Rabu, 19 Oktober 2016

Hadi Sokong GST Lapor TV3? Ini Penjelasan Sebenar.

Malam tadi viral di media sosial yang memetik laporan Buletin Utama (TV3). Ianya mengenai statement TGHH seperti yang dilaporkan oleh TV3, kononnya memuji GST.

Berikut antara screenshot mengenai cerita itu.


TG Hadi Awang kemudiannya menjadi mangsa kutukan beberapa netizens (pro PH) selepas tersiarnya laporan berita di atas.

Walaubagaimanapun, menurut Hanipa Maidin (MP Sepang) kenyataan Hadi seperti yang dilaporkan oleh TV3 itu telahpun dispin dari maksud sebenar.

Ini kata Hanipa Maidin seperti yang dipetik menerusi Facebooknya (Peguam PAS - Dulu ialah merujuk kepada Hanipa Maidin, harap maklum) ;





Menurut Hanipa Maidin petikan ucapan TGHH tidak dinilai dari konteks sebenar. TV3 memetik sebahagian dan hanya menyiarkan itu sahaja. Oleh itu tidak aneh juga ianya boleh disalah-tafsir.

Pun begitu, meskipun telah dijelaskan oleh Hanipa, masih terdapat netizens pro pembangkang yang enggan menerima penjelasan itu sebaliknya masih tetap mempertikaikan Hadi Awang kerana memuji GST sebagai satu mekanisme percukaian yang berkesan. Bagi mereka, GST tidak wajar dipuji kerana membebankan rakyat.

Okay. Beberapa kali semasa menentang pelaksaan GST aku ada menyatakan GST memang antara kaedah percukaian yang terbaik bagi kerajaan. Bukan negara kita neh sahaja laksanakan GST bahkan di negara2 lain juga terutamanya negara maju namun mereka tak semestinya memanggil GST sebagai GST. Ada yang memanggilnya sebagai VAT.

Terbaiknya GST ini dinilai dari segi sistemnya. Yakni, cukai jenis ini mengutip terus dari rakyat tanpa kira lapisan. Lagi banyak kau guna, lagi banyak kau bayar. Ko guna sikit, kau bayar sikitlah. Yang nak lari cukai pun tak dapat lari sebab ia cukai kepenggunaan. Asalkan kau guna khidmat, barangan, apa-apa product, kau beli rumah (product), kau beli kereta (product), kau langgan internet (product perkhidmatan), kau akan dicukai, dicukai, dicukai. Jadi, sila ber-ahti2 dengan pembelian kau.

Itu diulas dari segi sistem. Yang mana kerajaan atau satu2 negara memang sepatutnya memerlukan satu sistem percukaian yang effisien. Apa yang dorang boleh kutip, dan dorang dapat kutip sepatutnya, ia seharusnya dijadikan modal bagi membangunkan negara.

Itu satu perkara.

Namun dari segi pelaksanaan, hah, inila yang kita lawan. Keadaan ekonomi rakyat di negara ini belum mampu nak 'berkahwin' dengan GST. Apa yang kerajaan patut buat ialah naiktaraf kemampuan rakyat terlebih dahulu dengan menyediakan satu suasana ekonomi yang kondusif ke arah pelaksanaan GST.

Dan, kerajaan pun pentadbirannya mestilah bebas rasuah, bebas skandal, bebas penyelewengan, bebas kecuaian, bebas pembaziran.

Dengan keadaan ekonomi yang tak berpihak kepada rakyat, tangga gaji pun masih di tahap melepaskan batuk di belakang tangga, dan pelbagai jenis penyelewengan yang membabitkan agensi kerajaan, GST apabila dilaksanakan hanyalah bertepuk sebelah tangan. Rakyat bayar cukai tapi rakyat tak menerima manfaat. Harga kereta turun 60 sen. Subsidi itu ini mahsuh. Ini yang kita pertikaikan. Sistem itu baik tetapi pelaksanaan tak cantik. Negara lain pun cukai. Tetapi dorang dapat manfaat. Kenapa kita tak dapat faedah yang sama. Rakyat Malaysia ada 30 juta. Tak masuk warga asing lagi.

Kita nak lawan satu2 isu pun kita kena faham kenapa kita lawan. Aku tak nampak Hadi buat salah bila puji GST dari segi sistem (tu dalam ahti mula la kata aku macai Hadi kan?). Pembangkang kalau menang PRU pun jangan kau semua fikir dia nak mahsuhkan GST. Korek balik statement Anwar tentang GST. Ada tak dalam manifesto pembangkang nak mahsuhkan GST? Jangan bagi harapan palsu pada diri sendiri. GST tiada masalah, pelaksanaan dia bermasalah. Lawan yang ini.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...