Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 26 Mei 2019

Politik Di Masjid, Sultan Perak Panggil Semua Pimpinan Parti Kerajaan Dan Pembangkang Mengadap..

THE MALAYSIAN INSIGHT | SULTAN Perak Sultan Nazrin Shah memberi amaran kepada pemimpin parti agar tidak menyalahguna masjid dengan menyampaikan ucapan atau membawa kain rentang dengan mesej politik.
 

 
Perkara itu dititahkan Sultan Nazrin dalam pertemuan dengan pemimpin parti kerajaan dan juga pembangkang di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar petang sabtu, kata sumber.

“Baginda mahu pastikan tiada kegiatan politik dijalankan di masjid dan surau,” kata sumber kepada The Malaysian Insight.

Sumber yang maklum dengan pertemuan itu berkata, Sultan Nazrin bagaimanapun membenarkan wakil rakyat untuk hadir di masjid dan surau untuk memberi sumbangan.

Sultan Nazrin juga membenarkan wakil rakyat serta individu bukan Islam juga memasuki rumah ibadat itu dengan syarat mengenakan pakaian yang sopan, kata sumber lagi.

Antara pemimpin parti yang menghadap Sultan Nazrin semalam adalah Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu yang juga pengerusi Bersatu Perak.

Pemimpin lain yang hadir adalah Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi, Pengerusi PKR negeri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dan Penasihat DAP Perak Ngeh Koo Ham.

Pemimpin pembangkang yang hadir dalam pertemuan kira-kira jam 4 petang itu adalah Pengerusi Umno Perak Saarani Mohamad dan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.

Dakwaan mengenai pemimpin politik itu timbul apabila Wanita Umno dan Muslimat PAS Lumut dilaporkan mengadakan program di Masjid Terapung Kampung Telaga Nenas, Ayer Tawar.

Dakwaan sama juga timbul berhubung satu acara Pemuda Umno di Masjid Al-Khairiah Kampung Banjar, Teluk Intan.

Turut dibangkitkan adalah acara di Surau Klebang yang dilaporkan memaparkan kain rentang tertera logo Umno dan PAS dan isu pemimpin utama PAS dibawa ke Surau Al-Ittihad di Kampung Temiang. - 26 Mei 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...