Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 22 Oktober 2016

Nik Abduh Tegur MP Pembangkang Keluar Dewan - Nasihat Untuk MP Kaki Ponteng Bagaimana Pula Nik Abduh?


Teguran yang bagus. Terima kasih Nik Abduh kerana sedia menunjuk pendirian. Tidak mengambil pilihan untuk berkecuali seperti pendirian PAS dalam #bajet2017. Nik Abduh tadinya menerusi laman FB telah menasihati MP pembangkang yang pada semalam keluar dewan beramai-ramai selepas Najib menyindir. Ahti tisu rupanya wakil-wakil rakyat kita neh.

Sebenarnya. Selain dari MP pembangkang yang keluar dewan beramai-ramai, kita juga ada MP pembangkang yang langsung tak hadir sesi pembentangan bajet 2017. Apa agaknya pandangan Nik Abduh tentang ini? Memandangkan PAS mengamalkan konsep keserdahanaan (sejak bila? Rasanya penyokong2 PAS ada yang suka main tuduh muslim yang menolak undang2 dunia akta RUU355 sebagai kufur), menyeru kepada perubahan dan pembaikan, mestilah Nik Abduh ada pandangan tertentu pada yang kaki ponteng parlimen kan? Mohon bagi teguran yang murni-murni sikit untuk MP kaki ponteng. Pleasee.

------

KENYATAAN KHAS

Ahli parlimen perlu lebih profesional ketika berada di dewan persidangan. Tuan Yang Di Pertua Dewan telah berusaha bersungguh-sungguh membawa penambahbaikan dalam perjalanan Dewan agar lebih mulia dan dihormati.

Pembentangan bajet adalah hari besar untuk negara dan rakyat. Ia adalah hari dan masa khas untuk PM berucap membentangkan bajet. Tiada hak untuk mana-mana ahli parlimen mengganggu ucapan beliau yang penting itu walaupun wujud sindiran dan kecaman olehnya terhadap pembangkang.

Masa untuk Ahli Parlimen membahas dan menghujah bajet adalah selepas ini. Saya harap ia digunakan sebaik-baiknya oleh semua ahli parlimen tanpa membazirkan masa dengan perlakuan yang tidak profesional yang hujungnya mematikan masa dan peluang ahli-ahli parlimen yang di giliran akhir mengambil bahagian perbahasan dengan sempurna.

PAS sentiasa mempromosi kesederhanaan dan menyeru rakyat untuk melakukan perubahan dan pembaikan dalam negara dengan cara yang lebih harmoni dan sejahtera. Itulah nikmat kebebasan yang harus digunakan.

Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Ahli Parlimen Pasir Mas
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...