Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 29 Mac 2016

Skandal Kewangan Najib Kini Dlm Bentuk Dokumentari - 1 Dunia Saksikan, Apa Kata Najib?


Aiyooo. 

Ini kalau Najib tak mengambil apa-apa tindakan juga maka jangan la heran kalau rakyat percaya bulat-bulat dengan laporan tersebut.

Skandal kewangan yang didakwa ada kaitan dengan Najib kini dilaporkan dalam bentuk dokumentari 45 minit yang mana boleh dilihat oleh semua golongan masyarakat di seluruh dunia walau di mana jua mereka berada.

Ia adalah terbitan Australian Broadcasting Corporation (ABC) dan dilaporkan dalam program Four Corners. Tajuk bagi laporan tu pun gempak --> State of Fear : Murder and Money in Malaysia - ABC News.

Fuhh tak fuhh la juga. Paling koman berpeluh la juga Najib kau nak menepis serangan nanti. Bersilat la juga penasihat-penasihat kat sekeliling dia tu kejap lagi. Silap-silap Pak Lah berjaga terus nak fikir alasan untuk membantu Najib dari serangan terbaru lagi terbuka dari station berita antarabangsa ABC News. Almaklumla. Jawatan penasihat buka free-free dapat. Kena la juga menyumbang bagi nampak bermakna di mata Najib. Tak gitew ke?

KAH KAH KAH

Untuk menonton video boleh lihat kat bawah neh. Kalau tak dapat akses, boleh klik sini.



►►► VIDEO PENUH | State of Fear: Murder and Money in Malaysia - ABC News Program Four Corners terbitan Australian Broadcasting Corporation (ABC) telah menyiarkan episod terbaru mengenai skandal kewangan yang didakwa ada kaitan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Posted by Suara Rakyat on Monday, March 28, 2016
   

Kat dalam laporan tersebut ada macam-macam isi. Kematian Kevin Morais pun ada. Bagaimana insiden pembunuhan Kevin dikaitkan dengan skandal kewangan yang didakwa ada kaitan dengan Najib, semua dorang kupas, ulas. Pemilik website Sarawak Report yang kena block dengan SKMM pun ada. Bagi ulasan dan laporan berkaitan skandal 1MDB dan dana 2.6b. Muka tak handsome Jho Low pun ada. Siap buat shot dekat pula tu. Keh Keh.

So ini secara tak langsung telah mewujudkan sesuatu persepsi dan mendatangkan sesuatu gambaran di pemikiran yang menonton laporan dokumentari berkenaan.

Jadi Najib, oleh kerana ko dah cop nak saman WSJ pada hari selasa, maka aku cadangkan hari khamis untuk ko saman ABC News pula kerana menyiarkan laporan berkenaan. Hari isnin dah guna, hari rabu pula hak milik Hishammudin, maka hari khamis yang paling terbaik sekali. Hari jumaat ko kan busy nak tawaf masjid untuk tunjuk perangai wasatiyyah. Mana dann' nak saman orang pada hari tu pun kan.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...