Isnin, 4 Februari 2019

PH Dah Semak Rekod Akaun Bank, Tiada Bukti Saya Bayar PAS RM90j Kata Najib.

LAPORAN | Susulan tindakan PAS menarik semula saman fitnah Presiden parti itu terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown, laman sosial dibanjiri dengan pelbagai persoalan benarkah PAS ada menerima wang sebanyak RM90j bagi membantu BN untuk menghalang Pakatan Harapan memenangi PRU ke 14 yang lalu.


Perkara itu turut mendapat perhatian bekas Perdana Menteri, Najib Razak lalu mengulas di akaun media sosialnya semalam.

"Saya tidak pernah membayar RM90 juta kepada Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang atau kepada parti PAS.

Perlu diingat bahawa pihak berkuasa di bawah kerajaan PH sudah membuat siasatan yang sangat teliti terhadap akaun-akaun saya dan UMNO sejak PRU14, iaitu hampir 9 bulan dahulu.

Jika ianya benar ada sebarang bayaran dari saya ataupun dari UMNO, sudah tentu kerajaan PH akan mengambil kesempatan untuk membeku akaun bank Presiden PAS ataupun akaun parti PAS.

Adalah amat tidak adil untuk PAS diserang dan difitnah berterusan tentang isu ini,"
katanya dalam kenyataan itu.


Untuk rekod, pada sabtu PAS mengumumkan menarik semula tuntutan saman ke atas Claire Rewcastle dan memilih untuk menyelesaikan kes tersebut di luar mahkamah. Selain tidak menerima apa-apa bayaran gantirugi dan permohonan maaf dari pihak Sarawak Report, PAS juga mengumumkan terma persefahaman antara dua pihak itu dirahsiakan dari pengetahuan umum. 

Dalam perkembangan berkaitan, Razman Zakaria membayangkan tindakan PAS menarik semula tuntutan saman itu berkemungkinan besar disebabkan beban kewangan dan setakat ini, PAS masih mempunyai tunggakan yang perlu dibayar berhubung kes saman itu. - 4 Februari 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...