Isnin, 4 Februari 2019

Sentimen Sekarang Rakyat Mahukan PAS - UMNO Kerjasama Kata Nik Abduh.

Nik Abduh | Tunas Penuh Barakah

Sejak lama PH (baca DAP-PAN) fitnahkan PAS dengan UG. Mereka corengkan PAS dengan mainkan sentimen kebencian rakyat kepada UMNO pada masa itu.


Ironi, fitnah itu berkubur dengan kelahiran 'sentimen baru'. Rakyat mahukan UMNO-PAS bekerjasama. Paling menarik, Islam ditempat pertama, bukan bangsa atau kuasa atau kebencian atau apa-apa. Ia adalah kecintaan agar Malaysia ini kekal teguh Islam dan umatnya dengan iman yang benar di hati dan kuasa yang kukuh di tangan.

Bagaimana sentimen baru itu lahir dan tumbuh subur dengan aman sejahtera?

Itu hikmah Allah yang al Hakim (maha bijaksana) dan al Khabir (maha mengetahui). Carinya dalam diri sendiri..

Malaysia ini ada tuhannya yang maha mentadbir..

Tugas besar kita adalah terus menjaga dan memugar kesuburan tunas penuh barakah ini. Jangan dibiar serangga perosak datang merosakkannya dengan fitnah baru yang dimarakkan oleh hembusan iblisi.


Allah-ul Musta'an.. - 4 Februari 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...