Jumaat, 8 Februari 2019

Kini MB Johor Pula Didakwa Miliki Sijil Akademik Palsu.

LAPORAN | Isu mengenai sijil akademik palsu yang membabitkan Timbalan Menteri Luar, Dato' Marzuki Yahya belum lagi menemui penamatnya, kini muncul satu lagi dakwaan sijil palsu yang membabitkan pimpinan PPBM. Kali ini Menteri Besar Johor, Osman Sapian didakwa menipu mengenai sijil akademiknya.



Perkara itu didedahkan oleh halaman Facebook yang dikenali sebagai Ops Johor.

"Kantoi! MB Johor miliki Ijazah Perakaunan Palsu?

"Saya tak boleh nak jawab isu ini?"

Lepas Timbalan Menteri buat hal dengan isu pendidikannya, hari ini rakyat Johor pula mula mempersoal level pendidikan Tok Man?

Hasil informasi diterima, terdapat keraguan munasabah tentang level pendidikan Tok Man? Alamak betul ke?

Netizen mula persoal betul ke tidak Tok Man ni sambung belajar di UPM? Ikut sumber sahabat terdekat Tok Man pula, dia belajar sampai STPM je?

Jika apa dipersoalkan itu benar, maka amat malanglah Bangsa Johor ‘berMenteri Besarkan’ Osman Sapian, patutlah pentadbiran Johor huru je, maklumlah Tok Man ni hanya tahu jadi Yes Man aje?

Info Ops Johor dapat, UPM perkenal Bachelor Perakaunan tahun 1985. Ketika itu UPM pun takde offer Diploma Perakaunan, yang ada cuma Diploma Pengurusan Perniagaan, Degree pun UPM gunakan Bachelor?

Ops Johor tidak pandang rendah mereka yang level pendidikan tak tinggi sebab masih ada kecerdikan pada mereka.

Rakyat Johor menunggu Tok Man beri penjelasan, jangan lari-lari pulak? 😁Berani kerana benar!,"
katanya dalam kenyataan itu.

Menurut salah seorang pengomen di post itu, yang dikenali sebagai Shahnaz Alsogoff UPM tidak pernah menawarkan program Diploma Perakaunan.



 
"Mana UPM pernah ada diploma perakaunan. DPP diploma pengurusan perniagaan ada. Degree pun UPM guna Bachelor.

Cuba kita siasat semua pimpinan PH ni.. Entah-entah semuanya bohong dengan kelulusan mereka,"
komennya.


Osman Sapian bagaimanapun belum lagi mengulas mengenai perkara tersebut secara rasmi setakat ini.

Tidak dapat dipastikan samada dakwaan yang tular itu adalah sahih ataupun percubaan untuk mensabotaj intergriti pimpinan PPBM yang terpalit dengan dakwaan sijil akademik palsu.

Untuk rekod, Faizal Azumu, Menteri Besar Perak pernah dikritik atas isu yang sama. Ini adalah tuduhan kali ketiga melibatkan pimpinan PPBM. - 8 Februari 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...