Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 2 April 2016

Hati-Hati Main Twitter Wahai Rakyat Malaysia - Pengawas Twitter Memerhatikan Apa YG Anda Tweet..


Menakutkan.
Ketua Polis Negara, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan pihak polis untuk menangkap seorang pengguna Twitter yang memberi amaran kepada Jabatan Keadilan Amerika Syarikat mengenai dirinya.
Ia susulan kenyataan Khalid semalam bahawa pegawai dari Amerika Syarikat tidak boleh menyoal mana-mana individu di Malaysia tanpa kehadiran polis negara ini.
Pegawai Jabatan Keadilan Amerika dilaporkan berada di Kuala Lumpur sebagai sebahagian daripada siasatan mereka berhubung skandal dana 1MDB.
"Kesan dan tangkap orang ini yang cuba menghasut rakyat dengan tuduhan-tuduhan yang melampau,” kata Khalid dalam arahannya kepada Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) melalui Twitter.
Beliau merujuk kepada pengguna Twitter @drcolinfu, yang memberitahu Jabatan Keadilan Amerika Syarikat supaya "berhati-hati" dengan Khalid.
"Dia (adalah) polis rasuah dan tidak baik. Dia lindungi Najib dan 1MDB," tulisnya.
Tweet itu juga dikaitkan terus kepada Jabatan Keadilan Amerika Syarikat, Khalid dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Khalid juga mengarahkan tindakan terhadap Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Shazni Munir Mohd Ithnin yang dilaporkan berkata BN hanya boleh ditumbangkan melalui rusuhan besar-besaran.
“PCIRC dan Unit Siasatan Khas D5 @PDRMsia ambil tindakan ke atas penghasut ini,” katanya juga menerusi tweet.

Rujuk.

Kesan dan tangkap orang ini blablabla..

Ewah ewah ewahhh... orang tu mengkritik aje pun. Itupun berdasarkan kepada situasi yang telah berlaku.

Dia polis rasuah, tidak baik --> Nak tahu kenapa ada orang fikir macam neh?

Sebabnya ;

Dia lindungi Najib dan 1MDB. 

Apekah ini tidak betul?

Bagaimana orang seperti dia membuat kesimpulan seperti itu?

Kerana RENTETAN BABAK DEMI BABAK YANG MANA BABAK-BABAK TERSEBUT MEMPERLIHATKAN NAJIB RAZAK DILINDUNGI MELALUI UNDANG-UNDANG.

PEGUAM NEGARA DITUKAR DAN KINI ADA JAWATAN HEBAT DI SEBUAH SYARIKAT.
PEGUAM NEGARA BARU PULA TAK HENTI-HENTI MEMBERSIHKAN IMEJ NAJIB.
SIASATAN SPRM TUNGGANG LANGANG. KEJAP BEGITU, KEJAP BEGINI, KEJAP NAK BERIA SIASAT, KEJAP CAKAP SALAH FAHAM. BANYAK MULUT, BANYAK SIKAP, SAMPAI RAKYAT TAK TAHU NAK FIKIR APA DAH.
SIASATAN AUDIT PULA DITANGGUH-TANGGUH.
PERBAHASAN 1MDB DI PARLIMEN PULA DIANGGAP SUBJUDIS.
SIASATAN KHAS PULA TAK PEPASAL DIBUBARKAN..

Fikirlah. Bukan korang je ada otak. Rakyat pun ada sama.

Lagi beria menangkap, menahan, menyiasat hanya menguatkan lagi persepsi dan sangkaan rakyat terhadap isu 1MDB.

Sebab ia diperlihatkan seperti satu ugutan dan ancaman ataupun agenda nak menakut2kan rakyat daripada mengeluarkan apa yang mereka fikirkan dalam bentuk pendapat.

Tahan mana-mana pengtweet yang mengkritik isu 1MDB tidak akan menyebabkan rakyat mempercayai apa yang dianjurkan ke atas mereka. Ia akan jadi sebaliknya. Pengawas twitter yang berkuasa, harap maklum ye. 

KAH KAH KAH!

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...