Isnin, 4 Februari 2019

Lebih 40 Saksi Hidup Dengar Pengakuan Nik Abduh Terima Duit UMNO.

Dr Muhammad Atiullah Othman | LEBIH 40 SAKSI HIDUP TERHADAP PENGAKUAN YB NIK MOHAMAD ABDUH MENERIMA DUIT UMNO

Bulan Oktober 2016 adalah paling hitam dalam hidup saya. Buat pertama kali menjadi saksi hidup pengakuan menerima suapan.


Saya sebagai penjawat awam, tentu kenal bahawa apa yang disebut oleh YB Nik Mohamad Abduh adalah rasuah, bukan hadiah. Semua penjawat awam telah diberi pendedahan perbezaan antara hadiah dan rasuah sebagai syarat pengesahan jawatan.

Hari kejadian, saya betul-betul di hadapan UNA. Tiada seorang pun depan saya. Telunjuk UNA yang marah terhadap Ustaz Zaharuddin Muhammad (UZM) yang membantah ‘ambil duit UMNO’, secara fizikalnya menuding kepada saya. Pimpinan lain yang hadir dan bersama dengan pandangan UNA adalah Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi dan YB Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri .

UZM persoalkan hujah. Cuba memerhati hadis Nabawi dan perbahasan Fiqh. Tetapi, UNA pula melenting tak tentu pasal. Lentingannya di hadapan saya. Bagaikan saya dimarahi sebab saya betul-betul di hadapan UNA. Antara UNA dan UZM, ada dua orang iaitu Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi dan YB Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri.

Tiada seorang pun di hadapan saya. Tiada kepala yang menghalang saya dari memandang UNA. Di belakang saya pula adalah Ustaz Hazmi Dibok. Saya turut memerhati di sekeliling dan cuba mengenali satu persatu orang yang hadir. Jumlah mereka yang patut jadi saksi mencecah ataupun lebih empat puluh (40) orang.

Selepas hari kejadian, saya sangat kecewa dengan pemimpin-pemimpin tertinggi dalam PAS. Memang bukan semua, tetapi saya sangat kecewa dengan UNA. Wajahnya bagaikan Al-Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz tetapi hatinya sudah sama mendiang Marcos. - 4 Februari 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...