Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 5 Februari 2019

Usahawan Coklat Jawab Pengasas HausBoom, Nafi Dipromosikan Atas Dasar Kronisme.

BEN ALI | Salam Tuan Azri Zahier Azmi aka John Lemon,

Memandangkan tuan dah mencuit saya dalam posting di FB tuan, saya rasa perlu untuk saya tampil menjelaskan isu yang melibatkan nama saya ini .

Pertama sekali , adalah tidak adil tuan melabel saya kroni kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hanya kerana beliau mempromosikan produk saya dan membawanya ke dalam Mesyuarat Kabinet. Saya difahamkan melalui staff di Kementerian Belia Dan Sukan, Produk saya adalah produk usahawan muda yang ke-5 seumpamanya di ketengahkan ke Mesyuarat Kabinet.

Dan saya lampirkan sekali “screenshot” di mana saya berhubung dengan saudara Redzuan yang merupakan pegawai khas kepada YB Syed Saddiq sekitar bulan September 2018 dan saya menyatakan hasrat saya untuk “Sponsor” produk saya ke Mesyuarat Kabinet. Namun jalan saya bukanlah mudah seperti yang Tuan sangka kan, saya juga harus melalui proses yang sama seperti usahawan-usahawan yang lain iaitu mengisi borang dan menghantar Profil Syarikat dan sebagainya. Walaupun status saya sebagai Exco Armada aka ( Kroni ) seperti yang Tuan nyatakan, Hal ini langsung tidak diketahui oleh YB Syed Saddiq sendiri kerana permohononan saya itu adalah melalui KBS dan bukannya “direct deal” dengan YB.










Oleh disebabkan saya merasakan syarikat saya pada ketika itu kurang kekuatan dari segi “Performance”, saya menangguhkan hasrat saya untuk memasuki slot yang di tawarkan KBS kerana saya khuatir sekiranya saya submit juga pada ketika itu dan Company Profile saya tidak cukup kuat, maka permohonan saya akan ditolak.

Jadi selama 3 bulan selepas tarikh tersebut saya dan pasukan di dalam syarikat saya iaitu Absolut Chocolat , bertungkus lumus memperkemaskan dan mempertingkatkan lagi operasi kami yang pada ketika itu baru berusia 7 bulan. Bermacam macam cara kami lakukan untuk menguatkan lagi Jenama dan syarikat kami.

Dan akhirnya, setelah saya rasa syarikat saya ini bersedia, baru lah saya menghantar semula permohonan kepada KBS, dan pegawai KBS ada menghubungi saya meminta agar saya menghantar company profile saya. Ini bukan cakap kosong. Bukti semua ada saya sediakan. Pada masa dan ketika saya menerima contoh Company Profile Tuan Azri dan membacanya, jujur saya kagum dan berbangga dengan pencapaian Tuan Azri yang saya kirakan cukup hebat, pada usia yang muda sudah berjaya menembusi pasaran di Malaysia dan juga Antarabangsa .

Terus saya berkongsikan info ini kepada isteri saya tentang kejayaan jenama tuan. Oleh kerana terlalu kagum, kami berdua membelinya pada hari tersebut. Kami berbangga dapat support produk anak muda tempatan yang diterima di peringkat antarabangsa.

Terjenak pada hati saya, kalau lah dapat berjumpa dengan owner Haus Boom ni mesti best. Boleh dengar dia sharing success story dia, untuk sama sama belajar. Untuk pengetahuan tuan, saya memang suka berguru dengan owner-owner produk yang dah berjaya seperti Tuan, sebelum-sebelum ni pun saya berjumpa dengan owner Mood Republik, Anasism, Propaganda Fest, PakdinNasty dan banyak lagi lah owner produk yang saya jumpa hanya untuk mendengar cerita kejayaan mereka supaya saya boleh menerapkan nilai-nilai tersebut pada diri saya dan juga pada syarikat saya.

Apa yang saya nak tekan kan disini, saya juga MELALUI PROSES yang SAMA seperti usahawan yang lain. Jangan lah disebabkan saya berjawatan di dalam parti terus tidak melayakkan saya untuk mengambil peluang seperti orang lain. Saya juga gunakan saluran yang betul dan bukannya “back door”. Ada jawatan di dalam parti pon bukannya bergaji tuan. Jadi , sebaiknya kita sebagai manusia dan juga sebagai orang yang beragama islam, jangan lah kita saling bergaduh sesama kita. Lagi lagi kita orang melayu. Dan kalau tak da info yang jelas atau sahih, jangan la viral kan atau kongsikan, ianya boleh menimbulkan fitnah. Dosa menfitnah itu semua orang tahu. Kalau ada bukti yang jelas tak apa lah. Macam contoh Tuan Azri petik nama saya kroni Syed Saddiq, ada pula netizen yang kata “ALAA DIA SENANG LA UP KAN PRODUK DIA SEBAB ADA CABLE”, bawak-bawak lah mengucap tuan-tuan dan puan-puan.

Anda semua tak tahu langsung apa yang saya lalui di dalam membina jenama syarikat saya tersebut bersama Isteri saya Nadiyah Shahab selama hampir setahun beroperasi ni. Bersengkang mata siang dan malam kami memikirkan cara untuk mengembangkan jenama syarikat kami. Tak perlulah saya menjelaskan secara detail bagaimana kami bermula dan sebagainya. Niat kami pada ketika itu cuma nak cari sedikit wang yang halal untuk melangsungkan perkahwinan kami, dan dengan bermodalkan RM50 Alhamdulillah Allah S.W.T bantu kami dengan membuka jalan seluas-luasnya buat kami berdua mencari rezeki. Selebihnya kami usahakan sendiri. Yang penting nawaitu kita tu kena betul.

Kepada Tuan Azri, waimah apa pun tuan katakan pada saya , saya tak kan berdendam dengan tuan. Saya maafkan tuan di atas tuduhan-tuduhan tuan ke atas saya itu. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu datangnya dari kita sendiri. Saya mendoakan jenama tuan terus sukses di masa akan datang. Dan kalau tuan ada masa lapang , mari lah ke pejabat saya atau saya juga sanggup datang ke pejabat tuan. Saya teringin nak berguru dengan tuan tentang bagaimana tuan berjaya pasarkan produk tuan ke peringkat antarabangsa.

Assalamualaikum Saudara Seagama ,

“Bahasa Jiwa Bangsa”

Sekadar Menulis,


Ben Ali. - 5 Februari 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...