Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 28 Oktober 2011

Hudud : Pas akan potong kepala anda - Mahathir.


kah keh koh kih kuh 

Gelak + perli + batuk + tersedak + heran

Pas nak potong kepala sapa? Mahathir cakap pas nak potong kepala anda. Tak percaya? Meh baca bawah neh ;



KUALA LUMPUR, 27 Okt — Tun Dr Mahathir Mohamad terus menyerang hasrat PAS memperkenalkan hukum hudud dengan hari ini menegaskan, perundangan Islam itu akan membawa kepada sistem keadilan yang berat sebelah kepada masyarakat Muslim dan bukan Muslim.
   
“Mereka mengatakan bahawa hudud hanya bagi Muslim. Jadi, jika ada kecurian melibatkan seorang rakan Cina, mereka akan memotong tangan tetapi rakan Cina atau rakan India, mereka (hanya) akan dapat hukuman penjara dua bulan.

Jadi, bagi PAS itu keadilan. Sudah pasti, jika anda melakukan (kesalahan) lain, mereka akan memotong kepala anda,” kata beliau (gambar) kepada pemberita selepas menghadiri majlis jamuan teh anjuran Perodua di sini hari ini. 
Laporan media semalam menyebut kerajaan Kelantan terus meletakkan harapan mahu mencapai hasrat dua dekad melaksanakan hukum hudud mahu bertemu dengan Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan perkara tersebut sebaik sahaja segala pendekatan berkaitan selesai diadakan. - TMI.

1. Gelak.

Sebab mahathir buat lawak. Dia cakap pas nak potong kepala. Apa dia ingat hukum hudud neh pasal potong kepala ka? 

2. Perli.

Mahathir cakap kalau dalam sekumpulan pencuri yang berlainan agama mencuri dan didapati bersalah, hukuman berbeza akan dikenakan kepada mereka. Cina dapat penjara 2 bulan, yang muslim kena potong tangan. Maksudnya disini dia pun sedar hukuman penjara dua bulan itu memang ringan. Tapi dia tak pernah fikir pasal neh time dia jadi PM dulu. 

Dah tue apsal tak tetapkan hukuman yang lebih munasabah lagi? Penjara 20 tahun ka. Memandangkan undang2 yang sedia ada sangat teruk + longgar maka wajarlah hudud diperkenalkan bagi meningkatkan kualiti moral umat islam.  Yang dia dengki sangat apsal? Dan tak semudah abc larh nak potong tangan orang. Apa dia ingat hudud neh kerja dia mencacatkan tangan orang islam ka? 

3. Batok

Mahathir neh orang islam ka bukan? Kalau orang islam buat cara orang islam. Jangan nak perlekehkan hudud. Jangan bagi persepsi songsang sampai orang takut pada hudud. Belum pape dah cakap pasal potong kepala. Cakap nyanyok kang marah.
 

4. Tersedak

Dia cakap sistem perundangan [hudud] berat sebelah kepada orang islam dan bukan islam. Dah tue syariah tue apa? Sivil tue apa? Dah lama dah masyarakat muslim dan bukan muslim menerima perbezaan neh. Takde masalah pun. Pasal pa mahathir nak buat masalah pula?

Kalau rasa tak setimpal sebab jenayah hudud neh tegas hukuman nya, pinda hukuman2 yang ditetapkan dalam sivil agar seiring tegas dengan hudud. Benda kecik je. Bukan isu sangat pun. Bukan tak boleh ubah.
  
5. Heran

Mahathir cakap pas nak laksanakan hudud untuk orang islam je. So, tak boleh ka? Yang dia beria2 bantah hudud neh pasai pa?


Ameno : Hukuman potong kepala tue atas kesalahan apa?
Heh.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...