Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 9 Februari 2019

Berapa Lama Ambil Masa Untuk Edit Sijil? Wee Sindir Marzuki.

Wee Ka Sioang | Transkrip universiti yang dihantar oleh Timbalan Menteri Harapan sebagai "bukti" kelayakan universiti beliau didapati mempunyai gred bagi KESEMUA sembilan mata pelajaran serta purata nilai gred (GPA) yang 100% SAMA dengan transkrip contoh (template) yang dipaparkan di laman web Universiti tersebut.

Maka, kita hanya ada 3 kemungkinan mengapa ini boleh berlaku.

KEMUNGKINAN 1: Ini ialah kebetulan yang amat luar biasa. Lebih susah untuk ditemui berbanding dengan kita kena hadiah pertama Sports Toto.

KEMUNGKINAN 2: Universiti yang sudah lama diragui ramai ini, menghantar keputusan yang serupa kepada semua "graduan" yang membayar yuran.

KEMUNGKINAN 3: Bro, berapa lama dipakai untuk copy/paste/edit?



PAS Tak Terkejut Dengan Skandal Menteri PH Yang Tipu Sijil.

UTUSAN | Pas tidak terkejut sekiranya barisan menteri Kabinet dan timbalan-timbalan mereka yang dilantik hari ini tidak mampu melaksanakan tugas dengan efektif berikutan kini didakwa memiliki latar belakang pendidikan yang meragukan.


Pesuruhjaya Pas negeri, Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi berkata, faktor tersebut disebabkan wakil-wakil rakyat dan senator yang diangkat memegang portfolio tertentu kurang berpengetahuan dan tidak berkemahiran dalam bidang masing-masing.

"Isu ijazah palsu dalam kalangan kepemimpinan Pakatan Harapan (PH) yang berlegar di media hari ini amat memalukan.

"Dakwaan itu sebenarnya memberi kesan kepada integriti barisan Kabinet dan menjadi bahan jenaka dalam kalangan rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya yang juga Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kini didesak pelbagai pihak untuk melepaskan jawatannya selepas didakwa menipu kelayakan akademik.

Mengulas lanjut, Ahmad Fakhruddin berkata, perkara itu secara umum memberi isyarat negatif kepada masyarakat betapa ahli-ahli politik begitu mudah memanipulasi teknologi yang ada untuk kepentingan peribadi dan politik kepartian.

Ujar beliau, rakyat akan menjadi muak dan bosan dengan gelagat ahli-ahli politik seperti itu yang akhirnya tidak akan mempedulikan senario politik tanah air.

"Apa tidaknya, seseorang pemimpin dikatakan memegang ijazah dari sesebuah universiti, tetapi hakikat adalah sebaliknya. Alahai apa nak jadi Malaysia baharu, manifesto belum tertunai, timbul pula dakwaan ijazah palsu," soalnya lagi. - 9 Februari 2019.

Kerajaan PAS Kelantan Masih Bebal? - PW Community.

SOSMED | Halaman anti scam terkenal PW Community mempersoalkan sikap kerajaan PAS Kelantan yang dianggapnya masih tidak serik ditipu.

Ia berikutan dakwaan pentadbir halaman itu dimana pimpinan kerajaan negeri dilihat bertemu dengan seorang individu yang katanya terpalit dengan imej 'scammer'.


Setakat ini tiada apa-apa kenyataan susulan dari kerajaan negeri dan pihak yang dinamakan dalam kenyataan itu bagi menjawab pendedahan PW Community di Facebook pada rabu lepas.

Berikut dibawah penulisan penuh oleh PW Community ;

KERAJAAN PAS KELANTAN MASIH BEBAL?

1. Cukup-cukuplah ditipu dengan scam Carbon Credit, tapi nampak macam Kerajaan PAS Kelantan masih tak serik.

2. Zazuri Zulkipli adalah antara kepala penyamun dalam Affiliate Junction dan bertanggung jawab kembangkan penipuan AJ di Kelantan.




3. Affiliate Marketing is genuine, nothing wrong, tapi masalah dengan Affiliate Junction ialah primary business merupakan head hunting.

4. Bila dah masuk perangkap AJ dengan membayar lesen AA sebanyak RM22 ribu, mangsa seterusnya ditekan untuk memburu lima mangsa lagi supaya perolehi pangkat QRAA.

5. Kalau masih nak kata head hunting dalam AJ tu halal, baik korang jadi atheists sebab nampak macam tak ada guna korang beragama. - 9 Februari 2019.

Mansuhkan AES Segera, Rakyat Tidak Mahu Kerajaan Uturn Lagi.

Manivanan Gowin | Mansuhkan Pelaksanaan Kamera AES - Rakyat TIDAK SELESA Dengan ‘Pusingan U’

Saya telah lama mendiamkan diri tanpa sebarang kenyataan, hanya dengan hasrat untuk memberi ruang yang secukupnya untuk Menteri dan Timbalan Menteri Pakatan Harapan memainkan peranan mereka tanpa sebarang gangguan dan tekanan.


Namun, saya mengambil keputusan untuk menasihati rakan - rakan saya yang kini menjadi Menteri dan Timbalan Menteri atas kapasiti, kita pernah sama - sama berjuang dalam Parlimen untuk menjatuhkan rejim UMNO BN dalam PRU 14.

Maka, atas kapasiti sebagai mantan Ahli Parlimen Kapar dan kini mewakili rakyat Bagan Datuk, saya berhak memberi pandangan yang dipanjangkan kepada saya oleh rakyat biasa.

Walaupun saya tidak selesa dengan beberapa keputusan dasar Kerajaan Pakatan Harapan, namun topik yang saya ingin utarakan pada hari ini adalah berkaitan dengan pelaksanaan sistem Automated Enforcement System (AES).

Media massa memaklumkan bahawa pemasangan Kamera AES dilakukan secara meluas dengan hasrat untuk mengurangkan jumlah kemalangan dan kematian di jalan raya.

Walaupun saya menyokong penuh inisiatif Kerajaan PH untuk mengurangkan kemalangan dan kematian di jalan raya, ianya wajar dilaksanakan dengan beberapa mekanisme baru.

Kecetekan mengakui bahawa memang wujud ‘pusingan U’ dan disantuni dengan alasan seperti dulu saman AES dikutip oleh pihak swasta tetapi kini dikutip oleh pihak Kerajaan dan JPJ tidak dapat memujuk dan membantu rakyat untuk menerima pelaksanaan kamera AES.

Saya mempunyai tanggungjawab untuk mengingatkan rakan - rakan saya di dalam Kerajaan PH bahawa kita menolak pelaksanaan kamera AES bukan hanya kerana ia melibatkan isu kontrak yang diberikan kepada pihak swasta. Banyak lagi faktor yang dikaitkan. Apakah kita lupa yang tekanan hidup dan kos sara hidup yang tinggi juga mempengahruhi emosi penguna jalan raya, selain daripada kealpaan dan kecuaian sendiri yang mengakibatkan kemalangan jalan raya.

Setiap langkah Kerajaan PH yang menciplak dasar Kerajaan UMNO BN dengan terma atau alasan baharu (rebranding) hanya akan menyakitkan hati rakyat yang sudah lama terguris dengan dasar - dasar sebegini.

Bilakah sesebuah Kerajaan akan memahami bahawa kelajuan semata - mata bukan penyebab utama berlakunya kemalangan di jalan raya? Bila kali terakhir kita mengkaji had laju yang dibenarkan untuk setiap lebuh raya di Malaysia? Adakah Kerajaan berhasrat untuk membuat pindaan kepada Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Perintah Had Laju Kebangsaan 1989?

Jika kita memilih haluan untuk menghukum dan menyaman rakyat Malaysia, dengan hasrat untuk mengurangkan kemalangan dan kematian jalan raya, rakyat akan menilai kita dengan pita pengukur yang sama; pita pengukur yang digunakan untuk mengukur kecerdikan dan kewibawaan Menteri dan Timbalan Menteri UMNO BN dulu.

Maka, saya berpandangan bahawa Kerajaan PH wajar membawa input dan idea yang bernas untuk mengurangkan kemalangan dan kematian di jalan raya.

Saya mencadangkan satu kajian secara holistik wajar dilakukan untuk mengenalpasti punca - punca kemalangan jalan raya. Kertas kajian ini wajib dibentangkan secara umum tanpa sebarang pengecualian. Kertas kajian sebegini seharusnya mendidik pengguna jalan raya dengan corak dan paten yang sebenar, bukan seperti Kerajaan UMNO BN yang sememangnya dikenali mempunyai kepakaran untuk mengubahsuai fakta dan statistik hanya untuk memperkenalkan dasar baru.

Saya juga mencadangkan agar kelajuan di lebuh raya wajar dikaji dan diperbaharui mengikut keadaan dan perkembangan semasa.

Selain daripada itu, didikan memandu secara berhemah wajar diberi keutamaan oleh Kerajaan PH. Salah satu kegagalan Kerajaan UMNO BN ialah untuk menjaninkan nilai - nilai murni (moral values) dalam sanubari setiap pengguna jalan raya. Seharusnya, dasar dan didikan yang mendekati pengguna jalan raya dengan semangat hormat menghormati di antara penguna jalan raya, akan membawa hasil jangka masa panjang kepada masyarakat kita.

Maka, saya seperti rakyat biasa, memohon agar pelaksanaan kamera AES dimansuhkan seperti yang dijanjikan sebelum PRU14. Kita seharusnya lebih peka kepada suara rakyat dan rakyat tidak selesa dengan ‘pusingan U’ yang dilakukan oleh Kerajaan PH. Setiap ‘pusingan U’ yang kita lakukan, akan merangsangkan tindakbalas yang negatif daripada rakyat biasa. - 9 Februari 2019.


Manivanan Gowin
Ketua Cabang Bagan Datuk
Parti KeADILan Rakyat

PSM Lapor Polis, 3 Soalan Untuk Kerajaan Perak.

PARTI SOSIALIS MALAYSIA PERAK | Aduan Polis

Kami dari Parti Sosialis Malaysia membuat aduan polis terhadap kerajaan negeri Perak kerana membiarkan pembersihan hampir 10 hektar hutan dan penanaman kelapa sawit di Bukit Kledang Saiong. Kenyataan pada 8/2/19 oleh MB Inc bahawa mereka tidak tahu tentang pembersihan kawasan luas ini, serta rancangan pembangunan mereka amat merisaukan dan kami mahu polis siasat perkara-perkara berikut:


1. Mengapakah badan-badan penguatkuasaan berkaitan dengan tanah, penjagaan bukit dan hutan, dan polis tidak menghentikan dengan serta merta pencerobohan haram Bukit Kledang?

Adalah mustahil pihak berkuasa (Jabatan Perhutanan, Pejabat Tanah dan Galian, Pejabat Tanah dan Daerah, dan Pejabat Polis Ipoh) tidak memperhatikan pemusnahan kawasan hutan seluas 10 hektar yang berlaku di depan mata, dan yang melibatkan sebilangan besar jentera berat. Orang awam pun sudah mula sedar bahawa satu kawasan luas di lereng Bukit Kledang dibersihkan secara tiba-tiba pada hujung bulan Januari tahun ini.

Mengapakah semua jabatan ini gagal melaksanakan tanggungjawab mereka dan mengambil tindakan tegas dan serta merta untuk hentikan pembersihan haram ini?

2. Siapakah individu/pihak yang mencerobohi 10 hektar hutan ini, dan siapakah yang melindunginya?

Pencerobohan secara terang-terang satu kawasan hutan yang sangat luas, yang dimiliki kerajaan dan syarikatnya MB Inc, dan penanaman dengan kelapa sawit tanpa sebarang permit atau lesen, menunjukkan bahawa tindakan ini dilakukan oleh pihak yang rasa dirinya kebal, dan tidak risau tindakan akan diambil terhadapnya.

Polis harus menyiasat siapakah pihak ini, siapakah yang melindunginya dan bagaimana dia berjaya mencerobi Bukit Kledang secara haram tanpa diambil tindakan oleh pihak penguatkuasa.

3. Mengapakah kerajaan negeri Perak tidak berunding dengan rakyat tentang pembangunan Bukit Kledang ?

Kenyataan MB Inc pada 8/2/19 merisaukan sebab pegawainya memaklumkan bahawa rancangan MB Inc adalah untuk membuat projek ‘hartanah bercampur’ untuk penempatan rakyat. Kami juga mendengar ura-ura bahawa ada rancangan untuk ‘plantation forest,’ dan bahawa jumlah keluasan hutan yang akan dibersihkan adalah 24 hektar lebih.

Apakah perlukah Bukit Kledang yang merupakan satu aset semulajadi indah dan tempat kegemaran untuk ‘hikers’ dan pelancong dimusnahkan untuk projek perumahan. Rumah untuk siapa? Mengapa tidak menggunakan tanah rata di tempat lain disekitar Ipoh? Mengapa tidak memakai Akta pengambilan Tanah untuk ambil tanah ladang untuk melaksanakan projek perumahan?

Pembangunan dilereng bukit boleh menyebabkan kejadian tanah runtuh terutamanya semasa hujan lebat yang kini menjadi satu kebiasaan. Adakah MB Perak sebagai Pengerusi Exco Tanah dapat menjamin pembangunan di lereng bukit ini tidak akan mengancam nyawa dan keselamatan penduduk-penduduk berhampiran, dan juga pengguna Lebuhraya Ipoh - Lumut? Adakah MB Perak dapat menjamin bahawa pembersihan hutan untuk projek perumahan tidak akan menyebabkan hakisan tanah, pemendapan sungai dan banjir besar di kawasan perumahan berhampiran dan juga di kawasan hilir sungai? Apakah keputusan kajian EIA terhadap skim pembangunan ini?

Kami mahu polis menyiasat perkara-perkara ini dan mengambil tindakan tegas terhadap penceroboh 10 hektar hutan di Bukit Kledang, dan terhadap semua pihak dan pegawai kerajaan dan penguatkuasa yang cuai ataupun bersubahat dalam pencerobohan ini.

Sekian aduan kami. - 9 Februari 2019.

3 Lagi Wakil Rakyat Termasuk Menteri PH Terkait Skandal Tipu Sijil Akademik.

LAPORAN | Sebelum ini netizens mempersoalkan kesahihan kelayakan akademik yang dimiliki oleh Faizul Azumu, Marzuki Yahya dan Osman Sapian.

Kini mereka tampil lagi dengan 3 nama pimpinan PH yang turut dikatakan menipu mengenai sijil akademik masing-masing.


Semalam, Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mendakwa kononnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Akamai, Amerika Syarikat yang diragui.

"Para pemimpin DAP perlu melihat diri mereka dengan cermin agar kontroversi yang melibatkan pemimpin parti lain tidak timbul dalam partinya sendiri.

"Hal ini kerana, saya ingin ingatkan kepada mereka (pemimpin DAP) untuk meneliti kredibiliti kelulusan pendidikan wakil rakyat dari partinya, Choo Kiong yang kononnya mempunyai ijazah sarjana bagaimanapun institusinya tidak mendapat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA),"
katanya dalam satu kenyataan di Facebook.



Tindakan Wee itu membuka langkah kepada netizens untuk menyemak lebih lanjut mengenai kelayakan akademik pimpinan PH.

Dan hal itu membuatkan kelayakan akademik Lim Guan Eng dan Zuraidah Kamaruddin turut dipersoalkan.



“Assalamualaikum YBM @zuraida_my. Kami gagal menemui carian nama YBM di National University of Singapore. Mungkin tercicir agaknya?,” tulis Don Juan deRyezal.
 

Dan, Ismet Ulam Raja pula berkongsikan biodata Guan Eng dan mengajak warganet menyiasat kesahihan kelulusan akademiknya.

“Hmm.... ‘since’ timbalan menteri pakatan ni tipu kelulusan akademik apa kata kita periksa yang lain-lain.

“Betul ke @guanenglim ini akauntan bertauliah? Kenapa nama Menteri Kewangan Malaysia tiada dalam daftar akauntan bertauliah? Tapi dia kata dia akauntan bertauliah,”
katanya.
- 9 Februari 2019.

Jumaat, 8 Februari 2019

Lari Dari SPRM? Husam Jawab Ustaz Idris.

LAPORAN | Husam menafikan beliau telah dipanggil oleh SPRM seperti dilaporkan oleh beberapa media tempatan hari ini.

Kenyataan itu dibuat bagi menjawab dakwaan sesetengah pihak yang kononnya Husam melarikan diri dari siasatan SPRM.

"Kes 90juta, Ustaz Nik Abduh dan Ustaz Nasaruddin Mat Isa dah pergi ke SPRM. Seorang lagi mana. Peluang terbuka luas untuk pihak yang dok tuduh PAS terima RM90juta. Dengan SPRM bukan boleh cakap kosong. Bukan macam ceramah politik. SPRM profesional. Kena bawalah replika cek RM90 juta yang dok jaja selama ini," sindir Ustaz Idris Ahmad di Facebooknya hari ini. 

Sindiran itu dipercayai ditujukan kepada Husam Musa meskipun namanya tidak dipetik dalam kenyataan tersebut.

Husam kemudiannya menjawab, beliau telah menghubungi pegawai SPRM untuk mengesahkan adakah benar beliau dipanggil ke SPRM bagaimanapun pegawai yang dikenali sebagai Encik Azrai menafikan hal itu.

Berikut dibawah adalah kenyataan penuhnya;

"TAK LARI GUNUNG DIKEJAR

Semua urusan ada masa ada ketika.

Bagi yang cepat meracau, bukan semua laporan media tepat belaka.

Saya tidak pernah dipanggil oleh SPRM hingga kini, seperti mana laporan media.

Petang ini, saya sendiri telah menghubungi SPRM Putrajaya menerusi pegawainya bernama Encik Azrai untuk mengesahkan saya belum dipanggil.

Namun, seperti mana saya telah sebutkan dalam posting saya, sudah pasti saya akan menyampaikan info dalam pengetahuan saya sebagai tugas negara saya.

Bah kan, saya kira sebahagian dokumen berkenaan sudah pun ada dalam pengetahuan SPRM.

Jangan lupa, pihak mana yang disiasat. Jangan beraya salah tempat, salah haribulan.

Idris Ahmad harap bersabar,"
katanya. - 8 Februari 2019.

Semakin Menafikan Tipu Sijil, Semakin Marzuki Dikantoikan Netizens.

SOSMED | Timbalan Menteri Luar, Senator Dato' Marzuki Bin Yahya dan PPBM nampaknya terkantoi lebih teruk dalam isu penipuan sijil akademik.

Ini gara-gara apabila Marzuki membuat kenyataan media menafikan beliau menipu mengenai kelayakannya petang tadi.

Ketika membuat kenyataan penafian itu Marzuki berkongsikan sijil yang dimilikinya kepada netizens. Di sijil itu tertera ia dikeluarkan oleh Cambridge International University.

Bagaimanapun semakan mendapati website yang tertera di atas sijil itu, http://www.ciuedu.us/ kini telah digodam.

Walaupun tidak meninggalkan apa-apa pesanan, tetapi dipercayai godaman itu dilakukan mungkin untuk menyindir Marzuki yang dianggap menipu kelayakan akademiknya, kerana itulah website itu dengan mudahnya digodam untuk menunjukkan betapa tak 'selamat dan terjaganya' portal tersebut.


Sementara itu di laman sosial, rata-rata netizens mempertikaikan ketulenan sijil tersebut dengan mengemukakan beberapa hujah.





Sesetengahnya mempersoalkan mengenai pointer dan jam kredit, sesetengahnya pula mempersoalkan logo ISO yang disalahguna dan sesetengahnya pula menyebarkan salinan sijil tersebut yang dengan mudahnya boleh diperolehi di website Google.

"Jadi ini bermakna, ketika dia masih seorang CEO dia belajar satu-satu kursus tanpa menyemak kesahihan samada yang menawarkan itu layak ataupun tidak. Bukan sahaja dia tidak berintergriti bahkan tidak mahir berniaga. Siapa pula sanggup nak belajar satu-satu kursus itu tanpa menimbangtara kesahihan, keperluan dan kepentingannya? Lebih baik beli buku dan baca sahaja," komen Tarminder Singh.   

Pelakon Jimmy Shanley turut memberikan ulasan di post tersebut,"Saya cadangkan PPBM adakan satu Universiti sendiri yang betul-betul ada student, sesapa dilantik Menteri ke lantikan politik ke terus diberi sijil ijazah, takde la orang mengata lagi dah," katanya dalam nada menyindir.


"Mohon simpan sikit bodoh tu untuk tatapan generasi akan datang. Aku ambik contoh website Boston University untuk course B.Sc Business Administration pun ada 31 subjek untuk undergraduate. Hala kemana transkrip Marzuki Yahya tu cuma ada 9 subjek ? Sah2 CIU tu fake University. Itulah dek kerana sumpah keramat Atok M kata melayu pemalas tu dah berbalik kepada korang semua. Parti sendiri pulak tu. Dasar pemalas. Malas Belajar tahu nak menipu ja. http://www.bu.edu/.../bs-in-business.../curriculum/," kata Nor Azizuddin pula.

Kelihatan pentadbir halaman PPBM tidak menjawab hujah-hujah yang dikemukakan oleh netizens setakat ini. - 8 Februari 2019.

Marzuki Mempertahankan Sijil Cambridge Adalah Tulen, Nafi Tipu Kelulusan.

YB Senator Dato’ Hj Marzuki bin Yahya, Timbalan Menteri Luar Negeri | 1. Saya menyedari bahawa kelayakan akademik saya telah menjadi perbincangan umum beberapa hari kebelakangan ini.

 
2. Ada pihak yang mengatakan bahawa saya tidak bercakap benar kerana di Wikipedia tertulis saya mendapat pendidikan dari University of Cambridge sedangkan universiti tersebut tidak menawarkan kursus Bachelor of Business Administration in Logictics dan tidak menawarkan program pengajian secara jarak jauh.

3. Sepertimana yang kita sedia maklum, sesiapa sahaja boleh memasukkan maklumat ke dalam laman web Wikipedia. Ianya juga boleh diedit oleh sesiapa sahaja pada bila-bila masa. Sejujurnya saya tidak pernah memasukkan apa-apa maklumat berkaitan pendidikan saya di dalam Wikipedia. Saya juga tidak pernah mengarahkan sesiapa untuk melakukannya. Bahkan, ketika ditanya oleh media sebelum ini, saya telah menyatakan dengan jelas bahawa saya mendapat kelulusan dari Cambridge International University (CIU) di Amerika Syarikat dan bukannya University of Cambridge.

4. Saya langsung tidak pernah berniat untuk menggambarkan seolah-olah saya mendapat pendidikan di University of Cambridge. Saya memulakan pengajian jarak jauh bersama CIU pada sekitar tahun 2002, iaitu 17 tahun dahulu. Ketika itu saya sedang berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat perkapalan dan lojistik milik sendiri di Pulau Pinang. Seikhlasnya, niat saya ketika itu ialah untuk menimba ilmu kontemporari dan terkini mengenai industri perkapalan dan lojistik di negara maju, termasuklah di Amerika Syarikat. Harapan saya ialah agar ilmu yang diperolehi akan dapat membantu mengembang dan memajukan perniagaan perkapalan yang saya usahakan.

5. Sewaktu mengikuti pengajian, selain beberapa subjek asas, saya mengambil subjek-subjek yang berkaitan dengan bidang perkapalan dan lojistik iaitu Pengurusan Lojistik I; Pengurusan Lojistik II; Pegurusan Kawalan Stok; Pengurusan Rantaian Bekalan dan; Pengurusan Strategik. Saya sertakan transkrip dari CIU untuk rujukan. Semasa mengikuti pengajian, saya menyiapkan tugasan-tugasan untuk subjek-subjek yang diambil sepertimana yang diminta oleh universiti.

6. Sewaktu saya memulakan kursus pada sekitar tahun 2002 dan mendapat kelulusan pada tahun 2005, masyarakat Malaysia dan juga masyarakat dunia masih belum membincangkan tentang akreditasi universiti secara meluas. Bahkan, pada ketika itu masih belum ada sistem ranking universiti yang terkenal dan tersusun seperti pada hari ini. Pada masa itu juga masih belum ada senarai universiti yang dikatakan sebagai “bogus university”.

7. Oleh itu, apabila mengetahui mengenai kursus yang ditawarkan oleh CIU yang berkaitan dengan bidang perniagaan yang saya ceburi, saya mendaftarkan diri tanpa memberikan penekanan kepada aspek akreditasi kursus yang ditawarkan.

8. Sejujur dan seikhlasnya saya tidak pernah berniat untuk menggunakan kelayakan akademik yang ada bagi mengelirukan sesiapa. Ini kerana niat asal pengajian saya 17 tahun dahulu adalah untuk menimba ilmu dalam bidang perniagaan yang saya ceburi. Ketika itu tidak pernah terlintas di hati saya bahawa suatu hari nanti saya akan berada pada kedudukan hari ini sebagai seorang anggota pentadbiran kerajaan.

9. Saya berharap agar penjelasan ini dapat meleraikan kekeliruan yang ada. Dengan ini juga, saya menyerahkan kedudukan saya sebagai Timbalan Menteri Luar Negeri dan Setiausaha Agung Bersatu kepada YAB Perdana Menteri dan kepimpinan parti. - 8 Februari 2019.

Kini MB Johor Pula Didakwa Miliki Sijil Akademik Palsu.

LAPORAN | Isu mengenai sijil akademik palsu yang membabitkan Timbalan Menteri Luar, Dato' Marzuki Yahya belum lagi menemui penamatnya, kini muncul satu lagi dakwaan sijil palsu yang membabitkan pimpinan PPBM. Kali ini Menteri Besar Johor, Osman Sapian didakwa menipu mengenai sijil akademiknya.



Perkara itu didedahkan oleh halaman Facebook yang dikenali sebagai Ops Johor.

"Kantoi! MB Johor miliki Ijazah Perakaunan Palsu?

"Saya tak boleh nak jawab isu ini?"

Lepas Timbalan Menteri buat hal dengan isu pendidikannya, hari ini rakyat Johor pula mula mempersoal level pendidikan Tok Man?

Hasil informasi diterima, terdapat keraguan munasabah tentang level pendidikan Tok Man? Alamak betul ke?

Netizen mula persoal betul ke tidak Tok Man ni sambung belajar di UPM? Ikut sumber sahabat terdekat Tok Man pula, dia belajar sampai STPM je?

Jika apa dipersoalkan itu benar, maka amat malanglah Bangsa Johor ‘berMenteri Besarkan’ Osman Sapian, patutlah pentadbiran Johor huru je, maklumlah Tok Man ni hanya tahu jadi Yes Man aje?

Info Ops Johor dapat, UPM perkenal Bachelor Perakaunan tahun 1985. Ketika itu UPM pun takde offer Diploma Perakaunan, yang ada cuma Diploma Pengurusan Perniagaan, Degree pun UPM gunakan Bachelor?

Ops Johor tidak pandang rendah mereka yang level pendidikan tak tinggi sebab masih ada kecerdikan pada mereka.

Rakyat Johor menunggu Tok Man beri penjelasan, jangan lari-lari pulak? 😁Berani kerana benar!,"
katanya dalam kenyataan itu.

Menurut salah seorang pengomen di post itu, yang dikenali sebagai Shahnaz Alsogoff UPM tidak pernah menawarkan program Diploma Perakaunan.



 
"Mana UPM pernah ada diploma perakaunan. DPP diploma pengurusan perniagaan ada. Degree pun UPM guna Bachelor.

Cuba kita siasat semua pimpinan PH ni.. Entah-entah semuanya bohong dengan kelulusan mereka,"
komennya.


Osman Sapian bagaimanapun belum lagi mengulas mengenai perkara tersebut secara rasmi setakat ini.

Tidak dapat dipastikan samada dakwaan yang tular itu adalah sahih ataupun percubaan untuk mensabotaj intergriti pimpinan PPBM yang terpalit dengan dakwaan sijil akademik palsu.

Untuk rekod, Faizal Azumu, Menteri Besar Perak pernah dikritik atas isu yang sama. Ini adalah tuduhan kali ketiga melibatkan pimpinan PPBM. - 8 Februari 2019.

Khamis, 7 Februari 2019

Najib Senaraikan 20 Fakta Untuk Penyokong PH Hadam.

NAJIB RAZAK | Saya masih membaca komen, terutama dari penyokong-penyokong DAP - yang berterusan menuduh saya telah menjahanamkan ekonomi negara.

Sebenarnya, persepsi mereka begitu kerana telah terlalu lama terpengaruh dengan propaganda DAP dan mereka tidak pernah cuba untuk mencari fakta sebenar.


Saya senaraikan 20 fakta untuk tahun 2017 di bawah kerajaan BN semasa saya PM, iaitu tahun sebelum PH mengambil alih.

1. Nisbah hutang kerajaan kepada KDNK pada tahun 2017 adalah paling rendah dalam tempoh 9 tahun saya menjadi PM.
https://tradingeconomics.com/malaysia/government-debt-to-gdp

2. Kedudukan Malaysia turun lagi kepada tempat 90 antara 210 negara paling tinggi berhutang - bermakna ada 89 lagi negara di dunia yang kadar hutangnya lebih tinggi.

Cuba lihat 89 negara-negara ini yang memiliki hutang lebih tinggi dari Malaysia:
https://www.cia.gov/…/the-world-fac…/rankorder/2186rank.html

3. Defisit kerajaan menurun 8 tahun berturut-turut sehingga tahun 2017.
https://tradingeconomics.com/malaysia/government-budget

4. Malaysia maju 2 tempat ke atas dan menjadi negara ke 23 paling berdaya saing antara 137 negara di dunia mengikut Indeks Persaingan Global 2017-2018 yang dikeluarkan oleh World Economic Forum.
https://www.thestar.com.my/…/malaysia-moves-up-two-spots-i…/

5. Malaysia naik sembilan anak tangga dan berada di tempat ke-15 daripada 190 negara dalam Laporan Menjalankan Perniagaan 2019 Bank Dunia
http://www.utusan.com.my/…/malaysia-di-tangga-ke-15-dalam-l…

6. Malaysia mencatat kadar pertumbuhan eksport paling paling tinggi dalam tempoh 13 tahun dan berjaya menarik pelaburan swasta sebanyak RM1.9 Trilion untuk tempoh 10 tahun yang lalu - seperti yang diakui oleh kerajaan di bawah PH baru-baru ini.
https://www.facebook.com/…/a.294787430951/10155819706470952/

7. Bursa Saham tutup pada paras tertinggi dalam sejarah pada bulan April 2018 sebelum PRU14:
https://www.thestar.com.my/…/20/bursa-malaysia-at-record-h…/

8. Bursa Malaysia merupakan pasaran saham dengan tempoh lonjakan saham paling lama di dunia iaitu "world's longest running bull market” bermula tahun 2008 sehingga saya turun sebagai PM pada tahun 2018.
https://www.facebook.com/…/a.294787430951/10155806858295952/

9. Aliran masuk dana asing ke Bursa Malaysia mencecah rekod tertinggi satu tahun iaitu RM429.80 juta pada April 2018.
https://www.hmetro.com.my/…/aliran-masuk-dana-asing-cecah-r…

10. Pertumbuhan ekonomi kita ialah 5.9% pada tahun 2017 iaitu antara paling tinggi di dunia.

Di dalam tempoh sepanjang 48 tahun sejak Singapura meninggalkan Malaysia pada tahun 1963 sehingga tahun 2011, hanya di dalam 5 tahun sahaja di mana pertumbuhan ekonomi Malaysia mengatasi republik ini berbanding 7 tahun berturut-turut semasa saya PM.
https://www.facebook.com/…/a.294787430951/10155801865035952/

11. Bank Dunia telah menaikkan unjuran pertumbuhan KDNK kita 4 kali sebelum PRU14. Kali terakhir ialah pada 30 April 2018. Di bawah PH pula, Bank Dunia sudah menurunkan unjuran ini dua kali.
http://www.theedgemarkets.com/…/world-bank-raises-malaysias…

12. Pada tahun 2017, Bank Dunia juga menyatakan kita hanya memerlukan dua tahun lagi untuk mencapai status negara pendapatan tinggi (high income nation).

Tetapi selepas PH ambilalih, unjuran ini telah dilambatkan sehingga tahun 2024.
https://www.malaymail.com/…/malaysia-can-achieve-high-inco…/

13. Saiz ekonomi berkembang RM665 bilion dari RM685 bilion sehingga RM1.35 trilion pada tahun 2017 semasa saya Menteri Kewangan. Penambahan saiz sebanyak RM685 bilion ini ialah 1 1/2 kali ganda lebih tinggi berbanding keseluruhan saiz ekonomi sebanyak RM418 bilion pada tahun 2003 iaitu tahun terakhir PM ke-4.
https://www.thestar.com.my/…/malaysia-gdp-value-at-rm1-353…/

14. Kadar dividen KWSP untuk tahun 2017 ialah 6.4% iaitu kadar paling tinggi untuk tempoh 21 tahun yang lalu. Dalam tempoh saya menjadi PM, jumlah aset KWSP iaitu kekayaan rakyat naik dengan pesat dari RM342 bilion pada akhir tahun 2008 kepada RM810 bilion pada akhir 2017.
https://www.facebook.com/…/a.294787430951/10155874832445952/

15. Malaysia diiktirafkan sebagai ekonomi paling terunggul antara negara-negara membangun oleh Bloomberg.
https://www.thestar.com.my/…/malaysia-remains-on-top-of-em…/

16. Kadar pengangguran Malaysia hanya 3.4% iaitu satu tahap yang sangat rendah dan diklasifikasi sebagai Full Employment.
https://tradingeconomics.com/malaysia/unemployment-rate

17. Pekali Gini iaitu ukuran ketidaksamaan kekayaan, kadar kemiskinan tegar dan pendapatan isirumah adalah pada tahap paling baik dalam sejarah.
https://www.bharian.com.my/…/pendapatan-isi-rumah-meningkat…

18. Indeks Pembangunan Insan ataupun Human Development Index (HDI) Bank Dunia adalah indeks komposit statistik yang digunaka untuk mengukur pembangunan negara.

Pada tahun 2017, indeks untuk Malaysia naik lagi dan kita medapat klasifikasi “very-high human development”,. Untuk tahun itu, kita di tempat 57 paling tinggi antara 189 negara-negara di dunia berbanding tempat 67 pada tahun 2009.
https://www.thestar.com.my/…/msia-moves-up-human-developm…/…

19. Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) kerajaan PH memuji kerjayaan BN sejak tahun 1950 kerana telah membangunkan negara dengan kadar pertumbuhan yang jauh lebih tinggi berbanding kadar purata pertumbuhan ekonomi dunia dan ekonomi-ekonomi baru muncul yang lain serta di dalam keadaan inflasi terkawal dan kadar pengangguran yang rendah.

PH juga puji BN kerana mewariskan sebuah negara berdaya saing yang amat kuat di peringkat antarabangsa.
https://www.facebook.com/…/a.294787430951/10155835137470952/

20. Pada 25 Mei 2018 iaitu 16 hari selepas BN kalah, Menteri Kewayangan PH umumkan bahawa Ekonomi Malaysia sangat kukuh. Takkan dalam masa 16 hari sahaja, PH telah "memulihkan" ekonomi negara?
https://www.thestar.com.my/…/economy-remains-strong-fundam…/

Kalau ekonomi negara telah "jahanam" di bawah saya, tidak mungkin fakta-fakta di atas boleh wujud.

Kita perlu lebih waras. Jangan senang dirasuk syaitan seperti Chef itu. - 7 Februari 2019

Timbalan Menteri Beli Ijazah Palsu, Asyraf Wajdi Mahu Marzuki Letak Jawatan.

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki | USAH PERTARUH INTEGRITI, TIMBALAN MENTERI LUAR WAJAR LETAK JAWATAN

Pendedahan mengenai status sijil ijazah Universiti Cambridge YB Senator Datuk Marzuki Yahya yang didakwa palsu sebelum diubah kepada nama universiti lain yang tidak diiktiraf oleh mana-mana badan akreditasi pendidikan adalah amat memalukan negara.


Saya tidak bermaksud seseorang itu harus berkelayakan tinggi jika ingin menjadi ahli politik. Namun sebagai seorang Timbalan Menteri Luar yang menjadi 'wajah' Malaysia di mata dunia, tindakan beliau yang cuba memalsukan status akademik mempamerkan tahap integriti seorang pemimpin. Bagaimana seorang pemimpin yang mempertaruhkan moral dan etikanya mampu bertindak selaku perunding utama mewakili Malaysia dalam pelbagai perjanjian antarabangsa akan dihormati oleh negara luar?

Saya juga kecewa dengan kenyataan beberapa pimpinan tertinggi PPBM yang mempertahankan dan menganggap tindakan Marzuki tidaklah seburuk mencuri wang rakyat, seolah-olah PPBM menghalalkan penipuan dan perbuatan memalsukan sijil akademik. Apakah ini nilai perjuangan PPBM yang kononnya berjuang atas prinsip integriti, moral yang tinggi dan amalan tadbir urus yang baik?

Justeru, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menggesa agar YB Senator Datuk Marzuki untuk mengambil tanggungjawab moral bagi melepaskan jawatan secara terhormat demi kredibiliti sebuah kepimpinan. Sebagai pemimpin parti yang kononnya berjuang atas prinsip integriti, beliau harus mengotakan apa yang diperjuangkan oleh parti! - 7 Februari 2019.

Mana Bukti Saya Jual Setiap Inci Tanah Tentera? Najib Cabar Rafidah.

NAJIB RAZAK | Saya juga inigin bertanya lagi mengenai tuduhan amat berat yang dibuat terhadap saya sebelum PRU14.


Tuduhan Tan Sri Rafidah Aziz sebulan sebelum PRU14 di mana bekas menteri ini memulakan kenyataan tuduhannya dengan ayat "Saya bersaksi dengan Allah" dan diakhiri dengan “Wallahi, Wabillahi, Watallahi” kononnya 40,000 hektar tanah telah diswastakan kepada syarikat milik 3 individu dan mereka kini memiliki ‘setiap inci tanah’ Kementerian Pertahanan atau pihak tentera.

Nama Allah telah digunakan untuk melemparkan tuduhan.

Ini satu tuduhan palsu yang amat berat yang digunakan untuk menaikkan kemarahan undi tentera sebelum PRU14 semasa beliau berkempen untuk PH.

Kini, PH telah memegang Putrajaya selama 9 bulan dan boleh merujuk dan membuat siasatan sesuka hati untuk mencari bukti tetapi hingga sekarang, tiada pengumuman ataupun kenyataan pernah dibuat mengenai tuduhan yang amat serius ini.

Sekadar memeriksa Surat Hakmilik sudah tahu kebenaran. Tak sampai setengah hari pun.

Inipun sudah masuk 9 bulan.

Apa telah jadi dengan tuduhan "Demi Allah" ini? - 7 Februari 2019.

Claire Dibayar 2 Juta Untuk Selesaikan Kes Diluar Mahkamah, Husam Mahukan Penjelasan PAS.

Husam Musa | Saman SR : Dedahkan Terma London

1. Maafkan saya kerana memberikan ulasan lanjut terhadap fiasco penarikan saman fitnah Presiden Pas yang berakhir dengan kredibiliti Pas semakin dipersoalkan.

Bermakna, persetujuan penyelesaian itu nampaknya terdesak dan gagal melindungi maruah Pas yang menjadi tujuan saman itu dimulakan sedangkan peguam Pas sana dan sini adalah hebat belaka.


2. Sebolehnya, saya tidak ingin memanjangkan perbahasan saya dalam isu parti lain selagi tidak melibatkan kepentingan publik, sejauh kejujuran dan kebenaran dihormati.

Saya menulis selepas adanya fakta yang salah cuba diketengahkan dan sedikit sebanyak nama saya cuba diheretkan untuk melindungi kedudukan yang sebenar.

A. Kesahihan Audio Abduh Diakui

3. Semakan saya mendapati, rakaman audio seorang pimpinan kanan Pas berisi pengakuan adanya pimpinan Pas menerima wang dari Umno masih kekal dalam dokumen pembelaan Claire.

4. Sarawak Report juga menegaskan ia masih mengguna pakai audio itu sebagai sebahagian pembelaan.

Sarawak Report maju selangkah lagi dengan menyiarkan kandungan penuh transkrip pengakuan itu. Antara lain, audio itu menyebut Pas menerima wang Umno termasuk dalam PRN Sarawak yang lalu, untuk tujuan kempen mengalahkan lawan BN.

5. Dengan megahnya tuan punya suara itu meletakkan perbuatan Umno memberikan wang kepada Pas sebagai ’Umno bodoh, Pas cerdik’. (Pada hal, jika Umno boleh mengubah hala perjuangan Pas dengan hanya beberapa jumlah wang yang boleh dibilang, saya agak Umno tidak merasai dirinya bodoh dan sememangnya parti yang terjual itulah kurang cerdik kerana termakan gula-gula itu).

6. Untuk berlaku adil, sudah tentu tidak semua pimpinan Pas ada menerimanya dan saya percaya, ramai dari mereka tidak pun mengetahui ianya ada berlaku. Bahkan, tidak percaya ia berlaku dan boleh berlaku, tanpa perasaan ingin menyiasat untuk mencari kebenaran.

Semua petanda wujudnya gejala itu, bagi kumpulan ini, dianggap remeh, atau lebih buruk, ‘fitnah’. Habis cerita.

7. Berdasarkan dokumen, ada tambahan info terbaharu. Ini diperkuat oleh dakwaan terbaru Sarawak Report, kesahihan audio itu diakui sendiri oleh Presiden Pas melalui afidavit balasnya.

Dakwaan Sarawak Report ini belum dinafikan oleh mana-mana pemimpin Pas termasuk peguam-peguam handal parti itu yang menasihatkan Presiden Pas segala-galanya dari awal sampai akhir.

Mengikut Claire, dalam tulisan selepas 1 Februari, Presiden Pas selaku plaintif hanya memberikan penjelasan apa maksud sebenar tuan punya suara rakaman itu. Identiti suara itu tidak langsung dipertikaikan.

8. Yang penting di sini, itu adalah suara Abduh yang sebenar.

9. Bila Presiden Pas sudah mengesahkan melalui afidavit beliau sendiri itu suara Abduh, apakah yang menyukarkan Pas untuk menyiasat Abduh tentang itu?

Demi untuk kebaikan Pas dan menunjukkan Pas lebih mementingkan integriti perjuangan Islamnya dari orang. Lagi pun, tentulah Pas percaya Abduh bukan Pas dan Pas bukan Abduh.

10. Bahkan, pihak berkenaan yang ingin menjalankan siasatan perlu mendengar keterangan Abduh, siapakah pemimpin atau ejen atau wakil Umno yang telah menyampaikan wang itu? Jumlahnya? Dan yang lain berkaitan.

11. Abduh pula, ketika sinar matahari telah membuktikan kedudukan yang sebenar dan sesiapa yang mengenali Abduh arif itu adalah suara beliau, inilah masa untuk menunjukkan keberanian supaya kata-katanya ‘Ana tau!!’ tidak dipermainkan.

12. Jika contoh Islam hendak diambil kira, Pas tentu sangat arif bahwa kebenaran perlu ditegakkan tanpa mengira bulu, dekat atau jauh.

13. ‘Ana Tau !!’ adalah menunjukkan keyakinan tinggi dan pengetahuannya adalah berstatus ’first hand’. Tidak mungkin orang sehebat Abduh akan menukar menjadi ‘Ana Tak Tau!’.

B. Claire Dibayar RM 2 juta?

14. Dalam dimensi lain, RPK pula dalam satu komunikasi media sosialnya telah mengandaikan Claire tidak mungkin bersetuju dengan penarikan saman itu jika sekiranya plaintif/Presiden Pas tidak membayar kos guamannya sebanyak RM 2 juta atau percaya beliau boleh kalah dalam saman berkenaan.

15. Ini adalah fakta atau unsur baru dalam isu ini.

16. Adakah benar Presiden Pas membayar Claire RM 2 juta untuk penyelesaian itu? Atau bagaimana?

17. Saya tidak ingin membuat kesimpulan. Tetapi untuk memudahkan semua perkara dan mengelakkan manipulasi berterusan, saya cadangkan terma penyelesaian luar mahkamah itu didedahkan kepada umum.

18. Sesetengah pemimpin Pas akan nanti memberi alasan, ianya telah dipersetujui bersama sebagai sulit dan tidak boleh disiarkan.

19. Hujah balas saya pula ialah, ia masih boleh dilakukan dengan persetujuan bersama kedua pihak. Tidak ada masalah.

20. Caranya mudah sahaja. Pas menulis kepada Claire untuk mendapat persetujuan beliau. Jika Claire enggan, dedahkan kepada umum keengganan Claire itu.

21. Dengan cara itu, menunjukkan Pas telus dan bersikap akauntable kepada ahli dan rakyat Malaysia.

22. Saya pula yakin, tidak ada sebab untuk Claire menolak. Lagi pun, sejak penyelesaian itu dimeterai di mahkamah London pada 1 Februari, kedua pihak telah membuat ulasan masing-masing, sebahagiannya kita dapati cuba mengelirukan dan tidak selari dengan fakta.

c. Siasatan SPRM

23. Serentak itu, sedang viral tulisan yang mengaku mereka ahli Pas dan turut hadhir dalam perjumpaan ‘Ana Tau !!’.

Saya tidak ingin memberikan sebarang komen.

24. Namun, dalam keadaan terdesak mungkin, ada pula yang memuatkan mesej ada satu perhimpunan untuk membuat laporan SPRM di Putrajaya Juma’at ini dan saya akan mengetuai laporan itu.

25. Mesej palsu ini, jika tujuannya untuk melindungi Pas atau apa-apa jua tujuan lain, tidak akan berkesan.

26. Laporan kepada SPRM, antaranya dibuat oleh Rafizi, wujud sejak 2017 lagi. SPRM tidak patut lupa terhadap laporan asal itu, walau pun untuk sekian masa kebelakangan ini begitu terbeban dengan tugas siasatan yang begitu banyak.

27. Tetapi itu zaman Bossku. (Boss Apa Muka Tak Malu - maaf). Boleh ditanya Bossku tersebut sama ada siasatan ada dibuat atau tidak dan jika tidak dibuat, apakah sebabnya.

28. Dalam laporan Rafizi, antara lain secara spesifik menyebut nama seseorang. Orang itu kemudian membuat kenyataan menafikan penglibatannya dan berjanji akan menyaman Rafizi.

29. Bila janji nak saman tetapi tidak menyaman, itu antara lain menambahkan lagi kesangsian. Masyarakat tidak lupa janji itu dan sekarang sudah tahun 2019 sejak kenyataan itu dibuat pada tahun 2017.

30. Pas pula membawa hujah, pemimpin itu telah menjadi bekas pemimpin.

31. Yang penting di sini adakah beliau menjadi ‘conduit’ atau tidak. Manjadi penghubung atau tidak. Terserah kepada SPRM meletakkan lampu suluhnya ke atas semua sudut dan kesemua figure secara adil dan telus.

32. Semua pihak harus memberikan kerjasama terhadap siasatan ini.

33. Pas melalui Naib Presidennya telah pun menyatakan kesediaan.

Tentulah tidak wajar saya tidak ikut memberikan kerjasama, setakat mana maklumat yang ada pada saya.

34. Skop penyiasatan mestilah luas. Kebanyakan transaksi adalah tunai tetapi SPRM sudah tentu ada caranya untuk mengesan ‘bekas’ dan ‘denai duit/money trail’.

Punca dari mana wang berkenaan. Tiada siapa pernah menyatakan wang yang disalurkan hanya bersumber dari 1MDB.

34. Ini semua boleh berlaku dengan pertukaran kerajaan dari bekas Bossku. Pergantian musim menzahirkan suasana yang berbeza.

35. Kepada Allah kembali semua urusan. Semoga Allah sentiasa memandu kita semua. - 7 Februari 2019.

Perbezaan AES Dibawah PH Dan BN Yang Anda Patut Tahu.

Zulhazmi Shariff | RIBUT AES
Sehari dua ni heboh runtuh dunia bila Menteri Pengangkutan kata kamera AES akan ditambah. Saman AES tiada diskaun. Kompaun RM300 tetap. Menteri pula kata dia tidak hirau apa kata orang yang marah pada dia. I don’t care katanya.


Ramai la tag aku, konon dulu aku lawan menggila, sekarang aku diam tak buat apa sebab dah jadi pegawai menteri kerajaan. Selesa duduk kerusi empok pakai tali leher dan name tag. Dah tak peduli masyarakat.

Ditambah troll mamat lembut yang penuh tuduhan rasuah dan cuci duit 1MDB. Pendekar2 Umno pun turut tambah rencah.

Aku nak jelaskan beberapa perkara;

1) AES diperkenal pada tahun 2012. Perlaksanaan ketika itu dilakukan oleh dua (2) syarikat swasta iaitu Beta Tegap dan ATES. Kemudian kedua-duanya dibeli oleh LTAT.
Kerajaan BN laksana AES dengan kerjasama syarikat swasta. Yang kaut untung adalah syarikat.

Aku bantah, aku lawan. Aku buat kes wakili orang yang disaman secara percuma.

Apabila PH mentadbir setelah diberi mandat oleh pengundi, perkara pertama yang dilakukan berkaitan AES oleh Menteri Pengangkutan ialah batalkan semua saman AES yang dikeluarkan bermula 2012 hingga 31/08/2018. Sesiapa yang ada saman AES untuk waktu itu semuanya dibatalkan. Sesen pun tak kena bayar. Tak ada orang terima kasih pun. Tak apa sebab itu tanggungjawab kita.

Kemudian, AES diambil alih sepenuhnya oleh JPJ di bawah Kementerian Pengangkutan. Sekarang AES dilaksanakan oleh JPJ sepenuhnya.

Ada beza zaman BN dengan zaman PH. Zaman BN, swasta yang kawal dan kaut keuntungan. Zaman PH, JPJ yang kawal, semua bayaran saman adalah hak kerajaan.

2) Diskaun Saman.

Ini isu besar bagi aku. Sebenarnya aku tak setuju langsung saman ada diskaun. Aku setuju dengan Menteri. Saman tiada diskaun. Tetapi cara menteri sebut “I don’t care” itu semacam bongkak sangat.

Kita di bawah PH berkhidmat untuk rakyat keseluruhan. Jangan garang sangat, tegas tak apa. Mungkin Menteri nak tegas tapi gayanya macam tak sesuai.

Ok. Kalau saman tak ada diskaun, ianya amat menekan masyarakat pengguna jalanraya khususnya. Di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1982, denda bagi kesalahan AES ialah minimum RM300 dan maksimum RM2,000. Ini hasil kerja tangan Umno/BN semasa mereka buat AES dulu. Akta dipinda menetapkan denda minimum untuk memudahkan pembahagian bayaran saman antara kerajaan dengan syarikat.

Ikut Model Kewangan dengan Formula Tiga Langkah, ada pembahagian tertentu seperti RM16 bagi setiap saman dan seterusnya.

Jadi, apabila PH mentadbir, AES dihakmilik kerajaankan, sewajarnya perkara ini dinilai semula. Jangan ikut saja apa yang ditinggalkan BN. Kaji dan perelokkan.

Saman tiada diskaun tapi budibicara kita sebagai kerajaan tetap ada untuk meringankan rakyat untuk keuntungan bersama.

Sudah banyak kali aku cadangkan. Antara tujuan undang-undang adalah mendidik. Bagaimana hendak mendidik pengguna melalui AES? Saman? Tiada diskaun? Blacklist? BUKAN.

Ada cara lain yang boleh diguna contohnya bagi pengguna yang melanggar undang-undang melibatkan kesalahan AES, JPJ boleh keluarkan NOTIS AMARAN PERTAMA terlebih dahulu. Maklumkan pengguna berkaitan bahawa beliau telah didapati melanggar peraturan. Harap maklum dan jangan ulangi. Jika didapati ulangi kesalahan, keluarkan amaran terakhir. Kali ketiga langgar baru diSAMAN dan tiada maaf bagimu kerana amaran telah diberi. Ini bermaksud pengguna tersebut memang bebal.

Selain itu, kesalahan AES tidak perlu dikaitkan dengan Sistem Mata Dimerit. Tak perlu dihukum dua (2) kali. Dah bayar saman, cukup.

3) Lokasi Kamera.

Tujuan utama AES adalah mengurangkan kemalangan maut. Adakah benar semua lokasi kamera AES adalah di lokasi kemalangan maut? Sejak 2012 hingga sekarang, tidak pernah MIROS atau JPJ kemukakan data kemalangan maut di lokasi kamera.

Kaji semula lokasi kamera sedia ada. Letakkan di lokasi kemalangan maut sahaja.

4) Rasuah dan Penyelewengan.

Suatu jawatankuasa dibentuk oleh Menteri Pertahanan untuk menyiasat Tadbir Urus Kewangan dan Perolehan yang dipengerusikan oleh Tan Sri Amrin Buang.

Jawatankuasa ini turut menyiasat urusan AES yang diambil alih oleh LTAT. Khabarnya ada unsur penyelewengan di mana individu tertentu peroleh habuan ratus juta ringgit. Ini berlaku sewaktu mamat bibir merah jambu uruskan AES.

Adakah Menteri Pengangkutan baca laporan tersebut dan ambil tindakan dengan melaporkan kepada SPRM? Jika belum baca, boleh arahkan pegawai baca dan buat laporan.

Aku sekadar menjelaskan dan mencadang. Aku percaya penuh Menteri Pengangkutan, kakau dia baca tulisan aku ni, dia akan buat sesuatu untuk kebaikan bersama. - 7 Februari 2019.

Rabu, 6 Februari 2019

Timbalan Menteri Pertahankan Sijil Cambridge International University Tapi Siasatan Malaysiakini Mendapati Ada Sesuatu Yang Memeranjatkan..

MALAYSIAKINI | Timbalan Menteri Luar, Marzuki Yahya menjelaskan bahawa ijazah dalam pentadbiran perniagaan beliau adalah dari Cambridge International University yang berpusat di Amerika Syarikat, dan bukan University of Cambridge di United Kingdom.


"Saya fikir mereka (pengkritik saya) salah faham (kelayakan saya). Saya (belajar) di Cambridge International University di AS.

"Saya membuat logistik (sebelum menyertai politik), jadi saya hanya mengambil sijil untuk pengetahuan saya untuk mengembangkan perniagaan saya. Sebagai CEO syarikat, saya ingin memperluaskan pengetahuan dan perniagaan saya,"
katanya kepada Malaysiakini.

Marzuki sekali lagi menegaskan beliau akan memberikan semua bukti kelayakan akademiknya kepada polis sebaik sahaja dipanggil untuk disoal siasat.

Menurutnya, semua tuduhan terhadapnya adalah berniat jahat dan bertujuan merosakkan reputasi beliau.

Carian Google mendedahkan bahawa terdapat dua institusi yang dinamakan 'Cambridge International University'.

Baca : Timbalan Menteri Didakwa Tipu Kelayakan Akademik.

Satu adalah universiti berpangkalan di AS yang didaftarkan di Delaware, sementara satu lagi berpusat di Sepanyol dengan alamat pejabatnya di Florida. Kedua-dua universiti itu adalah berbeza.

Bagaimanapun, laman web untuk kedua-dua universiti itu menimbulkan persoalan tentang kredibiliti setiap institusi.

Institut di AS itu dengan jelas menyatakan pada halaman akreditasinya bahawa ia "tidak diakreditasi oleh agensi akreditasi yang diiktiraf oleh Setiausaha Pendidikan Amerika Syarikat."

Halaman itu juga mengatakan bahawa: "Akreditasi adalah proses sukarela dan tidak menjamin pendidikan yang berbaloi."

Laman itu menyenaraikan 150 program, termasuk satu dalam pengurusan kasino.

Institut ini menawarkan sijil dari peringkat sijil kepada kedoktoran, dengan yuran yang biasa.

Jumlah bayaran untuk ijazah sarjana muda adalah sebanyak AS$ 5,000. Tiada pecahan yuran bagi setiap semester. Bayaran boleh dibuat melalui perkhidmatan pembayaran dalam talian PayPal.

Walaupun menyediakan pelbagai program, laman web itu hanya menyenaraikan 13 fakulti adjang dan 12 fakulti antarabangsa. Tiada kursus yang diajar, atau kelayakan dinyatakan.

Salah satu foto fakulti mempunyai tera air (watermark) dari laman mencari jodoh AnastasiaDate. Laman web ini menghubungkan lelaki dari Amerika Utara hingga wanita di Eropah Timur.

Laman web ini juga menyenaraikan 20 rakan akademik dari seluruh dunia. Bagaimanapun, institusi rakan kongsi yang disenaraikan kelihatan tidak wujud. - 6 Februari 2019.

Hanya Tabung Haji Sahaja Dibenarkan Buat Pakej Umrah? Itu Cerita Bohong Kata MOF!

KENYATAAN MEDIA | Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) ingin menegaskan bahawa Menteri Kewangan YB Lim Guan Eng dan MOF tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan atau arahan yang menghendaki orang beragama Islam melakukan Umrah hanya melalui Tabung Haji dan bukannya melalui agensi pelancongan swasta/bebas yang telah dihalang daripada menawarkan pakej-pakej Umrah.

Tuduhan yang telah dilemparkan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab ini langsung tidak berasas, dan MOF tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan hal ini.


Menurut artikel “Guan Eng Akan Bunuh Perniagaan Melayu” yang diterbitkan di laman Malaysia Today (4 Februari, 2019), tujuan arahan palsu ini adalah untuk memastikan Tabung Haji memonopoli perkhidmatan pengurusan dan perjalanan Umrah, lantas menghilangkan peluang untuk agensi pelancongan swasta/bebas milik Bumiputera untuk bersaing di dalam pasaran ini.

Artikel ini turut dipaparkan di laman Facebook Raja Petra Kamarudin pada 4 Februari 2019. Laporan berita palsu ini disebarkan semata-mata untuk membangkitkan kemarahan orang ramai dan menghasut kebencian terhadap Menteri Kewangan bukan Islam, kerana kononnya melakukan campur tangan dalam hal ehwal urusan Islam.

MOF telah membuat laporan polis untuk melaporkan penyebaran maklumat palsu dan juga akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM). Ingin ditegaskan sekali lagi di sini bahawa tidak sekali-kali pernah Menteri Kewangan, mahupun MOF mengeluarkan arahan seperti yang dinyatakan di dalam artikel Malaysia Today. Tuduhan-tuduhan palsu ini berniat jahat dan merupakan fitnah dan pembohongan.

Sayangi Malaysiaku!

Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
6 Februari 2019

Laporan Polis Terhadap Pesuruhanjaya PAS Kerana Fitnah Majlis Agama Islam Melaka.

INFORAKYAT.NET | Satu laporan polis telah dibuat terhadap Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamarudin Sidek atas dakwaan berunsur fitnah terhadap Majlis Agama Islam Melaka dan Kerajaan Negeri.



Pesuruhjaya PAS Melaka telah mendakwa Ketua Menteri Melaka mengamalkan birokrasi dan mencampuri urusan pemilihan Jawatankuasa Masjid dan turut mendakwa bahawa sudah 8 bulan tiada Jawatankuasa Masjid.

Beliau juga menyatakan mengikut maklumatnya bahawa semua duit tabung masjid akan dikumpulkan dan diurus oleh MAIM. 


Beliau turut mendakwa Kerajaan Negeri Melaka tidak mempercayai masyarakat kampung yang menguruskan masjid.

Turut hadir membuat laporan, Setiausaha MAIM, Pengawai Khas Agama Ketua Menteri Melaka, Penyelaras Masjid Melaka, Pemuda Amanah Negeri Melaka, Pemuda AMANAH Alor Gajah, AMANAH kawasan Alor Gajah dan AWAN Alor Gajah. - 6 Februari 2019.

Selasa, 5 Februari 2019

Timbalan Menteri Didakwa Tipu Kelayakan Akademik, Tunjukkan Sahaja Sijil Yang Dimiliki Itu, Kata Netizens.

SOSMED | Tular dakwaan kononnya Timbalan Menteri Luar,
Datuk Marzuki Yahya menipu mengenai kelayakan akademik. 


Perkara itu pada awalnya didedahkan oleh seorang individu yang dikenali sebagai Mendan Sagor menerusi akaun Facebooknya.

"MINTA TUAN BADAN BUAT PENJELASAN...


Kali ni nak guna sekali lagi Radio Sinar pun boleh. Ini bukan nak gaduh..nak minta penjelasan,"
katanya dalam kenyataan itu sambil berkongsikan beberapa gambar, antara lain mengenai University Cambridge yang mengatakan tiada kursus jarak jauh yang ditawarkan oleh pihak universiti.




Dan persoalan itu kemudiannya disambung oleh seorang individu yang dikenali sebagai Zulfahan Pagon, tanpa menyebut nama menteri yang dimaksudkan.

"#scambridge


Apa puncanya yang menyebabkan seseorang itu sanggup menipu kelulusannya?

Dalam kes yang terbaru ni, seorang menteri mengatakan yang dia ada ijazah Pengurusan Perniagaan dari salah satu universiti tersohor di dunia.

Apalah agaknya yang mendorong dia untuk berbuat sedemikian? Adakah sebab rasa in-adequate? Dan tidakkah dia terpikir bahawa penipuan ini boleh terbongkar, ini lebih kurang sama dengan Najib yang berasa yakin penipuan dia tak boleh terbongkar.

Apa sebab? Kerana untuk menjadi ahli politik dan juga menteri tidak ada syarat untuk apa-apa kelulusan cuma yang mesti ialah kemahiran bermuka-muka dan bermuka tebal sahaja.

Apa pun kes seperti scambridge atau editcawan ini menunjukkan betapa rapuhnya integriti didalam golongan yg berkuasa sekarang sehingga ramai berkata “tiada beza yang sekarang dengan yang dahulu”.

Harap-harap orang-orang atasan ini boleh lah “sort the matter” dan tidak “sweep it under the carpet”,"
katanya di kenyataan itu.

Persoalan itu kemudiannya disambung oleh Astro Awani menerusi satu artikel berita.


Dan berikut ialah analisis yang dilakukan oleh individu yang dikenali sebagai Fadzmel Fadzil.

Fadzmel Fadzil | Aku terbaca ini masa balik dari kampung dan sedar macam ada yang tak kena :

“Timbalan Menteri luar nafi tipu kelulusan akademik.”

http://www.astroawani.com/…/timbalan-menteri-luar-nafi-tipu…
 

So aku double check betul ke sampai kena buktikan ada degree ke tak kan. So Timbalan Menteri Menteri kata he will show proof here:

“Marzuki says will show proof of his cambridge degree”

https://www.thestar.com.my/…/marzuki-says-will-show-proof-…/

So fair enough la. Until aku jumpa ayat ni :

“Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya menyerahkan kepada polis untuk menyiasat dakwaan seorang individu bahawa beliau menipu rakyat dengan menyatakan mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Cambridge.“

http://www.kosmo.com.my/…/sedia-kemukakan-bukti-punyai-kelu…

Uish. Pelik juga aku kenapa nak sampai siasat -siasat kan? Tunjuk je la sijil. So aku google lagi. Betul la memang ada news report Timbalan Menteri memang ada ijazah dari Cambridge. (Gambar)






http://www.frontdesk.com.my/…/lapan-senator-dengan-pelbaga…/

So aku check la website KLN tak akan nak tipu kan, sebab orang luar negara mesti check biodata Menteri, lagi-lagi la Timbalan Menteri Kementerian Luar Negeri.

It didn’t say which University dalam biodata. Lagi la aku pelik akan la graduan Cambridge tak nak gebang? Tak nak semua orang tahu? Hehe. (Gambar)




Okay tak apa mungkin Timbalan Menteri ni low profile. Which is also good la, maybe. Tak apa YB, saya pun pernah di fitnah sama, kena tuduh tak habis belajar masters, lepas tu suka-suka letak dalam cv. Saya senang je, tunjuk je sijil & dia boleh check dengan University. (Gambar)


So YB tunjuk je sijil PJJ Cambridge tu walaupun saya rasa macam susah sikit sebab bila saya check balik program PJJ atau distance learning dekat Cambridge University ni... macam tak ada! (Gambar)



https://www.graduate.study.cam.ac.uk/…/does-cambridge-offer…

Apa-apa pun let’s just wait for Deputy Minister to show the proof. Because as Deputy Foreign Minister malu juga kita as rakyat bila degree didakwa sedemikian rupa sebab dia represent kita di luar negara. - 5 Februari 2019.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...