Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 29 Mei 2019

Kenapa Bersungguh Nak Buktikan Kematian Adib Tiada Unsur Jenayah?

The Law Chambers Of Redzuan & Faiezad | Kenapa Ada Campur Tangan?

Berita penarikan diri Peguam yang bertindak mewakili KPKT dan Keluarga Allahyarham Adib yang menarik diri dah jadi berita panas.

 

 
Peguam tarik diri dari kes ni benda biasa. Dah banyak yang share kenapa lawyer selalu tarik diri.

Tapi situasi kali ni berbeza. Peguam diarahkan berhenti bertindak oleh ‘Pegawai Tinggi’ (Menurut Media).

Mengarahkan peguam berhenti bertindak juga sebenarnya bukan hal luar biasa.

Dan hujah bahawa Jabatan Peguam Negara bertindak mewakili kerajaan termasuk kementerian juga ada asas kebenaran.

So, apa yang jadi isunya?

Isunya macam ni. Kes ni bukan baru seminggu jalan. Saksi semua dah panggil habis. Kes ni patutnya selesai dan tutup minggu ni. Lepas tu tunggu keputusan.

Dalam proses ni, ada beberapa lawyer terlibat. Antaranya pasukan Pendakwaan dari AG Chambers dan peguam mewakili KPKT (bagi pihak Bomba).

Sedari awal, tak ada langsung bantahan dari AGC atas perlantikan peguam luar oleh pihak KPKT. Maknanya secara tak langsung, AGC setuju atau paling kurang, tak kisah.

Benda mula jadi isu bila pendapat saksi yang dipanggil AGC dicabar keras oleh peguam KPKT dan wujud pula saksi pakar lain yang tidak selari dengan pendirian AGC.

Sepanjang proses yang dilaporkan media, kita dpt lihat ada keterangan yang bercanggah. Ada dua jenis pendapat saksi:-

1- Allahyarham Adib ditarik keluar, dihentak ke bucu kenderaan. (Wujud perlakuan jenayah)

2- Allahyarham Adib keluar sendiri, terlanggar pintu kenderaan. (Kemalangan dan tak wujud kejadian jenayah)

Pendapat pakar dalam hal ni penting. Kenapa? Kerana tak ada langsung saksi nampak kejadian pukul sepanjang keterangan diberikan di Inquest ni. (Mengikut bacaan di media-media)

Bila ada percanggahan, pihak Koroner (bahasa mudah mahkamah la) perlu buat keputusan keterangan mana yang betul. Dia tak kan la dua2 betul kan. Mahkamah akan nilai berdasarkan banyak faktor antaranya keterangan saksi lain, bukti-bukti, gambar, etc.

Lepas tu baru boleh ditentukan punca kematian. Ingat, inquest bukan nak jatuh hukum pada orang. Inquest cuma nak cari punca kematian, sama ada ada unsur jenayah atau tak ada. Koroner juga boleh arahkan siasatan disambung.

Disebabkan ada percanggahan ni, peguam dan dpp minta saksi-saksi yang bercanggah datang semula untuk jelaskan pendapat masing-masing dan kenapa tak setuju dengan pendapat yang satu lagi.

Sebelum ni saksi pakar yang kata accident dah hadir dan bagi penjelasan. Kira dtg second round.

Sepatutnya saksi pakar yang kata ditarik tu juga dipanggil second round utk pertahankan pendapat dia pula.

Disebabkan ada arahan untuk peguam tarik diri, maka saksi yang dipanggil peguam tu tak perlu lagi dipanggil.

Boleh tak orang lain panggil?

Boleh. DPP yang bertindak untuk AG Chambers boleh panggil.

Dah tu apa masalah? Suruh je la panggil.

Ada masalah. Pihak DPP dalam hal ni dilihat cenderung kepada mempertahankan pendapat kematian Allahyarham Adib tidak ada unsur jenayah.

Kenapa?

Kerana:-

1- mereka memanggil semula saksi pakar yang kata semuanya accident sahaja untuk pertahankan pendapat beliau selepas ada keterangan bercanggah. Ok lagi. Yang tu ok lagi.

2- Terdapat pendedahan dari peguam yang mewakili Kuil bahawa DPP menyatakan secara bertulis yang membawa pengertian bahawa kejadian tersebut adalah satu kemalangan dan bukan perbuatan jenayah. Kenyataan tersebut dibuat di Mahkamah Rayuan.

Maka jelas pendirian DPP telah dibuat, walaupun sebelum Mahkamah Koroner mencapai keputusan. In fact, saksi pun belum selesai lagi.

Dalam keadaan ni, kita tak boleh harap lagi pada Jabatan Peguam Negara untuk menjadi agen tidak berkepentingan. Mereka dah ada pendapat sendiri.

Boleh tak Koroner buat dapatan berbeza dari pendapat DPP (AGC)?

Boleh. Koroner ni macam hakim la. Cuma dalam inquest kita panggil Koroner. Dia ni duduk di tengah-tengah. Tak memihak dan kena adil.

Walaupun DPP bagi pendapat lain, Koroner boleh berbeza pendapat.

Tapi tanpa peguam, soalan akan datang hanya dari pihak DPP yang kita dah nampak pendirian mereka.

Adalah pendirian mereka salah?

Tak tau. Kita tak tau lagi siapa betul siapa salah. Yang ada kuasa nak tentukan pendapat mana lebih kuat dan betul adalah Mahkamah.

Cumanya soalan akan datang hanya dari satu pihak.

Penyelesaian?

Keluarga Allahyarham Adib tidak terikat kepada arahan dari mana-mana pegawai dalam melantik peguam. Yang terikat hanya kementerian.

Pihak keluarga masih boleh melantik peguam sama atau tukar peguam. Tidak ada halangan.

Semoga kes ini dapat berakhir sewajarnya dan seadilnya.

Keadilan bukan hanya pada keputusan semata-mata, tetapi segala proses dan prosedur juga perlu adil dan dilihat adil.

Soal hal keputusan masih lagi kuasa Mahkamah Koroner. Hingga harini, apa-apa yang dibahaskan, dinyatakan atau dimaklumkan di luar masih lagi bertaraf spekulasi dan bukan keputusan Mahkamah Koroner.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...