Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 26 Oktober 2011

Beli sebiji bot berharga RM7.51juta pulak dah..

Aku tatau JTLM = jabatan taman laut negara neh apa peranan dia. Tapi aku fikir dia mesti melakukan kerja2 hebat. Ini kerana dia memerlukan peralatan yang hebat-hebat. Ia bukan sahaja hebat dari segi jenis peralatan. Ia juga hebat dari segi harga. 

Lihat bawah neh ;



Maafkanlah aku. Aku mengalami kesukaran untuk berfikir reasonable nya harga bot neh bernilai sebanyak rm7.51 juta. Aku ada juga fikir sebelum neh, mungkin ada sebab2 yang tertentu kenapa sebiji bot neh mahal harga nya. Mungkinkah bot neh terlampau canggih? Tapi hasil pembacaan aku menerusi laporan audit yang dikeluarkan mendapati ;

1. Kualiti / jenis / spesifikasi bot tidak sepadan dengan harga nya.

2. Terdapat lebihan bayaran akibat peralatan yang tidak diterima dan wujud perbezaan dalam spesifikasi yang diperuntukkan dalam kontrak.

3. Tiada nama model, tiada perincian tender, tiada pemeriksaan, tiada syarat tender, tiada apa2 perjanjian pun bagi melindungi kerajaan dari ditipu dalam kontrak kerjasama neh. 

4. Bayaran penuh dibuat tanpa menyelia, menguji dan memeriksa mutu, kualiti dan blablabla bot tersebut.

5. Kalau ikut dari tender di atas, ia tidak termasuk pemuliharaan bot, jaminan [warranty], latihan penggunaan bot, kos pembaikan dan penyeliaan bot. Betul tak? Adakah itu dalam tender yang lain pula? Seseorang perlu dilatih dan berlatih menggunakan bot sebab neh bot yang dibuat mengikut spesifikasi. So ada beberapa perkara yang dia kena belajar untuk faham bagi mengawal bot dengan lebih baik. Kan?

6. Pembekal bot siap dapat 2 kali lanjutan masa tapi kenapa tiada butiran mengenai kelewatan tersebut? Kita kena tahu kenapa dia lewat siapkan bahan mengikut tempoh yang ditetapkan. 

Sebenarnya siapa pemilik syarikat kapal masai sendirian berhad neh? Mungkin satu lagi projek membakolsampahkan wang negara akan dibuat dengan kerjasama syarikat neh. Kenapa kerajaan tak buang sahaja kakitangan2 yang terlibat dalam ketirisan perbelanjaan wang negara? Kenapa kerajaan tak hukum je jabatan2 dan kementerian2 yang didapati tidak telus dalam menjalankan tugas? Adakah neh ialah suara ahti kerajaan? 

Ahh.. jangan jawab. Itu bukan soklan. Aku hanya bersangka baik sebab tue aku tanya2 kucing. Okey. 

Ameno : JTLM neh didapati melakukan banyak penyelewengan.. hurmm..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...