Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 31 Mei 2019

Sekali Anwar Bersuara, Terus Peneroka Dapat Duit Raya.

Shahbudin Husin | PENEROKA FELDA DAPAT JUGA DUIT RAYA AKHIRNYA


Walaupun Azmin Ali sebelumnya mengatakan tiada duit raya untuk peneroka Felda dan kemudian Tun Mahathir Mohamad menyindir dengan berkata beliau tidak tahu sama ada mereka itu pegawai kerajaan atau tidak, desakan pelbagai pihak akhirnya membuatkan kerajaan memberikan juga sedikit sumbangan sempena Aidil Fitri ini.

Turut bersuara agar kerajaan memberikan duit raya, meskipun sedikit kepada peneroka Felda bagi tahun ini ialah Anwar Ibrahim yang semalam disahkan sekali lagi oleh Tun Mahathir adalah penggantinya sebagai Perdana Menteri ke-8.

Untuk itu, bagi tahun ini, kabinet Rabu lalu telah memutuskan untuk memberikan duit raya sebanyak RM300 kepada peneroka Felda.

Pada masa yang sama, Felda juga diminta menyegerakan pembayaran tunggakan Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil kepada peneroka yang terlibat.

Alhamdulillah…meskipun hanya sedikit, sekurang-kurangnya dengan adanya duit raya ini dapatlah para peneroka menyambut Hari Raya pada tahun ini dengan perasaan yang lebih gembira. - 31 Mei 2019.

Khamis, 30 Mei 2019

Saya Disokong Ramai Rakyat Walaupun Enggan Debat, Najib Yang Pengecut Kata Lim Kit Siang.

The Malaysian Insight | NAJIB Razak sebenarnya yang sudah hilang kredibiliti selepas tidak hadir dua sesi “Nothing to Hide” malah cuba meninggalkan wawancara Al-Jazeera sebelum ini, kata veteran DAP Lim Kit Siang hari ini.


Dalam serangan balas kepada kecaman dilontar Najib kepadanya semalam, Lim berkata Najib hanya mahu memastikan rakyat Malaysia lupa akan kejadian Julai 2015 apabila beliau mendiamkan pengkritik dan menutup siasatan wang RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaunnya.

“Semalam Najib kata yang saya ‘hilang semua kredibiliti’ selepas menolak (pelawaan) berdebat dengannya.

“Ikut logik itu, Najib sudah hilang hak untuk buka mulut bercakap sepatah perkataan pun kerana beliau sudah lebih ‘hilang semua kredibiliti’ kerana melarikan diri daripada dua konfrontasi ‘Nothing to Hide’ bersama Dr Mahathir Mohamad tentang skandal 1MDB.

“(Beliau juga) memalukan diri di peringkat antarabangsa apabila ‘kecut perut’ (membatalkan) untuk menyampaikan ucap tama Persidangan Antarabangsa Anti Korupsi ke-16 (IACC) di Putrajaya pada September 2015 dan cubaan meninggalkan wawancara Al Jazeera bersama Mary Ann Jolley pada Oktober tahun lepas,” kata Lim dalam kenyataan hari ini.

Dua sesi “Nothing to Hide” dirujuk Lim berlaku pada Jun 2015 dan Ogos 2017, yang dirancang supaya Najib mempunyai ruang menjawab semua tuduhan berbangkit ke atasnya berkaitan skandal kleptokrasi 1MDB.

Tambahnya lagi, bertentangan dengan dakwaan Najib yang beliau sudah hilang kredibiliti, keenganannya untuk berdebat dengan Najib menerima banyak sokongan rakyat.

“Malah sebenarnya, saya nak tengok dia cakap banyak lagi, kerana lebih baik guna ayatnya sendiri untuk kecam dan ‘tanam’ (diamkan) dia.”

Lim juga mencabar Najib supaya menyerah diri untuk disiasat polis kerana “memperlekeh demokrasi berparlimen” pada Julai 2015 apabila menyerang institusi negara yang sepatutnya bebas.


Jelasnya, masih ramai rakyat Malaysia tidak faham tentang peristiwa penting itu, yang menyebabkan peguam negara ketika itu Abdul Gani Patail yang dikatakan sedang menyediakan kertas pertuduhan ke atas Najib diganti Apandi Ali. Apandi seterusnya “membersihkan dan melepaskan” Najib daripada semua pertuduhan korupsi RM2.6 bilion.

Malah, serangan Najib terhadap institusi negara pada Julai 2015 juga menyebabkan Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal dipecat daripada Kabinet dan Ahmad Zahid Hamidi pula dilantik sebagai timbalan perdana menteri.

Serangan itu berlanjutan sehingga menyentuh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang ketika itu sedang menyiasat skandal1MDB- pengerusinya diganti, wakil Umno dalam PAC yang lantang bersuara mendesak siasatan berjalan diberi jawatan menteri menyebabkan mereka berdiam diri selepas itu.

Malah, serangan Julai 2015 mencapai kemuncak apabila pasukan petugas khas pelbagai agensi yang menyiasat “derma RM2.6 bilion” dibubarkan, manakala dua pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan timbalan pengarah Cawangan Khas ketika itu Abdul Hamid Bador- kini ketua polis negara- pula dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) tanpa sebarang penjawatan khusus.

“Adakah ini semua untuk membantu Najib mengelak pendakwaan korupsi dan salah guna kuasa?” tanya Lim.

“Rakyat Malaysia berhak untuk tahu.”

Selepas Pakatan Harapan berjaya merampas Putrajaya pada pilihan raya Mei 2018, siasatan skandal 1MDB dibuka kembali dan Najib kini sedang didakwa atas pelbagai pertuduhan jenayah korupsi, pengubahan wang haram dan salah guna kuasa berkaitannya. – 30 Mei, 2019.

Ustaz PAS Nafi Padamkan Post Selepas Doakan PH Singkat Usia.

SOSMED | Ustaz Dr. Riduan Mohamad Nor menafikan dakwaan penyokong Pakatan Harapan dan pengkritik yang mengatakan beliau telah memadamkan satu hantaran yang mendoakan usia singkat Pakatan Harapan baru-baru ini. 

"Doalah usia singkat kerajaan ini, sebelum berhujung dengan malapetaka," katanya dalam kenyataan itu.


Hantaran itu kemudiannya ditangkaplayar dan menjadi sensasi di sosial media kerana Ustaz Riduan dibayangkan tidak tahu Tang Keng Liang ialah dari parti GERAKAN yang juga sebahagian dari BN sebelum memutuskan untuk keluar dari BN selepas kalah teruk dalam pilihanraya umum yang ke 14.

Tang sebelum ini memuji tindakan seorang murid yang sengaja tidak menjawab salah satu soalan berkaitan KEPERCAYAAN BERAGAMA dalam kertas peperiksaan subjek Moral .

Ustaz Riduan kemudiannya berkongsikan kenyataan Tan itu di Facebooknya dan mendoakan agar kerajaan Pakatan Harapan singkat usia.

Status itu mengundang kecaman penyokong Pakatan Harapan kerana pihak lain yang melakukan kritikan, pihak lain yang PAS doakan keburukan.

Selepas ianya tular, hantaran doa itu tak kelihatan di Facebook Ustaz Riduan lagi. Apabila ditanya kemanakah hantaran itu menghilang, Ustaz Riduan berkata posting tertentu dipadamkan.

"Ana tak padam. Posting tertentu habis depa padam," katanya ketika ditanya.

 
Untuk rekod, Facebook Tang Keng Liang juga menghilang secara misterinya sejak 27 Mei 2019. - 30 Mei 2019.

Malaysia Kini Dalam Senarai Pemantau Pemanipulasi Mata Wang..

NAJIB RAZAK | Media melaporkan bahawa Malaysia telah dimasukkan ke dalam Senarai Pemantau Pemanipulasi Mata Wang minggu lepas oleh Pejabat Jabatan Perbendaharaan Hal Ehwal Antarabangsa Amerika Syarikat (AS).
 

Ini sangat berbahaya kepada negara kerana Amerika Syarikat merupakan negara dagangan ketiga terbesar kita.

Jika tuduhan ini tidak dilenyapkan, maka Malaysia bakal menghadapi sekatan perdagangan.

Eksport negara kita ke Amerika Syarikat juga bakal dikenakan tarif yang tinggi seperti yang kini dialami oleh negara China.

Jika situasi ini berlaku maka eksport negara kepada Amerika Syarikat akan jatuh teruk.

Beratus ribu pekerjaan dan ekonomi kita akan terjejas.

Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa pada bulan April 2017, Malaysia juga telah diletakkan secari rasmi oleh Amerika Syarikat di dalam senarai negara termasuk negara China yang didakwa melakukan penipuan perdagangan.
https://www.freemalaysiatoday.com/…/malaysia-nafi-tuduhan-…/

Pada September tahun 2017 saya mengadakan kunjungan bertemu Presiden Trump di Amerika Syarikat dan bercakap dengan beliau bahawa Malaysia akan melabur dan membeli lebih produk dari Amerika Syarikat, saya dikritik dengan hebat seolah-olah saya mahu merasuah Amerika Syarikat dalam kes DOJ.

Melawan penipuan perdagangan adalah salah satu janji dan keutamaan Trump ketika beliau berkempen untuk menjadi presiden.

Tuduhan ini dibuat dengan alasan bahawa perdagangan dua hala sejak tahun 1990an melihat Amerika Syarikat mengalami defisit tinggi dengan Malaysia - iaitu nilai ekspot Malaysia ke negara mereka jauh lebih tinggi berbanding import Malaysia dari Amerika Syarikat.

Oleh itu, salah satu matlamat utama perjumpaan saya dengan Presiden Trump ialah untuk menjelaskan dan memberitahu beliau bahawa Malaysia juga banyak membeli ataupun melabur di Amerika Syarikat dan kita bukan penipu perdagangan.

Saya berjaya meyakinkan Presiden Trump dan Malaysia tidak dikenakan tarif dan kita tidak lagi disenaraikan sebagai negara melakukan penipuan perdagangan atau dikenakan tindakan lanjut.

Tetapi oleh kerana propaganda dan serangan PH, saya dikecam teruk pula seolah-olah mahu merasuah Presiden Trump dan Amerika Syarikat walaupun matlamat saya adalah untuk kebaikan negara.

Saya harap kerajaan PH juga dapat memastikan Malaysia akan terus bebas dari dikenakan tarif penalti berat oleh Amerika Syarikat.

Rabu, 29 Mei 2019

Kenapa Bersungguh Nak Buktikan Kematian Adib Tiada Unsur Jenayah?

The Law Chambers Of Redzuan & Faiezad | Kenapa Ada Campur Tangan?

Berita penarikan diri Peguam yang bertindak mewakili KPKT dan Keluarga Allahyarham Adib yang menarik diri dah jadi berita panas.

 

 
Peguam tarik diri dari kes ni benda biasa. Dah banyak yang share kenapa lawyer selalu tarik diri.

Tapi situasi kali ni berbeza. Peguam diarahkan berhenti bertindak oleh ‘Pegawai Tinggi’ (Menurut Media).

Mengarahkan peguam berhenti bertindak juga sebenarnya bukan hal luar biasa.

Dan hujah bahawa Jabatan Peguam Negara bertindak mewakili kerajaan termasuk kementerian juga ada asas kebenaran.

So, apa yang jadi isunya?

Isunya macam ni. Kes ni bukan baru seminggu jalan. Saksi semua dah panggil habis. Kes ni patutnya selesai dan tutup minggu ni. Lepas tu tunggu keputusan.

Dalam proses ni, ada beberapa lawyer terlibat. Antaranya pasukan Pendakwaan dari AG Chambers dan peguam mewakili KPKT (bagi pihak Bomba).

Sedari awal, tak ada langsung bantahan dari AGC atas perlantikan peguam luar oleh pihak KPKT. Maknanya secara tak langsung, AGC setuju atau paling kurang, tak kisah.

Benda mula jadi isu bila pendapat saksi yang dipanggil AGC dicabar keras oleh peguam KPKT dan wujud pula saksi pakar lain yang tidak selari dengan pendirian AGC.

Sepanjang proses yang dilaporkan media, kita dpt lihat ada keterangan yang bercanggah. Ada dua jenis pendapat saksi:-

1- Allahyarham Adib ditarik keluar, dihentak ke bucu kenderaan. (Wujud perlakuan jenayah)

2- Allahyarham Adib keluar sendiri, terlanggar pintu kenderaan. (Kemalangan dan tak wujud kejadian jenayah)

Pendapat pakar dalam hal ni penting. Kenapa? Kerana tak ada langsung saksi nampak kejadian pukul sepanjang keterangan diberikan di Inquest ni. (Mengikut bacaan di media-media)

Bila ada percanggahan, pihak Koroner (bahasa mudah mahkamah la) perlu buat keputusan keterangan mana yang betul. Dia tak kan la dua2 betul kan. Mahkamah akan nilai berdasarkan banyak faktor antaranya keterangan saksi lain, bukti-bukti, gambar, etc.

Lepas tu baru boleh ditentukan punca kematian. Ingat, inquest bukan nak jatuh hukum pada orang. Inquest cuma nak cari punca kematian, sama ada ada unsur jenayah atau tak ada. Koroner juga boleh arahkan siasatan disambung.

Disebabkan ada percanggahan ni, peguam dan dpp minta saksi-saksi yang bercanggah datang semula untuk jelaskan pendapat masing-masing dan kenapa tak setuju dengan pendapat yang satu lagi.

Sebelum ni saksi pakar yang kata accident dah hadir dan bagi penjelasan. Kira dtg second round.

Sepatutnya saksi pakar yang kata ditarik tu juga dipanggil second round utk pertahankan pendapat dia pula.

Disebabkan ada arahan untuk peguam tarik diri, maka saksi yang dipanggil peguam tu tak perlu lagi dipanggil.

Boleh tak orang lain panggil?

Boleh. DPP yang bertindak untuk AG Chambers boleh panggil.

Dah tu apa masalah? Suruh je la panggil.

Ada masalah. Pihak DPP dalam hal ni dilihat cenderung kepada mempertahankan pendapat kematian Allahyarham Adib tidak ada unsur jenayah.

Kenapa?

Kerana:-

1- mereka memanggil semula saksi pakar yang kata semuanya accident sahaja untuk pertahankan pendapat beliau selepas ada keterangan bercanggah. Ok lagi. Yang tu ok lagi.

2- Terdapat pendedahan dari peguam yang mewakili Kuil bahawa DPP menyatakan secara bertulis yang membawa pengertian bahawa kejadian tersebut adalah satu kemalangan dan bukan perbuatan jenayah. Kenyataan tersebut dibuat di Mahkamah Rayuan.

Maka jelas pendirian DPP telah dibuat, walaupun sebelum Mahkamah Koroner mencapai keputusan. In fact, saksi pun belum selesai lagi.

Dalam keadaan ni, kita tak boleh harap lagi pada Jabatan Peguam Negara untuk menjadi agen tidak berkepentingan. Mereka dah ada pendapat sendiri.

Boleh tak Koroner buat dapatan berbeza dari pendapat DPP (AGC)?

Boleh. Koroner ni macam hakim la. Cuma dalam inquest kita panggil Koroner. Dia ni duduk di tengah-tengah. Tak memihak dan kena adil.

Walaupun DPP bagi pendapat lain, Koroner boleh berbeza pendapat.

Tapi tanpa peguam, soalan akan datang hanya dari pihak DPP yang kita dah nampak pendirian mereka.

Adalah pendirian mereka salah?

Tak tau. Kita tak tau lagi siapa betul siapa salah. Yang ada kuasa nak tentukan pendapat mana lebih kuat dan betul adalah Mahkamah.

Cumanya soalan akan datang hanya dari satu pihak.

Penyelesaian?

Keluarga Allahyarham Adib tidak terikat kepada arahan dari mana-mana pegawai dalam melantik peguam. Yang terikat hanya kementerian.

Pihak keluarga masih boleh melantik peguam sama atau tukar peguam. Tidak ada halangan.

Semoga kes ini dapat berakhir sewajarnya dan seadilnya.

Keadilan bukan hanya pada keputusan semata-mata, tetapi segala proses dan prosedur juga perlu adil dan dilihat adil.

Soal hal keputusan masih lagi kuasa Mahkamah Koroner. Hingga harini, apa-apa yang dibahaskan, dinyatakan atau dimaklumkan di luar masih lagi bertaraf spekulasi dan bukan keputusan Mahkamah Koroner.

Selasa, 28 Mei 2019

Buka Puasa Di Kuil Sikh, Ini Penjelasan MP Johor Bharu.

AKMAL NASIR | PENJELASAN MENGENAI UNDANGAN IFTAR PETANG INI

Saya menerima pelbagai pandangan mengenai program iftar yang saya sepatutnya hadir petang ini.


Boleh rujuk di https://www.facebook.com/593529354077239/posts/2263849420378549?sfns=mo

Tahun lepas saya telah diajak oleh beberapa orang kawan dari komuniti Sikh untuk iftar di Gurdwara.

Seumur hidup saya sebelum ini tak pernah masuk ke kuil Sikh.


Sememangnya saya rasa berat hati untuk menerima undangan tersebut kerana boleh menimbulkan pelbagai pandangan dan juga tohmahan.

Bagi merungkaikan kemusykilan ini, saya telah merujuk dengan mereka yang pernah berhadapan dengan situasi ini. 

Pada masa yang sama, saya turut meminta staf untuk melawat dahulu Gurdwara dan berbincang dengan penganjur bagi menilai semua perkara.

Akhirnya saya terima juga undangan tersebut dan pergi tahun lepas apabila mendapati perkara-perkara berikut:-

1. Gurdwara ini dibina seperti sebuah kompleks komuniti, ada pelbagai kemudahan yang disediakan.

2. Kami makan di dewan makan yang memang siap dengan kemudahan tempat duduk dan kelengkapan dapur.

3. Komuniti Sikh bila makan di Gurdwara 100% vegan. Mereka bukan vegan hanya bila undangan iftar, tapi vegan sepanjang masa.

4. Adap mereka lagi ketat, bila masuk Gurdwara, mereka perlu memakai tutup kepala (saya difahamkan antara sebab Sikh pakai turban). Cuma saya tahun lepas pakai kopiah.

5. Mereka sediakan satu dewan kosong untuk solat Maghrib.

6. Ruang ibadat mereka pula sememangnya diasingkan ditingkat atas. 

7. Tiada campur aduk upacara mereka sebab ruang ibadat mereka ditingkat lain.

Cuma tahun lepas saya pergi tanpa sebarang hebahan.

Insyallah selepas selesai program ini saya akan ke masjid untuk solat Isyak dan solat terawikh berjemaah seperti kebiasaannya.

P/s: Gambar ketika berbuka puasa di Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara

Kerana Malukan Saksi Pendakwaraya, Khidmat Peguam Inkues Adib Dibatalkan?

Ab Jalil Backer | Dari awal saya tidak berminat mengikuti dengan teliti inkues kematian Muhammad Adib Mohd Kassim.


Saya rasa boleh jangka apa keputusannya. Sesiapa yang kenal perangai sebenar Peguam Negara ini di belakang tabir sudah boleh menjangkakan hala tuju inkues ini. 

Saya percaya ramai ahli politik dalam kerajaan hari ini mahu inkues mendapati Adib bukan mati disebabkan oleh pukulan perusuh kuil. 

Ini kerana sebahagian besar penganut agama Hindu telah mengundi mereka dalam PRU lalu. 

Sebab itu agak mengejutkan apabila Menteri KPKT telah melantik seorang peguam muda yang vokal bagi pihak Adib. 

Hari ini nyata syak wasangka tersebut benar. Khidmat peguam tersebut ditamatkan kerana beliau telah memalukan pandangan Pakar Forensik Patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Ahmad Hafizam Hasmi. 

Syazlin: “Sebelum ini doktor cakap pengiraan Prof Dr Shahrom Abd Wahid (perunding kanan patologi forensik) salah, tetapi bila doktor tunjukkan pengiraan baru mengenai tarikan graviti saya lihat tidak betul, jadi saya tunjukkan yang doktor salah, bukan niat nak malukan cuma cakap doktor nak kelirukan mahkamah.”

Pakat forensik ini khabarnya hanya mempunyai pengalaman selama 5 tahun. 

Peguam Adib, Syazlin Mansor telah membawa Dr Shahrom Abd Wahid seorang pakar patologi yang berpengalaman 29 tahun. 

Dr Shahrom juga merupakan guru kepada Dr Ahmad Hafizam. 

Saya percaya Syazlin dipaksa menarik diri kerana beliau bercadang untuk memanggil Dr Shahrom sekali lagi. 

Ini akan memusnahkan segala teori kononnya Adib dilanggar oleh kenderaan bomba sendiri.

Tidak apa yang boleh kita buat kecuali mengadakan solat hajat beramai-ramai memohon Allah membalas serta-merta ke atas mereka yang cuba menutup isu ini.

Tiada Bukti Najib Curi RM42b Ialah Berita Palsu Kata Tommy Thomas.

POLITIK | PEGUAM Negara Tommy Thomas menyangkal dakwaan di media sosial yang mendakwa beliau memaklumkan Perdana Menteri Dr Mahthir Mohamad dan bekas pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Daim Zainuddin bahawa tiada bukti kukuh untuk mendakwa Najib Razak.
 

 
Tommy memberitahu Malaysiakini, beliau menerima banyak panggilan telefon berhubung posting yang tersebar di media sosial.

“Saya nafikan memberitahu mereka (Dr Mahathir dan Daim) perkara ini. Setakat yang kami tahu, kami mempunyai kes yang kuat terhadap bekas perdana menteri (Najib) dan ahli perniagaan dalam pelarian (Low Taek Jho) Jho Low,” katanya kepada portal berita itu.

“Sebagaimana yang kamu tahu, terdaoat banyak pendakwaan sedang berlangsung di mahkamah (terhadap Najib dan Low) yag dicetuskan dari 1MDB. Memandangkan kes ini masih dibicara di mahkamah, saya tidak mahu mengulas lanjut,”
tambahnya.

Menurut posting berkenaan, Thomas didakwa memaklumkan Dr Mahathir dan Daim bahawa pihak pendakwaan tidak mempunyai bukti untuk menunjukkan Najib mencuri RM42 juta (dari SRC International) atau RM52 juta dari 1MDB.

“Tetapi mereka perlu buktikan di mahkamah atau Harapan akan berdepan dengan krisis kredibiliti yang besar,” menurut posting berkenaan.

“Disebabkan ini, selepas memegang kuasa selama setahun, kredibiliti mereka akan terjejas sekiranya tiada bukti ditemui untuk menghukum Najib,”
tambahnya.

Posting itu juag mendakwa barangan berharga termasuk pelbagai beg tangan berjenama, barangan kemas dan jam tangan, yang dirampas dari Pavillion Residences di Kuala Lumpur tidak boleh dikaitkan dengan skandal 1MDB.

“Jadi di mana bukti yang menunjukkan Najib mencuri RM42 juta atau RM52 juta dari 1MDB,” soalnya.

Najib berdepan lebih 40 pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram, penyalahgunaan kuasa dan pecah amanah.

Bekas perdana menteri itu kekal dengan pengakuan beliau tidak menyalahgunakan dana awam untuk kepentingan peribadi.

Manakala Low, yang disifatkan sebagai dalang utama skandal 1MDB, didakwa tanpa hadir di Malaysia dan Amerika Syarikat.

Jangan Buang Masa Layan Najib, Pentadbiran Dia Lagi Teruk Dari Ferdinand Marcos Kata Lim Guan Eng.

THE MALAYSIAN INSIGHT | JANGAN buang masa untuk fokuskan kepada pembohongan Najib Razak sebaiknya fokus untuk kembalikan kehebatan Malaysia sebagai Harimau Asia, kata setiausaha agung DAP kepada ahli partinya hari ini.
 

 
Lim Guan Eng yang juga ahli Parlimen Bagan mengingatkan ahlinya bahawa tindakan Najib hanya memberikan peluang kepadanya untuk mengalih perhatian daripada perbicaraan kes rasuah dan kleptokrasi terbesar dalam sejarah.

“Saya terima banyak permintaan dari pemimpin DAP untuk memberi maklum balas berhubung pembohongannya yang keterlaluan, terbaharu mengenai cadangan terowong bawah laut Pulau Pinang yang dakwanya melibatkan kos sehingga RM6.3 bilion, sedangkan yang sebenarnya ia dianugerahkan dengan tender terbuka untuk RM3.6 bilion.

“Apa gunanya menjawab pembohongan orang yang tidak bermoral dan beretika yang beliau tidak berasa malu apabila puluhan bilion ringgit dana negara dicuri melalui 1MDB?

“Dan beliau masih boleh bangga dengan ‘Malu apa bossku’. Media arus perdana yang dikawal BN dan media sosialnya akan menyebarkan penipuannya.


“Untuk menjawab pembohongan ini hanya akan masuk perangkap beliau yang kononnya menjadi mangsa serangan semua pihak,” kata Lim yang juga menteri kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sebaliknya fokus perlu diberikan kepada rakyat dalam menaik taraf kos sara hidup, meningkatkan kuasa membeli dan kemakmuran semua rakyat Malaysia dan juga membuat pembaharuan institusi yang mempromosikan kebebasan, keadilan, penguatkuasaan undang-undang dan integriti awam yang mmampu mengembalikan harga diri dan martabat rakyat Malaysia.

“Kita jangan buang masa dengan Najib kerana sejarah dan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke 14 telah menghukum beliau.

“Sebaliknya, kita perlu tingkatkan usaha untuk membawa perubahan positif kepada negara, membawa kemakmuran agar Malaysia mampu bangkit semula sebagai harimau ekonomi Asia,”
kata Lim dan menambah, mahkamah akan buktikan yang Malaysia di bawah pentadbiran Najib yang korup lebih teruk berbanding bekas presiden Filipina Ferdinand Marcos dan isterinya Imelda.

“Mengenai Najib, biar mahkamah yang tentukan, biar fakta dan angka yang buktikan apa kerugian Malaysia di bawah pentadbirannya adalah lebih teruk berbanding kekayaan yang dicuri oleh bekas presiden Filipina, dan ribuan pasang kasut yang dimiliki Imelda Marcos tiada apa jika dibandingkan dengan ratusan beg tangan mewah yang dirampas pihak berkuasa Malaysia,”
katanya.

Lim berkata, Najib telah membuat serangan perkauman dan ekstremis terhadap pemimpin Pakatan Harapan, terutamanya DAP yang menjadi sasaran utamanya. untuk melagakan Melayu dan bukan Melayu atau Islam dan bukan Islam.

Beliau juga berkata Najib yang aktif dalam saluran media sosialnya bagaimanapun masih belum menjelaskan sepenuhnya skandal 1MDB, dan berbilion ringgit dalam akaun bank peribadinya yang bukan hanya membawa kepada pertuduhan rasuah tetapi juga “penilaian cukai individu terbesar di Malaysia”.

Najib juga tidak menjelaskan mengapa beliau meluluskan bayaran RM8.3 bilion atau 88% untuk dua projek saluran paip berjumlah RM9.4 bilion, walaupun hanya 13% kerja yang siap.

“Apa yang lebih teruk, 13% kerja itu masih tidak disahkan atau tidak diaudit,” tambahnya.

Pada Jun tahun lalu, Lim mendedahkan kerajaan membayar RM8.3 bilion kepada dua projek bernilai RM9.4 bilion walaupun hanya 13% kerja siap.

Selepas itu, kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) dan kontrak berkaitan lain telah ditamatkan pada Ogos tahun lepas. Semua kontrak itu bernilai RM10.4 bilion.

Tiba-Tiba Peguam Inkues Adib Tarik Diri, Siapa Tangan Ghaib Beri Arahan??

Kamarul Yusof | APA PUNCA DAN SIAPA ARAH PEGUAM INKUES MUHAMMAD ADIB TARIK DIRI: PERSEPSI BERDASARKAN LAPORAN MEDIA


Banyak pihak yang bersuara dalam media sosial mengenai tindakan peguam Syazlin Mansor menarik diri dari mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Jabatan Penyelamat dan Bomba Malaysia dalam prosiding inkues Muhammad Adib Mohd Kassim.

Tiga perkara utama yang disuarakan adalah:

(1) Apa punca Syazlin Mansor menarik diri?

(2) Sama ada Syazlin Mansor diarahkan menarik diri? 

(3) Siapa yang mengarahkan Syazlin Mansor menarik diri? 

Mengenai soalan apa punca Syazlin Mansor menarik diri, berdasarkan laporan media, khususnya The Malaysian Insight (https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/157393), persepsi yang terbentuk adalah bahawa:

(1) Mengikut Syazlin Mansor, penarikan diri beliau akan menyebabkan keterangan saksi pakar Dr Shahrom Abd Wahid terbatal.

(2) Keterangan saksi pakar Dr Shahrom Abd Wahid adalah bahawa kecederaan Muhammad Adib berpunca daripada beliau ditarik dari van Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) dan diserang.

(3) Keterangan saksi pakar Dr Shahrom Abd Wahid adalah bercanggah dengan keterangan saksi pakar yang dikemukakan oleh timbalan pendakwa raya, iaitu Dr Ahmad Hafizam Hasmi dan Dr Mohd Shah Mahmood.

(4) Keterangan saksi pakar Dr Ahmad Hafizam Hasmi dan Dr Mohd Shah Mahmood adalah bahawa kecederaan Muhammad Adib bukan berpunca daripada beliau ditarik dari van Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) dan diserang.

(5) Oleh itu, penarikan diri Syazlin Mansor akan menyebabkan keterangan saksi pakar Dr Shahrom Abd Wahid ditolak manakala keterangan saksi pakar Dr Ahmad Hafizam Hasmi dan Dr Mohd Shah Mahmood diterima.  

Mengenai soalan sama ada Syazlin Mansor diarahkan  menarik diri, berdasarkan laporan media, khususnya Malaysia Kini (https://www.malaysiakini.com/news/477560), persepsi yang terbentuk adalah bahawa:

(1) Mengikut Syazlin Mansor, penarikan diri beliau berlaku selepas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menghubungi beliau Jumaat lalu dan selepas beliau menemui Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabtu lalu.

(2) Mengikut Syazlin Mansor, penarikan diri beliau adalah keputusan beliau sendiri.

(3) Mengikut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, penarikan diri Syazlin Mansor berlaku kerana "diarah untuk batalkan" (instructed to revoke).

(4) Mengikut Peguam Negara, beliau “tiada komen” (have no comment).

(5) Oleh itu, walaupun Syazlin Mansor sendiri menyatakan penarikan diri beliau adalah keputusan beliau sendiri, dan walaupun Peguam Negara menyatakan beliau “tiada komen”, kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menunjukkan arahan penarikan diri beliau wujud. 

Mengenai soalan siapa yang mengarahkan Syazlin Mansor menarik diri, berdasarkan laporan media, khususnya Sinar Harian (https://www.sinarharian.com.my/article/30137/KHAS/Inkues-Adib/Inkues-Adib-Sepucuk-surat-punca-peguam-tarik-diri?), persepsi yang terbentuk adalah bahawa:

(1) Mengikut sumber, penarikan diri Syazlin Mansor berlaku ekoran sepucuk surat yang “dikeluarkan oleh pegawai kanan kerajaan yang berkuasa dalam undang-undang” yang mengandungi “arahan terhadap Syazlin Mansor dan pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan” agar menarik diri.

(2) Mengikut sumber, ada pihak tercabar dengan kredibiliti Syazlin Mansor yang begitu tegas dan agresif mencari kebenaran serta keadilan buat Muhammad Adib.

(3) Mengikut sumber, arahan penarikan diri Syazlin Mansor berlaku ekoran “Syazlin Mansor telah memalukan pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes itu”.

(4) Oleh itu, walaupun tidak dinyatakan secara spesifik siapa yang mengarahkan Syazlin Mansor menarik diri, kenyataan bahawa arahan itu terkandung dalam sepucuk surat yang dikeluarkan oleh “pegawai kanan kerajaan yang berkuasa dalam undang-undang” dan kenyataan bahawa “Syazlin Mansor telah memalukan pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes itu” adalah petunjuk jelas arahan ini datang dari siapa.

Apa pun, semua ini hanyalah persepsi yang terbentuk daripada laporan-laporan media sahaja dan persepsi ini boleh berubah dengan kemunculan laporan-laporan media baru mahupun dengan kemunculan kenyataan rasmi pihak-pihak yang berkenaan. - 28 Mei 2019.

Isu Dr. Maszlee : 15 Kenyataan Terbaik PPBM Buat DAP.

Kamarul Yusoff | ISU DR MASZLEE: 15 BIDASAN TERBAIK PEMIMPIN BERSATU

(1) Dr Muhammad Faiz Na'aman, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU Malaysia, 21 Mei 2019: “Ada Melayu takut DAP lebih dari takut Tuhan. Jika DAP mengada, kita tegur lah. Apa susah? Kita tetap pihak majoriti dalam Malaysia.”

(2) Muzzammil Ismail, Ahli EXCO ARMADA BERSATU Malaysia, 20 Mei 2019: “Mendesak dan menggesa agar kuota dihapuskan adalah kerja gila dan tidak berasaskan Perlembagaan. Tema Malaysia Baru tidak hanya berkait rapat dengan kesamarataan, iaitu penghapusan kuota terhadap kaum.”


(3) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Ketua ARMADA BERSATU Malaysia merangkap Menteri Belia dan Sukan, 22 Mei 2019: “‘Tembak-menembak’ ini tidak patut berlaku, walaupun kritikan yang membina memang perlu tetapi kalau sudah sampai ke tahap ini ia tidak lagi masuk akal.”

(4) Mohd Hafez Mubin Salleh, Ketua ARMADA BERSATU Perak, 21 Mei 2019: “Selaku pemimpin-pemimpin kepada kerajaan negeri yang telah diberi dua penggal kepercayaan oleh rakyat, sepatutnya Datuk Teng Chang Khim dan Dr P Ramasamy tidaklah bodoh untuk memilih perkataan beradab untuk menyuarakan pendapat terutamanya pada rakan seangkatan, tidaklah pula bodoh untuk mendapatkan maklumat terperinci atau pencerahan berhubung sesuatu kenyataan menteri daripada pihak berkaitan.”

(5) Dr Muhammad Faiz Na'aman, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU Malaysia, 23 Mei 2019: “Sudah tentu bagi manusia yang waras, komuniti yang lebih besar populasinya perlu diberi lebih ruang kerana peratusan mereka yang memerlukan bantuan dari komuniti tersebut adalah jauh lebih besar dari komuniti minoriti itu tadi.”

(6) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU Malaysia merangkap Menteri Pembangunan Usahawan, 19 Mei 2019: “Yang mengkritik Dr Maszlee kena belajar, faham sejarah dan dinasihatkan janganlah menunjukkan diri sebagai pembangkang dalam kerajaan... Kenapa pemimpin-pemimpin dalam kerajaan perlu menyerang dasar kerajaan secara terbuka seolah-olah menampakkan tidak mahu sehaluan dengan kerajaan yang baru ditubuhkan?”

(7) Abu Bakar Yahya, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU Malaysia merangkap Setiausaha Politik Perdana Menteri, 22 Mei 2019: “Jangan jadikan isu ini untuk meraih sokongan politik dengan mengapi-apikan sentimen perkauman, hormatilah Perlembagaan Persekutuan, kontrak sosial serta prinsip keadilan sosial.”

(8) Dr Muhammad Faiz Na'aman, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU Malaysia, 20 Mei 2019: “Jangan sampai ada pungutan suara peringkat nasional untuk tutup sekolah vernakular ke Majlis Raja-Raja. A tit for tat response.”

(9) Muzzammil Ismail, Ahli EXCO ARMADA BERSATU Malaysia, 20 Mei 2019: “Jika mahu bicara soal keadilan, jangan cabar keterbukaan yang diberi. Jika tidak, bubarkan sekolah vernakular baru kita bincang tentang kuota matrikulasi.”

(10) Dr Muhammad Faiz Na'aman, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU Malaysia, 20 Mei 2019: “Jika MCA, GERAKAN & DAP boleh senada pertahan agenda mereka bersama kenapa tidak kami BERSATU, UMNO, PAS & AMANAH? Simple logic.”

(11) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Ketua ARMADA BERSATU Malaysia merangkap Menteri Belia dan Sukan, 22 Mei 2019: “Kalau Pemuda Sosialis DAP tak bersetuju boleh tanya menteri-menteri mereka yang juga berada dalam jemaah menteri.”

(12) Shameer Sulaiman, Ketua ARMADA BERSATU Pulau Pinang, 20 Mei 2019: “Isu kuota Bumiputera untuk kemasukan ke matrikulasi telah diputuskan oleh mesyuarat jemaah menteri yang turut dianggotai oleh YB Lim Guan Eng dan beberapa pimpinan DAP yang lain dan perkara ini tidak perlu dipertikaikan lagi.”

(13) Shameer Sulaiman, Ketua ARMADA BERSATU Pulau Pinang, 20 Mei 2019: “Sekali lagi ARMADA turut mengingatkan supaya Dr Ramasamy seharusnya diam dan lebih proaktif kepada pembangunan/perancangan dalam pemerkasaan pendidikan di Pulau Pinang.”

(14) Datuk Seri Rina Mohd Harun, Ketua Srikandi BERSATU Malaysia merangkap Menteri Pembangunan Luar Bandar, 19 Mei 2019: “Sebagai menteri, mesti Dr Maszlee tahu apa yang terjadi. Dalam kementeriannya, sudah pasti apabila dia hendak keluarkan kenyataan itu, dia sudah ada data untuk menyokong fakta yang dikeluarkan.”

15) Dr Maszlee Malik, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU Malaysia merangkap Menteri Pendidikan, 23 Mei 2019: “Saya percaya, menjadi rakyat Malaysia yang baik dan menghayati Rukun Negara ini tidak akan menjadikan kita mudah menggelar dan mencela orang sesuka hati meskipun kita tidak bersetuju dengan pendapatnya.”

Ahad, 26 Mei 2019

Harakah Padam Berita Suspek Bakar Kereta Mufti Perlis Sertai PAS.

POLITIK| Portal Harakah Daily didapati memadamkan berita suspek yang membakar kereta Mufti Perlis, Dr. Asri Zainal Abidin (MAZA) menyertai PAS.

Berita itu dilaporkan pada tahun 2013. Turut dilaporkan Mohamad Azimar yang berusia 30 tahun ketika itu merupakan Pemuda UMNO di DUN Guar Sanji. Mohamad Azimar dan 47 rakannya yang lain keluar dari UMNO dan menyertai PAS. Kemasukan mereka beramai-ramai ke dalam PAS diraikan oleh Allahyarham Tuan Guru Haron Din. 



Selain portal Harakah Daily, akaun rasmi Facebook PAS, turut melaporkan berita yang sama pada 17 Mac 2013.

Pautan mengenai penyertaan Mohamad Azimar menyertai PAS pada tahun 2013 dengan sekelip mata menjadi tular dan sensasi di laman sosial. Ini gara-gara Mohamad Azimar merupakan suspek pertama yang didakwa kerana membakar kereta rasmi Dr. Asri.

Azimar sebelum ini dilaporkan adalah seorang penganggur dan penagih dadah menerima upah sebanyak RM500 untuk melakukan khianat ke atas MAZA dengan bayaran asal yang dijanjikan sebanyak RM5,000. Namun ketiga-tiga suspek termasuklah Azimar telah ditipu oleh dalang utama yang berperanan mengarahkan perbuatan khianat ke atas Asri. Mereka hanya menerima bayaran sebanyak RM500 untuk dikongsikan bertiga.

Bagaimanapun ketika didakwa, Azimar dibacakan sebagai seorang peniaga pasar malam. 

Tidak diketahui samada Azimar merupakan seorang penagih dadah ataupun tidak.


Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata dakwaan bahawa suspek merupakan ahli PAS belum dapat dipastikan kesahihannya.
"Parti kita memang jaga peraturan dan disiplin, kita tegas tidak mahu ada ahli atau mana-mana unit kita terlibat dengan perkara yang bercanggah dengan undang-undang.

"Tetapi apa yang jelas dalam isu kebakaran kereta mufti ini ia masih dalam siasatan polis, dan suspek digambarkan orang itu orang ini dalam keadaan yang tak pasti betul ke tidak,"
katanya ketika ditemui media selepas menyampaikan ceramah Tausiah Badar Kubra sempena Ijtimak Pondok Semalaysia 2019 di Kota Bharu, semalam.




Ini susulan dari beberapa bukti yang berlegar-legar di sosial media yang membayangkan Azimar merupakan seorang ahli PAS.


Sekurang-kurangnya pautan berita di Harakah dan Facebook rasmi PAS membuktikan Azimar sememangnya merupakan seorang ahli PAS.


Pautan berita yang dilaporkan Harakah mengenai penyertaan Azimar ke dalam PAS kini telah dipadamkan dan tidak lagi boleh diakses di portal itu. Sebaliknya mesej 404 terpapar yang menandakan berita tersebut telah pun dipadamkan oleh pentadbir halaman. - 26 Mei 2019.

Politik Di Masjid, Sultan Perak Panggil Semua Pimpinan Parti Kerajaan Dan Pembangkang Mengadap..

THE MALAYSIAN INSIGHT | SULTAN Perak Sultan Nazrin Shah memberi amaran kepada pemimpin parti agar tidak menyalahguna masjid dengan menyampaikan ucapan atau membawa kain rentang dengan mesej politik.
 

 
Perkara itu dititahkan Sultan Nazrin dalam pertemuan dengan pemimpin parti kerajaan dan juga pembangkang di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar petang sabtu, kata sumber.

“Baginda mahu pastikan tiada kegiatan politik dijalankan di masjid dan surau,” kata sumber kepada The Malaysian Insight.

Sumber yang maklum dengan pertemuan itu berkata, Sultan Nazrin bagaimanapun membenarkan wakil rakyat untuk hadir di masjid dan surau untuk memberi sumbangan.

Sultan Nazrin juga membenarkan wakil rakyat serta individu bukan Islam juga memasuki rumah ibadat itu dengan syarat mengenakan pakaian yang sopan, kata sumber lagi.

Antara pemimpin parti yang menghadap Sultan Nazrin semalam adalah Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu yang juga pengerusi Bersatu Perak.

Pemimpin lain yang hadir adalah Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi, Pengerusi PKR negeri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dan Penasihat DAP Perak Ngeh Koo Ham.

Pemimpin pembangkang yang hadir dalam pertemuan kira-kira jam 4 petang itu adalah Pengerusi Umno Perak Saarani Mohamad dan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.

Dakwaan mengenai pemimpin politik itu timbul apabila Wanita Umno dan Muslimat PAS Lumut dilaporkan mengadakan program di Masjid Terapung Kampung Telaga Nenas, Ayer Tawar.

Dakwaan sama juga timbul berhubung satu acara Pemuda Umno di Masjid Al-Khairiah Kampung Banjar, Teluk Intan.

Turut dibangkitkan adalah acara di Surau Klebang yang dilaporkan memaparkan kain rentang tertera logo Umno dan PAS dan isu pemimpin utama PAS dibawa ke Surau Al-Ittihad di Kampung Temiang. - 26 Mei 2019.

Sabtu, 25 Mei 2019

Bailout TRX? Lim Guan Eng Tipu 'Raykat' Kata Najib.

NAJIB RAZAK | Sekali lagi,saya nak tunjuk bagaimana Menteri Kewayangan menipu RAYKAT.
 

 
Dia kata kerajaan PH terpaksa "Bail-out" projek TRX dari 1MDB.

Oleh itu, kerajaan terpaksa salur dana RM2.799 bilion kepada TRX.

Dengan itu juga, kerajaan pula "terpaksa" mendapat balik pulangan lebih dari satu kali ganda sebanyak RM5.69 bilion dari penyaluran dana RM2.799 bilion itu.

Dan kerajaan PH pula "terpaksa" mewarisi satu projek yang mereka katakan "projek strategik nasional" yang mampu memacu ekonomi Malaysia dengan menarik pelabur, mewujudkan peluang pekerjaan serta menjadikan Kuala Lumpur sebagai destinasi global yang lebih berdaya saing.

Adoi. Itu bukan "bail-out"!

Itu pelaburan yang amat menguntungkan dalam projek TRX bernilai RM40 bilion.

Contoh bail-out adalah dana yang kerajaan BN dahulu terpaksa bayar untuk mengambil balik projek LRT1, LRT2, Monorail dan syarikat bas Intrakota masa PM ke-4 dari syarikat swasta kroni yang sudah bankrap, berhutang berbilion kepada bank dan tidak dapat meneruskan perhkhidmatan kepada Rakyat.

Itulah baru dipanggil "Bail-Out."

Menteri Kewayangan ini reti beza antara pelaburan dengan bail-out ke?

(Tajuk berita saya guna versi Bahasa Inggeris kerana ada frasa "bail-out".) - 25 Mei 2019.

Ajak Najib Debat Lepas Tu Tarik Diri, Lim Kit Siang Gali Kubur Sendiri

ARUL | KIT SIANG GALI KUBUR SENDIRI CABAR NAJIB DEBAT

Tindakan Lim Kit Siang menarik diri dari Debat dengan Najib sebenarnya adalah tindakan terbaik walaupun dalam pra-debat, Najib Berjaya KO Lim Kit Siang sehingga Kit Siang terpaksa manarik diri dan memberikan alasan yang panjang lebar mengapa beliau tarik diri.


Untuk orang biasa, tindakan Lim Kit Siang yang pada awalnya terima cabaran Najib seperti Harimau dan kemudian berundur seperti kucing hanya akan dilihat sebagai satu kekalahan.

Memang dari awalnya, Kit Siang mempunyai kecenderungan untuk fokus serangan demi serangan keatas Najib. Najib pula berjaya memperlekehkan dan meremehkan tindakan Kit Siang sebagai seorang yang terlalu obses dengan beliau. Kenyataan Najib ini bukan sahaja mendapat sokongan dari penyokongnya tetapi ramai dikalangan penyokong PH sendiri berpendirian sama.

Sebenarnya tindakan Kit Siang yang meletakkan tajuk debat sebagai “Bagaimana Malaysia terjerumus menjadi sebuah kleptokrasi global dan bagaimana kita boleh kembali menjadi sebuah negara terulung yang berintegriti” adalah syarat yang memang berat sebelah dan beliau menjangkakan Najib akan tidak setuju dan tarik diri. Namun demikian disebabkan Najib tidak ada apa-apa untuk kalah atau tidak ada apa-apa untuk malu (Malu Apa Bossku), maka beliau setuju dengan tajuk tersebut. Maka Kit Siang terperangkap dengan permainan yang biasanya beliau amat yakin. Kit Siang adalah seorang gergasi politik tanahair dan beliau mempunyai segala kebijaksanaan. Namun dalam episod ini, beliau tersalah kira kerana beliau lupa Najib hari ini bukan lagi PM yang ada kuasa. Najib hari ini adalah umpama seekor haiwan yang terjerat dan akan menggunakan apa-apa sahaja untuk untuk keluar dari belenggu.

Saya amat menghormati stamina dan kegigihan veteran DAP Lim Kit Siang. Namun demikian, saya berpendapat rakyat sudah muak dengan tindakan beliau yang terus memfokus serangan keatas Najib. Najib sudah kalah dalam pilihanraya dan beliau juga telah disabitkan dalam banyak isu jenayah di mahkamah. Setiap hari Najib turun naik mahkamah. Menghentam seorang musuh politik yang sudah kalah dan hilang kuasa secara berterusan hanya akan back-fire . Serangan Kit Siang bagi saya terhadap Najib sudah tepu dan tidak ada kesan lagi.

Saya rasa Veteran politik ini akan lebih mendapat pujian jika beliau menggunakan masa-masa terakhir dalam kerjaya Politik beliau untuk memantau dan menegur Pakatan Harapan(PH) terutamanya Tun Mahathir. Sebagai seorang berpengalaman, saya rasa hanya beliau sahaja mampu menegur Tun memandangkan kita nampak dengan jelas, tidak ada pemimpin PH yang lain yang berani menegur Tun. Kita lihat Anwar Ibrahim terpaksa amat berhati-hati untuk menegur Tun Mahathir kerana beliau kena tunggu giliran menjadi PM dengan sabar dan tidak tersalah langkah. Pemimpim-pemimpin lain dalam PH adalah terlalu junior untuk tegur Tun. Kita lihat seperti ada satu kekosongan dimana Menteri-menteri lain terlalu menjaga hati atau tak tahu bagaimana nak tegur Tun. Jika Karpal Singh masih hidup, ramai menjangkakan beliau akan memainkan peranan secara berprinsip dan tegas jika PH membuat sesuatu yang salah. Ramai dalam DAP hari ini rindukan karpal dan peranannya.

Lim Kit Siang tidak harus membuang masa melawan Najib. Tindakan beliau terus melawan Najib yang tak berkuasa hanya akan memberikan publisiti murahan kepada Najib Tun Razak. Lim Kit Siang harus berganjak merintis jalan memimpin Malaysia baru ke landasan baru dan tidak terjerumus dalam politik lama.

Bila Lagi Nak Umum Dividen LTAT, Raya Dah Dekat Ni Soal Najib..

NAJIB RAZAK | Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) biasanya mengumunkan dividen mereka pada awal tahun.

Untuk tahun 2017 di bawah BN, LTAT mengumumkan dividen 12.5%.

Walaupun Mat Sabu pernah berjanji untuk umumkan dividen 2018 LTAT pada bulan Februari lalu, ia masih tidak dibuat dan telah ditunda sehingga pertengahan tahun.

 
Kini sudah nak masuk bulan Jun tapi masih tidak ada berita walaupun Hari Raya sudah nak sampai.

Pelaburan terbesar LTAT adalah dalam kumpulan Boustead Holdings.

LTAT banyak bergantung kepada prestasi Boustead serta anak-anak syarikat mereka seperti Boustead Plantations dan Boustead Heavy Industries.

Boustead yang tidak pernah rugi dalam masa saya PM tiba-tiba melaporkan kerugian teruk tahun lepas setelah pengerusi serta barisan pengurusan Boustead ditukar oleh PH.

Tahun 2017, Boustead untung RM876 juta.

Tahun 2018 di bawah PH pula, Boustead rugi RM488 juta.

Bukan itu sahaja.

Semalam, kedua anak-anak syarikat utama Boustead iaitu Boustead Plentations dan Boustead Heavy Industries juga telah mengumumkan kerugian untuk suku pertama tahun 2019. - iaitu kerugian berterusan untuk 4 suku berturut-turut.

Pada suku pertama 2018 di bawah BN, dua syarikat ini masih mencatat keuntungan.

Hampir pasti bahawa Boustead Holdings juga akan umumkan kerugian untuk suku pertama tahun 2019.

Oleh itu, Boustead kini dalam proses penjualan aset secara besar-besaran.

Mereka sudah jual hotel Royale Chulan di Bukit Bintang kepada syarikat Singapura (terus dijual walaupun Mat Sabu pernah beberapa kali menafikan).

Boustead juga merupakan pemaju untuk projek The Curve dan Mutiara Damansara serta pusat membeli-belah MyTOWN di Jalan Cochrane.

Saya diberitahu Boustead sedang menjual tanah-tanah mereka bersebelahan The Curve dan MyTOWN yang bernilai ratusan juta Ringgit.

Sebelum ini, Boustead akan memajukan tanah-tanah tetapi kini dijual begitu sahaja sebagai tanah lapang.

Oleh itu, harga saham Boustead Holdings sudah jatuh lebih dari 60% sejak PRU14.

Memandang ini, kebimbangan saya bukan sahaja untuk dividen LTAT tahun 2018 yang sudah lambat tetapi untuk tahun 2019 juga.

Mat Sabu turut bimbang atau tidak ataupun masih sibuk kunjung-mengunjung kehormat sesama menteri-menteri PH. - 25 Mei 2019.

Harga Sawit Rendah, Hutang Masih Ada, Duit Raya Tak Dapat, Generasi FELDA Tak Mahu Sokong PH Lagi.

SINAR HARIAN | Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (Generasi) menegaskan kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) bahawa peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) tidak akan mengundi PH pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sekiranya kerajaan gagal menangani isu yang melanda Felda ketika ini.
 

 
Presidennya, Roslan Md Esa berkata, apa yang dilakukan oleh kerajaan PH pada hari ini telah meletakkan peneroka Felda dalam keadaan tiada pilihan melainkan terpaksa bergantung kepada anak-anak serta sanak saudara bagi membantu meringankan kos sara hidup serta belanja persiapan hari raya.

“Generasi serta peneroka-peneroka Felda yang lain masih menunggu janji manifesto kerajaan PH di mana hutang peneroka dihapuskan, penyata hutang mereka dapat dilihat dengan jelas, dan harga komoditi sawit lebih baik. Namun apa yang berlaku ialah sebaliknya.

“Saya yakin dan percaya jika kerajaan gagal menangani isu ini maka tiada lagi undi bagi PH dalam PRU15 akan datang khususnya dari warga Felda melainkan hanya mereka yang ada kepentingan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu, Roslan berkata, pihaknya juga kecewa apabila kerajaan mengumumkan tiada pemberian duit raya buat masa ini kepada peneroka Felda.

“Generasi sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ahli gabungan dalam Gerakan Pembela Ummah (Ummah) serta kebanyakan peneroka Felda pada hari ini menzahirkan rasa kecewa dengan pengumuman kerajaan yang tidak berhasrat memberikan ‘duit raya’ kepada peneroka dengan alasan kedudukan kewangan negara kurang memberangsangkan.

“Pengumuman yang dibuat oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengundang seribu satu perasaan resah buat 112,635 peneroka yang sering mendapat manfaat dari kerajaan sebelum ini,”
katanya.

Ini Cerita Penganiayaan PKNP Terhadap 250 Kakitangan Lumut Port.

MANJUNGNEWS | Penganiayaan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) terhadap lebih 250 warga Lumut Maritime Terminal Sdn Bhd (LUMUT PORT)

Ceritanya bermula penghujung 2017 apabila Ahli Lembaga Pengarah LUMUT PORT berbincang dan membuat ketetapan terhadap KPI bagi 2018. Begitu juga sekiranya LUMUT PORT berjaya mencapai target keuntungan sekian jumlah, semua pekerja LUMUT PORT akan meraih sejumlah bonus yang dipersetujui mengikut performa kerja yang mana pada tahun 2017 bayaran purata hampir 4 bulan gaji. Hasil kerja kuat semua warga LUMUT PORT bermula awal tahun 2018, 365 hari, 24jam sehari beroperasi berhujan berpanas berdebu berselut sehingga penghujung tahun 2018, LUMUT PORT berjaya membuat keuntungan melebihi target yang ditetapkan dan perkara itu diumumkan kepada semua warga LUMUT PORT dengan bangganya oleh pengurusan syarikat. Pada waktu itu jelas terpancar kegembiraan diwajah setiap kakitangan memancarkan kepuasan atas usaha mereka tidak kira berjawatan tinggi mahupun hanya pengawal keselamatan atau tukang cuci, masing-masing ada peranan ke atas pencapaian itu, tapi malangnya kegembiraan tidak lama.

Selepas berakhirnya PRU14 dan Perak mendapat Menteri Besar Baru iaitu Ahmad Faizal Dato' Azumu Peja Azumu, antara yang dibuat beliau adalah menukar CEO syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Antara yang bertukar adalah CEO Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP). Faizal Azumu telah melantik Ketua Parti Pribumi BERSATU Malaysia (PPBM) Bahagian Ipoh Barat, Mohd Ariff Yeop Ishak sebagai CEO bagi menerajui PKNP dibantu oleh Shafie kawan sekampung MB sebagai COO. Untuk makluman, PKNP merupakan pemegang saham terbesar dalam LUMUT PORT.


Kemasukkan Mohd Arif Yeop Ishak yang sepatutnya memberi kegembiraan warga LUMUT PORT menjadi sebaliknya. Bonus yang direncanakan 4 bulan gaji yang sepatutnya dinikmati oleh warga LUMUT PORT sebelum Ramadhan dikurangkan kepada hanya separuh oleh insan yang tak berhati perut CEO PKNP bernama Mohd Arif Yeop Ishak dan COO ego Shafie dengan alasan LUMUT PORT hendak disenaraikan di Bursa Saham. Itu cuma sekadar alasan, hakikatnya keuntungan yang dijana LUMUT PORT sedang dirakus sedikit demi sedikit antaranya CEO PKNP dengan sewenangnya meminta RM 500 ribu dari LUMUT PORT untuk diberi kepada penganjur Kejohanan Golf Amal Piala Menteri Besar Perak yang mana kejohanan tersebut takde kaitan langsung dengan LUMUT PORT. Bukan itu sahaja, LUMUT PORT juga diminta membeli lembu untuk diberikan kepada Menteri Besat Perak pada Raya Korban 2018. LUMUT PORT yang jadi korban.

Mungkin mereka ini sewenangnya menggunakan LUMUT PORT sebagai sumber kepentingan politik mereka dengan tidak mempedulikan nasib warga LUMUT PORT? Bantuan Kewangan Khas berjumlah RM1000 yang sepatutnya dibayar pada hujung 2018 kepada setiap warga LUMUT PORT yang dah berjalan bertahun sejak dari dulu lagi dinafikan dan dihentikan serta merta oleh CEO dan COO PKNP yang tak berapa kompeten.

Sampai bila nasib warga LUMUT PORT akan diperjudikan demi CEO dan COO yang rakus? Sampai bila perkara ini akan terus berlaku? Harap Menteri Besar Perak dapat ambil perhatian yang serius terhadap perkara ni. Jangan sampai syarikat yang menjana keuntungan boleh dibanggakan ini merundum jatuh pencapaiannya seperti kebanyakkan anak-anak syarikat PKNP/PCB.

Jumaat, 24 Mei 2019

Huawei Pun Tak Letak Syarat Mandarin Speaker Only Bila Iklan Jawatan Kosong..

Khairul Azri | Hua ada dua maknanya,

1. "indah" ataupun "cantik" (secara literal "kecantikan bunga") 

 2. "China"

Manakala, Wei pula boleh bermaksud

1."Tindakan" 

2. "pencapaian ataupun kecemerlangan"

Maka bila digabungkan perkataan Hua Wei ianya akan jadi,

"Benda Bagus/Cantik" atau "Kecemerlangan/Pencapaian China".



Jadi bila sebuah syarikat MNC gergasi dari China yang juga secara literalnya guna nama yang bermaksud "Kecemerlangan/Pencapaian China" macam Huawei pun tak letak syarat "Mandarin Speaker Only" dalam iklan-iklan jawatan kosong di syarikat mereka, 

Maka usah poyolah bila orang persoalkan,

- Kerja cashier dekat syarikat kau, Mandarin Speaker Only
- Kerja kerani stor dekat gudang kau, Mandarin Speaker Only
- Kerja admin dekat syarikat kau yang jual penapis air dari Korea pulak tu, pun ada Mandarin Speaker Only. apekejadah.

Kononnya untuk business requirementlah, kepentingan business lah bagai. Pfft.

Sebab tu, den setuju dengan apa Mohamad Jamalee kata semalam,

Syarat "Mandarin Speaker Only" ni sebenarnya lebih menunjukkan keangkuhan daripada keperluan ataupun kepentingan perniagaan.

Sebebnya kalau pun benar syarat tersebut adalah diperlukan untuk business requirement, tak perlu pun nak letakkan syarat tersebut secara literal di dalam iklan-iklan perkerjaan. 

Boleh saja dibuat pilihan secara dibelakang tabir sebab pada akhirnya HR yang akan dapat resume. Dari resume boleh buat pilihan siapa yang syarikat nak, Cantonese Speaker Only ke, Hokkien Speaker Only ke, Mandarin Speaker Only ke, suka hati dia orang lah.

Betul tak?

Lari Debat, Najib Kecewa Dengan Perangai Lim Kit Siang.

NAJIB RAZAK | Saya dah bersedia. Anda bila?

Ini debat. Bukan gusti. Kenapa nak lari?

Saya amat kecewa bahawa Kit Siang menggunakan "race card" atau alasan sentimen perkauman Melayu lawan Cina untuk mengelak dari berdebat.

Kenapa DAP sering mainkan isu perkauman? 



Adakah ini satu pengakuan dari Kit Siang bahawa DAP adalah parti Cina?

Ini debat antara dua ahli parlimen. Tak ada kena-mengena dengan isu perkauman.

Jika ikut logik Kit Siang, tidakkah ianya juga isu perkauman apabila Kit Siang mengeluarkan kenyataan akhbar setiap hari untuk menyerang saya?

Ratusan kenyataan akhbar dikeluarkan MenHEN untuk serang saya. 

Tak isu perkauman ke? Tak Cina lawan Melayu ke?

Kit Siang patut mengaku bahawa sebab utama Kit Siang tidak mahu berdepat ialah dia tahu dia tidak mampu untuk menjawab fakta-fakta yang saya akan dedahkan dalam debat itu.

Kerana ianya akan sekali lagi membongkarkan Kit Siang dan kerajaan PH sebagai satu kerajaan pembohong.

Saya akan tanya, adakah Kit Siang mengaku bahawa wang yang disebut RM2.6 bilion itu sudahpun dipulangkan selepas 4 bulan berikutan PRU13.Ianya tidak disimpan oleh saya.

Dan ini sudah didedahkan dalam mahkamah bulan lepas.

Saya akan tanya, adakah Kit Siang mengaku bahawa terdapat banyak bayaran kepada saya adalah dari Kementerian Kewangan Arab Saudi sedangkan ianya juga sudah didedahkan dalam mahkamah bulan lepas. 

Saya akan tanya, adakah Kit Siang mengaku bahawa perjanjian penyelesaian IPIC dengan 1MDB ada klausa untuk IPIC membayar balik kepada 1MDB wang yang dikatakan hilang sebelum 30 Disember 2020 dan kenapa kerajaan PH tak meneruskan perjanjian ini. 

Kit Siang juga akan ditanya kenapa kerajaan PH tak mahu dedahkan perjanjian itu untuk membuktikan saya membohong?

Saya akan tanya kenapa skandal forex BNM RM33.2 bilion (bernilai RM100 bilion dalam nilai wang hari ini) tidak membankrapkan negara walaupun satu aset atau satu Ringgit tidak dapat dipulangkan tetapi pinjaman RM31 bilion 1MDB pula boleh membankrapkan negara walaupun 1MDB ada perjanjian penyelesaian, ada aset-aset bernilai RM140 bilion dan RM40 bilion yang kini digelar oleh PH sebagai aset terbaik negara.

Saya juga akan tanya jika Tony Pua telah berbohong bahawa kos projek ECRL hanya RM29 bilion sedangkan PH telah bersetuju dengan harga RM44 bilion. Itupun selepas jajaran telah ditukar, jumlah jarak dan stesen telah dikurangkan untuk banyak mengurangkan kos sehingga ECRL tidak lagi sampai ke Kuala Lumpur.

Saya akan tanya Kit Siang jika ini adalah bukti bahawa PH sedang songlap RM15 bilion jika logik dan tuduhan Tony Pua adalah betul.

Saya akan tanya kenapa ekonomi kerajaan BN semasa saya PM yang dia gelar kleptrokat boleh membangunkan negara dengan begitu pesat sehingga pasaran saham capai tahap tertinggi dalam sejarah sebelum PRU14 dan adakah ianya malu bahawa pasaran saham di bawah PH diberi gelaran paling corot dalam dunia.

Saya juga akan tanya kenapa Kit Siang yang dia mengaku diri sebagai berintegriti tidak rasa bersalah apabila kes rasuah anak dia yang sudah berlangsung dalam mahkamah digugurkan begitu sahaja sehingga pihak SPRM mengeluarkan kenyeataan rasmi bahawa mereka terkejut.

Dan saya akan tanya Kit Siang kenapa tidak ada kes rasuah terhadap anak atau pemimpin-pemimpin DAP sedangkan kertas siasatan SPRM tentang terowong yang terbongkar telahpun disahkan sebagai sahih oleh Menteri di dalam Dewan Rakyat.

Saya juga akan tanya Kit Siang kenapa data BNM menunjukkan hutang negara sudah meningkat dengan kadar jauh lebih pantas di bawah kerajaan PH dan telah mencapai RM785.4 bilion hari ini berbanding RM686.8 bilion pada akhir tahun 2017 dan kenapa anak dia berbohong bahawa hutang sudah menurun.

Banyak lagi yang saya ingin tanya kepada Kit Siang.

Dan saya akan tunggu Kit Siang menjawab.

Tapi dia sudah lari.

Walaubagaimanapun, saya tidak akan menggelar Kit Siang sebagai pengecut.

Saya hanya akan menggelar beliau sebagai seorang penipu bersiri dan seorang yang tak jujur.

Lagi satu. 

Selepas Kit Siang lari diri seperti ini, dia tidak ada hak lagi untuk mengeluarkan apa-apa kenyataan untuk menyerang saya. - 24 Mei 2019.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...