Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 24 November 2019

Isu NAFAS : Salahuddin Disabotaj Pegawai Kata Khalid Samad.

POLITIK | Menteri Pertanian dan Asas Tani berkemungkinan disabotaj oleh pegawainya, demikianlah dakwaan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad dalam satu kenyataan yang dibuatnya malam tadi ketika berada di Kota Bharu.


 
Khalid menghadiri Program Bicara Bersama Menteri dan beliau sempat mengupas isu yang melanda Menteri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub.

“Tak ada orang suruh tender dia buat tender, tak ada orang suruh tarik balik dia tarik balik, supaya menjadikan dia isu.

“Ni dalam istilah politik, dalam bahasa Inggeris dia kata ‘deep state’ ataupun ‘daulah terpendam’, ‘kerajaan dalam kerajaan’, penyokong kerajaan yang lama yang sedang bergerak mengikut arahan daripada pemimpin-pemimpin yang lama untuk menimbulkan masalah,”
katanya.




Khalid juga menjelaskan, selama ini NAFAS sememangnya memperolehi tender secara rundingan terus dan amalan ini telah berlangsung selama 22 tahun lamanya.  


“Tak pernah ditender, tiba-tiba tahun ini saja kerana nak timbulkan isu, tanpa pengetahuan Menteri, pembekalan baja oleh NAFAS ni, tender untuk NAFAS ni, ataupun kontrak untuk NAFAS ni, diambil, dia nak tender, tanpa pengetahuan Menteri.


“Tiba-tiba bila dah keluar tender, orang dah ambil tender, tiba-tiba dia batalkan tender itu. Lalu kecohlah orang. Oh, dia kata, ‘Ini kita nak runding terus’,”
ujarnya.

Tambah Khalid, perkara tersebut akan menyebabkan masyarakat menyalahkan kerajaan Pakatan Harapan yang menjajikan amalan tender terbuka namun masih mengamalkan tender secara rundingan terus. - 24 November 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...