Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 28 Mei 2019

Jangan Buang Masa Layan Najib, Pentadbiran Dia Lagi Teruk Dari Ferdinand Marcos Kata Lim Guan Eng.

THE MALAYSIAN INSIGHT | JANGAN buang masa untuk fokuskan kepada pembohongan Najib Razak sebaiknya fokus untuk kembalikan kehebatan Malaysia sebagai Harimau Asia, kata setiausaha agung DAP kepada ahli partinya hari ini.
 

 
Lim Guan Eng yang juga ahli Parlimen Bagan mengingatkan ahlinya bahawa tindakan Najib hanya memberikan peluang kepadanya untuk mengalih perhatian daripada perbicaraan kes rasuah dan kleptokrasi terbesar dalam sejarah.

“Saya terima banyak permintaan dari pemimpin DAP untuk memberi maklum balas berhubung pembohongannya yang keterlaluan, terbaharu mengenai cadangan terowong bawah laut Pulau Pinang yang dakwanya melibatkan kos sehingga RM6.3 bilion, sedangkan yang sebenarnya ia dianugerahkan dengan tender terbuka untuk RM3.6 bilion.

“Apa gunanya menjawab pembohongan orang yang tidak bermoral dan beretika yang beliau tidak berasa malu apabila puluhan bilion ringgit dana negara dicuri melalui 1MDB?

“Dan beliau masih boleh bangga dengan ‘Malu apa bossku’. Media arus perdana yang dikawal BN dan media sosialnya akan menyebarkan penipuannya.


“Untuk menjawab pembohongan ini hanya akan masuk perangkap beliau yang kononnya menjadi mangsa serangan semua pihak,” kata Lim yang juga menteri kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sebaliknya fokus perlu diberikan kepada rakyat dalam menaik taraf kos sara hidup, meningkatkan kuasa membeli dan kemakmuran semua rakyat Malaysia dan juga membuat pembaharuan institusi yang mempromosikan kebebasan, keadilan, penguatkuasaan undang-undang dan integriti awam yang mmampu mengembalikan harga diri dan martabat rakyat Malaysia.

“Kita jangan buang masa dengan Najib kerana sejarah dan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke 14 telah menghukum beliau.

“Sebaliknya, kita perlu tingkatkan usaha untuk membawa perubahan positif kepada negara, membawa kemakmuran agar Malaysia mampu bangkit semula sebagai harimau ekonomi Asia,”
kata Lim dan menambah, mahkamah akan buktikan yang Malaysia di bawah pentadbiran Najib yang korup lebih teruk berbanding bekas presiden Filipina Ferdinand Marcos dan isterinya Imelda.

“Mengenai Najib, biar mahkamah yang tentukan, biar fakta dan angka yang buktikan apa kerugian Malaysia di bawah pentadbirannya adalah lebih teruk berbanding kekayaan yang dicuri oleh bekas presiden Filipina, dan ribuan pasang kasut yang dimiliki Imelda Marcos tiada apa jika dibandingkan dengan ratusan beg tangan mewah yang dirampas pihak berkuasa Malaysia,”
katanya.

Lim berkata, Najib telah membuat serangan perkauman dan ekstremis terhadap pemimpin Pakatan Harapan, terutamanya DAP yang menjadi sasaran utamanya. untuk melagakan Melayu dan bukan Melayu atau Islam dan bukan Islam.

Beliau juga berkata Najib yang aktif dalam saluran media sosialnya bagaimanapun masih belum menjelaskan sepenuhnya skandal 1MDB, dan berbilion ringgit dalam akaun bank peribadinya yang bukan hanya membawa kepada pertuduhan rasuah tetapi juga “penilaian cukai individu terbesar di Malaysia”.

Najib juga tidak menjelaskan mengapa beliau meluluskan bayaran RM8.3 bilion atau 88% untuk dua projek saluran paip berjumlah RM9.4 bilion, walaupun hanya 13% kerja yang siap.

“Apa yang lebih teruk, 13% kerja itu masih tidak disahkan atau tidak diaudit,” tambahnya.

Pada Jun tahun lalu, Lim mendedahkan kerajaan membayar RM8.3 bilion kepada dua projek bernilai RM9.4 bilion walaupun hanya 13% kerja siap.

Selepas itu, kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) dan kontrak berkaitan lain telah ditamatkan pada Ogos tahun lepas. Semua kontrak itu bernilai RM10.4 bilion.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...