untuk rakyat marhaen macam kita. So samada ia ada ataupun hapus, ia tetap sama macam seperti dulu. Lagipun dengan kuota neh, umno akan terus jadikan ia modal kempen bahawa mereka bantu orang melayu walhal mereka tak bantu apa pun. 

Apa yang mereka bantu ialah 1% dari keperluan orang melayu dan tinggal 99% yang lain. Dan 1% inilah yang dorang jaja bertahun2 lama nya sampaikan telinga aku dah naik kematu. Sebab itu aku setuju kuota neh dihapuskan. Kita perlu lalui jalan yang cina dan india lalui. Mungkin dengan itu barulah anak2 muslim akan kurangkan aktiviti yang tidak bermoral. Yele.. sebab sibuk fikir nak bersaing dan majukan diri sendiri.

Andai benar najib nak hapuskan kuota neh aku 100% sokong. Tapi mungkin PR takan sokong. Dorang memang macam tue. Kalau najib jalan kanan, dorang pilih kiri. Kalau najib jalan kiri, dorang pilih kanan. Bagi dorang tugas pembangkang ialah membangkang. Walaupun tah apa2 tah yang dorang bangkang pun dorang tetap akan bangkang. 

Nasib baik aku berdiri di level rakyat. So sebagai rakyat, apa yang aku rasa rakyat akan tersiksa, aku suarakan. Aku takde minat nak suarakan apa yang pr rasa tersiksa. Dari apa yang aku tahu dan lihat ialah pr = bn = parti.  So sepatutnya ;

bn = pr = satu geng.

rakyat = satu geng

sebab itu bila pr dan bn meroyan, kita jangan ikut campur sangat. Tengok boleh. Gelak pun boleh. Tapi tak perlu over sampai nak gadaikan harta benda untuk dorang. Pasal dorang pun tak pernah nak gadaikan harta benda untuk kita. Siap amek kesempatan lagi larh ada. Heh.

Ameno : Apa pun tak boleh lah bn dan pr neh. Ade je benda nak susahkan rakyat. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...