Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 26 Mei 2019

Harakah Padam Berita Suspek Bakar Kereta Mufti Perlis Sertai PAS.

POLITIK| Portal Harakah Daily didapati memadamkan berita suspek yang membakar kereta Mufti Perlis, Dr. Asri Zainal Abidin (MAZA) menyertai PAS.

Berita itu dilaporkan pada tahun 2013. Turut dilaporkan Mohamad Azimar yang berusia 30 tahun ketika itu merupakan Pemuda UMNO di DUN Guar Sanji. Mohamad Azimar dan 47 rakannya yang lain keluar dari UMNO dan menyertai PAS. Kemasukan mereka beramai-ramai ke dalam PAS diraikan oleh Allahyarham Tuan Guru Haron Din. 



Selain portal Harakah Daily, akaun rasmi Facebook PAS, turut melaporkan berita yang sama pada 17 Mac 2013.

Pautan mengenai penyertaan Mohamad Azimar menyertai PAS pada tahun 2013 dengan sekelip mata menjadi tular dan sensasi di laman sosial. Ini gara-gara Mohamad Azimar merupakan suspek pertama yang didakwa kerana membakar kereta rasmi Dr. Asri.

Azimar sebelum ini dilaporkan adalah seorang penganggur dan penagih dadah menerima upah sebanyak RM500 untuk melakukan khianat ke atas MAZA dengan bayaran asal yang dijanjikan sebanyak RM5,000. Namun ketiga-tiga suspek termasuklah Azimar telah ditipu oleh dalang utama yang berperanan mengarahkan perbuatan khianat ke atas Asri. Mereka hanya menerima bayaran sebanyak RM500 untuk dikongsikan bertiga.

Bagaimanapun ketika didakwa, Azimar dibacakan sebagai seorang peniaga pasar malam. 

Tidak diketahui samada Azimar merupakan seorang penagih dadah ataupun tidak.


Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata dakwaan bahawa suspek merupakan ahli PAS belum dapat dipastikan kesahihannya.
"Parti kita memang jaga peraturan dan disiplin, kita tegas tidak mahu ada ahli atau mana-mana unit kita terlibat dengan perkara yang bercanggah dengan undang-undang.

"Tetapi apa yang jelas dalam isu kebakaran kereta mufti ini ia masih dalam siasatan polis, dan suspek digambarkan orang itu orang ini dalam keadaan yang tak pasti betul ke tidak,"
katanya ketika ditemui media selepas menyampaikan ceramah Tausiah Badar Kubra sempena Ijtimak Pondok Semalaysia 2019 di Kota Bharu, semalam.




Ini susulan dari beberapa bukti yang berlegar-legar di sosial media yang membayangkan Azimar merupakan seorang ahli PAS.


Sekurang-kurangnya pautan berita di Harakah dan Facebook rasmi PAS membuktikan Azimar sememangnya merupakan seorang ahli PAS.


Pautan berita yang dilaporkan Harakah mengenai penyertaan Azimar ke dalam PAS kini telah dipadamkan dan tidak lagi boleh diakses di portal itu. Sebaliknya mesej 404 terpapar yang menandakan berita tersebut telah pun dipadamkan oleh pentadbir halaman. - 26 Mei 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...