Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 14 September 2018

Langkah PD Bukti Anwar Gila Kuasa - AARON DENISON.

AARON DENISON | AARON DENISON adalah seorang penolong penyelidik di sebuah universiti awam tempatan. Artikel ini kali pertama tersiar di Malaysiakini.

Pengumuman Datuk Danyal Balagopal Abdullah untuk melepaskan jawatannya sebagai ahli parlimen Port Dickson untuk memberikan laluan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu tamparan yang hebat kepada semua pengundi-pengundi di kawasan parlimen tersebut serta kepada semua rakyat Malaysia.


Hal ini adalah kerana ia telah menunjukkan bahawa PKR tidak sama sekali menghormati pendirian serta sensitiviti penduduk di kawasan itu yang baru sahaja melaksanakan tanggungjawab mereka dalam PRU14.

Selain itu, rakyat terus menjadi bahan uji kaji atau ekspermien untuk para ahli politik di negara ini. Ahli politik adalah umpama saintis manakala rakyat adalah umpama tikus makmal.

Sudah banyak kali rakyat Malaysia diperkudakan sebegini dan salah satu contoh yang masih subur dalam ingatan sebagai seorang penduduk di Kajang adalah #LangkahKajang yang sememangnya telah gagal menjadikan Anwar sebagai menteri besar Selangor pada waktu itu.

Satu perkara yang ahli politik perlu sedar adalah tentang kekuatan rakyat kerana rakyat inilah yang mengangkat seseorang itu menjadi wakil rakyat. Tetapi kebanyakkan ahli politik sering melupakan perkara ini dan melayan rakyat seperti boneka.

Mereka mengambil sesuatu keputusan untuk kepentingan sendiri dan juga kepentingan parti politik. Perkara yang lebih menyakitkan hati adalah apabila Danyal Balagopal serta ahli-ahli PKR yang lain antaranya, Rafizi Ramli dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail mampu merakamkan senyuman yang begitu manis semasa melakukan pengumuman tersebut.

Senyuman itu adalah satu tindakan yang tidak langsung menghormati penduduk atau rakyat di Port Dickson.

Secara peribadinya, Anwar sepatutnya menunggu sehingga PRU yang seterusnya sebelum membuat keputusan untuk kembali sebagai Ahli Dewan Rakyat atau menunggu sehingga mana-mana kerusi parlimen kosong sebelum bertanding dalam pilihraya kecil.

Tambahan pula, hal ini juga bermakna bahawa segala perkara yang telah disebutkan oleh beliau sebelum ini tentang menghadiri fellowship di luar negara serta berehat bagi meluangkan masa bersama keluarga adalah gimik politik semata-mata.

Perkara ini juga jelas menunjukkan bahawa Anwar seperti terlalu dahagakan kuasa dan ingin menjadi perdana menteri yang kelapan secepat mungkin. Sudahkah Anwar lupa tentang peristiwa yang berlaku pada tahun 1998?

Akibat dahagakan kuasa pada waktu itu, beliau telah dipecat oleh Dr Mahathir. Ramai yang menyatakan bahawa sekiranya Anwar sabar buat beberapa tahun lagi beliaulah yang berkemungkinan akan mengantikan Mahathir sebagai pendana menteri kelima dan bukannya Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah).

Pilihanraya kecil yang bakal menampilkan Anwar di kerusi Parlimen Port Dickson ini berkemungkinan terlalu awal untuk beliau melakukan comebackkerana ia mempamerkan imej di mana dirinya seperti terburu-buru dalam keinginannya untuk berkuasa.

Nasihat daripada seorang rakyat Malaysia kepada PKR ialah, sila hormati pengundi dan jangan hanya memikirkan diri sendiri atau parti dalam mengejar kuasa.

Khamis, 13 September 2018

Kini Najib Berikan Jawapan 'Dimana 2.6b,' - Perlukah Saya Dedahkan Aktiviti Beli Ahli Parlimen?

Najib Razak | Saudara-saudari, ingatkah anda akan poster "Di mana RM2.6b" yang sering ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan termasuk di Dewan Negara dan demonstrasi BERSIH tak lama dulu?

Hari ini, saya tunjukkan kepada anda bukti bahawa semua RM2.6b sudah dipulangkan selepas 4 bulan saya menerimanya.

 
Mengapa pula mahu menerima wang sebanyak itu di dalam akaun peribadi tetapi tidak digunakan dan kebanyakannya dikembalikan? Baca seterusnya.

Yang dimaksudkan RM2.6 bilion sebenarnya merujuk kepada dana US$681 juta yang saya terima di dalam akaun peribadi saya pada akhir bulan Mac 2013 - iaitu kira-kira sebulan sebelum PRU13 yang berlangsung pada 5 Mei 2013.

Seperti pernah diulas beberapa kali sebelum ini, saya diamanahkan mengikut perlembagaan parti untuk mencari sumbangan dan mengurus wang parti secara peribadi dan secara khusus. Seperti kebanyakan orang lain, saya ada beberapa akaun peribadi di bank-bank berlainan dan akaun peribadi yang menerima dana ini bukanlah akaun untuk kegunaan peribadi setiap hari tetapi bagi kegunaan aktiviti politik.

Analisa-analisa sebelum PRU13 menunjukkan bahawa BN mungkin kehilangan lebih banyak kerusi parlimen berbanding PRU12. Saya menghadapi pilihanraya yang agak mencabar dan membimbangkan. Saya juga menerima beberapa laporan bahawa setelah mentadbir Selangor dan Pulau Pinang sejak PRU12, Pakatan sudah mengumpul dana yang besar dari sumber dalam dan luar negara.

Oleh itu, saya bimbang bahawa peristiwa "916" (16 September 2008) besar kemungkinan akan berulang pada PRU13.

Peristiwa 916 ialah percubaan yang gagal Pakatan sejurus selepas PRU12 untuk membeli dan mempengaruhi berpuluh-puluh ahli-ahli parlimen BN untuk melompat ke Pakatan bagi menjatuhkan kerajaan BN.

Walaupun pergolakan "Arab Spring" sudah berakhir pada bulan Disember 2012, tetapi pada awal tahun 2013, saya sekali lagi meminta Raja Arab Saudi untuk membantu dengan dana "contingency".

Baginda bersetuju. Saya membuat keputusan untuk tidak meminta dana dari ahli perniagaan dan taikun tempatan sebagaimana dilakukan PM ke-4 kerana tahu jika berbuat demikian maka mereka akan meminta balasan projek yang bernilai jauh lebih tinggi. Saya tidak bersetuju dengan amalan kronisme.

Oleh itu,, Putera Abdulaziz Al-Saud sekali lagi menulis surat kepada saya pada 1 Mac 2013 bahawa dana sebanyak US$800 juta (yang saya terima tidaklah sampai US$800 juta) akan disalurkan kepada saya secara berperingkat-peringkat untuk tahun itu.



Di dalam surat itu, Putera Abdulaziz Al-Saud menyatakan dana ini akan disalurkan samada dari akaun bank baginda ataupun dari sumber-sumber pihak baginda yang lain termasuk syarikat Tanore.

Mengikut dakwaan DOJ dan WSJ, wang dari syarikat Tanore secara tidak langsung dan berlapis-lapis ini ialah dari 1MDB.

Tetapi Putera Abdulaziz Al-Saud inilah yang selama ini mewakili Raja Abdullah bagi menyalurkan dana kepada akaun saya termasuk pada tahun 2011 dan 2012 di mana dana diberi dari akaun Kementerian Kewangan Arab Saudi dan Putera Faisal bin Turkey bin Al Saud.
das



Tiada sebab pada masa itu untuk saya ataupun bank-bank penerima menyoal ataupun menyelidik dengan sangat mendalam bagi mengenalpasti sumber wang ini ialah dari mana apatah lagi, wang itu dilampirkan bersama surat dari wakil Raja Abdullah.

Saya meminta bantuan dari Raja Abdullah, baginda bersetuju dan wakil baginda yang menguruskannya.

Salinan surat-surat ini turut dilampirkan bersama dana yang dipindahkan ke akaun saya di Ambank yang digunakan khusus untuk tujuan politik bagi tempoh beberapa tahun. Sama ada BNM mahupun bank berkenaan tidak pernah mempersoal atau menyatakan kebimbangan terhadap dana ini.

Saya menerima pemberian berjumlah US$681 juta ini dalam dua transaksi pada 21 Mac dan 25 Mac 2013 - iaitu kira-kira sebulan sebelum PRU13 pada 5 Mei 2013. Dana ini semua telah ditukarkan kepada matawang Ringgit apabila diterima dalam akaun saya.

Selepas PRU13, saya lihat peristiwa 916 tidak akan berulang dan saya membuat keputusan pada bulan Julai untuk memulangkan semua duit yang saya terima ini kerana tidak lagi memerlukannya.

Maka selepas Ambank menggunakan masa seketika untuk menukarkan Ringgit dalam akaun saya kembali kepada Dolar Amerika Syarikat, kesemua dana ini dikembalikan kepada sumber yang diterima iaitu Tanore.

Oleh kerana kadar pertukaran wang berbeza dengan penyusutan sebanyak 10% dari bulan Mac sehingga Ogos, hanya US$620 dikembalikan berbanding dengan US$681 yang diterima.

Kesimpulannya ialah saya tidak simpan RM2.6b ini. Jika seseorang mahu menyamun pun, tidaklah masuk akal untuk menyimpannya dalam akaun bank di atas nama sendiri dan kita tahu ia bukan dari dana 1MDB di mana kita semua tahu dananya ialah dari sumber pinjaman. Wang yang dipinjam mesti dibayar balik dan jika mahu mencuri dari sana tentu akan bermasalah bila sampai masa untuk membayar hutang.

Sebenarnya, pemimpin-pemimpin Pakatan tahu hakikat ini tetapi tidak mahu mengaku bahawa saya tidak menyimpan RM2.6 bilion ke dalam poket untuk beli cincin atau beg tangan.

Tetapi persepsi inilah yang mereka wujudkan di kalangan rakyat kononnya saya merompak, menyamun dan mencuri berbilion-bilion, dan ramai terpengaruh dengan dakyah itu.

Mengapa saya tidak mendedahkan ini sekian lama?

Sebagaimana saya katakan sebelum ini, ia adalah permintaaan Raja Abdullah untuk merahsiakan tetapi kebimbangan yang utama ialah patutkah saya sebagai Perdana Menteri pada masa itu dedahkan kepada seluruh dunia bahawa ada berlakunya aktiviti beli-membeli ahli parlimen di dalam demokrasi Malaysia?

3 Syarikat, Good Star, Aabar & Tanore Masukkan RM2.97b Ke Akaun Najib.

The Malaysian Insight | POLIS mendedahkan sejumlah AS$972 juta (RM2.97 bilion) dimasukkan ke akaun bekas perdana menteri Najib Razak yang dikesan berpunca daripada 1Malaysia Development Berhad.

Timbalan Ketua Polis Negara Noor Rashid Ibrahim berkata, wang berkenaan dimasukkan dalam beberapa fasa melalui tiga syarikat iaitu Good Star, Aabar, dan Tanore.

Pemindahan wang tersebut dilakukan melalui lebih 132 transaksi dan polis mengenalpasti 64 individu yang terlibat, kata Noor Rashid dalam sidang medianya di Bukit Aman hari ini.

“Kita juga telah mengenal pasti individu yang terlibat yang menerima wang daripada transaksi tersebut. Lebih 50 saksi yang terlibat dan tindakan untuk merakam percakapan mereka telah kita ambil,” katanya.

Tambahnya, antara penerima yang dikenalpasti termasuklah individu dari dalam dan luar negara, termasuk mereka yang ada kaitan dengan politik.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut berhubung perkara itu.

Noor Rashid berkata, pihak polis juga memerlukan sedikit masa untuk menjalankan siasatan kerana ia melibatkan kerjasama negara luar.

“Perlu saya jelaskan di sini dalam dua bentuk siasatan ini ia melibatkan saksi dalam dan luar negara.

“Ini siasatan yang sukar kerana perlu mendapatkan kebenaran daripada kerajaan yang terlibat, maka waktu diperlukan.

“Polis bagaimanapun sedang berusaha sedaya upaya untuk melengkapkan siasatan ini secepat yang mungkin,” katanya.

Beliau berkata, sehubungan itu polis juga memerlukan persetujuan Bantuan Perundangan Bersama (MLA) daripada negara terlibat.

“Pihak polis gigih meneruskan siasatan sekarang dan perlu saya jelaskan di sini agak sukar kerana kita perlu dapatkan keterangan daripada luar negara yang memerlukan beberapa tindakan untuk mendapatkan persetujuan MLA daripada luar negara.

“Untuk tujuan itu kita telah mohon kepada peguam negara dan berbincang dengan pihak berkuasa luar negara dan tindakan susulan sedang diambil untuk mendapatkan kebenaran dan dokumen daripada rakan kita di luar negara,” katanya.

Noor Rashid berkata, antara negara yang memberikan kerjasama kepada Malaysia dalam siasatan skandal berkenaan termasuklah Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura, dan Arab Saudi.

“Peluang untuk kita lengkapkan siasatan itu besar, tapi bergantung kepada masa dan negara lain. Kami harap kami akan dapat kerjasama daripada negara terlibat,” katanya. - 13 September 2018.

Sebelum Ini Bayar Kos Guaman, Kini Shafee Berkata RM9.5 Juta Adalah Pinjaman Untuk Beli Rumah.

LAPORAN | Ketika didedahkan Shafee Abdullah menerima bayaran RM9.5 juta daripada Najib Razak dan bayaran itu dikaitkan dengan dana 1MDB yang dicuri, Shafee Abdullah dengan pantasnya menjawab pada 8 September 2018 bahawa wang tersebut sebenarnya merupakan yuran guaman kerana mengendalikan beberapa kes mahkamah bagi mewakili UMNO dan Barisan Nasional. 

Shafee juga menolak dakwaan pihak tertentu kononnya bayaran RM9.5 juta itu dilakukan bagi mengenang jasanya kerana membuat rayuan atas kes sodomi II Anwar Ibrahim. 

Berikut dibawah sebahagian petikan dari penjelasan Shafee Abdullah berkaitan bayaran RM9.5 juta yang masuk ke dalam akaunnya.




πŸ‘‰ Shafee Abdullah mengesahkan beliau menerima bayaran sebanyak RM9.5 juta dalam dua transaksi. Yang pertama sebanyak RM4.3 juta pada tahun 2013 dan yang kedua sebanyak RM5.2 juta pada tahun 2014. Kedua-dua bayaran dibuat dari akaun bank peribadi milik Najib Razak (Perdana Menteri ketika itu) kepada akaun peguam Shafee Abdullah yang mengendalikan dan mengetuai pendakwaan kes siasatan dan rayuan sodomi II.


Shafee turut menjelaskan afidavit yang beliau sertakan sebagai pembelaan di mahkamah, bertarikh 3 Ogos 2017 menyatakan beliau menafikan dibayar (menerima wang hadiah/rasuah) kerana merayu kes sodomi II.

Shafee pula sebaliknya menjelaskan beliau akan membuat rayuan kes sodomi II secara probono (percuma). Bagaimanapun Gani mencadangkan satu perjanjian antara kerajaan dan Shafee dilakukan. Shafee bersetuju dan meletakkan bayaran rm1 namun Gani kemudiannya mencadangkan rm1,000 sebagai kos guaman. Shafee kemudiannya bersetuju.

Menurut Shafee, dalam pengetahuannya, Najib juga mengetahui beliau akan mengendalikan rayuan kes sodomi II secara probono. 

Menurut Shafee lagi, bagaimanapun bayaran rm1,000 yang dimeterai antaranya dengan kerajaan tidak pernah diterimanya sehingga kini. Malahan beliau juga menegaskan beliau tidak menuntut sebarang bayaran apabila mengendalikan mana-mana kes rayuan.



πŸ‘‰ Shafee juga berkata, Najib sebenarnya kurang bersetuju atas perlantikan dirinya dalam kes sodomi II. Kerana Najib tidak mahu mengecilkan hati Gani Patail. Bagaimanapun ia adalah Mahathir yang mendesak beliau dilantik sebagai pendakwaraya untuk sabitkan kesalahan ke atas Anwar. 

Ini berikutan pendakwaraya telah dua kali kalah dalam perbicaraan di mahkamah bagi memenjarakan Anwar Ibrahim.

Mahathir kemudiannya bertemu Najib di Yayasan Kepimpinan Perdana bagi menjelaskan keperluan Shafee dilantik dan Najib akhirnya bersetuju. 

Perkara ini turut berada dalam pengetahuan Mathias Chang, pegawai rapat Tun Mahathir. Shafee menjelaskan beliau difahamkan oleh Mathias, melantik Shafee sebagai pendakwaraya khas adalah satu daripada 6 syarat yang diberikan kepada Najib atau jika tidak, Mahathir akan bertindak melawan pentadbiran Najib Razak.



πŸ‘‰ Shafee juga menjelaskan beliau selama ini telah berkhidmat kepada UMNO sebagai peguam dari zaman Mahathir, Abdullah Badwi dan Najib Razak. Ianya bermula sejak tahun 1990an dan sehingga kini namun beliau bukanlah ahli UMNO yang berdaftar atau ahli mana-mana parti politik.

Kerjasama beliau antara Barisan Nasional adalah kerjasama professional diantara peguam dan anak guamnya.

Sejak zaman Mahathir terlalu banyak bil-bil terkumpul yang belum dijelaskan terutamanya ketika Muhammad Rahmat menjadi SU UMNO dan BN.

Banyak fail-fail kes yang telah dibuka termasuklah menawarkan khidmat nasihat guaman mewakili BN tetapi beliau tidak menerima yuran sejak sekian lama. Walaupun UMNO seringkali menjanjikan bayaran akan masuk.



πŸ‘‰ Lebih kurang pada September 2013, Shafee menjelaskan beliau berkesempatan berjumpa dengan Najib Razak dalam satu pertemuan.

Ketika itulah beliau membangkitkan soal bayaran tertunggak yang belum dijelaskan BN. Beliau juga memberitahu kepada Najib beliau memerlukan wang untuk membeli hartanah dari rakannya. Beliau begitu terdesak memerlukan wang tersebut kerana mahu membeli rumah dari kawannya yang juga begitu terdesak perlu menjual rumah tersebut bagi membeli rumah baru buat keluarga.

Ketika itulah Najib mengetahui bahawa selama ini khidmatnya tidak dibayar UMNO sejak dari zaman Mahathir lagi. Dan Najib juga meminta dirinya mengumpul semua bayaran sejak 1990 untuk dinilai semula.

Shafee kemudiannya memberitahu kepada Najib, keseluruhan yuran guaman yang ditawarkannya selama ini bernilai tak kurang dari 20 juta jika dihitung-hitungkan namun Shafee berkata beliau sanggup menerima bayaran sebanyak 11 juta bagi 46 kes yang dijalankan pada tahun 2004 hingga 2008, kes-kes yang membabitkan petition pilihanraya.

Najib bagaimanapun hanya bersetuju membayar 9.5 juta untuk kerja-kerja guaman yang dijalankan dan mahu Shafee rasionalisasikan bayaran yang dilakukan dalam bentuk dokumentasi. Shafee juga menjelaskan, beliau kemudiannya bersetuju dengan penyelesaian tersebut.

Shafee juga menjelaskan, beliau menyedari Najib adalah individu tepat yang perlu dirujuk bagi isu tuntutan berikutan Najib ialah Presiden UMNO dan BN ketika itu yang dalam pengetahuannya mempunyai akses bagi menguruskan kewangan parti. Bagaimanapun menafikan mengetahui sumber bayaran yang dibuat Najib kepadanya.

Analisis :

1. Shafee memberitahu bayaran bagi mengendalikan kes perundangan berkaitan UMNO dan BN tertunggak sejak 1990 an.

2. Shafee juga memberitahu beliau paling tidak menerima bayaran semasa zaman Mahathir ketika mengendalikan kes-kes berkaitan BN.

3. Shafee yang mengakui tidak menerima bayaran dari UMNO kemudiannya bersetuju untuk merayu bagi kes Anwar dalam Sodomi II. Bukankah ini pelik? Kenapa mesti terus menerima job demi job jika BN dan UMNO tidak membayar ataupun menangguhkan bayaran guaman bertahun-tahun lamanya?

4. Secara kebetulan pula, Tun Mahathir mendesak Shafee perlu menjadi pendakwaraya rayuan kes Sodomi II dan secara kebetulan pula Najib tak bersetuju dengan tindakan Mahathir dan secara kebetulan pula Mahathir mengugut akan melawan Najib jika tak bersetuju dengan desakan perlantikan Shafee Abdullah.

5. Shafee tiba-tiba terdesak perlukan duit nak membeli rumah dari kawannya yang terdesak perlukan duit untuk menjual rumah bagi membeli rumah lain untuk keluarganya.

6. Perkara itu dibangkitkan oleh Shafee pada 2013. Dan bayaran masuk pada 2014 & 2015.

7. Apa yang paling pelik ketika perbicaraan kes AMLA siang tadi, Shafee tidak perlu memberikan jawapan bahawanya wang 9.5 juta itu adalah bayaran untuk kos guaman bagi kes-kes yang mewakili UMNO dan BN. 

8. Shafee sebaliknya memberitahu ia adalah PINJAMAN ataupun bayaran pendahuluan yang diberikan oleh Najib kepadanya kerana dirinya mahu membeli rumah bagi membantu sahabatnya.

9. Shafee juga menjelaskan, bayaran pendahuluan ataupun pinjaman itu kemudiannya akan dirasionalisasikan dalam bentuk billing (cover kos guaman) kerana mengendalikan kes-kes berkaitan Barisan Nasional selama ini.

10. Shafee juga tadinya menjelaskan setakat ini Najib belum lagi dipanggil SPRM untuk memberikan keterangan berhubung pembayaran 9.5 juta yang dibuat kepadanya, namun beliau dengan segeranya didakwa dibawah akta AMLA - Pengubahan Wang Haram 2001.

11. Kenapa Shafee perlu beria-ria menekankan duit 9.5 juta ialah duit untuk membeli rumah dari kawannya yang terdesak nak jual rumah kerana terdesak nak beli rumah lain untuk keluarganya. Bukankah ini pelik? Jika ia adalah bayaran untuk guaman maka bagi sahajalah alasan ia adalah bayaran untuk kerja-kerja guaman yang beliau kendalikan selama ini. Bagaimana Shafee mahu membelanjakan wang tersebut adalah urusan peribadi dirinya, kerana itu adalah titik peluhnya. Tetapi Shafee menyambung cerita kos guaman kepada terdesak nak beli rumah dan kini ia adalah pinjaman ataupun wang pendahuluan sehinggalah bil-bil dirasionalisasikan. 

12. Adakah Najib telah diberikan bukti bahawanya bayaran 9.5 juta itu adalah bayaran patut ataupun terlebih bayar? Siapa boleh jamin bil-bil dirasionalisasikan mengikut kaedah penggiraan yang betul? Jika terlebih bayar, bagaimana? Mengapa Najib begitu yakin 9.5 juta ialah bayaran yang perlu dimasukkan? 

13. Kebetulan selepas Anwar dipenjarakan, UMNO ada duit nak bayar kos guaman kepada Shafee. Kebetulan yang paling menarik.

14. Selepas tidak dibayar pun masih sudi berkhidmat dengan BN. Walaupun dalam masa yang sama Shafee berkata beliau menawarkan khidmat guaman kerana itulah kerjayanya. Kerjaya apa kalau tak dibayar, bukan?

Untuk rekod, Shafee dilaporkan diikat jamin sebanyak 1 juta dan telah menjelaskan bayaran sebanyak 500,000. - 13 September 2018. 

Rujukan penuh kenyataan Shafee Abdullah : https://www.malaysiakini.com/news/442345

Rujukan berita Free Malaysia Today : https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/09/13/rm9-5-million-from-najib-was-a-loan-to-buy-property-says-shafee/

Untuk PMkan Anwar, Dulu Buat Langkah Kajang, Kini Langkah PD - Subky Latif.

Subky Latif | MAKA dalam waktu yang terdekat ini semua tertumpu kepada langkah yang menggantikan Langkah Kajang yang tidak jadi dulu kepada Langkah Port Dickson.

Langkah apa dan di mana jua ditentukan oleh Brother Anwar kita.

Anwar Ibrahim
Sekalipun Anwar merancang dan menentukan tetap dia pun tidak tahu akan jadi atau tidak. Hanya Allah yang betul tahu. Anwar mungkin merasa tahu. Nibong Tebalkah? Pandankah? Atau PDkah?

Jika dia pilih Antah Berantah jadi Antah Berantahlah langkahnya. Kerana dia pilih Port Dickson jadi Langkah PDlah ia. Sekalipun dia sudah umumkan kawasannya dan MPnya sayugia meletak jawatan, belum tentu jadi jika tidak dengan izin Allah. Allah yang menentukan tiap-tiap sesuatu.

Langkah Kajang dulu sudah siap semuanya. Adunnya sudah letak jawatan. Hari penamaan calon sudah ditetapkan. Semuanya menunggu dia pergi menamakan calon. Masa itu takdir-Nya ada dalam pengetahuan-Nya saja. Apa yang hendak terjadi belum ditakdirkan lagi.

Yang sudah ditakdirkan ada gerakan yang dinamakan Langkah Kajang. Adun Kajang sudah ditakdirkan letak jawatan. Anwar pun sudah ditakdirkan sebagai calon.

Tetapi menjelang penamaan calon ditakdirkan kesnya dimahkamahkan dan ditakdirkan dia dihukum. Ditakdirkan semuanya berubah dan dia dikedalamkan sekali lagi.

Masa sebelum masuk politik, dia adalah penentang tegar Umno. Lebih tegar dari Dato’ Asri, Dr. Tan Chee Khoon dan Lim Kit Siang. Kemudian Allah takdir dia masuk Umno hingga menjadi pemimpin tegar Umno.

Sejak di universiti lagi rakan-rakannya kata dia akan jadi Perdana Menteri mereka. Pembangkang masa itu tiada harap boleh jadi Perdana Menteri. Dia menunggu masa saja untuk jadi Perdana Menteri. Sudah memangkunya lebih sebulan.

Khalid Jafri buat buku kata dia tidak boleh jadi Perdana Menteri. Khalid pun tidak tahu akan ilmu Allah. Dia ditakdir menulis saja. Betul ditakdirkan Anwar tidak jadi Perdana Menteri, macam yang Khalid mahu. Berdasarkan takdir Langkah Kajang dan tertangguh jadi Perdana Menteri, maka langkah barunya jika sebagai Langkah Kajang dulu, hanya dapat boleh dipastikan selepas diumumkan dia jadi calon oleh SPR.

Selepas Agong ampunkan, dia adalah bersih dari semua, mungkin menyamai bersih dari sebarang dosa seorang yang masuk Islam.

Diagak tidak banyak halangan dengan langkah terbaru itu. Dipercayai Langkah PD tiada jadi macam Langkah Kajang lagi.

Langkah itu mungkin tidak menyekatnya lagi jadi Perdana Menteri. Dan Perdana Menteri Mahathir sudah tidak sabar-sabar lagi hendak melihatnya jadi Timbalan Perdana Menteri sekali lagi sebelum menggantikannya.

Sekalipun ia hampir pasti tetapi kejadian masa depan hanya dalam ilmu Allah. Anwar pun, dengan semua takdir tadi, tidak lagi mahu cepat-cepat jadi Perdana Menteri. Biarlah Mahathir dengan labah-labahnya. Anwar mahu labah Parlimen saja.

Justeru langkah terdahulu jadi langkah kiri, usah fikir langkah lagi. Buat macam Mahathir tak pernah fikirkan langkah. Calon Perdana Menteri bersamanya dulu Ghafar Baba dan Tengku Razaleigh. Yang jadi PM dia. Diapun tak fikir jadi PM lagi. Yang difikirnya hendak membuang Najib.

Ketika dia tak sangka Najib dan BN jatuh, dia jadi PM lagi tanpa langkah kiri dan kanan.

Bagi jadi PM, Anwar masuk Parlimen dulu. TPM bukan syarat jadi PM. Mahathir jadi PM lagi tanpa jadi TPM. Tanpa ada lagi langkah Anwar boleh jadi PM.

Jika ditakdir tiada apa-apa dengan Mahathir dulu, dengan usia dan alam hospitalnya, kini masa terbaik bagi Anwar berundur, bukan baru jadi PM.

Papa Gomo Tawar Diri Lawan Anwar Di Port Dickson. #Anwar4PD.

POLITIK | Media pro Barisan Nasional melaporkan Papa Gomo ataupun nama sebenarnya, Wan Muhammad Azri akan bertanding melawan Anwar di PRK Port Dickson.

Menurut Tun Carlos, Papa Gomo dianggap mempunyai banyak rahsia pelik Anwar Ibrahim dan itu mungkin menjadikan beliau calon sesuai berbanding Muhammad Hassan, bekas Menteri Besar N9.

Untuk rekod, Papa Gomo kalah saman apabila pada 28 Februari 2014, Mahkamah memutuskan blogger itu didapati bersalah kerana menfitnah Anwar Ibrahim dalam satu skandal seks.

Hanya pada 2017, barulah Papa Gomo menyelesaikan kesemua bayaran saman berjumlah 951,000 kepada Anwar Ibrahim disamping bayaran 50,000 sebagai kos di mahkamah.

Ini berikutan kelancangan mulut blogger yang terkenal suka menulis mengenai seks dan fitnah itu yang begitu cabul memcabar Anwar menyaman dirinya.

Berikut laporan oleh cybertroopers BN itu;

TUN CARLOS | PAPAGOMO TAWAR DIRI LAWAN ANWAR DI PORT DICKSON

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri atau lebih dikenali sebagai Papagomo telah menawarkan untuk bertanding di Port Dickson melawan Anwar Ibrahim.

Timbalan Presiden UMNO iaitu Tok Mad Hassan dikatakan calon sesuai untuk bertanding di situ.

Azri mempunyai pendapat yang berbeza kerana menurutnya Anwar Ibrahim akan menang di Port Dickson kerana pengundi Cina dan India akan mengundi Anwar manakala Melayu akan terbahagi dua.

"Anwar tetap menang manakala Tok Mad menjadi mangsa fitnah dan persepi jahat terbaru yang direkayasakan oleh Anwar dan konco-konconya sebagaimana fitnah yang Rafizi lemparkan keatas DS Najib Razak."

Azri menasihatkan supaya UMNO tidak gadaikan pemimpin yang bersih menjadi mangsa kerakusan fitnah dendam manusia bernama Anwar.

Azri menawarkan diri untuk diletakkan sebagai calon BN jika pucuk pimpinan parti bersetuju yang mana beliau sanggup menjadi punching bag kepada Anwar Ibrahim semasa kempen nanti.

Ada yang berpendapat jika UMNO merestui tawaran Azri, pertandingan ini dilihat sangat klasik kerana semua tahu Papagomo mempunyai banyak "rahsia pelik" Anwar Ibrahim. - 13 September 2018.

Strategi Bijak Rafizi Dalam Langkah PD Buktikan Beberapa Pemimpin PKR Menolak Anwar.

LAPORAN | Rafizi dan strategi berpisah tiada. Terbaru dalam Langkah Port Dickson membuktikan kenyataan Rafizi sebelum ini bahawanya terdapat beberapa pihak yang tidak mahu Anwar naik sebagai Perdana Menteri adalah benar.

Rafizi yang dipetik sebagai berkata oleh beberapa media tempatan sebelum ini beberapa kali menegaskan terdapat beberapa pihak yang cuba menghalang Anwar dari dinaikkan sebagai Perdana Menteri ke 8.

Rafizi memetik nama seperti Daim, bagaimanapun Daim menafikan dakwaan tersebut. Rafizi juga membayangkan Azmin dan Zuraidah antara yang terlibat. Azmin sepertimana Daim, juga menafikan perkara itu. 

"Undi saya jika mahu Anwar sebagai PM," kenyataan ini sudah cukup membayangkan Azmin sebagai batu penghalang kepada Anwar. Ini sekaligus mencemarkan imej Azmin di mata penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rafizi kemudiannya bertindak dengan lebih berani apabila mengumumkan Anwar akan bertanding di Parlimen dalam masa terdekat.


Tian Chua antara pemimpin PKR yang bangkit mempersoalkan tindakan Rafizi itu.

"Sebelum ini anda tak habis-habis bercakap tentang keterbukaan, ketelusan dan kebenaran. 

Tapi kini boleh pula mendakwa beberapa orang terpilih boleh membuat keputusan besar untuk parti tanpa berunding dengan orang lain dalam kepimpinan.


"Ini parti demokratik atau kongsi gelap?,"
katanya menerusi ciapan di Twitter.


Dalam satu siri jelajah Rafizi di Kuantan, Rafizi kemudiannya menjawab Tian Chua dengan menjelaskan hanya pihak tertentu sahaja yang mengetahui lokasi sebenar dimana Anwar akan bertanding kerana perbincangan tidak melibatkan semua pimpinan PKR.


Ini bukan sahaja tidak menjawab kepada soalan bahkan menjadi tanda-tanya kenapa hanya pihak tertentu sahaja yang berbincang dan tidak melibatkan kesemua pimpinan PKR. Apakah ada krisis ataupun Rafizi mahu membendung batu api dan pengintip di dalam PKR?


Pada Rabu, beberapa pimpinan PKR akhirnya mengumumkan jua Anwar akan bertanding di Port Dickson. 

Antara yang hadir di dalam sidang media itu ialah;

πŸ‘‰ MP Sungai Petani - Datuk Johari Abdul 
πŸ‘‰ MP Lembah Pantai - Fahmi Fadzil
πŸ‘‰ MP Wangsa Maju - Datin Paduka Dr Tan Yee Kew
πŸ‘‰ MP Kulim-Bandar Bharu - Saifuddin Nasution

Kesemua di atas dianggap sebagai #TeamRafizi selain dari MP Selayang, MP Kapar, MP Johor Bharu, MP Subang, dan MP Kuantan seperti yang diketahui umum.
Ini termasuklah Nurul Izzah dan Wan Azizah sebagai ahli keluarga Anwar.

Datuk Danyal Balagopal Abdullah, Ahli Parlimen Port Dickson yang juga hadir kemudiannya mengumumkan perletakkan jawatan serta merta bagi memberikan laluan kepada Anwar Ibrahim masuk ke Parlimen dan seterusnya menjadi PM ke 8 negara.


Anwar dilaporkan berada di Hong Kong ketika pengumuman dibuat. Penjelasan Anwar mengenai pengumuman itu kemudiannya dilaporkan Awani seperti berikut;



Wan Azizah dipetik sebagai berkata tindakan Anwar bertanding di PD adalah wajar.

“Ini adalah kerana apabila beliau, Anwar dinafikan hak apabila dia dimasukkan ke dalam penjara sudah sebelas tahun, kalau dihitungkan semuanya jadi (PRK ini) untuk dia bertindak aktif dalam politik.
 

Inilah caranya untuk menjadi wakil rakyat dalam Dewan Rakyat, InsyaAllah sebab persepsi ini sudah kita lalui PIlihan Raya Umum ke-14. Kita kata kalau kita menang Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri saya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Anwar sebagai Perdana Menteri Menanti,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas isu tersebut.

NGO Patriot kemudiannya meminta Anwar agar tidak bertanding di PD sebaliknya bertanding di kerusi lain.


"Jika laporan berita itu terbukti benar, PATRIOT melihat keputusan parti itu tidak mempedulikan veteran tentera dan kepemimpinan PKR nampaknya tidak menghargai kehadiran seorang pegawai bersara tentera sebagai anggota parlimen.


"Kepimpinan PKR mesti memahami bahawa kehadiran veteran angkatan tentera di parlimen disokong oleh ribuan pesara yang dilihat mewakili mereka, dan suara mereka bergantung kepadanya,"
kata Presidennya, Mohamed Arshad dalam satu kenyataan.


Siti Kasim juga menyeru agar jangan mengundi Anwar Ibrahim di PD di Instagram miliknya.



Instagram Siti Kasim

"Jangan undi Anwar, biarkan pembangkang menang. PKR dan keluarganya (Anwar Ibrahim) perlu diajar. Mereka dah melakukan perkara seperti ini sebanyak 3 kali. Tidak lagi. 

Mereka fikir mereka boleh lakukan apa sahaja menggunakan wang pembayar cukai? JANGAN HARAP!," tegas peguam kontroversi, Siti Kasim sambil berkongsikan kenyataan media Zuraidah yang mempersoalkan tindakan meletakkan Anwar sebagai calon di PD.


Zuraidah menjadi pemimpin pertama dari PKR yang dilihat membantah tindakan menamakan Anwar sebagai calon di PD. 


Menurut Zuraidah perkara itu diputuskan tanpa melalui saluran yang betul, yakni membelakangkan Biro Politik PKR.


Selepas Zuraidah, peguam mesra PKR, Latheefa Koya kemudiannya menyusul dengan nada serupa.



"Kenapa kamu putuskan sesuatu dengan membelakangkan parti, tanpa melalui Biro Politik ataupun Jawatankuasa Pusat? 

Kenapa lakukan perancangan secara sulit tanpa memaklumkan kepada pimpinan tertinggi? Dan kenapa biarkan budak kamu berkeliaran dan bergaduh dengan semua orang bagi memastikan agendanya (terlaksana)? Reformasi apa yang kamu laungkan? Demokrasi apa yang kamu canangkan? #JanjiAkuPM," tulis Latheefa dalam satu kenyataan semalam.

Kenyataan itu dipercayai ditujukan kepada Anwar Ibrahim dan 'your boy' pula dipercayai ditujukan kepada Rafizi Ramli. 

Latheefa dan Rafizi diketahui umum mempunyai sejarah pergaduhan

Zuraidah pula dianggap umum adalah proksi kuat kepada Azmin Ali. Sesetengah pihak beranggapan suara Zuraidah adalah mewakili mesej yang ingin disampaikan oleh Azmin Ali.

Andaian itu dikuatkan lagi apabila anak Azmin Ali turut mengulas isu tersebut di Twitternya.


Ameer yang juga anak kedua kepada Azmin Ali berpendapat mengadakan pilihanraya kecil merupakan satu pembaziran. Meskipun dirinya mempunyai rasa hormat yang tinggi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi beliau beranggapan zaman Anwar Ibrahim sudah pun berakhir. Anwar sepatutnya membiarkan generasi muda mengambilalih, jelasnya lagi.

Sesetengah pihak beranggapan rancangan Rafizi mengumumkan Anwar bertanding di PD merupakan satu strategi politik yang bijak. 

Bertanding di pemilihan parti, beberapa kali telah Rafizi katakan ada usaha mahu menghalang Anwar dari memasuki Parlimen. Apabila kata-kata tidak lagi menyakinkan, maka tindakan akan membuktikan. Itulah yang berlaku kini. - 13 September 2018.

RORA Tegur Sikap Mahasiswa Terjerit-Jerit Depan Menteri.

LAPORAN | Ini susulan dari pertemuan dua hala antara Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik dengan beberapa mahasiswa dan anak muda yang memprotes tindakan beliau menerima perlantikan sebagai Presiden UIA di Restoran Amjal. 

Antara yang hadir ialah anak muda dari KESATUAN, DEMOKRAT, GAMIS, PKPIM, BELIA HARMONI (IKRAM SISWA), Pemuda PSM, dan Aktivis Mahasiswa Indipenden.



Pertemuan dilaporkan berlangsung dalam suasana aman harmoni selama dua jam meskipun berlakunya aksi 'perdebatan panas' ketika menteri mendengar keluhan-keluhan dari kumpulan anak muda itu. 

Maszlee telah 'dibantai' bertubi-tubi bagaimanapun beliau tetap tenang mendengar. 

Antara alasan yang dikemukakan oleh kumpulan anak muda tersebut ialah;

πŸ‘‰ Selaras dengan janji Pakatan Harapan yang mahu memisahkan pemimpin politik dan pentadbiran universiti bagi mengelak dari campurtangan politik.

πŸ‘‰ Bagi mengelak wujudnya favoritism, universiti yang didokong oleh pemimpin/menteri tertentu mungkin mengutamakan universiti tersebut berbanding universiti lain terutamanya dalam pengagihan peruntukan.

Video mengenai pertemuan itu kemudiannya tular di laman sosial dan Maszlee ditroll oleh sekumpulan pihak kononnya bermuka merah padam apabila mendengar kritikan tepat ke wajahnya pada petang semalam.

Bagaimanapun tidak semua pihak mempunyai pemikiran yang serupa. Untuk rekod, pertemuan ini adalah atas inisiatif dari pihak yang menyokong Menteri Pendidikan itu sendiri yang bermaksud Mazlee Malik cukup berlapang dada dan terbuka untuk meluangkan masa bagi bertemu anak muda dan mendengar sendiri kritikan di depan mata. 



Mana mungkin Maszlee Malik boleh dibayangkan sebagai telah dimalukan atau jatuh maruahnya mahupun bermuka merah padam.

Beberapa anak muda yang bersuara secara lantang (kuat) bukanlah kerana tidak menghormati menteri tetapi kerana suasana yang bingit dengan kehadiran ramai pihak, jadi ianya rasional untuk kita menguatkan sedikit 'volume' suara agar semua pihak dapat mendengari hujah yang disampaikan.

Pertemuan itu berakhir dengan kumpulan anak muda itu membuat ketetapan bahawanya Maszlee harus berundur sebagai Presiden UIA dalam masa 7 hari.


"Perjumpaan dengan Dr Maszlee menjumpai jalan buntu. Kami bertegas dengan prinsip bahawa universiti awam patut bebas daripada lantikan politik dan Dr Maszlee ada 7 hari untuk letak jawatan trrmasuk setiausaha politik beliau. Terima kasih mahasiswa yang turun memberi sokongan dan pandangan.


Hari ini kita sudah tunjukkan bahawa mahasiswa tidak akan menggadaikan prinsip walau siapa pun menteri tersebut.

Aku tekankan kepada maszlee sebentar tadi bahawa jika dia tidak boleh letak jawatan maka dia tidak layak untuk berbicara soal autonomi universiti. 


Pakatan harapan boleh gugurkan Janji 50 mereka daripada buku HARAPAN!," tulis Asheeq Ali di Facebooknya pada rabu.


Tidak ketinggalan, Ustaz Rozaimi turut mengulas isu berkenaan di laman sosialnya pagi ini.

Sejak kebelakangan ini Ustaz Rozaimi ataupun nama manjanya RORA dilihat sering mengulas isu politik terutamanya andai perkara itu membabitkan pimpinan PPBM dan PAS.

"Saya terlihat satu video mahasiswa terjerit-jerit di depan seorang menteri.

Jeritan ala-ala demo ini bukanlah salah. Tetapi ia kurang sesuai jika orang yang kita ingin komen berada di depan kita. Lainlah kalau menteri gunakan polisi tutup pintu kepada mahasiswa sehingga tidak mahu berjumpa langsung,"
katanya dalam satu kenyataan.

Menurut RORA mahasiswa sepatutnya menggunakan ruang pertemuan dengan menteri dengan melakukan perbahasan tanpa perlu terjerit-jerit agar apa yang ingin disampaikan lebih focus dan terarah.


"Bagi saya, mahasiswa sepatutnya gunakan ruang yang ada untuk berjumpa menteri berbahas dan memberi hujah ilmiah tentang cadangan dan bantahan yang mereka kemukakan.

Mungkin mahasiswa telah berbahas dengan baik masa berjumpa menteri tetapi jeritan yang sedikit itu telah menjadi fokus netizen dan tenggelamlah hujah ilmiah mahasiswa yang berjumpa semalam (jika ada).

Untunglah mahasiswa menteri ingin berjumpa sebab itu jika boleh peluang ini jangan disia-siakan. Tunjukkan kemampuan anda berhujah dan berbahas depan menteri. Itu lebih baik bagi saya tanpa ada jerit-pekik.

Ingin saya ingatkan kita semua: untuk menjadi pelajar yang bagus biar muka pecah, asalkan adab cantik dan akal sejahtera,"
katanya lagi. - 13 September 2018.

 

Peguam UMNO, Shafee Abdullah Didakwa Terlibat Pengubahan Wang Haram Di Mahkamah.

Malaysiakini | Peguam terkemuka, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang sering mewakili kes-kes Umno dan BN akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas empat pertuduhan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan 1MDB.


Perkara itu disahkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Azam Baki yang berkata bahawa Muhammad Shafee akan didakwa di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

Sementara itu, Malaysiakini difahamkan Muhammad Shafee ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi tadi dan di bawa ke pejabat SPRM Kuala Lumpur bagi memberi keterangan.

Beliau dijangka dibawa ke Kompleks Mahkamah di Jalan Duta untuk didakwa berhubung aliran wang tunai yang masuk ke dalam akaunnya yang disyaki mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Pada 7 September lalu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pasukan peguamnya sudah menyerahkan afidavit yang ditandatangani oleh pegawai Jabatan Peguam Negara mengesahkan dakwaan pembayaran dibuat kepada Muhammad Shafee.

Anwar mendakwa pembayaran sebanyak RM9.5 juta itu dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak antara September 2013 sehingga Februari 2014.

“Umum mengetahui bahawa Muhammad Shafee bertindak sebagai pendakwa raya khas dalam rayuan terhadap pembebasan saya bermula Julai 2013 sehingga selesai di Mahkamah Persekutuan pada Februari 2015.

“Saya mengulangi bahawa Muhammad Shafee tidak sepatutnya dibenarkan bertindak sebagai pendakwa raya dalam kes rayuan itu. Pelantikan seorang pendakwa raya bukanlah amalan biasa bagi Peguam Negara dan lebih ganjil lagi yang dilantik itu seorang kenalan rapat Najib,” katanya.

Sehari kemudian, Muhammad Shafee menafikan menerima bayaran RM9.5 juta daripada akaun bank peribadi Najib. Katanya beliau sudah menafikan tuduhan berkenaan seperti direkodkan dalam afidavit pada 3 Ogos 2017 dalam kes saman Anwar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Mereka yang didapati bersalah mengikut Seksyen 4(1)(b) AMLA boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan boleh didenda minimum lima kali ganda hasil aktiviti haram atau RM5 juta, mana yang lebih tinggi.

Rabu, 12 September 2018

Wartawan WSJ Jawab Najib Isu Wang Sumbangan Arab Saudi.

AWANI | Tiada perkara baru yang didedahkan oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengenai sumbangan Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz as-Saud pada 2011 di Facebooknya, kata wartawan Wall Street Journal Tom Wright dan Bradley Hope.


Malah Wright menerusi akaun twitternya memberitahu telah lama memiliki dokumen yang bekas perdana menteri itu dakwa sukar untuk beliau miliki sebelum ini.

“Najib berkata dia ambil masa untuk mendapatkan dokumen derma Saudi ini. Kami sudah ada (dokumen) tersebut bertahun lamanya, dan tidak ada perkara baharu mengenainya. Dan ia tidak menjelaskan mengapa dia terima AS$681 juta tunai daripada 1MDB," ciap Wright.


Manakala Hope menerusi akaun Twitternya berkata dokumen yang didedahkan Najib diragui kesahihannya dan mendakwa seolah terdapat unsur penipuan.

"Dokumen yang anda sertakan adalah sebahagiannya mengelirukan (iaitu pemindahan, yang melindungi asal sebenar dana) dan sebahagiannya berdasarkan penipuan yang didakwa (surat yang dikatakan berasal dari putera Saudi, yang diwujudkan untuk mengelirukan pengawal selia dan bank)," ciap beliau.

Wright Dan Hope merupakan wartawan WSJ yang membongkar skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Mereka mendakwa tiada perkara baru yang didedahkan oleh Najib menerusi akaun Facebooknya semalam.

Pada Isnin malam, Najib menerusi akaun Facebooknya mendedahkan bukti sumbangan Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz as-Saud pada 2011 yang didakwa bertujuan membantu UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Sumbangan itu dakwa Najib bertujuan bagi memastikan UMNO dan BN mampu bertahan, sekiranya berlaku kebangkitan rakyat ala Arab Spring di Malaysia. - 12 September 2018.

Kebetulan Wang Pampasan HSR & Dana 1MDB Yang Dipulangkan Singapura Kepada Malaysia Berjumlah 45 Juta.

LAPORAN | Berita 5 September 2018 (Malaysiakini) : Malaysia dan Singapura hari ini menandatangani Surat Sampingan Projek Keretapi Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur - Singapura (HSR) bagi persetujuan bersama menangguhkan projek berkenaan selama dua tahun sehingga Mei 2020.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, sehubungan dengan permintaan Malaysia untuk menangguhkan projek itu, kerajaan bersetuju untuk membayar kos abortif atau kos terbantut sebanyak S$15 juta (RM45.1 juta) kepada kerajaan Singapura.

Kos itu perlu dijelaskan pada atau sebelum 31 Januari tahun hadapan.

"Apabila saya pertama kali bertemu Menteri Pengangkutan dan Menteri Penyelaras Infrastruktur Singapura, Khaw Boon Wan, saya menyampaikan mandat daripada Kabinet Malaysia bahawa kami ingin projek itu ditangguhkan selama sekurang-kurangnya tiga hingga empat tahun," katanya dalam satu sidang media bersama dengan Khaw di Putrajaya.

Bagaimanapun, Azmin berkata, beliau bersetuju dengan Khaw bahawa jika tempoh penangguhan itu melebihi dua tahun, model perniagaan berkenan pasti akan berubah dengan kos yang terus meningkat.

 
Berita pada 10 September 2018 (BERNAMA) : MAHKAMAH Singapura memberikan perintah pelupusan wang yang diambil secara salah menurut undang-undang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan/atau Kumpulan Syarikat SRC International Sdn Bhd.

Wang yang diperoleh dalam pelbagai mata wang berjumlah S$15.3 juta (RM45.9 juta) dan dipindahkan ke akaun bank perolehan khas 1MDB di Kuala Lumpur.

 
Pengumuman itu dibuat hari ini oleh Tan, Rajah & Cheah, firma undang-undang Singapura yang diupah oleh Putrajaya ketika peguamnya mengambil tindakan undang-undang terhadap 53 individu dan syarikat, bagi menuntut wang milik 1MDB.

“Usaha mendapatkan kembali aset lain yang diambil secara salah masih diteruskan,” tegas firma itu dalam satu kenyataan.

Peguam Negara Tommy Thomas meluluskan pelantikan firma itu, Tan, Rajah & Cheah, pada Julai, lapor Bernama yang memetik sumber tidak dinamakan.

Sumber itu berkata kerajaan Malaysia akan memfailkan permohonan di mahkamah tinggi di Singapura terhadap 53 defendan untuk mendapatkan arahan agar wang itu dikembalikan.

Pada 31 Mei, pasukan petugas khas 1MDB berkata Singapura dan Malaysia bersetuju bekerjasama membawa balik wang itu, dipercayai diselewengkan daripada syarikat pelaburan negara. - 12 September 2018.

Mahathir Punca Kelantan Miskin Kata Najib Razak.

Najib Razak | Saya kurang senang dengan tindakan Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang mengeluarkan kenyataan media khususnya untuk memburukkan dan menegur negeri Kelantan untuk kurangkan pergantungan kepada kerajaan persekutuan.



Guan Eng berkata Negeri Kelantan adalah penerima terbesar bantuan kewangan defisit dan bantuan kewangan pendahuluan daripada Kerajaan Persekutuan sejak tahun 2013 hingga 2017 dan tidak patut lagi bergantung kepada Kerajaan Persekutuan.

Ya, tak dapat dinafikan Kelantan adalah antara negeri paling miskin sekarang tetapi ini ekoran tindakan kerajaan BN terdahulu di bawah PM ke 4 yang menghentikan projek-projek pembangunan dan keperluan asas kerana ia jatuh di bawah kepimpinan parti lain pada 1990, sehingga tiada satupun lebuhraya atau infrastruktur air bersih yang sempurna.

Oleh itu, sumber pendapatan kerajaan Negeri adalah terhad.

Semasa saya menjadi Perdana Menteri, saya banyak menyalurkan peruntukan bagi memperbetulkan dan membangunkan negeri Kelantan baik dari segi infrastruktur pengangkutan (lebuhraya CSR, ECRL yang telah dibatalkan oleh PH), pembantuan fiskal, instrastruktur air, projek kumbahan (yang juga telah dibatalkan oleh PH baru-baru ini) ataupun penebatan banjir.

Tidak kira negeri itu di bawah parti pemerintah di Putrajaya ataupun tidak, kita tak patut pinggirkan mereka atas semangat 1Malaysia.

Walaupun negeri Pulau Pinang antara negeri yang paling maju dalam Malaysia sekian lama, saya juga telah menyalurkan dana RM650 juta bagi penstrukturan semula bekalan air dan geran RM1.3 bilion bagi memperbesarkan empangan Mengkuang,

Bantuan RM650 juta dari kerajaan persekutuan inilah yang sering disalahguna oleh kerajaan DAP sejak 2011, kononnya mereka berjaya mengurangkan hutang kerajaan negeri sebanyak 95% dan kononnya pandai mentadbir manakala BN tidak pandai.

Tiada salah untuk negeri yang telah berjaya untuk menolong negeri yang kurang berjaya. Kerajaan PH sudah banyak membantu peniaga yang suka mengelak cukai, ekonomi gelap dan orang kaya yang kebanyakkan di negeri yang kaya. Mengapa pula negeri yang miskin tidak mahu ditolong?

Yang miskin tidak patut dikecam mengapa mereka miskin dan dihukum dengan alasan tidak mahu menolong mereka lagi kerana mereka masih miskin.

Sebaliknya, mereka patut dibantu dengan lebih banyak. Bukan dihukum atau dimarah.

Dimana Anwar Akan Bertanding Hanya Beberapa Pihak Je Tahu - Rafizi Ramli

BERNAMA | PENGOSONGAN kerusi Parlimen bagi memberi laluan kepada Presiden PKR (yang dipilih) Anwar Ibrahim telahpun dibincangkan sebelum ini bersama beliau dan Timbalan Perdana Menteri Wan Azizah Wan Ismail, dirinya dan beberapa pemimpin lain, kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.




Menurutnya, perbincangan itu hanya melibatkan beberapa individu yang rapat dengan Anwar kerana memang dari segi operasi dan kempen parti itu selama ini, hanya mereka yang lebih rapat yang terlibat.

“Saya tidak akan sebut sesuatu yang melibatkan Anwar dan Wan Azizah tanpa persetujuan mereka.

“Cuma ada keputusan penting tidak dibincangkan dengan semua dan hanya akan dilakukan dengan beberapa orang di kalangan kami,”
katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Jelajah Reformasi 20 tahun di Kompleks Dagangan Indera Mahkota di Kuantan malam tadi.

Naib Presiden PKR Tian Chua sebelum ini mengeluarkan kenyataan menyelar Rafizi kerana disifatkan mendahului Wan Azizah apabila mengumumkan akan ada kerusi Parlimen dikosongkan pada minggu hadapan bagi memberi laluan kepada Anwar sebagai persiapan untuk menjadikan beliau sebagai perdana menteri ke-8.

Tian Chua mempertikaikan tindakan itu yang dikatakan dilakukan secara sorok-sorok dan tidak diketahui oleh peringkat pimpinan parti.

Mengulas lanjut tentang kenyataan itu, Rafizi berkata terpulang kepada Tian Chua untuk membuat sebarang kenyataan hal tersebut.

“Saya tidak baca kenyataannya, itu haknya …, saya faham mungkin dia rasa janggal kerana tidak dilibatkan dalam proses itu,” katanya.

Sementara mengulas tentang cakap-cakap tentang berlaku politik wang dalam pemilihan kali ini, Rafizi berkata PKR juga tidak dapat lari daripada masalah itu, sama seperti yang dihadapi oleh parti politik lain di negara ini.

“Apabila ada kuasa, ada kecenderungan untuk berkempen dengan menggunakan jawatan, namun perkara ini telahpun diberikan amaran oleh Anwar dan Wan Azizah.

“Kita tidak mahu, hanya kerana kita telah ada (jawatan) menteri, jawatan itu menjadi tawaran untuk mendapatkan sokongan. Kalau ada kejadian seperti itu kita telah ada prosedur untuk mengendalikannya.

“Bezanya kita dengan parti lain, kita tidak sembunyi. Parti lain tabur duit dan sebagainya, namun bila wartawan tanya mereka menafikan. Kita cakap awal, kalau ada sesiapa nak gunakan wang untuk dapat jawatan kita minta lapor untuk diambil tindakan sewajarnya,”
katanya. - 12 September 2018.

Maszlee Malik, Baca Ini & Fahamkan Kenapa Kami Marahkan Kamu - Izmil Amri.

Izmil Amri @ The Mamu | Tulisan ini pertama kalinya tersiar di The Malaysian Insight bertarikh 10 September 2018.

SAYA sebenarnya sudah tidak larat lagi mengira berapa hari telah berlalu sejak Rabu 9 Mei 2018 lalu. Sehinggalah Jumaat minggu sudah apabila diajak menonton sebuah filem yang diterbitkan bagi mengenang tarikh bersejarah tersebut.

Demikian barulah saya teringat bahawa sudah masuk empat bulan United Malays National Organisation menjadi parti pembangkang.

Saya menonton filem “Rise: Ini Kalilah” sambil menggeleng kepala.

Sukar untuk tidak menghukum hasil karya tersebut sebagai upaya cincai untuk membuat untung ketika masyarakat masih tersenyum tidak percaya melihat menteri-menteri DAP muncul di Buletin Utama.

Suntingan filem ini bagai dibuat dengan menggunakan gunting dapur dan disambung-sambung dengan kanji ubi kayu. Begitu juga lakonannya, kayu. Sebaiknya terus dibuat DVD, dijual kepada wakil-wakil rakyat untuk diedar kepada penyokong tegar masing-masing.

Keras barangkali kritikan ini, tetapi begitulah hakikatnya. Sesuatu yang dibuat secara tergesa-gesa, tanpa diberi penelitian yang sebaiknya, tidak akan mendapat respons yang baik daripada khalayak.

Apatah lagi khalayak “Malaysia Baharu” yang cerewet dan semakin berani mengkritik.

Namun yang bagus tentang filem setengah masak ini ialah ia berjaya memberi ingatan kepada kita tentang perubahan yang telah kita sama-sama cetuskan empat bulan lalu; dan kenapa kita berbuat demikian.

Jika kita ketepikan segala yang tak patut dijadikan plot dalam filem ini, kita akan temui sebab kenapa kurang separuh panggung wayang bertepuk tangan pada malam Jumaat lalu.

Ia mengingatkan kita bagaimana rasa cinta kepada negara telah membunuh sebuah organisasi yang sudah zaman berzaman menjadi barah dalam tubuh badan ibu pertiwi.

Seperti watak Voldermort yang terbunuh pada permulaan siri Harry Potter, jasad Umno juga luluh berkecai pada malam 9 Mei. Yang ada hanya rohnya yang bergentayangan, hinggap dari satu badan ke badan yang lain. Seperti penyakit bodoh yang berjangkit-jangkit.

Dalam filem “Rise: Ini Kalilah”; roh Umno itu hidup dalam tubuh seorang lelaki Melayu pertengahan usia dengan rambut tidak terurus dan muka tak mandi.

Ia muncul pada beberapa babak menawarkan wang tunai dan berlagak samseng. Jenuh untuk tidak rasa meluat dengan watak tersebut. Seperti juga jenuh untuk tidak meluat dengan Umno akhir-akhir ini.

Meluat dan menyampah itulah yang menjadi faktor rakyat Malaysia bersatu menolak Umno. Bukan sahaja pemimpin-pemimpinnya, tetapi juga sikap dan nilai yang sinonim dengannya.

Korupsi, salah guna kuasa, permainan wang dan segala kebobrokan seperti ulat yang memakan bangkai kemudian kembung dan meletup melepaskan lalat ke serata alam; demikianlah mual dan loyanya kita menanggapi Umno.

Maka tidak hairan kenapa kita begitu cepat juga merasa loya apabila dihadapkan dengan perkhabaran tentang bagaimana Menteri Pendidikan, Maszlee Malik dilantik menjadi presiden UIAM, sementara setiausaha politiknya, Mohd Nizam Murad, menyertai lembaga pengarah UUM.

Pelantikan Maszlee ke dalam struktur pengurusan UIAM disokong ramai teman-teman alumnus universiti itu. Berkajang-kajang alasan diberikan, semuanya kerana rasa sayang terhadap alma mater mereka. Pelantikan Maszlee Malik sebagai presiden UIAM mencetuskan kecaman awam daripada pergerakan pelajar dan rakan politiknya dalam Pakatan Harapan yang menyifatkan ia sebagai konflik kepentingan.

Namun mereka barangkali terlepas pandang – ini bukan soal UIAM dan Maszlee semata-mata. Bahkan lebih besar dan luas daripada kemaslahatan Taman Ilmu dan Budi itu sendiri.

Seribu alasan boleh diberikan untuk mengabsahkan pelantikan beliau. Termasuk yang paling dangkal, kononnya untuk menjimatkan wang pembayar cukai.

Namun tidak akan dapat meredakan rasa loya ramai pihak yang melihat campur tangan seorang menteri dalam institusi pengajian tinggi yang beliau sendiri berjanji untuk bebaskan ketika belum menjadi menteri.

Apakah tidak ada calon lain yang lebih layak, selain seorang menteri yang belum selesai menguruskan kementeriannya sendiri?

Kalau tiada beban, batu digalas hukumnya bodoh, beban sudah berbakul tetapi masih mahu memikul ini, hukumnya apa pula?

Adat mengangkat pemimpin politik menjadi pucuk pimpinan organisasi swasta, akademik, pendidikan, kelab bola sepak, kelab catur, persatuan guli dan sebagainya adalah adat Malaysia Lama dukungan Umno yang mesti ditinggalkan.

Rakyat Malaysia tidak membuang Umno dari kerusi kuasa, hanya untuk mendapatkan roh Umno dalam bakul dan bungkusan baharu. Yang kita mahu adalah Malaysia Baharu; bukan Umno Baharu.

Amat mengecewakan jika selepas hanya empat bulan beralih kerajaan, sikap dan nilai rejim lama masih lagi menghantui koridor kuasa.

Kita pastinya tidak mahu khalayak berbondong-bondong pergi menonton “Rise: Ini Kalilah”, dan keluar panggung sambil ketawa berdekah, memikirkan bagaimana harapan mereka ghuyub bagai buih di udara, sekadar empat bulan sahaja selepas mengisytihar “merdeka”.

Pakatan Harapan wujud kerana wujudnya rasa loya terhadap kekuasaan dan korupsi Umno.

Ia lahir dan berdiri kerana janji reformasi. Ia kini berlari dengan usaha penambahbaikan institusi. Jangan disadung langkahnya kerana salah perkiraan seorang dua menteri. - 11 September 2018.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...