Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 24 November 2019

MP UMNO Lompat Parti : Mahathir Atau Azmin Menipu? - Tawarkan Projek Dan Harapkan Sokongan, Rasuah Alaf Baru?

DENGAN KEMASKINI 24 NOVEMBER, 1.02 PETANG.
 
POLITIK | Tun Mahathir mendakwa 17 Ahli Parlimen UMNO yang bertemu di kediaman Azmin Ali pada 18 November 2019 lepas mahu melompat parti.

“Orang UMNO ini mereka sudah hilang parti, tak tahu apa nak buat. Jadi (mereka) tanya sama ada nak masuk parti lain ke tidak.

“Ada juga yang membuat kenyataan sokong kepimpinan Dr Mahathir,”
katanya, memetik laporan Malaysiakini pada Jumaat.


Pertemuan malam itu juga dipercayai ada kaitan bagi membentuk sokongan ke atas kepimpinan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri memandangkan Tun turut menyatakan sokongan PAS dan UMNO kepadanya.

“Kalau parti dia tak setuju, parti dia bagi tahulah dia (pemimpin itu), itu bukan parti saya. Semua tahu PAS juga kata mereka mahu sokong saya. UMNO juga mereka sokong saya. Terima kasih.

“Saya tidak tahu siapa yang tidak menyokong saya. Kalau mereka tak sokong saya, mereka boleh kemukakan resolusi tidak yakin kepada Perdana Menteri,”
katanya lagi.


Sebagai rekod, baik Azmin Ali mahupun Ahli Parlimen UMNO yang hadir ke pertemuan itu, termasuklah kenyataan dari Presiden UMNO Zahid Hamidi, mereka berkata pertemuan di rumah Menteri Ekonomi adalah bagi membincangkan isu mengenai projek pembangunan di kawasan masing-masing.


"Saya menerima maklumat ... mesyuarat itu diadakan untuk tim pengundi mereka dalam mendapatkan projek-projek kerajaan untuk disalurkan melalui peruntukan sebagai ahli parlimen.

"Bagaimanapun, ia mewujudkan persepsi ... Ketua pembangkang sebelum ini mengingatkan bahawa setiap perjumpaan mesti dibuat secara en bloc (bersama)."Dan tempat mesyuarat mesti di parlimen, ini akan kelihatan lebih baik dan lebih sesuai,"
katanya pada Selasa.


Kenyataan itu turut dikuatkan dengan pengakuan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid  yang mengesahkan beliau hadir kerana mahu berbincang mengenai projek pembinaan 264 rumah rakyat.

“Saya hadir bukan kerana Datuk Seri Hishammuddin suruh. Kami dijemput hadir dan berkaitan kawasan masing-masing. Allahyarham sedang dalam proses membantu mereka tapi telah pulang ke rahmatullah. Itu adalah antara beberapa permohonan yg saya panjangkan kepada DS Azmin sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.
 

Saya rela mengadap mereka demi rakyat saya. Begitu juga ahli-ahli parlimen lain. Hanya caranya berbeza.

“Saya bertekad ada satu lagi usaha yg perlu saya selesaikan ia itu hasrat arwah suami saya iaitu pembinaan Dewan Bukit Chandan yg telah diluluskan oleh Dato Johari Ghani sebelum ini tapi dibatalkan YB Lim Guan Eng,”
jelasnya. 


Namun secara tiba-tiba pertemuan yang dianggap membincangkan hala tuju kawasan parlimen bertukar kepada acara lompat parti beramai-ramai seperti yang diberitahu Tun Mahathir kepada wakil media.

Berdasarkan tinjauan, kebanyakan netizens lebih mempercayai kenyataan Tun Mahathir berbanding penjelasan Azmin Ali dan Ahli Parlimen UMNO yang hadir mesyuarat ke rumah Azmin pada malam itu.

Selepas kenyataan Tun dilaporkan media, 15 dari 17 yang mengaku hadir ke rumah Azmin membuat penafian.


Antara Ahli Parlimen UMNO yang menafikan kenyataan Tun ialah;

1. Ismail Mohamad Said (Kuala Krau)

2. Salim Sharif (Jempol)
3. Jalaluddin Alias (Jelebu)
4. Ramli Mohd Nor (Cameron Highlands)
5. Azalina Othman Said (Pengerang)
6. Abdul Rahman Mohamad (Lipis)
7. Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar)

Sementara itu, Annuar Musa, Setiausaha Agung UMNO menempelak kenyataan Tun sebagai satu fitnah.




"Kenapa mesti menfitnah tetamu kamu? Kamu menjemput mereka ke rumah kamu. Kamu menawarkan mereka peruntukan dan projek berjuta. Kemudian kamu fitnahkan mereka. Yang bermasalah tu kamu," katanya di Twitternya.


Annuar Musa juga berkata beliau yakin 16 Ahli Parlimen UMNO yang hadir ke rumah Azmin adalah anggota parti yang setia dan tidak akan melompat parti.


"Saya yakin 16 Ahli Parlimen BN yang diundang ke rumah Azmin baru-baru ini adalah anggota parti yang setia. Sebahagian dari mereka yang pergi ada memaklumkan kepada saya sebelum mereka pergi. Azmin atur pertemuan itu, menggunakannya untuk membodek PM sebagai langkah menyelamatkan dirinya," jelasnya lanjut.


Rentetan kenyataan demi kenyataan dari beberapa pimpinan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional, netizens kemudiannya mengupas isu tersebut kepada beberapa pecahan, iaitu;


1. Adakah AZMIN ALI menawarkan PROJEK secara RUNDINGAN TERUS kepada AHLI PARLIMEN BARISAN NASIONAL? Adakah amalan ini dibenarkan dalam KERAJAAN BARU? 

2. Bukankah setiap projek yang mahu dijalankan di setiap kawasan parlimen, perlu mengutamakan kawasan yang dimenangi Pakatan Harapan sebagai BONUS kepada PENGUNDI yang memangkah mereka dalam PRU14?

3. Bukankah ini menunjukkan amalan rasuah? Kamu tawarkan peruntukan dan projek kepada kawasan parlimen UMNO dan Ahli Parlimen UMNO tawarkan sokongan kepada kepimpinan Tun Mahathir?

Dalam pada itu, pemerhati politik juga tertanya-tanya antara 2 jenis kumpulan siapakah yang menipu?

Azmin dan Ahli Parlimen UMNO yang hadir dalam pertemuan itu mengatakan pertemuan hanya membincangkan isu berkaitan projek pembangunan di kawasan masing-masing.

Namun Tun Mahathir berkata ia berkemungkinan mendorong kepada acara lompatan berjemaah kerana Ahli Parlimen UMNO mengakui kepada Azmin mereka kini seperti kehilangan arah, ibarat tiada parti dan entah kemana mahu ditujunya.

Sudah tentulah kenyataan seperti itu tidak akan dinyatakan oleh Tun Mahathir secara terbuka andai beliau tidak mempunyai asasnya.

Oleh kerana Tun tidak menghadiri pertemuan tersebut, ini bermakna ada pihak yang menyampaikan maklumat itu kepada Tun Mahathir, siapakah pihak itu? Adakah pihak itu menipu Tun Mahathir? Atau sememangnya itulah yang telah berlaku pada malam 18 November 2019? Sama-sama kita nantikan episode seterusnya. - 24 November 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...